Thursday 31 August 2017

Sydney Day 3 - Atok Nenek Tengok Negara Omputih!

29 August 2017

Memandangkan semalam tak jadi ke Blue Mountains, kami tukar plan ke hari ni. Bangun awal macam semalam juga, dalam pukul 5.30. Aku kerja sekejap sampai pukul 6 baru start prepare breakfast. Husband start memasak dulu simple-simple. Kami bawa roti bom frozen dari Malaysia, jadi goreng tu aje pagi ni. Untuk bekal pulak, aku dah masak nasi siap-siap malam semalam, pagi ni goreng telur, dan bawak bekal kicap manis. Kita makan nasi bujang buat bekal hari ni. Hehe.


Kelam-kabut dengan anak-anak segala, dalam pukul 7.50 keluar. Naik bas ke Central Station, kemudian dari Central Station kami ambil intercity train ke Katoomba. Tambangnya dalam AUD6.50 je. Itupun sebab kami naik masa peak hours. Kalau luar peak hours kalau tak silap harga lebih murah. Seperti biasalah, semua perjalanan memang gunakan Opal Card. Pagi tadi ada yang dah kena top up kad sebab duit dalam tu kami masukkan AUD 30 je dulu.

Perjalanan dari Central ke Katoomba ambil masa lebih kurang 2 jam. Jadi sempatlah aku kerja dalam train, yang lain-lain pulak sempat tidur dulu. Baguslah, dapat recharge energy dulu.

Kami sampai di Katoomba dalam pukul 11.15 pagi. Dekat atas ni lagi sejuk dari di bawah. Cuaca pun berawan tebal hari ni, mendung-mendung sikit. Destinasi pertama kami ke Echo Point untuk tengok 3 Sisters, formasi gunung yang simbolik bagi kaum orang Asli Australia.


Selama ni dah berpuluh kali aku tengok gambar tempat ni, even adik aku sendiri pernah pergi, tapi dalam gambar aku rasa macam takde menarik pun tempat ni. Tapi bila sampai sini sendiri baru tau. Pemandangan dia, saiz gunung dan batu dia, memang something yang kita tak jumpa dekat tempat kita.

Lepas puas bergambar, kami pun menjadi tipikal Malaysian dan bukak bekal dekat bangku-bangku dekat situ. Sedap betul makan nasi sejuk beku dengan telur goreng dan kicap. Haha. Mak mertua aku siap dah goreng nasi, ada sambal, ada telur dadar. Berselera betul semua makan!

Dah kenyang, kami proceed ke 3 Sisters and Honeymoon Bridge, iaitu satu jambatan kecil yang membawa kita betul-betul ke batu 3 Sisters tu. Perjalanan dalam 15 minit dari Echo Point, dan untuk sampai ke jambatan tu kena turun tangga yang sangat curam. Orang yang gayat mungkin akan bermasalah. Dan tangga curam tu memang mencabar jugaklah bila nak mendaki dalam perjalanan patah balik. Aku, husband, anak-anak dan kakak ipar aku berjaya sentuh batu 3 Sisters tu. Yay! Semput mak nak!


Dari sana kami berjalan kaki pulak ke Blue Mountains Chocolate Factory ke , chocolate shop ke something like that lah. Malas nak beriya-iya sangat berjalan, especially bila bawak kanak-kanak dan orang tua ni. Kami lebih prefer santai. Jadi beli kopi, teh, hot chocolate, order kek 2 potong, dan lepak dekat tempat duduk luar, tengah-tengah matahari panas. Nyaman betul, sejuk-sejuk panas gitu. Aku sempat interview pekedai tu pasal ingredients kek dan coklat dia. Nampaknya dia sangat well-versed tentang Islam. Dia sendiri sebut kata diorang memang takde guna anything with pork. Tapi anything with marshmallow jangan ambil sebab guna gelatin lembu. Dan ada coklat dia yang guna arak jadi dia akan advice benda tu kalau kami nak order. Dia kata dia ramai kawan Muslim jadi dia faham. Alhamdulillah. Dengan senang hati aku order chocolate mud cake dan blueberry cheese cake. Sedap gila plak tu! Harga tolak tepilah, sebab cost of living dekat Australia ni sama dengan Malaysia. Kalau dekat Malaysia sepotong kek Secret Recipe dah dekat 8 ringgit, dekat sini jadilah 8 dolar gitu. Pejam mata, order, makan je!

Anak-anak seronok main dekat playground sebelah tempat main. Kami bersembang sambal makan. Lepas tu gelakkan diri sendiri, sebab kalau cuba buat perangai makan tengah panas dekat Malaysia camni, mungkin viral sebab orang kata gila. Haha.

Lama juga kami dekat sana. Sempat tumpeng solat dekat sana semua. Dalam pukul 3 lebih baru kami beransur. Seterusnya kami ke Scenic World. Plan asal nak tengok-tengok aje. Tapi bila dah masuk tu anak-anak melompat-lompat nak naik cable car segala. Mak mertua dan kakak ipar aku gayat. Tapi cucu punya pasal ku redahi jua katanya.

Entrance fee agak mahal, tapi masa kami sampai dah agak lewat, dan ada 1 ride yang tengah repair, jadi cashier tu kata dia bagi kami diskaun 25%. Oklah tu. Belilah juga. Harga untuk family (2 adults plus up to 5 kids) ialah AUD99. Dewasa sorang AUD34 agaknya.
Kami terus naik Scenic Railway dulu. Train yang menjunam ke bawah, macam kereta api Bukit Bendera tu. Tapi berapa saat aje. Elok kami turun kereta api tu, kereta kabel yang repair tadi dah okay balik. Jadi rezeki kami lah dapat tiket murah tapi dapat naik semua. Merayau di walkway, sampai di sky way, dan akhir sekali naik cable car.


Masa kami keluar dari situ dah dekat pukul 5, tempat tu pun dah nak tutup. Naik bas terus ke stesen kereta api, berlari-lari masuk train yang patut bertolak pukul 5.22 petang. Alhamdulillah sempat!

2 jam dalam train tu tempoh bertenang untuk semua. Ada yang lelap, ada yang main phone, ada yang menaip (aku). By the time sampai Central Station semula, dah segar sikit. Kami top up Opal Card untuk kegunaan esok, dan proceed balik ke Randwick Junction.

Anak-anak dah excited. Dah janji dengan diorang petang ni balik boleh makan Maggi. So balik belum sempat letak beg diorang dah kerah aku masak. Selaku ibu mithali, aku kerjakan jua. Dahla berlaku insiden batu belah batu bertangkup bila telur tinggal 2 biji tapi manusianya ada 4 orang. Seperti biasa, anak-anaklah dapat telur dalam Maggi diorang. Ayahnya pergi cari di kedai dekat stesen minyak sebelah ni, takde jual telur pulak dah. Maka aku makan roti bakar dengan butter, Ayahnya makan nasi goreng kosong. Sian…


Siap makan tu anak-anak pun dah mandi semua, suruh diorang tidur. Esok sehari lagi nak merayau ni. Aku sambung kerja, Ayahnya streaming tengok bola final Sea Games Malaysia vs Thailand.

No comments:

Post a Comment