1 Februari 2018
Disebabkan 1) kami dah pernah datang sini, dan
2) trip ni khusus untuk anak-anak, kami bawa approach yang lebih santai dan
relax. Jadi kami keluar pun lambat pagi tadi, walaupun kami pukul 5 lebih dah
terbeliak biji mata sebab semalam tidur awal.
Aku biasalah, dengan kerja-kerja aku di laptop.
Pukul 8 baru aku start prepare breakfast, kejut anak-anak suruh makan semua. Bersiap
untuk keluar. Pagi ni pun salji masih turun, tebal juga salji atas bumbung
kereta kami. Gebu je nampak, sebab salji fresh kan.
By the time kami ready nak keluar dah pukul
9.30. Anak-anak main salji lagi, jadi kami join untuk explore kawasan resort
ni. Cantikla, sungguh. Memang ini yang kami harapkan pun. Cari tempat tinggal
yang anak-anak buka pintu rumah je dah boleh main salji. Jadi tak payah nak
bersusah drive ke mana-mana nak bagi diorang enjoy.
Puas diorang main sampai basah-basah seluar
semua baru kami keluar. Lama juga belek map nak pikir mana nak pergi. Punyelah
takde itinerary kami ni. Ikut suka hati je. Ramalan cuaca kata hari ni cerah,
jadi seboleh mungkin aku nak buat semua aktiviti luar. Anak-anak pulak asyik
dok mintak masuk indoor, macam Teddy Bear Museum, Toy Museum la. Jadi puas
bincang, last-last kami pergi ke kaki Halla Mountain.

Puas pikir dan pusing map, last-last aku suruh
husband drive jelah suka hati. Ingat nak elak ke kawasan Seogwipo dulu, sebab
esok memang kami akan pindah hotel ke area sana, tapi tersampai sana jugak. So kami
pilih untuk ke O’sulloc Tea Museum. Memang dulu kami dah pernah pergi, tapi
saja nak bawak budak-budak ke sana. Alang-alang nak lepak minum teh, makan
aiskrim and dessert semua dulu.
Kami agak pelik sebab takde jumpa orang kita
dekat sini walaupun ini antara attraction yang kerap disebut-sebut. Tapi okla. Lepak
minum, anak-anak main kejar-kejar dekat luar. Lepas tu pergi bergambar dekat ladang
teh dia. Sempat masuk Innisfree dan sambar seketul perfume, saja rasa nak
membeli. Hihi.

Sampai kat kereta, dia pun dah tak rasa nak
berak lagi. Memang kau saja sabotaj kan? Haih.
So kami gerak balik. Dengan harapan on the way
balik tu jumpalah mana-mana kedai jual ikan, boleh beli bawak balik masak
dinner. Satu je mart yang kami jumpa, tapi ikan takde pulak. Babi seketul
adala. Kuikuikui.
Maka kami pun pulang panaskan nasi lemak
Brahims, dan anak-anak pilih untuk makan maggi sorang sepaket. By the time
pukul 7 malam tu dah siap makan semua dah. Pakat berhimpit atas katil kami,
tengok gambar siang tadi, pasang berita Korea kat TV pastu pakat nganga tak
paham. Hihih. Nak keluar tengok bintang pun fikir 10 kali sebab sejuk dan kena
pakai balik kasut but.
No comments:
Post a Comment