Thursday 6 June 2013

The next adventure

Selepas berbulan-bulan merancang, akhirnya hari ini sampai juga.

5 June 2013

We leave for Korea today. Just the 2 of us.

Perjalanan bermula seawal 4 pagi, bila adik aku menghantar kami ke stesen bas di OU untuk ke LCCT. Very efficient and convenient. RM15 seorang, dan bas paling awal bertolak dari OU adalah pada jam 3 pagi.

Kami sampai di LCCT tepat jam 5 pagi, terus check in flight dan masuk ke dalam. Flight kami pukul 8 pagi, jadi sangat banyak masa lagi. Solat dulu, dan tercangak-cangak sampai pukul 7 lebih, baru masuk dalam kapal terbang. Ramai jugak orang kita dalam flight, tapi ramai lagi orang Korea. Rajin jugak diorang ni melawat Malaysia, kan? Kalau orang kita gi Korea tu aku biasa dengar, sebab ramai peminat K-pop. Diorang ni pulak minat sape? Siti Nurhaliza? Rosyam Noor?

Anyways, the flight was supposed to take about 6 ½ hours. We were sooo exhausted sebab tak tidur semalaman. Terbang je aeroplane tu, kami pun melayang. Dapatla jugak lelap beberapa kali, in between makan makanan yang dah preorder.

Sampai di Incheon jam 3.15 petang. Hampir-hampir on time. Alhamdulillah. Kami ada masa 4 jam sebelum perlu naik flight ke Jeju. Cari surau dulu untuk solat. Nampak di signboard ada prayer room jadi pegila cari. Terceruk jauh di wing D, tingkat B1. Tapi bila masuk dalam, yang ada cuma church dan bilik sembahyang Buddha. Pening-pening sekejap. Kami cuba Google information dan jumpa beberapa blog orang Malaysia yang cerita pasal surau Incheon. Nampaknya semua cakap diorang solat dalam tokong Buddha tu. Jadi kami pun tawakal, solat dekat sana. Wuduk kena ambil di toilet yer. Bawak botol air, tadah air dari sink, sebab nak basuh kaki tak ada paip.

Selesai di sana, naik ke departure hall, check in flight Asiana Airlines untuk ke Jeju. Duduk-duduk sejam lebih juga,  baru dapat masuk balai berlepas. Kami saja orang Malaysia. Yang lain semua orang Korea. Baru aku teringat yang minggu ni long holiday untuk orang sana. Masa beli tiket flight ke Jeju dulu aku dah puas menyumpah diri sendiri seround, sebab salah pilih tarikh. Minggu ni semua benda mahal: tiket flight, hotel, kereta…  Sebab minggu ni kira macam peak time untuk holiday di Korea. Dah nasib…
Flight kami sepatutnya jam 7.20 malam waktu Korea. Tapi ada masalah teknikal, flight delay sampai pukul 8. Kami memang tak fahamlah apa berlaku sebab pengumuman semua dalam bahasa sana. Yang penting, pukul 8 kapal terbang berlepas. Belum pukul 9 dah sampai.

Setakat ini semuanya lancar, walaupun mungkin sedikit lambat. But this is when things went awry.

Okay. Mukadimahnya, sejak berbulan-bulan dulu kami struggle dengan sewaan kereta. Masa betul-betul baru lepas beli tiket flight, masa tengah berkobar-kobar, nak book kereta tak boleh lagi sebab too early. Paling awal boleh book ialah 2 bulan sebelum tarikh sewa. Lepas tu, aku dah busy. Dan bila cari-cari, jumpa website yang harganya sangat murah. Masalahnya, semuanya dalam bahasa Korea. Kami cuba dan berjaya book. Tapi banyak benda kami tak faham. Minta tolong sana sini, tak ada yang dapat tolong. By then aku cuba juga buka KT Kumho yang biasa orang Malaysia guna untuk book kereta sewa, tapi aku dah ragu-ragu, patut ke aku buat double booking. Takut jadi masalah kemudian pulak. Pening sana sini, bincang-bincang semua. Akhirnya decide nak tawakal dengan booking pertama.

Dengan nervousnya kami keluar balai ketibaan dan cari booth-booth sewa kereta. Tunjuk print out booking kami, orang di sana semua tak faham. It doesn’t exist! Kecut perut aku masa tu. Lebih kecut lagi, bila kami minta nak sewa kereta on the spot, katanya “everything sold out”. Di SEMUA syarikat kereta sewa. Subhanallah, dugaan apa ini.

Lemah longlai kami keluar dari airport, naik teksi ke Jeju December Hotel. Check in, dan terus tanya reception pasal kereta sewa. Jawapannya sama – dia baru cuba tolong satu guest cari kereta sewa, tapi semua sold out disebabkan oleh long weekend yang aku sebutkan tadi. Dia cadangkan kami ambil taxi tour (yang berharga kira-kira RM450 sehari). Semakin lembik aku rasa, sebab kami di sini 5 hari.


Okay, my head just couldn’t function anymore right then. It’s been a long day. Had shower, solat, doa BANYAK-BANYAK… dan tidur dulu. Dengan harapan tomorrow is a better day. 

2 comments:

  1. salam perkenalan fairuza, ok tak jeju december hotel?? nak tanya berapa harga flight seoul - jeju dgn asiana airlines tu?? murah lagi compare to jejuair / eastar ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam safuaria! Jeju December ok sangat! Kalau tak memilih nak mewah-mewahla kan... Flight Asiana Airlines tu, jap ek, kena ingat balik... Kalau tak salah harganya sorang RM210++. Kalau antara Asiana, Jejuair dan Eastar, Eastar paling mahal, lepas tu Asiana, lepas tu Jejuair.

      Delete