22 Oktober 2015
Agenda hari ini ialah ke
Disneyland!!
Tidur malam semalam pun dah
lewat, pagi tadi bangun awal nak prepare bekal untuk anak-anak pulak. Panda mata
aku. Abisla, gambar tak cantik!
Siapkan kids agak mencabar jugak,
terutamanya si Adik. Walaupun mengetahui bahawa hari ni hari Disneyland, dia
buat liat dia sama banyak jugak. Kami kena keluar awal hari ni, sebab sepupu
aku dah decide untuk hantar kami ke Disneyland on the way dia ke ofis. Aku dah
bersiap-sedia untuk pergi ke Disneyland naik train, tapi dia kata dia nak
hantar. Ermm… Tunduk lagi tanda terima kasih.
Lepas siap bekal, siap breakfast,
siapkan anak, dekat pukul 9 tu keluar rumah. Perjalanan ambil masa dalam 30
minit, ditambah dengan rush hour traffic. Kami dihantar sampai depan station
train Maihama di Disneyland. Dari sana kami jalan kaki masuk ke dalam.

Setiap ride yang masuk tu dalam
10 minit jugak. Tapi ada rides yang beraturnya panjang-panjang juga. 80 minit
waiting time pun ada. Dekat Disneyland ni rupanya ada strategi dia. Kami
sedikit terlewat memahami how it works, tapi biar aku explain sedikit sebanyak
supaya mungkin orang lain dapat benefit from it: Bila first masuk ke dalam
Disneyland, ambil map Disneyland yang terangkan semua attraction dan kedai yang
ada. Di bahagian attractions, iaitu rides yang ada, akan ada sesetengah rides
yang bertanda FP di sebelahnya. Itu maksudnya kita boleh pergi ambil Fast Pass.
Dengan ada Fast Pass, kita boleh masuk ke sesuatu attraction yang dipilih tanpa
perlu beratur. Yang penting ialah pilih ride yang paling popular, yang panjang
linenya, dan manfaatkan Fast Pass di situ.
Di setiap ride yang ada fast
pass, akan ada mesin-mesin untuk scan tiket Disneyland kita di situ. Bila kita
scan tiket Disneyland, tiket Fast Pass akan keluar yang menunjukkan masa yang
kita perlu datang semula ke ride tersebut untuk naik ride tu tanpa perlu
beratur. Dan lepas setiap Fast Pass yang kita ambil, kita kena tunggu satu
tempoh masa untuk boleh ambil Fast Pass untuk ride lain pula. Di bawah tiket
Fast Pass tu akan tertulis masa seterusnya untuk kita boleh pergi ambil Fast
Pass lain pulak. Contohnya kami tadi ambil Fast Pass untuk Splash Mountain pukul
1.30. Masa untuk kami datang balik untuk naik ride tersebut tanpa beratur ialah
antara jam 6 hingga 7 petang. Tertulis di situ juga, lepas jam 2.50 petang baru
boleh ambil Fast Pass untuk ride lain pulak.
Kalau dari masa first masuk tu
kami terus mula manfaatkan Fast Pass, lebih banyak ride yang kami
dapat naik
dan lebih banyak masa yang dapat dijimat. Oh well. Semoga bermanfaat kepada
orang lain.
Anyway, antara yang fun di sana
ialah Pirates of the Caribbean, Star Tours, Haunted Mansion. Anak-anak paling
enjoy di Fantasyland sebab lebih sesuai dengan jiwa kanak-kanak. Aku enjoy
semua. Haha. Banyak juga jual jajan, popcorn, churros, hot dog segala. Kami of
course kena berhati-hati dalam membeli sebab apa-apa yang berunsur daging semua
tak boleh makan. Kedai makan dia subhanallah banyaknyeeeee… Bau makanan
sedap-sedap pulak tu. Sabar jelah perutku.
Bila dah pukul 2 lebih tu, kami
jalan kaki keluar dulu dari Disneyland, pergi ke picnic area di luar untuk
makan. Sekali harung kami solat di sana. Ambil wuduk mencabar la sikit sebab
toilet dia takde paip. Gunalah kreativiti macam mana nak tampung air. Di park
ada water cooler juga. Boleh manfaatkan water cooler jugak.
Selesai parade, dalam setengah
jam kemudian ada pertunjukan bunga api. Lepas bunga api ada pertunjukkan
lampu-lampu, cerita dan bunga api di istana Cinderella. Sampai pukul 9 macam
tu, selesai. Kami mula berjalan balik. Kaki dah cramp, keras. Anak-anak pun dah
lembik. 10 pagi sampai 10 malam kau. Haaa, main nak main sangat.
Sampai di station di luar tu,
sepupu aku pun sampai. Dia jemput balik jugak. Rupanya dia stay back dekat ofis
tunggu kami selesai sebab tak nak patah balik banyak kali. Haiyaaaaaa…
kesiannyeeee… Bersalah lagi aku.
Anak-anak dah kepengsanan dalam
kereta. Sampai rumah, diaorang meragam sikit. Adik menangis-nangis segala. Aku keletihan.
Semua kelaparan. Akhirnya anak-anak setel pukul 12. Barulah aku dapat mandi,
sidai kain, lepas tu terus pengsan jugak.
No comments:
Post a Comment