Friday 14 June 2013

Day 5: Jeju Island – Seoul


Flight t’way Air dari Jeju ke Gimpo International Airport adalah pada jam 11.15 pagi. Kami mula bersiap dalam pukul 8. Breakfast bancuh sup Campbell, cicah roti dari Paris Baguette semalam.

Check out pukul 9 dan terus ke airport dan terus juga check-in flight. T’way Air ni lebih kurang macam AirAsia kita. Tiket yang murah boleh mencecah KRW15,000 (RM40) one way untuk ke Jeju. Masalahnya cuma satu, websitenya dalam bahasa Korea sepenuhnya. Kami berjaya beli tiket ni hasil panduan daripada blog Budget Travel to Korea.

We didn’t expect much since they are known as a budget airline, but we were pleasantly surprised. In spite of being ‘budget’, there are many things that our own budget airline can learn from them, particularly on being systematic. Dan diorang tak berkira. Bab ni dah banyak review yang aku baca. Walaupun secara rasminya baggage maximum hanya 15kg, dan beg kami terlebih 2kg, they didn’t charge us anything. They didn’t even comment on it. Kalau ya pun diorang charge, per kg of excess baggage hanya dikenakan caj KRW2,000 (tak sampai RM6). They even serve (free) drinks on the very short flight. Amazing. Recommended!

Flight was on time. We reached Gimpo at about 12.30p.m. Terus cari A’Rex (Airport Railway Express) untuk ke Seoul Station. Kami berjaya cari penginapan semalam dekat dengan Seoul Station, so that kami tak payah lompat-lompat train. Naik satu train, terus sampai destinasi, dan tak payah pikir banyak nak turun kat mana, nak tukar train apa dsbnya.

Kami berada di Seoul tak sampai pun 24 jam, sebab flight balik ke KL esok pagi jam 9.35. Tak expect untuk dapat tengok apa-apa attraction pun. Misi utama ialah mencari souvenir untuk family di rumah. Cuaca di Seoul subhanallah, panasnya! Memanglah dah biasa panas di Malaysia, tapi ini Seoul! Tak sangka pula perbezaan cuaca yang amat ketara dengan Jeju. Dah macam Malaysia dah panasnya. Rentung, dan semakin rentung aku.

Seoul Backpackers Hostel
Arex dari Gimpo ke Seoul Station ambil masa lebih kurang setengah jam, dengan harga hanya KRW1,350 seorang. Yang mencabarnya ialah bila sampai di Seoul Station, yang bersamaan dengan KL Sentral kita, dengan saiz 3 kali ganda. Kami perlu cari Exit 8 tapi nak ke sana punyalah jauh berjalannya. Heretlah beg baju tu naik turun escalator, naik turun tangga. Dah keluar Exit 8, berjalan pulak mencari Seoul Backpackers Hostel. Naik turun bukit. Sampailah juga. Terceruk-ceruk celah-celah restoran, di lorong-lorong belakang kedai-kedai. Tahan ajelah untuk semalam. Aku ni kalau bab hotel memang taste tinggi sikit sebenarnya. Huhuhu…

Bilik kami di tingkat 6, tapi lif sampai tingkat 5 aje. Lagi satu tingkat kena naik tangga kecil. Biliknya kecil aje, sangat basic. Nak buat air panas semua kena pergi lobby dekat bawah. Towel takde, sabun takde. Kena mintak baru dapat. Disebabkan bilik kami tinggi sangat, wifi pun hidup segan mati tak mahu. Sekali lagi, tahan ajelah untuk semalam.

Namdaemun Market
Satu je advantage hostel ni, lintas satu jalan besar dah sampai Namdaemun Market. Lepas je solat terus keluar ke sana. Haa… ini barulah betul syurga shopping. Dia ala-ala Petaling Street gitu. Nampak sangatlah orang kita banyak bagi bisnes kat diorang, rata-rata penjualnya dah boleh berbahasa Melayu. Nak tergelak pun ada bila sembang dengan orang Korea cakap bahasa Melayu. Ada satu pakcik tu sampai boleh sembang panjang dalam bahasa kita. Amazed and impressed! Bahasa dia memang formalla, tapi the fact that he tries and he makes an effort to learn is amazing.

Terus setelkan souvenir untuk family dulu. Cuma malangla sikit nasib family aku, sebab aku yang datang Korea. Aku ni kalau bab shopping, memang gagal tahap kronik. Tak reti beli barang. Sedangkan untuk diri sendiri pun kalau nak beli barang, berjam-jam pikir, apatah lagi untuk orang lain. Pastu bila dah terlepas baru menyesal. Ia adalah gabungan sifat kedekut+takut membazir+tak reti agak apa orang suka. So, kaum keluarga sekalian, semoga berlapang dada mendapat t-shirt I Love Korea sorang satu. Maaf, bidang ini bukan kepakaran saya.
Jumpa satu kedai kebab halal, kecik aje kedai dia menghadap ke jalan besar.  KRW4,500. Beli ajelah, lunch kami. Siap je beli barang untuk semua yang ada dalam senarai, kami balik hantar di bilik. Dan keluar balik ke Namsan Tower. Menapak beb! Tak mainlah naik cable car. Tak backpackers aa, bak kata husbandku. Mencungap, lebih 1km kami berjalan, yang kebanyakan masanya mendaki tangga. Akhirnya sampai juga di lokasi yang banyak padlock tu, konon-konon tempat immortalize your love with your loved ones. Ambil gambar ala kadar sebab dah takde mood. Beli aiskrim, makan lepas tu turun balik.


N Seoul Tower, the padlocks, the beautiful view and the delicious ice cream!


       

   

Pergi Namdaemun semula, sebab bila kira-kira tengok duit ada lagi KRW200,000. Kali ni nak beli barang untuk diri sendiri pulak, sebab aku belum beli apa-apa for myself. But as I’ve said before, I couldn’t find anything that I need, or even want. OMG im such a loser! Last-last husband la yang suruh, nah beli ni, nah beli tu. Beli baju Korea 2 pasang, t-shirt lengan panjang biasa 1, pencuci muka The Face Shop sebab dutanya hero kesayanganku Baek Seung Jo (Kim Hyun Joong) dan baju anak-anak sikit.


Going mental

Untuk dinner kami beli kebab yang kami beli untuk lunch tadi. Balik bilik, dan settle untuk hari ini.
Lunch and dinner. We bought this twice!
Duit ada berlebih KRW150,000 lagi. Ya Allah, apa yang tak normal sangat aku ni? Penah ke orang pergi bercuti duit tak habis? Pernah ke orang pergi shopping duit berlebih? Aku ni perempuan ke bukan? Ahhh… stress dengan diri sendiri! Aku menyesal tak paksa husband beli baju Running Man yang dia jumpa tadi. Siap ada velcro tanda nama Kim Jong Kook kat belakang baju yang boleh cabut-cabut macam dalam cerita tu. Mana bleh dapat kat Malaysia tu. huhuuhuhuh…

So, this marks the end of my Korea trip, sebab esok pagi-pagi buta, sebelum ada kedai mahupun destinasi tarikan pelancong dibuka, kami dah pun berada di dalam kapal terbang pulang ke Malaysia.

I will return with one more entry, a post mortem of this trip. insya allah yer, sebab bila balik Malaysia ni aku kembali menjadi bionic woman. Nak bernafas pun mungkin tak sempat kalau badan tu tak beroperasi secara automatic.



No comments:

Post a Comment