2 Februari 2018
Bangun Subuh pukul 6 tu terus berjaga. Aku kerja
dulu sampai dalam pukul 8, start masa breakfast. Hari ni Ayah mintak French toast,
jadi bertungkus-lumuslah aku. Berperang dulu dengan kanak-kanak suruh makan
segala, sebab diorang tak menyempat nak keluar main snow. Last day nak main
snow la katakan. Bukan nak balik lagi, tapi sebab hari ni kami akan check out
dari hotel ni dan berpindah ke Seogwipo.
Siap makan, mula mengemas. Anak-anak kami
lepaskan aje kat luar, senang. Tapi hari ni snow tak gebu macam semalam dah. Sebab
semalam siang agak panas jadi salji dah mula cair, dan lepas kena suhu malam
yang sejuk, salji cair tu jadi keras. Tapi diorang enjoy aje.
Kami ready untuk keluar hotel dalam pukul 10. Sebelum
check out kami bergambar lagi dekat compound dia yang meriah tu. Masa check out
takde pun apa-apa kena bayar ke pape. Mamat tu siap bagi kitorg souvenir beberapa
uncang teh Jeju, sambil pesan suruh kami bagi review untuk diorang. Eh, harus
bagi. Memang happy gila dengan tempat ni.
Anyway, untuk gula-gulakan hati anak-anak, kami
decide untuk pergi Teseum. On the way tu lalulah dekat Mysterious Road , tempat
kereta boleh jalan sendiri naik bukit walaupun matikan enjin. Sebenarnya hari-hari
dok lalu dah, sebab memang nak ke hotel kami kena lalu situ. tapi hari ni baru
berkesempatan nak eksperimen. Excited budak-budak dalam kereta.
Anyway, sampai dekat Teseum. terus masuk beli
tiket, 2 dewasa 2 kanak-kanak harga KRW37,000. Masa tu baru aku perasan husband
jalan berlenggang je tak bawak kamera. Tanya dia mana kamera, dia kata aku yang
simpan. Nganga dua-dua orang kat situ. Check dalam kereta takde. Rupanya kami
tertinggal dekat tengah-tengah halaman Amber Resort tadi lepas ambil gambar
sebab ralit main snow. Ya rabbi! Pucat terus aku.
So kami decide untuk berpecah. Aku stay sini
temankan anak-anak masuk Teseum, husband rush patah balik ke sana. Itupun aku
punyelah gelisah memikirkan harta nan satu tu. Sejam kemudian baru husband
sampai balik ke Teseum. Alhamdulillah, selamat benda tu dekat sana. Nasiblah
hilang dekat dalam hutan belantara dekat Korea pulak tu. Kalau hilang kat
negaraku yang tercinta tu, sadaqallahulazim dah tu.
So sebab kami pun dah habis pusing dalam tu,
terus gerak aje. Elok matahari terik je dekat luar, jadi aku nak buat aktiviti
luar lagi. Anak-anak protes la jugak, sebab diorang mengharapkan something like
theme parks and activities. Aku ni pulak rasa sayang nak masuk muzium
bodoh-bodoh, especially bila cuaca cantik, langit biru camni. Bukan senang nak
jalan berjemur tengah panas camni. Kat KL memang tak dapekla. Berlecak ketiak
oi!
Sebab aku mak, aku pegang kuasa veto. Kami terus
ke Jungmun dan destinasi pertama ialah ke Cheonjeyeon Waterfalls. Jenuhla naik
turun tangga nak pegi ke air terjunnya tu. Sempat beli sebungkus buah limau
Jeju dan makan tepi air terjun. Sedap pulak! Manis!



Lepas tu memang tak bergerak dahla. Cari spot panas,
duduk diam-diam. Anak-anak tidur pukul 8.30 lebih.
Jeju Eco Suites ni dapat 1 bedroom apartment. Anak-anak
dah disediakan 2 extra bed dekat ruang tamu, gantikan sofa. Ada meja makan, dapur
dengan kelengkapan asas. Toilet satu je. Tapi aku gatal pergi ambil bilik yang
ada outdoor Jacuzzi. Entah bilanya nak guna pun tak tahu. Even then, hati kami
masih menangkan Amber. Rumah sana lebih luas, facilities dia lebih banyak. Aku sangat
rindukan mesin clothes dryer/freshener yang ada dekat sana tu. Habis semua baju
kami masukkan bagi wangi balik.
No comments:
Post a Comment