Sunday 29 May 2016

To Krabi Thailand With Kids - Day 2: Phi Phi Island

28 May 2016 - Phi Phi Island

Sepanjang malam aku tak berapa lena sebab entah apesal hotel ni asyik blackout. Aku pulak jenis yang senang terjaga, pantang bunyi sikit terjaga. So every time bunyi lampu klik terpadam dan terpasang balik aku asyik jaga. So lepas bangun Subuh 5.30 tu aku sambung tidur balik.

Husband dan si Kakak bangun pukul 6.30, diorang mandi semua dulu, kemas beg. Aku pun kejutkan adik. Tengok ke luar, gelap langit. Dan tak berapa minit lepas tu, hujan lebat. Jenis hujan yang akan berterusan sepanjang hari. Syabas!

So kami pun malas nak keluar breakfast ke apa. Duduk hotel ni bukan breakfast included, dan aku malas nak meredah hujan. So untuk budak-budak ni ada bekal roti yang aku bawak semalam, ada buah manggis dan rambutan sikit lagi, Milo dan Nestum yang aku bawak dari KL. Bagi diorang makan apa yang ada, then pukul 8 tu tunggu transport sampai.

Datanglah satu van besar menjemput kami, dah penuh dah dalam tu. Perjalanan ke jeti ambil masa dalam 15 minit. Hujan kemain lebat masa tu. Tabahlah. Sampai jeti 8.30, naik ke feri, feri jalan pukul 9 pagi. Tak penuh pun ferinya. Yelah, low season katanya kan. Terus ke Phi Phi Island.

Kami pilih seat di tingkat bawah sebab kurang orang. Jalan aje ferinya, aku dan husband terus membuta. Kejap lepas tu Adik pun join. Last sekali baru Kakak tidur. Perjalanan ambil masa dalam sejam setengah. Terjaga dalam perjalanan tu sebab feri bergoyang-goyang, tengok dekat tingkap ombaknye mak aiiiii…. Teringat aku dekat tsunami. Nervous kejap. Ombak besar, melambung-lambung sikit feri. Kena pulak kami duduk belah bawah, datang ombak kuat, kami dok bawah airlah. Anak-anak aku pun cuak sekejap. Tapi aku suruh diorang tido aje.

Aku berharap di Krabi aje hujan gini, bila sampai Phi Phi cuaca okay. Tapi nasib tak menyebelahi kami. Sampai di Phi Phi hujan tengah lebat dengan angin kuat. Dari feri nak ke pulau tak ada bumbung pulak tu. Kami langsung takde preparation apa-apa, takde payung takde baju hujan. Disebabkan husband kena mengheret luggage besar, aku kenalah mengheret dua orang kanak-kanak ni dalam hujan lebat. Basah kuyup beb! Nasib baiklah aku memang pakai baju mandi siap-siap, Adik pun sama. Lari sampai ke pondok kecik dekat dengan tempat kutip island tax. Kami tumpang teduh dekat situ sebab angin kuat sangat. Kakak sampai dah menggigil-gigil sejuk. Orang-orang dekat situ kesian kat diorang, ada yang bagi baju hujan, ada yang pinjamkan sweater. Aku tinggal situ dengan anak-anak sementara Husband pergi cari wakil hotel untuk bawak kami ke hotel.

Dia datang balik dengan satu pekerja Phi Phi Cliff Beach Resort yang bawa kereta sorong untuk angkut beg. Dia bawak payung untuk kami sorang satu. Anak-anak dua-dua dah pakai baju hujan. Mamat tu letakkan budak-budak ni dalam kereta sorong tu sekali, dia tolak. Masa tu hujan tak lebat sangat dah.

Sampai hotel, check in semua, masuk bilik. Kering-keringkan badan, tukar pakai baju mandi semua. Turun bawah lunch dekat hotel ni. Sebab tak breakfast kan dari pagi. Mahal la jugak compare to dekat luar, tapi nak pergi jauh pun anak dara aku dah muncung sebab nampak laut depan mata dah. Jadi makan cepat-cepat, pergi mandi laut.

Masih gerimis, tapi bolehla nak berendam. Sempat rasmikan snorkel yang beli special untuk trip ni. Ambik-ambik gambar sikit. Sampai pukul 2 lebih. Terpaksa naik sebab sejuk! Takde matahari, angin pun kuat sikit. So naik mandi-mandi semua, mata jadi berat.

Tengok langit kat luar macam ada harapan nak cerah petang ni, so suruh semua rest dulu, pukul 4 lebih karang nak keluar. Tapi pukul 4.30 check dekat luar, mendung balik. Tak sampai berapa minit dah hujan lebat. Nangisla aku. Lapar ni, teringin nak pergi pekan dia. Nyesal tak keluar je terus pas mandi tadi. Kesian jugak dekat anak-anak ni, menyangap abis dalam bilik. Roti-roti semua pun aku tak sempat beli lagi nak buat alas perut. Alahai… Oh Phi Phi, give us a chance to get to know you pleaseee….

Lepas termenung beberapa ketika, Husband cakap alang-alang dah sampai, alang-alang kids dah ada baju hujan sorang satu dan hotel pun provide payung untuk kami sorang satu, apa kata kita redah je hujan tu. Maka keputusan pun muktamad. Terus keluar.


Bila dah duduk dalam hujan tu, takdela lebat sangat pun sebenarnye. Jalan kaki ke town sampai senja. Cari-cari kedai kat situ, jumpa satu yang ada serba-serbi. Sebab anak-anak aku nak pizzalah bagai. Anak dara aku yang sibuk pegi tanya orang tu halal ke tak, orang tu jawab halal. Jadi makan. Orderlah beberapa item, pizza diorang, garlic bread untuk Adik, Tomyam dengan nasi dan kerabu mangga untuk ayahnya, aku makan baked mashed potato. Selera mat saleh belaka semuanya. Nasib baik semua food dia sedap, termasuk banana shake dia. Kena dalam THB900 untuk semua tu, which is ok lah kot considering kita kat pulau, dan ada sampai 5 jenis makanan. Kenyang la.

By then hujan dah berhenti. Jam pun baru pukul 7.30. Jadi kami merayau-rayau window shopping. Jumpa banyak aksesori untuk water activities, yang kebanyakannya kami berusaha sungguh cari masa kat KL in the months leading to this trip. Bila banding balik harga, rasa ketuk kepala sendiri pun ada. Snorkel budak dekat sini full set baru THB200 (RM23 camtu ikut rate semasa). Aku beli kat KL cermin asing, serombong udara tu asing, dekat RM70. Tu belum kira monopod yang boleh terapung, beli kat KL RM50 lebih, dekat sini jadi RM30 je. Jadi bila jumpa waterproof bag yang husband aku dah lama mengidam masa kat KL, kami sambarla dekat sini. Beg 6 liter THB300 je. Dalam RM35.

Lalu dekat tempat Fish Spa, husband dan anak daraku sibuk nak buat. 15 minit THB200. Jadi diorang berdua buat. Aku tak buat sebab Adik tak nak. Kang kalau takde orang teman dia, drama lebih pulak. Selesai tu, slow-slow je kami jalan balik hotel. Jalan atas pantai, ambil angin malam. Sedap je malam ni.

Sampai hotel baru menggelabah nak mintak extra bed untuk budak-budak ni. Tengok-tengok staff housekeeping dah balik. Maka tidur berhimpitlah atas katil double malam ni ye? Semalam kemain mewah, order bilik triple, katil besar-besar pulak tu. Puas bergolek. Malam ni bersesaklah.

Esok kita tengok apa pulak habuan kita. Sebelum tidur Adik dah “bersembang” dengan Allah, kata boleh tak esok bagi cuaca dry aje, and ada sun, sebab dia nak main pasir. Insyallah ye Dik.


No comments:

Post a Comment