Thursday 26 January 2012

Hujah-Hujah Mengenai Kenapa Aku (Rasa Macam) Kena Berenti Beranak

Aku musykillah. Semenjak dua menjak ni laju je aku meng’clear’kan semua barang-barang baby yang ada kat umah ni. Habih semua aku sedekah kat orang. Baju-baju Layla dan Ilhan yang dah kecik, buku-buku mengandung, breast pump, baby cot, car seat Layla. Habih semua aku setelkan. Macam ya-ya je tak nak beranak lagi? Betul ke? Takkan 2 je anak aku? Tak meriah btul! Nama anak lagi sepasang dah ready dalam kepala pulak tu. Rugi, rugi...

Tapi tulah… Bila pikir nak menambah lagi pulak, aduhhhh… rasa semput nafas, otak, poket. Huiiii… sesak woo!

Jangan salah anggap. Bukan aku kata anak-anak aku ni beban (walaupun kadang-kadang memang rasa nak humban dalam lombong). Cuma, percayalah cakap aku, sakit mengandung dengan beranak tu alaahhaiii… cenonet je nak dibandingkan dengan hal-hal yang berikutan selepas itu.

Ada suara-suara sumbang pernah menyebut, “Orang dulu-dulu lek je beranak 10-15 orang anak. Hidup pun sampai besar.” Meh sini aku nak jentik sket mulut tu. Kau ingat zaman dulu dengan zaman sekarang sama? Banyak aspek yang dah berubah sejak 15-20 tahun lepas, yakni ketika aku kanak-kanak, dibandingkan dengan sekarang.

Melihat dari aspek keperluan asas; makanan, pakaian dan tempat tinggal:
  • Masak memanglah boleh, ala kadar. Tapi seminggu sekali nak jugak bawak anak-anak makan sedap. Siapa tak seronok tengok anak makan selera. Kalau dia mintak makan nasi campur okeylah. Kalau dia mintak fast food, dah bergerak sket beberapa keping duit merah. Kalau selera dia macam aku, yang asyik nak telan pasta dan nachos? Bukan ke bergerak 2-3 keping duit hijau tu?
  • Untuk baju pakai hari-hari takde hal la nak beli kat Tesco. Apa ada hal. Comey je anak-anak aku. Tapi sekali-sekala tu hati teringin jugak nak tengok anak pakai Kiki Lala ke, Baby Kiko ke. Tapi sehelai T-shirt yang menggunakan kain tak sampai semester pun dah sama harga dengan satu blouse mama.
  • Setakat anak 2 kecik-kecik yang boleh share bilik dan katil ni, okeyla lagi duduk rumah sekarang ni. Tunggu 2-3 tahun lagi, bila diorang dah pandai tanya, “Mama dengan ayah buat apa tu?” Haaaaa… Jadi sebelum diorang dapat akal untuk bertanya, kena la pindah rumah besar sikit, bagi bilik sorang satu kat diorang. Tapi kalau ikut hati, tak nakla nak duduk environment kos rendah atau sederhana, kan? Impian tu nakla Surian Condo ke, Mas Kiara ke, Armanee ke? Ewah!
Melihat dari aspek kenderaan:
  • Dengan anak dua ni okeyla bawak Proton. Just nice. Tapi kerajaan dah tetapkan penumpang belakang pun kena pakai seatbelt. Kalau bertambah lagi anak, dah tak cukup seat belt dah. Dah, terpaksa beli Exora…
  • Kalau nak pegi holiday yang kena terbang pulak, memanglah ada AirAsia. Tapi kalau tambah tolak darab bahagi, 4 beranak pun boleh tahan tambangnya. Kalau beranak-anak lagi? Semakin boleh tahanlah tambangnya… Yang penting aku dah serik naik kereta api dari KL ke Perlis.

Melihat dari aspek hiburan:
  • Zaman aku dulu senang. Masuk pukul 5 petang, bukak pintu rumah, semua terlepas main kat padang sampai Maghrib. Kau nak tunggang terbalik, masuk lopak, selut, panjat pokok, main api, wheely basikal, belasah anak orang… Lantak pi. Asalkan Maghrib sampai balik rumah. Sekarang kalau anak kau nak buat camtu ada kau bagi? ADA? Tak, kan??? Kalau ya pun korang bagi, mesti nak kena ikut jadi supervisor. Kalau nak bagi diorang main dengan rasa selamat, nak kena hantar Kidzania la, YuKids la, tah apa-apa lagi. Satu kepala dah berapa ringgit? Huh!
  • Bila hari hujan dulu-dulu, tak boleh keluar rumah, takde hal. Imagination ada. Main cikgu-cikgu, masak-masak, lawan-lawan, bina kubu guna kusyen. Sekarang? Dah, nak kena beli iPad ke, iPod ke sorang sebijik. Koman-koman pun rumah nak kena ada computer atau laptop.
  • Dulu-dulu redha je. Tengok TV (yakni cerita kartun) hanya pada sebelah petang hari sekolah atau awal pagi Sabtu dan Ahad. Tak gaduh pun. Sekarang? Subscription Astro je dah beratus-ratus ringgit. BabyTV pun kena bayar asing tau!!

Melihat dari aspek pendidikan:
  • Aku ingat aku dulu tadika setahun je. Masa umur 6 tahun. Itupun tadika Islam kerajaan. Rilek je. Masuk darjah satu baru gaya-gaya nak fasih mengeja. Elok je sekarang, takde pun buta huruf ke, terencat otak ke. Fasihla bercakap dwibahasa: Inggeris dan Melayu, serta membaca Jawi. Tapi sekarang, tekanan tinggi untuk mula menyekolahkan anak seawal 2 tahun! Kalau anak umur 3 tahun tak reti baca lagi, mak bapak dah menggelabah berpeluh ketiak-ketiak. Yuran tadika je setahun beribu-riban. Sape ntah cerita dulu, seorang anak yurannya rm4,000 setahun. Tadika tu. Kalau besar tak jadi professor ke, saintis ke, memang saja sangatla.
  • Aku sekolah rendah dulu, entah. Yang aku ingat cuma main masa rehat dan episod-episod nakal dengan kawan-kawan. Entah apa aku belajar pun aku tak tahu. Pressure? Untuk UPSR? Seriously?? Sekarang, fuh. Kesian aku tengok budak-budak. Tuition untuk semua subjek. Darjah 1 pun tuition! Yuran tuition tu tak payah kiralah. Tekanan untuk ambil UPSR pulak macamlah kalau tak pass tu tak boleh masuk form 1. Patutla ada budak bunuh diri lepas amik result. Sian... 
  • Itu belum pikir lagi bab masuk sekolah menengah dah university. Tak boleh pikir. Terlalu sesak otak aku.

Melihat dari aspek kesihatan:
  • Aku ni memang pengunjung tegar hospital dan klinik kerajaan. Beranak dua kali, dua-dua kat Selayang. Sakit demam diorang pun sekarang pegi klinik kerajaan. Tapi andai kata inginkan keselesaan, haruslah kena pilih swasta. Bayaran dia tak payahlah dibincangkan kat sini, sebab umum diketahui. Nak nak kalau pegi Damansara Specialist ke, Pantai Medical Centre ke, Prince Court ke. Botak laki mak, nak!
  • Kalau nak selamat, kena ambik insurans/takaful. Memanglah untuk kesenangan semasa emergency. Tapi bulan-bulan tetap kena bayar, kan? Bayar guna apa? Pelepah pisang? Bulu kambing? Kertas A4? Tidak sama sekali.  

Justeru, atas mempertimbangkan perkara-perkara tersebutlah aku dengan berat hati berniat untuk berhenti beranak setakat 2 sahaja. Sepasang dah kan? Walaupun dalam hati dapat bayangkan sunyinya tua-tua karang. Bila raya, kebetulan dua-dua kena turn rumah suami dan isteri, tinggalla aku laki bini. Aku tengok kau, kau tengok aku.

Kecualilah Allah bagi rezeki (duit) lebih. Masa tu cepat-cepat aku beranak lagi. Heheheheheh…

3 comments:

  1. #1: aku taktau pulak kau pegi padang dulu belasah anak orang. ish2 padanla bergaduh jiran2. HAHAHAHA
    #2: kau lupa parrot poret dgn main gelap2
    #3: aku rindu naik keteapi KL ke Perlis. bila lagi nak buat? horhor
    #4: nanti bila Euro dah meltdown aku suggest dorang tukar currency pakai pelepah pisang eh. pastu kite migrate pi sana

    hahaha sekian.

    ReplyDelete
  2. OH lupa lagi satu. memandangkan kau takut kesunyian, nanti aku dah kawin & beranak pinak aku hantaq pi kat kau jadi ibu susuan. baru meriah sikit ye dak? :D

    ReplyDelete
  3. #1: ahahah... alamak, memang btulla, orang yang dibelasah tersebut ialah anak jiran tersebut. patutla gaduh!
    #2: parrot poret dah mention dalam post lepas. pastu main gelap2 adalah eksklusif bila abah ada kat umah je. itu acara wajib.
    #3: kalau bujang rindula gak. kau bayangkan kalau pergi skrg, dgn 3 org kanak-kanak (including ayra ye, bukan sebarang bayi lain dalam perutku).
    #4: no point. masa tu nanti pelepah pisang pun naik harga gak. still tak mampu own byk2. ahahaha
    #5: boleh, xde hal. tapi nanti kau jeles bile raya dia balik umah aku, tak balik umah kau. cane? ahaha

    ReplyDelete