Monday 5 February 2018

Jeju 2.0: Trip With Kids - Day 5

4 Februari 2018

Dah 24 jam snow turun tak berhenti. Tapi pukul 7 lebih tu masa tengah mengemas beg untuk check out, matahari keluar. Aku dah berharap sikit yang cuaca akan berubah. Kami breakfast, sambil berperang dengan anak-anak yang macam allergic dengar perkataan “cepat”, diorang automatic jadi makin lambat. Akhirnya kami berjaya keluar dari bilik pukul 9. Elok turun je ke kereta salji lebat balik. Dari tempat parking kami dapat tengok laluan keluar dari kawasan hotel tu penuh salji. Jalan tu naik bukit pulak tu. Aduhai. Staff hotel kata better tunggu sekejap sampai salji reda.

Kami termenung sekejap dalam kereta. Sekejap tu ada staff dia datang sodok salji dekat luar, jadi kami pergi tolong. Mamat tu tanya kami ada snow chain ke tak untuk kereta; memang ada tapi tak reti pasang. Jadi dia offer untuk tolong. Berhempas pulas memasang snow chain, dekat setengah jam jugak. By then ada orang lain dah takeover sodok salji kat bukit tu.



Jadi bila kami cuba naik bukit tu dengan snow chain yang terpasang, dah tak berkesan sebab snow dah takde. Risaunya aku, takut terbalik kereta tu. Last-last lepas 3-4 kali cubaan, kami terpaksa undur balik dan cabut snow chain tu. Lepas tu barulah lepas nak naik. Nak turun bukit depan tu pun tak kelakar jugak, brek tak makan sebab jalan licin. Nasib baikla driver ada skill, reti nak tarik handbrake segala. Kalau aku sorang tu jawabnya cium pokok dah.

Bila dah sampai ke jalan besar barulah kami sedar tahap keseriusan situasi ini. Semua tempat penuh salji. Jalan raya biasanya clear walaupun kiri kanan jalan bersalji, tapi hari ni jalan raya pun penuh salji. Jalan ke depan sikit nampak bas accident langar pokok. Semua orang memandu pada kelajuan minimal. Aku gelisah dibuatnya.

Perjalanan kami hari ni ialah untuk ke Seongsan dan apa-apa attractions sepanjang jalan ke sana. Perjalanan dari Jungmun nak ke Seongsan pada hari biasa mungkin ambil masa sejam. Tapi hari ni haruslah lagi lama. Jalan raya 70km sejam kita boleh bawak kereta 30 ke 40km sejam sahaja. Jumpa lagi kereta accident langar tiang tengah jalan. Semakin risau aku. Kereta kami pun beberapa kali tersasar dan sedikit terbabas bila nak stop dekat traffic light sebab tayar susah nak grip. Berzikir berdoa non stop.

Masa kami lalu di stop pertama yang kami rancang, iaitu Jeju Folk Village, salji tengah sangat lebat. Husband aku kata kalau kami stop dekat sini, kalau berjaya buat aktiviti pun, kemungkinan besar kereta kami akan tersadai dalam salji tebal dan tak boleh teruskan perjalanan. Jadi kami batalkan plan ni. Terus ke Seopjikoji. Nasib baiklah Allah dengar doa akan. Elok sampai dekat sana, matahari keluar dan salji berhenti. Kami dapat naik atas tu dan bergambar sikit, walaupun jalannya licin. Seongsan Ilchulbong pun nampak clear dari sana. Seterusnya kami ke Seongsan Ilchulbong, dan sempat stop tepi-tepi jalan untuk ambil gambar.

Sepatutnya di Seongsan Ilchulbong ni, kalau hari biasa, kami nak panjat sampai atas. Sebab trip pertama dulu aku dan husband dah naik sampai atas. Kali ni ingat nak ajak anak-anak. Tapi hari ni tak berani, takut tengah naik atas cuaca berubah balik. Bahaya bawak anak-anak kecik ni. Tapi kami tetap masuk di perkarangan gunung tu dan bayar entrance fee. Dapatlah bergambar sikit. Jumpa ramai jugak orang kita dekat situ. Sebelum gerak dari sana sempat pergi shopping souvenir untuk anak-anak. Diorang sibuk sangat nak beli keychain Jeju untuk kawan-kawan. Ahjumma dekat situ pulak kemain berusaha cakap Melayu. Banyak jugak words yang dia tau. Comey je.

Sebelum tinggalkan kawasan ni, kami nak cari lunch. Adik ipar aku ada share satu kedai yang orang Melayu kita pergi makan, kedai fish and chips. Nama dia Willala. Bila wazekan, jaraknya cuma dalam 250 meter dari Seongsan Ilchulbong. Jadi kami pun pergi. Tanya-tanya dulu dekat tokey dia tu, rupanya dia masak fish and chips guna beer batter. Kami baru nak bangun gerak dari situ, lepas tu dia kata, “If because of your religion you cannot eat beer batter, I can make a new batter for you using just water.” Bagi kami that’s good enough, sebab kedai dia pun hanya jual seafood, ikan, sotong, udang. So kami setuju. Order ikan 1, sotong 1, goreng pisang 1, cheesestick goreng 1. Total harga KRW39,000. Mahal la kalau convert ke duit Malaysia. Tapi sebab sekali ni je kami makan di kedai, takde masalahla. Sedap jugak.

Habis makan tu kami teruskan perjalanan balik ke Jeju-si ke hotel kami yang terakhir sebelum balik esok. Kami cuba elak lalu jalan Halla Mountain, sebab boleh agak dekat atas sana lagi teruk salji dia. Jadi jauhla sikit kena pusing pulau.

Lepas makan lunch, driver mengantuk pulak tu nak drive jauh. Terpaksa berhenti tepi jalan bagi dia tidur kejap. Padahal sejak berhari-hari lepas takde berhenti lunch dekat mana-mana, steady je boleh berjalan sepanjang hari. Perut kenyang je terus mengantuk. Hihih.

Sampai di penginapan ketiga kami, Beach House Pension, lebih kurang pukul 5. Tempat ni betul-betul dekat dengan airport, jadi selang beberapa minit ada kapal terbang berlepas dekat atas. Rasakan! Nak dekat sangat dengan airport kan! Bukan apa, nak menyenangkan kerja esok pagi.

Kami check in dan solat, lepas tu terus keluar balik. Nak membeli-belah sikit, esok dah nak balik. 

Aku tak tahu dekat mana orang shopping dekat sini, sebab sejak 1st time datang memang aku tak jumpa tempat shopping berpatutan. Jadi pergi Emart balik. Nak beli souvenir pun aku buntu. Beli honey butter almond tu sikit, seaweed untuk anak-anak sebab yang beli semalam habis diorang kerjakan, dan aku bagi anak-anak peruntukan sorang KRW10,000 untuk beli apa-apa bawa balik. Yang tu yang ambil masa lama tu, puas diorang merayau cari benda nak bawa balik. KRW10,000 tu memang tak banyak mana, aku tahu, tapi cukuplah untuk kenangan diorang, dan belajar manage duit sendiri.

Yang buat aku gelisah tu, tak dapat beli limau. Kalau tidak memang aku tak plan nak beli pun, sebab nanti terlebih berat beg, tapi tiba-tiba mak mertua aku sebut pulak. Bila dah sebut tu, kalau tak beli rasa serba tak kenalah. Kami nak cari balik limau kecik-kecik yang sama yang kami makan di Cheonjeyeon hari tu. Masa tu beli seplastik tu baru KRW1,000. Hari ni di E-mart harganya KRW8,000! Telan air liur aku. Kalaulah aku tahu awal-awal, memang aku borong dekat ahjumma tu hari tu. Kalau setakat simpan 2-3 hari takkan dah busuk kan?

Sambil merayau tu kami ditegur oleh 1 couple cina dari Malaysia. Diorang pun holiday juga. Sembang-sembang sikit pasal beli barang. Sangat friendly.

So memandangkan tak jumpa apa dihajati, kami keluar dari situ. Cuaca masih bersalji dan angin kuat. Kami drive around dekat luar dan jumpa pasar mini dekat lorong-lorong, jadi aku pergi cari limau. Dekat sini adala, harga murah sikit dari di E-mart tadi, jadi aku gagahkan beli juga sebab esok dah tak sempat. Ingat nak shopping sikit barang sendiri, nak habiskan duit, tapi cuaca tak mengizinkan.

Rasa bersalahla juga, aku balik ni boleh dikatakan tangan kosong. Anak-anak nan ramai di rumah pun tak dapat apa-apa. Tapi dari dulu dah aku sebut perkara ni, sejak kali pertama datang. Jeju ni tak macam Seoul. Dekat Seoul tempat shopping bersepah, apa-apa je boleh jumpa. Dekat sini sehelai T-shirt Jeju pun aku tak jumpa. Adik dok mintak t-shirt I Love Jeju pun aku tak dapat belikan. Kalau nak batu Dol Harubang tu banyakla, tapi nak buat apa. Jadi makanlah limau, honey butter almond, dan seaweed tu ya?


Kami balik je ke bilik, panaskan nasi tomato Brahims untuk dinner. Anak-anak aku bagi peluang makan maggi lagi sebab nak habiskan makanan. Risau juga ni, aku ambil beg 20kg je untuk balik. Harapnya cukup. 

No comments:

Post a Comment