Tuesday 11 June 2013

Day 3: Jeju Island


Don’t you just hate it when the weatherman is right?

Well, it really did rain this morning. Luluh jantungku. Hujan tak lebat sangat, tapi angin punyalah kuat, seriau tengok.

breakfast
Kami bersiap-siap juga, walaupun kepala buntu tak tau apa patut kami buat. Kalau kami decide nak pergi muzium-muzium sekalipun, kami masih perlu menunggu bas dan kemudian berjalan kaki menuju ke semua muzium tu. Kecualilah kalau sanggup bayar teksi lagi. Hmmmm…

Dalam pukul 9, owner pension datang hantar breakfast, which is included in the rate. Awal-awal kami dah minta dekat dia suruh bawak roti kosong aje. So dia hantar roti sekeping, ban sebiji, cereal dan susu, dan buah limau. Alhamdulillah, at least save duit kami beberapa ribu Won daripada membeli breakfast.

Bila nampak cuaca dah agak-agak reda sikit, kami decide untuk keluar juga. Mana boleh jadi, datang jauh-jauh duduk dalam bilik. Kalau kami ni honeymooners lainla… hahaha…

Uncle kata cuaca macam ni pakai payung pun tak guna, jadi dia bawakan kami ke kedai runcit, beli raincoat. Dari sana, dia hantarkan kami ke bus stop. Save lagi duit daripada bayar teksi. Thanks uncle. Kami decide untuk ke Seogwipo-si. Kalau hujan lebat sangat, ada banyak juga muzium kat situ yang boleh kami masuk. 

Dari perhentian bas di Jungmun Entrance, naik aje apa-apa bas yang berhenti, minta nak ke Seogwipo Bus Terminal. Harga KRW1,000 seorang je. Sampai sana, kami tak terus masuk dalam terminal. Husband ternampak Jeju World Cup Stadium yang berada betul-betul di belakang terminal tu. Jadi kami detour ke sana dulu.

Sanggup meredah hujan tu, demi stadium bola sepak. Suami, suami… Kami buat satu pusingan tawaf stadium, ambil gambar dalam hujan. We must make the most of every situation! I will not let a little bit of rain ruin my trip!

And then off to terminal. Tanya tentang Udo Island di tourist information centre. Ahjumma yang jaga kaunter made a call to the port asking whether ferry service operates as usual, sebab hujan kan. Katanya okay aje. Dia ajar kami naik bas ke Seongsan Port, beli tiket di kaunter tiket di luar. Harganya KRW3,000 seorang. Okay, di sinilah tempatnya kami tertipu semalam. Remember we decided not to go sebab orang di Jungmun Tourist Information Centre cakap “Thirty thousand” seorang? Haa… Inilah pentingnya English Educationnnn….

Hati agak menyumpah-nyumpah kerugian kami. Kalau pergi semalam cuaca mesti cantik. Tapi lepas tu pujuk pula hati, kalau pergi semalam, tak dapatla jalan-jalan ke Seaes dan Jungmun Beach. Semua ada hikmah, insyallah…

Perjalanan mengambil masa dalam sejam setengah, sebab sepanjang perjalanan tu sentiasa berhenti di pelbagai bus stand. Kalau nak mencari the bright side, dapatlah kami ni tengok kehidupan sebenar di Jeju, sebab lalu pekan-pekan kecil dan kampung-kampung. Sampai di Seongsan Port dalam pukul 12.45. 

Berjalan kaki pula Seongsan Port, sambil berkira-kira sama ada kami patut pergi ke Udo. Seongsan Ilchulbong dah melambai-lambai kami. Kalau pergi Udo, kami takut tak sempat nak naik Ilchulbong dan ke Seopjikoji pula. Tapi masuk juga dalam tempat tiket, tanya harga. Orang sana agak terpinga-pinga dengan soalan kami. Nasib baik ada 1 kaunter yang ada basic English. Katanya seorang KRW5,500. Yang buat kami tak jadi pergi ialah the lack of information on how long does the journey take to and from Udo, berapa kerap feri berulang dan sebagainya. Masa dah suntuk. Banyak lagi tempat nak pergi, naik public transport pula tu. Jadi dengan berat hatinya aku merelakan.

Patah balik, jalan kaki ke Seongsan Ilchulbong. Dalam kamus kami sekarang ni dah tak ada istilah jauh nak berjalan kaki. Setakat 5-6km tu memang pejam mata aje. Darurat. Pemandangan di Ilchulbong cantik! Dan kami nekad untuk mendaki juga. Dah puas exercise dan warm up dari semalam, so kami yakin boleh!
Signboard di sana mengatakan 50 minit aje naik turun. Azam kami untuk dapat tepat seperti waktu yang dianggarkan. Masuk kena bayar KRW2,000 seorang. The climb was okay, walaupun ada tempat-tempatnya yang agak curam tangganya. Orang ramai, surprisingly, memandangkan cuaca agak suram.
Sampai di atas kami lepak makan sekeping roti, lunch kami untuk hari tu. Bergambar sikit dan turun balik.


Belek souvenir di bawah, tapi disebabkan kami belum buat budgeting betul-betul, tak berani nak shopping. Aku pulak ingatkan semua tempat sama, ada banyak jual souvenir. Nasihat aku ialah, kalau di Jeju ni, nak beli souvenir pergilah ke tempat-tempat macam Ilculbong ni. Standard harga sehelai T-shirt KRW10,000 ke KRW20,000. Jangan tunggu sampai ke bandar baru nak cari. Alamatnya jadilah macam kami, berputih mata.

The flowers!!
Dari Ilchulbong kami tahan teksi untuk ke Seopjikoji. On the way ke sana, kami jumpa a few patches of rape seed flowers (bunga kuning) yang aku gila-gilakan tu. Bunga tulah sebab utama kenapa Jeju merupakan destinasi idaman aku. Sebelum datang dulu aku dah redha yang aku tak ada rezeki tengok bunga tu, memandangkan ia kembang hanya pada musim bunga selama kira-kira 3 minggu. Rupanya Allah makbulkan doa aku. For tourism purposes, ada beberapa kawasan yang ditanam dengan pokok tu supaya orang-orang macam aku dapat bergambar. Kena bayar KRW1,000 seorang, but who cares?! Kesian pakcik teksi kena kerah jadi photographer. Hihiih.. Alhamdulillah, makbul sudah.

The cliff at Seopjikoji
Perjalanan diteruskan ke Seopjikoji. Ia satu lokasi tepi laut yang sangat cantik. Ada laluan untuk ke rumah api, dengan pemandangan ombak menghempas batu-batu berwarna hitam di pinggir laut. Ada sebuah rumah dekat sini yang dipanggil “All-In House”, katanya rumah tempat penggambaran drama All-In. Drama apa itu? Wallahualam. Cantik tempat ni! Kalau cuaca cerah mesti lagi cantik! Masa kami datang ni angin sangat kuat dan cuaca mendung.

Kami tak dapat lama di sini sebab hari dah petang. Perjalanan nak balik ke Seogwipo hampir 2 jam lagi. Teksi pula tak ada nak keluar dari Seopjikoji. Kami nekad berjalan kaki. Hero sungguh! Jauh beb! Nasib baik lepas 15-20 minit berjalan, ada teksi yang berhenti. Ke perhentian bas, dan perjalanan diteruskan ke Seogwipo.
Dinner
Sampai di Seogwipo dah hampir gelap. Singgah beli telur di e-mart untuk dinner malam ni. Beras ada sikit lagi untuk dihabiskan malam ni. Hari mula hujan lebat, suasana makin sejuk jadi husband ajak naik teksi je balik ke pension. Kena KRW9,000. Pejam mata ajelah bayar.


Bersihkan diri, masak nasi, goreng telur 5 bijik (hambekkk kau!) dan panaskan kari ayam Brahims, tuang kicap. Alhamdulillahhhhh… The best meal I’ve ever had. Hahahha…








2 comments:

  1. awak, masak nasi dlm periuk camping tu kee??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe... a'ah, masak dalam tu aje... Tapi 2nd night tu kami guna jugak rice cooker dalam pension tu untuk masak nasi sebab nak cepat. Dah lapar sangat. :)

      Delete