Monday 20 February 2023

Trip 2023 Begins!

 

17/18 Februari 2023

Selepas mereput di rumah sepanjang 2022 sebab tiket flight mahal tak masuk akal, akhirnya kami dapat melangkah keluar Malaysia hari ini.

Flight ni kami beli Oktober lepas, dapatlah harga yang masih boleh dibawa bincang, tapi tetap mahal sikit daripada bajet biasa kami. Kami jumpa di Skyscanner, flight code sharing Malaysia Airlines/Qatar Airways ke Zurich.

So hari ni, lepas Isyak dekat pukul 10 gitu kami gerak ke airport. Alhamdulillah, perjalanan smooth. Kami monitor traffic kat Waze dari awal sebab hari ni dah start cuti sekolah, takut jalan jam. Semua okey je. Sampai airport 10.45, drop baggage semua, masuk ke dalam, makan-makan sikit dan lepak je di kerusi-kerusi situ sampai time boarding.

Flight kami padat. Kami berempat pula tak dapat duduk sederet dekat seat 4 tengah tu. Aku dan anak-anak duduk situ, tapi sekali dengan mamat mat saleh mana tah. Ayah duduk seberang aisle. Gasaklah, semua tido saja. Tapi akula yang sesak nafasnya. Anak dua-dua belah buat aku jadi bantal. Dahla semua besar daripada aku. Hahah.

Sampai di Doha dalam 5.30 waktu sana. Kami terkagum sekejap dengan new wing Doha Airport, dah gaya Changi Airport, dengan taman dia, cermin-cermin dia. Tapi pegi solat dulu, lepas tu baru kami lepak di sana sambil teman kakak makan kebab dia. Transit dalam 3 jam saja. Lepas merayau sikit di kedai-kedai dia, kami board our next flight to Zurich.

Kali ni pun flight padat. Aku dan anak-anak duduk bertiga di tepi tingkap. Ayah seberang aisle again. Berselang-selilah, tengok movie, main game dan tidur. Kakak macam biasa, langsung tak nak jamah makanan as long as ada atas flight sebab dia takut rasa nak muntah. Dia tidur bersungguh-sungguh. Aku dengan Adik pula makan beria, siap habiskan makanan Kakak. Sebab Qatar Airways bagi lunch ravioli in cream sauce dan juga omelette and sausage. Kami berdua bedal macam apa.

Touchdown di Zurich Airport dalam pukul 1.30 tengah hari. Biasalah, cop passport, tunggu luggage, lepas tu pergi ambil kereta sewa kami. By the time sampai di kereta dah pukul 3. Sifatnya menyewa kereta di luar negara ni, apa sahaja kereta yang korang pilih masa korang booking kereta online tu, korang most likely takkan dapat model tersebut. Itu hanya guideline dari segi saiz kereta. So kami memang dah book kereta SUV nak bagi muat luggage, tapi bila dapat kereta, SUVnya jenis bontot kecik. So daripada 4 luggage kami (2 medium, 2 cabin size) cuma 3 muat di belakang. Satu lagi kena letak dalam kereta, so anak-anak kena berhimpitlah.

Terus takde mood dah nak round Zurich, bila keadaan macam tu. Aku ajak terus ke Basel ke apartmen kami saja. Perjalanan ambil masa dalam sejam setengah juga. Saja kami duduk situ, sebab next journey kami akan naik flight dari Basel Airport.

Kami duduk apartmen Aparthotel Adagio Access Saint Louis untuk 2 malam. Oklah, simple apartmen, ada 1 bilik dan sofa bed di ruang tamu. Sampai je terus buka makanan yang kami bawa, aku terus masak nasi. Siap solat, Ayah dan Kakak je turun beli ayam, telur di bawah. Aku masak kurma ayam dan telur dadar. Wah, berselera makan semua.

Selesai tu, dah siap mandi, Maghrib. Lepas tu Adik memang pengsan terus, sebab dia tidur sikit je masa first flight, dan second flight dia langsung tak tidur sebab syok main game, tengok movie dan main dengan kids pack yang Qatar bagi.

Esok sajalah baru kita sightseeing ya!

No comments:

Post a Comment