Friday 9 March 2012

Durian Runtuh Ditimpa Tangga

Sesungguhnya lah… Allah bila Dia nak bagi rezeki tu, segedebuk Dia bagi, entah dari mana-mana puncanya. Tak terjangkau dek akal, tak ternampak dek mata.

Macam yang jadi dekat husband aku (dan aku pun tumpang sekaki).

Langsung tak tahu-menahu apa-apa, tiba-tiba 2 minggu lepas dia dapat call kata dia menang GRAND PRIZE untuk satu peraduan Celcom. Hadiahnya?

Percutian 11 hari 10 malam ke Eropah untuk 2 orang berserta RM5,000 wang tunai.

Siot! Biar betik?!

Susah aku nak percaya masa dia call aku bagitahu. Dan dia sendiri pun hanya percaya lepas dia buat checking dari segala segi. Check website Celcom tentang existence of the contest, check phone number yang call dia tu didaftarkan atas nama apa, dan sebagainya. Terbukti semuanya benar. Memang dia menang.

Yang bestnya kami tak tahu pun pasal kewujudan contest tu. Apparently semua orang yang daftar ke dalam system OCS Celcom automatic didaftar masuk ke contest tu, dan pemilihan pemenang dibuat berdasarkan penggunaan system tersebut untuk membayar bil dengan kadar paling consistent, bil yang dibayar penuh dengan konsisten dan bonus kalau gunakan kaedah FPX CIMB.

Anyway, perkara pertama yang terlintas kat kepala aku ialah anak-anak. Bawak? Tinggal? Segala pro dan contranya.

Kalau bawak, dah confirm kena tambah duit sendiri untuk tambang diorang semua. Fuh, dah berapa tu? Bila dah sampai sana kena kira pulak factor perubahan cuaca, masa. Dah nama pulak tour, hari-hari confirm berjam-jam on the road, sama ada naik bas atau train. Kalau dua-dua dah 5-6 tahun, memang takde hal. Tapi Layla baru 2 tahun lebih. Ilhan setahun pun belum. Tak kelakar beb. Dan yang aku tak boleh nak nafikan ialah, kami memang tak mampu nak tambah duit untuk bawak anak-anak. Itulah realitinya.

Kalau tinggal pulak, aduhai. Baru pikir je hati aku dah macam diperah-perah. Siapa pulak yang akan jadi mangsa? Mama? Mak? Macam mana dengan Ilhan yang masih breastfeed sampai sekarang?

Aku memang tahu, bila bab Layla memang dua-dua pihak, family aku dan family husband, dua-dua menadah tangan luas-luas. Dia dah biasa dengan diorang. Biasa bermalam dengan Tok Ana dan Tok Abah. Biasa lepak berjam-jam kat rumah Nenek. Tapi bila bab adik, semua surrender. Yalah, dia sesungguhnya Mama’s Boy. Jangankan 11 hari, 11 jam pun dia tak pernah berenggang dengan aku. Tido malam masih kerap bangun menyusu. Nak tidokan kemain susah. Kuat nangis. Sian adik, semua orang tanak jaga…

Terkeluar jugak dari mulut aku cadang dekat husband, “U pegilah dengan sapa-sapa. Tinggal I dengan anak-anak.” Cadang-cadang ayam gitu. Hati tak ikhlas mana. Tak redha. Nasib baik dia jawab, “Kalau I pegi, I akan pegi dengan U je.”

Iyela nok. Laki sendiri. Rela ke kau, dia pegi dengan orang lain. Memangla dia takkan bawak perempuan tah mana-mana. But still. Laki sendiri kan? Dia pegi dengan member lelaki pun kau tak sanggup punye. Aku memang selalu berpegang pada prinsip tempat isteri adalah di sisi suami. Tak kirala, pegi Tesco ke, pegi potong rambut ke, pasar malam ke. Aku mesti nak ikut jugak.

Europe la pulak tu. All expenses paid. Bukan hari-hari dapat wehhhh… Aku biasa berangan pergi Europe. Yela, aku kan peminat setia filem Dilwale Dulhania Le Jayenge. Harusla berangan. Tapi sungguh aku tak pernah yakin aku akan dapat pegi dalam hidup ni. Apatah lagi pergi free-free.

Tapi tulah. Hati terbelah dua. Ikut suami atau ikut anak-anak? Dilemma yang paling berat pernah aku hadapi sejak kahwin dan jadi mak. Walau sebrutal mana aku, segarang mana aku dengan anak-anak, memang aku tak boleh nak lapang hati tinggalkan anak-anak dekat 2 minggu macam tu. Aku jaga diorang sendiri siang malam sejak lahir nok. Akula mak, akula maid, akula tukang masak, akula cikgu.

So, tell me. If you were in my shoe, what would you do?

Tak perlu suggest bagi pakej tu dekat orang lain sebab dah termaktub dalam surat bahawa,

2. There is no choice of package offered and the trip prize cannot be converted to cash and not transferable to any person;

So, what would YOU do if you were me? Who would you choose? Your husband or your kids?

P/s: Bukan berniat untuk komplen ye. Bersyukur tu pasti. Ini kategori rezeki terpijak jenis Durian Runtuh Ditimpa Tangga punye ni. Tapi sebagai ibu aku tak boleh lari daripada memikirkan tanggungjawab aku.

4 comments:

  1. fuyoooo tahniah beb!!!
    tp itula kan as a mother...hurmmm lagi pilu dn sedih bila ank masih setia BF..ehehe..
    tp klu tak grab peluang ni bila lagi kan?
    advise aku*gitu* pegi je..anggap 2nd honeymoon utk ko n apiz...pasal si-adik..start skrg ko cuba2 la kurangkan direct feeding..*jahat*..xpun angkut adik je..tp ongkos plak kan? hurmmm..tp beb kena kuatkan hati!!..zaman skrg dh moden nnt ko skype la ngn anak2 ko..xpun mms ke..ehehhe..
    chaiyok2!!!
    ps: klu idea aku ni ko trima agak2 dapat fridge magnet dari sana x?ahaks! ehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eheheh... TQ! Aku ni menumpang tuah suami je. akakka... tula, apa yang kau suggest tu, itula yang apis suggest. Memang kena buat hati keringlah. Flight tu nanti confirm banjir. hahahah...
      Fridge magnet ek? Baik, saya masukkan dalam list... ehehehhehehehe...

      Delete
  2. ya Allah faiiiiiiiiiiiiiiiiii best gileeee!! congratulations!!!

    kalau aku, aku pilih pegi ngan suami. insya Allah anak tak apa2. ni bukan selalu. mungkin sekali seumur hidup. dont worry, doa banyak2, insya Allah Allah permudahkan urusan ;) serious please pegi best gileeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh... thank u!! Tula, tengah kuatkan hati la ni. Si Awang kecik tula yang aku risaukan lebih sket. Kakaknye dah pandai bawak diri. Harap-harap in the next few months ni dia jadi semakin independent. Amiiinnnnnnn

      Delete