Wednesday 10 February 2016

Honeymoon 2016: Lombok, Indonesia Day 6

9 Februari 2016

Kami dah janji dengan Pak Ono semalam untuk keluar jam 8.30. Jadi terpaksalah memaksa diri bangun awal, pergi breakfast dan terus keluar. Ramai juga orang duduk hotel ni, tapi majoritinya warga tempatan. Ada juga nampak kumpulan dari Malaysia, tapi biasalah orang Malaysia jumpa orang Malaysia kat oversea semua sombong-sombong belaka. Untuk 3 saat pertama mata bertentang kalau takde senyum dari muka orang Malaysia ni, aku pun malas dah nak bertegur sapa. Patutla aku suka berkawan dengan mat saleh je kat obersea. Diorang murah senyuman. Haha.

Anyway, 8.30 tu Pak Ono dah sedia terpacak di lobi. Destinasi kami hari ni ialah ke daerah Kuta. Dari Mangsit ni, ambil masa sejam setengah juga untuk sampai ke kawasan air terjun Benang Kelambu dan Benang Stokel. Macam biasa, sempat membuta beberapa ketika dalam kereta. Hari ni jalan raya di Lombok ke arah Kuta agak busy sebab kebetulan hari nilah presiden dia si Jokowi berada di Lombok untuk some perasmian apa tah. Serious tak kelakar beb, sepanjang jalan polis, askar, road block, segala mak nenek. Macam nak pergi perang.

Sampai di kawasan air terjun pukul 10. Sampai aje di pintu masuknya tu, kami disuruh masuk ke pejabat dia. Ingatkan harga dia macam di Tiu Kelep hari tu, setakat Rp10,000 ke Rp15,000 sorang. Rupanya diorang dah buat pakej bagai, untuk pergi 1 air terjun, 2 air terjun, atau 5 air terjun. Harga pun berbeza-bezalah. It starts from Rp 75,000 untuk 1 air terjun, 1 orang. Kami punya 2 air terjun, sorang Rp 90,000. Ketat lagi muka aku. Masalahnya dah sampai sini, takkan nak patah balik pulak. Bila bayar, kita akan dapat guide sekali. Nak guide ke, tak nak guide ke, bayar tetap kena bayar. Dah alang-alang bayar tu kita kerah jela orang dia buat kerja kan?

Jadi 1st air terjun ialah Benang Stokel. 7 minit aje berjalan dari luar tu. Ambil gambar sikit-sikit. Guide kami kata air terjun kedua lagi sedap mandi, jadi kami sambung jalan. Jalan tak jalan sangatla. Mendaki naik turun bukit. Putus nyawa aku rasa. Setengah jam jugak baru sampai ke Benang Kelambu. Cantikla jugak, walaupun tak memberi effect tersentak tergamam macam Tiu Kelep hari tu. Mula-mula ambil gambar je. Lepas tu guide tu tanya tak mandi ke? Dia bagi direction kolam mana nak masuk, angle mana nak ambil gambar semua. Last-last dia take over camera
kami, jadi jurugambar rasmi. Kami dapatlah bermandi-manda dengan tenang
sambil mendapat gambar candid penuh camera. Fresh rasa dapat mandi sungai. Tak sama feel dia dengan mandi laut. I always prefer air sungai.


Selesai di sana, selamat bertonggek-tonggek berjalan balik ke kereta. Pukul 12 kami dah sampai ke parking. Penuh parking dengan orang baru sampai. Pukul 10 tadi sunyi sepi, we were the first to arrive. Dengan basah-basah tu kami masuk kereta, menuju ke Kuta. Pak Ono kata kalau kami ok berbasah-basah, dia pun ok aje. Kereta boleh dilap.

Perjalanan diteruskan untuk sejam lagi. Kami terlelap lagi. Terjaga bila dengar siren banyak-banyak. Dah makin banyak askar dan polis di jalanan untuk Pak Jokowi. Tak cukup itu, sekali kereta kebal 3 biji berselisih dengan kami. Ya rabbi, kalau orang tak bagi laluan dia nak gelek dengan kereta kebal tu ke apa?

Akhirnya kami tiba di Pantai Kuta. Bergambar sikit-sikit, lepas tu terus lunch di kedai depan tu. Restoran Anda ke apa entah nama dia. Biasa-biasa aje makanan, harga standard restoran la. Mahal sikit.


Ramai orang jual-jual di tepi jalan tu mengikut bontot kita. Aku teringin sangat-sangat nak beli sebab kat sini diorang offer lagi murah dari semalam. T-shirt 4 Rp100,000. Kain sarung 3 Rp100,000. Murah banyakla daripada semalam. Tapi Pak Ono dah pesan jangan beli dekat sini takut nanti kena kerumun dengan ramai-ramai penjual. Dan sebab kami ni bendul, kami dengar je cakap dia walaupun memang kami nak kena beli pun. Dah gerak dari situ baru menyesal.

Seterusnya ke Tanjung Aan. Orang tak ramai jadi dengan penuh selesa kami pacak tripod dan berposing segala. Adala satu couple mat saleh kena kerah suruh tekankan butang kamera untuk kami lepas dah setting tripod. Jauh woi nak lari masuk laut, nak pasang timer tak sempat. Haha. Nampaklah dari sana Batu Payung, dan kawasan bukit-bukit jauh yang nampak cantik. Ada brader datang offer nak antar naik bot tapi lambat sangat dah time tu (dan duit aku dah habis lagi. Kena cucuk lagi. Muflis mak begini nak!)

Dari Tanjung Aan ni jugak boleh panjat bukit dia. Aku sangat yakin view dari atas tu terbaik, tapi kami kesuntukan masa. Dengan belum solat, dengan perjalanan nak balik hotel masih memerlukan masa sekitar sejam setengah. Masa tu dah dekat pukul 3. Jadi walaupun aku teringin sesangat, kami tak dapat panjat bukit tu.

So gerak balik. Masa dekat sini Pak Ono tunjukkan sekali shortcut untuk ke Pantai Pink. Jalan dia boleh lalu naik motor aje, tapi it takes less than an hour. Ish, rugi rasa tak stay 1 malam dekat Kuta. Kalau tak boleh merempit je ke sana.

So balik. Kami sebut dekat Pak Ono nak kena beli souvenir sikit. Jadi dia singgah di Sasaku dekat dengan Senggigi. Okla harga baju dia. Ada yang mahal sampai Rp120,000 sepasang. Ada yang murah sampai Rp30,000 sepasang. Sape badan kecik untunglah sebab lagi kecik lagi murah harga. Design pun cantik-cantik, tak sama macam yang kami beli semalam. Kami beli 5 pasang harga Rp40,000 each.

Terpaksa singgah ATM lagi, cucuk lagi sejuta. Beranganla nak travel berjimat macam ni. Duit nak bayar Pak Ono pun dah tak cukup ni. Kami janji dengan dia siap-siap untuk dia jemput kami ke airport sekali esok. Tanya dekat lobi boleh tak late check out sebab flight kami 6.30 petang je. Bluek, dia kata tak boleh sebab esok fully booked. So kenala keluar pukul 12 jugak esok.

Balik ke bilik, solat, lepas tu encik nak swim kat pool. Dia saja je tu nak ambil gambar tayang kat anak-anak dia. Kejam btul bapak. Aku bertenggek kat tepi, buat kerja. Ada job dah nak expired esok pagi. Nasib baik check!

Memandangkan hotel kami ni jauh dari kedai dan dah takde transport malam ni, kami pejam mata jelah makan dekat hotel. Mahai sungguh! Nasib baik aku pun tak lapar sangat, jadi kami share burger dan chicken Caesar salad. Air sorang satu. Itu pun dah RM80 duit kita kau. Duduk betul-betul tepi pantai, romantic la gitu, sambil bagi nyamuk makan. Ombak dia kat sini kuat. Aku macam biasa, bayangkan kalau tiba-tiba tsunami, ke mana aku nak lari.

Esok dah nak balik oi! Dalam malas-malas nak pergi hari tu, enjoy jugak. 7 hari macam sekelip mata pun ada.


No comments:

Post a Comment