28 August 2017
Day 2 in Sydney
Subuh dekat sini pukul 4.56 pagi. Jadi pukul 5.15 macam tu
kami bangun, dan terus berjaga. Aku macam biasa, belek kerja dulu. Selesai apa
yang patut, mula prepare breakfast. Buat sandwich telur dengan sandwich Nutella
aje. Disebabkan dapur apartment in laws aku tu ada problem, diorang datang masak
dekat apartment aku. Diorang pun masak French toast aje. Tapi itu pun dah havoc
pagi-pagi buta bila smoke detector alarm berbunyi. Ya rabbi, cuak betul aku,
takut kena marah dengan management ke apa. Nasib baik husband berjaya off kan
dia.
Sambil-sambil tu siapkan anak-anak. Kerah diorang breakfast,
then kami pun bersiap dan breakfast. Itupun terlambat sikit daripada plan asal.
Plan nak keluar pukul 7.30, tapi kami keluar pukul 8. Sejuk oi! Dalam 9 darjah
pagi tadi.
Naik bas ke Central Station, dan dari sana kami naik train
ke Blacktown di mana terletaknya Featherdale Wildlife Park. Train kosong,
journey pun tenang, tengok rumah-rumah di kawasan luar bandar. Comey-comeynya
rumah diorang. Sampai di Blacktown dalam pukul 9 lebih. Kami ni bergerak
takdelah laju-laju sangat. Kejap berenti beli air lah, nak pergi toilet lah,
biasalahkan berjalan ramai-ramai. Sempat anak jantan tumpahkan hot chocolate
aku secawan yang baru sempat aku hirup seteguk dua. Haihhhh!
Dari Wespoint Shopping Centre tu kami ke perhentian bas
dekat bawah, naik bas 729 ke Featherdale Wildlife Park. Katanya tempat ni lebih
interaktif berbanding kalau pergi zoo, sebab boleh sentuh-sentuh kangaroo,
suap-suap dia makan gitu. Entrance dia agak lumayan harganya. Kami 2 dewasa dan
2 kanak-kanak ada pakej Family A: AUD88. Mak dan Ayah mertua aku dah melebihi
60 tahun, jadi dapat harga Senior Citizen AUD 21. Kakak ipar aku kena harga AUD
32.
Masuk dalam tu anak-anak jelah yang excited. Beli makanan
kangaroo secawan, pakat dok ligan kangaroo penuh taman. Kenalah tegur dengan
pekerja taman tu sekali, sebab kejar kangaroo sangat. Ha, barulah reti nak
jalan elok-elok. Sekali dalam tu tengoklah wombat, burung-burung, buaya, ular.
Kami berada dekat sana adalah dalam 3 jam. Pukul 1 tu kami dah berada di stesen
bas menunggu untuk pulang.





Kami decide untuk makan kedai India, Namaste. Harga dia
amboi amboi amboi. Kemain mahalnye. Tapi pejam-pejam mata bayar ajelah. Order
nasi putih, 3 jenis lauk, nasi beryani 1, dan kids meal untuk anak aku (nasi
dengan butter chicken). Lazat berkrim. Nasib baik berbaloi dengan harga yang
dibayar.
Selesai makan, kami singgah kedai runcit beli roti dan
telur, terus balik. Naik turun bas, dan akhirnya sampai ke apartment pukul 7.30
malam. Hampir 12 jam lah kami keluar hari ni. Bengkok bahu bawak beg dengan
bekal segala.
Esok sepanjang hari lagi!
No comments:
Post a Comment