Sunday 7 February 2016

Honeymoon 2016: Lombok, Indonesia Day 3

6 Februari 2016

Bangun Subuh macam biasa, terus mengemas beg. Hari ni kami akan meninggalkan Sunset House Lombok dan Senggigi untuk ke Gili Trawangan. Kami bakal bermalam di sana untuk 2 malam.

Pukul 7.15 kami turun breakfast. Hari ni buffet yang agak limited. Nasi goreng, satay ayam, kuah kacang, buah-buahan, telur made to order, roti. Aku tala kepada roti dan telurlah seperti biasa. Selesai makan kami nak naik ke bilik ambil beg. Sebenarnya belum ada perjanjian lagi dengan mana-mana pihak untuk hantar kami ke Pelabuhan Bangsal. Kebetulan masa nak ke bilik kami terserempak dengan Pak Emi, chief security di Sunset House. Dia tolong aturkan pakej semalam, dan hari ni dia tanya kami agenda kami lagi. Kami sebut tentang ke Pelabuhan Bangsal jadi dia tolong aturkan lagi.

Rp 150,000 untuk hantar kami terus ke pintu tiket feri. Itu perjanjiannya. Kata Pak Emi, teksi Bluebird biasa tak boleh masuk sampai ke tepi laut tempat naik bot tu. Kalau naik Innova atau Avanza, iaitu kereta standard yang digunakan oleh tour operators, boleh masuk sampai ke dalam. Jadi kami tak perlu berjalan kaki sekitar 100 ke 200 meter untuk masuk ke dalam. Memikirkan tu, kami pun setuju dengan Rp 150, 000 tu.

Check out pukul 9, terus ke Pelabuhan Bangsal. Oh, sebelum tu kami singgah di Holiday Resort Lombok, iaitu hotel seterusnya yang akan kami tinggal lepas balik dari Gili nanti. Tujuannya, kami nak tinggalkan beg besar. Haha. Benda ni kami dah pernah buat dulu di India, di Australia. Dan clearly it’s so convenient for everyone. Pada aku, buat apa penat-penat heret beg besar tu naik turun bot kalau boleh ditinggalkan aje. Jadi isi nama, dapat kad simpanan bagasi, terus sambung perjalanan ke Bangsal.

Sampai dekat sana, driver kami masuk ke parking. Di luar tempat parking tu kami nampak banyak teksi Bluebird parking dan drivernya dok bersembang-sembang. Aku terpinga-pinga sekejap sebab aku tak nampak mana lautnya, apatah lagi botnya. Dia terus mintak Rp 150, 000 tu. Ok, kami bayar Rp 200,000 takde tukar. Untuk beberapa saat dia macam nak redha je dapat extra Rp 50,000 tu. Tapi kami pun tak turun, menunggu baki. Barulah dia kelam kabut cari duit baki. Mintak dekat orang lalu-lalang di luar. Lepas tu dia bagitahu kami boleh turun, kena jalan dalam 100 meter untuk ke jeti.

Dengan terpinga-pinga kami keluar. Mula-mula aku terima beb. Aku ingat semua orang memang tak boleh masuk dalam, walaupun dalam kepala aku masih dok dengar lagi jaminan Pak Emi tadi. Tapi, sambil kami dok berjalan masuk tu, punya banyak kereta Innova dan Avanza lintas kami menghantar penumpang ke dalam. Dengan serta-merta darah aku menyirap. Cilakak betul mamat ni tipu aku! Selling point dia untuk kami ambil transport dia tadi ialah “Hantar sampai dalam” tapi kami ditinggalkan di luar, masih kena jalan kaki. Isunya bukan pasal jalan kaki. Aku pernah jalan kaki dari pagi sampai petang, gagah. Isunya ialah tidak amanah. Jenuh laki aku menyabarkan aku.

Anyway, sampai di kaunter tiket, seperti biasa, pengusaha private boat akan promosikan boat diorang. “Pantas, tak perlu menunggu lama”. Tapi kami nekad nak naik public boat aje, total price 2 orang Rp 39,000. Konsep public boat ni, bila bot dah cukup 45 penumpang baru dia akan jalan. Tapi tak jadi masalah untuk kami. Kami sempat duduk dalam 10 minit aje, dah dipanggil naik bot sebab orang dah cukup. Maklumlah, pagi Sabtu pulak tu.

Perjalanan dalam bot tu ambil masa 45 minit, terus ke Gili Trawangan. Hampir pukul 11 kami dah sampai ke Gili Trawangan.

Sampai aje di pulau tu, penuh dengan kedai-kedai, foreigners. Riuh! Memang meriah pulau ni! Hotel yang kami pilih jauh dari pekan. Ikut e-mail daripada hotel, kalau berjalan kaki akan ambil masa 30 ke 45 minit. Kami ada pilihan untuk naik cidomo, iaitu kereta kuda kecil. Tapi aku dan husband dua-dua malas nak pergi bertanya harga. Rilek-rilek kami jalan, walaupun beg galas kemain berat! Panas terik pulak tu. Dalam setengah jam tu sampai ke Gili Teak Resort.

First impression aku masa sampai ialah, alamak, hotel ni belum siap ke? Sebab pool dia takde air, dan masih ada orang dok bertukang. Check in aje, kami diberi welcome drink. Husbandku macam unta, sekali sedut abis. Aku jugak yang penuh bersopan. Sekali gelas aku bawak masuk bilik. Bilik dia superb!

Very airy, open concept. Cermin sekeliling, ada seating area di luar dan di dalam bilik. The best part is, open concept bathroom. Selalu
tengok dalam gambar aje, hotel-hotel di Bali ada open concept bathroom. Hari ni baru merasa. Kekok beb! Nak kencing pun rasa macam kena endap. Hahahah. Macam biasa, perkara pertama yang dirasmikan adalah Wifi. Hihi.

Lepak-lepak tunggu Zohor, terus solat. Lepas tu barulah keluar. Husband ajak sewa basikal seorang satu. Harganya Rp 50,000 setiap basikal, sewanya 24 jam. Walaupun aku super nervous sebab tak biasa dah naik basikal ni. Lagi-lagi kat jalan tak rata cam pulau ni. Bagi tak mengecewakan suamiku, ku gagahi jua. Baru nak suruh dia carry aku je, aku dok belakang. Haha.

Jadi mulalah episode kami pusing island. Berhenti satu tempat bila nampak swing yang jadi gambar standard Gili Trawangan tu. Baru dok bincang-bincang nak ambil gambar ke tak, datang sorang pompuan mat saleh offer nak ambilkan gambar kami. Jadi on ajelah. Dia dari Australia rupanya. Hehe.
Sambung perjalanan lagi. Satu pusingan pulau tu kalau takde berenti mungkin ambil masa sejam kot. Kebas beb bontot aku. Kena hentak-hentak di jalanan tu, nak nangis rase. Sampai satu tahap aku merayu dekat husband aku, aku kena rehatkan bontot aku kejap. Jadi kami berenti lunch. Masa tu betul-betul dekat tempat kami sampai dari bot tadi. Kedai yang kami pilih ialah kedai Ocean 2, berhadapan dengan Sama-Sama Lounge yang ada gambar Bob Marley. Sebab apa kami pilih kedai tu? Sebab banding dengan semua kedai yang aku sempat usha menu dia, yang tu paling murah. Hahahahha. Wifi laju plak tu. Husband aku order nasi goreng ayam Rp 25,000. Aku order pasta Rp 32,000. Gagahla tu kan. Total price dengan air Rp 87,000. Murah daripada kat Senggigi semalam.

Barulah kenyang perut suka hati. Sambung mengayuh pulang ke hotel. memandangkan matahari dah tak terpacak atas kepala, kami tak masuk bilik pun. Pilih satu katil tepi laut, pergi terbongkang dekat situ. Raja membongkang di sebelah aku ni memang sekelip mata hanyut. Aku la terkebil-kebil sorang-sorang. Keluarkan tripod, ambil gambar sendiri. Dan daripada aku buang masa termenung, aku pun pegi ambil laptop tulis blog ni. Haha. Special tau post yang ni. Bila baca ni takde bau-bau angin laut ke? Kuikuikui.

Sedar tak sedar, dalam 3 jam aku dan husband duduk di pantai. Itu pun kami masuk sebab tiba-tiba hujan rintik-rintik. Aku dahla bawak laptop ke tepi pantai ni. Alang-alang dah masuk bilik tu, mandi-mandi. Badan melekit sebab masuk dalam laut kejap tadi, amik gambar kat buaian tu.

Masa kami sampai di bilik, ada satu couple mat saleh tegur kata hai. Bila kami bagi respond baik, si aweknya patah balik datang ke bilik kami. Dia tengah tak puas hati rupanya pasal swimming pool kat resort ni tengah repair, tak boleh guna. Dia kata diorang tak diberitahu langsung pasal benda ni, jadi diorang rasa tertipu. Yela, masa booking tengok gambar va-va-voom kan. Dia kata dia frust sebab diorang datang nak celebrate anniversary parents boyfriend dia. Dia tanya kami, kami ada dapat notification tak pasal pool tu tak boleh guna. Memang kami pun tak dapat. Bila boyfriend dia datang join sembang sekali, kami dapat tau diorang dari Sweden.
Anyway, sunset tu kami lepak pantai lagi, lepas tu pergi ke town. Asalnya nak naik basikal, sebab alang-alang dah bayar kan, lenjan la. Tapi ya rabbi, gelap gelita jalan. Dahla rush hour crowd kemain busy jalan. Aku ni dahla bawak siang-siang pun melelong. Apatah lagi malam. So aku merayu kat husband mintak parking basikal, kita jalan kaki. Dia redha jela dapat bini camni.

Menapaklah kami ke town. Makan di art market dia, makanan tradisional Indonesia. Adalah ikan bakar segala. Kami share sekor ikan, 2 pinggan nasi, 2 air. Rp 105,000. Beli apam balik dia, terangbulan. Dekat sini murah, Rp13,000 dah boleh dapat sebijik yang basic. Beli jagung bakar sekali buat bekal berjalan balik. Kejang kaki woiiii… entah berapa ribu langkah aku berjalan ari ni. Nak pergi urut, tak pegi-pegi gak lagi. Takut duit tak cukuppppp…

Letih betul badan aku agaknya, suara aku pun dah mula hilang dah ni. Esok orang ajak bersembang, suara aku dah macam Saleem Iklim. Ish!

Anyway, Sebelum tidur kita sambung lepak tepi pantai lagi. I can so get used to this man… 


No comments:

Post a Comment