Wednesday 12 June 2013

Day 4: Jeju Island

It’s our final day in Jeju before we leave for Seoul tomorrow morning. We are leaving Seogwipo to go back to the city supaya senang dan cepat untuk ke airport esok pagi.

We woke up to a beautiful, sunny day. Alhamdulillah. My first words to my husband was, “Udo Island!”

Tapi banyak benda nak dipertimbangkan dulu. Disebabkan kami kena naik public transport, dan kami perlu check out dari pension hari ni, agak susah untuk kami nak terus bergerak ke mana-mana tempat yang kami nak pergi. First sekali kena juga check-in di hotel di Jeju-si so that kami boleh hantar beg baju yang sebesar alam tu. Jadinya, dah macam dua tiga kali kerja, nak naik bas sejam ke Jeju-si, lepas tu nak naik bas sejam setengah pula ke Seongsan Port untuk ke Udo Island.

Dengan berat hati, kami terpaksa batalkan rancangan tu. Nak tak nak, kami kena cari tempat yang tak jauh dari Jeju-si untuk aktiviti hari ni, supaya kami tak buang banyak masa dalam bas. Sedih aku, sebab Seogwipo pun kami tak habis pusing lagi. Aku belum dapat tengok Jeongbang dan Cheonjiyeon Waterfall (jangan tertipu ya, ada 2 waterfall di sini yang namanya hampir sama. Yang kami visit semalam ialah Cheonjeyeon. Perbezaan ejaan hanya pada huruf ‘e’ dan ‘i’).

Nak ke Manjanggul Cave, bila baca review dari blogger lain, katanya di sana dari perhentian bas nak keluar masuk ke dalam agak jauh dan susah nak dapat transport. Cancel juga. Lepas bincang, akhirnya kami decide nak ke Hallim Park aje walaupun aku sebenarnya tak berminat.

Happy House Pension
Lepas breakfast dan packing semua, Uncle hantarkan kami ke bus stop bas 600 dalam pukul 9.45. By 10a.m. bas dah bertolak ke Jeju-si. Kami bermalam sehari lagi di Jeju December Hotel. Disebabkan kami sampai masih awal (before 11) kami belum boleh check-in, tapi beg boleh ditinggalkan di hotel. Tanya reception macam mana nak ke Hallim Park, dia suruh naik teksi ke terminal bas Jeju-si dan naik bas dari sana. Ada satu bas aje ke belah sana.

Going crazy over a lavender bush
Dengan pantas kami ke sana, just in time to catch the 11.15 bus, yang dah pun bergerak keluar parking masa tu. Tempatnya tak jauh, tapi disebabkan dia berhenti setiap beberapa ratus meter, perjalanan kami ambil masa lebih dari sejam. Aku dah letih naik bas sebenarnya. Kepala tak habis-habis terbayang banyak mana masa yang boleh kami jimat dan banyak mana tempat lain yang boleh kami lawat kalau ada kereta. Terkilan.

Hyeopjae Cave
Sampai di Hallim Park dalam pukul 12.30. Tiket masuk KRW9,000 seorang. Tempatnya besar, banyak benda boleh tengok. Tapi it’s nothing unique. Macam pergi zoo+taman burung+muzium+FRIM. Lebih kurang gitulah. Yang unik dan excited sikittt pun bila masuk Hyeopjae dan Ssangyong Cave je. Itupun excited sebab camera baru kami boleh capture gambar elok dalam gelap. Heheh.

Dalam 2 jam juga kami dalam tu, sebab jalan slow-slow. Kami dah menyerah kalah, dah tau itu aje tempat yang kami dapat pergi hari tu. Signboard di luar kata Glass Castle dekat-dekat situ, tapi dekat tak dekat pun dalam 8km jugak. Takkan nak menapak lagi? Dari sana nanti belum tentu ada bas nak balik ke town. Tak sanggup den nak bayar teksi sejauh tu. Haihhhh…

Lunch on Hyeopjae Beach
So komprominya, lepas keluar tu, kami beli roti dan air untuk lunch macam biasa, dan jalan kaki ke Hyeopjae Beach. Tak sampai 5 minit pun berjalan kaki dari Hallim Park. Lunch atas batu-batu di tepi laut. Ala-ala menyedapkan hati gitu, walaupun Hyeopjae Beach kami dah singgah masa Mr.Park bawa kami berjalan hari tu.

Hampir pukul 4 gerak pulang. Sampai di terminal, hujan. Kami masih belum dapat beli souvenir, jadi cuba merayau kedai-kedai dekat situ cari kedai souvenir. Langsung tak ada. Akhirnya ambil teksi balik. Sampai sana dalam pukul 5, check in dan tanya reception dekat mana kami boleh beli souvenir Jeju, T-shirt semua tu. Kata mamat tu, “You should try Dongmun Market, but it closes at 7 or 8pm.” Macam ribut kami naik solat, terus keluar balik dalam hujan tu, naik teksi ke Dongmun Market.

Nasib tak menyebelahi kami. Dongmun Market yang kami jumpa penuh dengan kedai jual ikan, sayur, buah dan daging. Berapa ekor kepala babi juga kami jumpa. Sengih ajela. Kalau ada jual baju pun, semua baju pakaian harian warga tempatan. T-shirt imitation dsbnya. Kecewa lagi. Tak tahulah kalau kami yang tak pandai mencari, tapi setakat yang kami jalan tu, memang tak jumpa.

Jungang Underground Shopping Mall
Jungang Underground Shopping Mall terletak betul-betul di depan Dongmun Market. Pun kami pergi. Memang banyak kedai, tapi semua kedai baju berjenama dan pakaian harian, serta kosmetik. Langsung takde satu pun yang jual souvenir. I was feeling defeated by then. Kepala tak boleh berhenti teringatkan baju-baju di Ilculbong semalam. Nak menyesal pun, manalah kita nak sangka keadaannya macam tu. Selama ni, mana pun aku pergi, souvenir cukup senang nak dapat. Antara mahal dengan murah aje. Dekat sini punyelah pelik, walaupun tourism merupakan antara industri utamanya, they don’t try to cash in on it.
Maggi Kari & Asam Laksa! woohoo!

Balik lagi. Mandi-mandi, dinner makan Maggi, nak clearkan ruang dalam beg. Husband tengok aku monyok aje, pukul 8 tu dia ajak keluar cari barang di sekitar hotel. Sekadar menyedapkan hatila tu, sebab area situ kami dah round pun hari tu. Belilah teddy bear sekor untuk anak sedara aku. Beli roti untuk breakfast esok.

Pukul 9.30 tu kami dah sampai ke bilik. Kepenatan, bukan sekadar fizikal tapi mental dan emosi jugak. Malas nak fikir, terus tidur aje. Esok kami dah ke Seoul. Goodbye Jeju, you will definitely be missed. I’ll try to come again someday, when I’ve gone to all the other countries in my list. Next time I’m gonna make things right!

Oops, wait a minute! I'm sounding wayyyy too negative here. It's okay, in spite of the few glitches here and there, I got to see the side of Jeju that not many tourists get to. Lalu ceruk-ceruk kampung, pergi pasar ikan, naik laluan bas yang cuma warga tempatan guna. Cool huh?!







No comments:

Post a Comment