Thursday 28 March 2013

Sabah Day 3: Kundasang

Sama macam semalam, bangun jam 5 lebih, mula mengemas beg semua. Kejutkan anak-anak terus mandi. Kami akan check out dari Gaya Centre Hotel hari ni, dan akan ke Kundasang untuk semalam. Breakfast di hotel jam 7 pagi, selesai makan balik ke bilik untuk ambil beg semua, dan terus check out.

The only decent photo of Mt Kinabalu

Perjalanan ke Kundasang lancar. Tak jauh mana pun. Dalam sejam setengah kami dah sampai di destinasi pertama, Kinabalu Park. Dalam perjalanan tu kami dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat clear. Husband sungguh-sungguh terpesona. Aku? Terpesona juga, tapi disebabkan ini bukan kali pertama, aku takdelah jakun sangat. Heheh.

Welcomed by a squirrel
I’ve been here before, about 14 years ago, untuk kursus anjuran Kadet Remaja Sekolah. 10 hari aku duduk di pekan Kundasang, 10 hari disajikan dengan pemandangan yang Subhanallah, sungguh indah. Rezeki aku juga dapat mendaki Gunung Kinabalu sampai ke puncak waktu umur masih muda belia.

Kundasang
Anyway, aku suruh juga husband berhenti tepi jalan untuk ambil gambar, tapi dia tak nak. Last-last sampailah ke Kinabalu Park. By then puncak gunung dah mula dilindungi awan. Tapi takpelah, ambik juga gambar. Dari sana kami turun ke Pekan Kundasang. Berhenti tepi jalan di pasar yang jual produk-produk tempatan. Macam-macam jenis buah ada. Kami beli pisang, strawberi, kerepek bayam, dan sebotol madu hutan untuk dibawa balik.

Perjalanan diteruskan ke Poring Hot Spring. Sampai sana dalam pukul 12 lebih. Masuk sini kena bayar juga, dan seperti biasa diorang hanya charge aku dan husband. Dan yang seronoknya, kalau dah bayar masa masuk Kinabalu Park tadi, tiket yang sama boleh guna untuk masuk ke Poring Hot Spring juga. Tak mahal pun, RM3 je sorang.

Poring Hot Spring
Dalam Hot Spring tu, kami bagi anak-anak aje berendam. Aku langsung tak tukar baju mandi. Duduk tepi meneman diorang. Bukan apa, kami tak plan nak stay lama dekat situ sebab banyak lagi destinasi. Bagi peluang anak-anak je mandi-mandi supaya diorang tak boring. Dalam Poring Hot Spring tu sendiri ada banyak lagi aktiviti lain; Taman Rama-rama, Canopy Walk… Tapi rasanya budak-budak ni memang nak main air je kot. Dan memang takkanlah aku nak mengendong Ilhan trekking naik ke Canopy Walk tu….


Dalam pukul 1 kami gerak dari sana. Budak-budak pun kami tak tukarkan baju. Biar pakai swimsuit dengan robe aje, sebab destinasi seterusnya ialah Luanti Fish Spa. Perjalanannya dekat setengah jam jugak dari Poring, lokasinya betul-betul sebelah Ladang Teh Sabah. Nak cari Luanti Fish Spa, ikut aje signboard ke Ladang Teh Sabah. Entrance feenya RM5 seorang kalau masuk kaki sahaja, dan RM10 seorang kalau masuk satu badan, tapi kalau nak bawak kamera masuk kena bayar tambah.

Agak strict jugak dekat sini. Nak pergi tepi sungai kena bergilir-gilir, ada had berapa orang boleh ada di tepi sungai dalam satu-satu masa, tak boleh bising, dan had masa berada di sungai tu hanya 15 minit…

Ikan Luanti yang gemoxx
Kalau dekat KL ni, fish spa ikannya kecil-kecil comel je kan? Hah, kat sini ikan dia besar-besar lengan! Hambek kau! Gigitnya pun boleh tahan sakit! Layla nampak je ikan besar-besar tu, terus menyerah kalah, duduk tepi je. Ilhan pulak mula-mula berani masuk air. Agaknya dia kena gigit sekali, terus patah balik, join kakak duduk tepi. Husband sibuk geli, geli. Last-last aku sorang je masuk. Dekat-dekat nak habis time baru husband masuk balik.

Dari Luanti, kami terus menuju ke Kundasang semula, check in di Felyn Resort Kinabalu. Ada lagi destinasi kami sebenarnya, tapi sebab belum solat, kami decide check in dulu, solat, hantar barang, baru keluar balik. Felyn Resort Kinabalu ni dekat aje dari Pekan Kundasang. Jalan menghala ke Ranau, simpang nak masuknya di sebelah kanan. Tapi itu baru simpang nak masuk ye… Resort ni nuuunn jauh ke dalam, dengan jalan yang tidak berturap. Dekat 10 minit jugaklah nak sampai ke resortnya.

Masa check in tu kami tanya juga, kenapa tak turapkan jalan tu, barula lagi ramai orang nak datang. Staf tu jawab, “Itu jalan kerajaan.” Okay, fine. Biliknya okay, basic. Yang kami susah hatinya sebab kami dapat katil queen aje, nak bersesak 4 orang malam karang. Ajak husband minta tukar bilik, dia malas.

Selesai solat, keluar semula ke Desa Dairy Farm, di Mesilau. Sampai sana dekat 4.30, makcik yang jaga pintu tu cakap ladang tutup pukul 5. “Saya boleh tunggu sampai 5.20”. Aik, makcik ni. Kalau makcik tak tunggu, takkan kami kena tidur dengan lembu malam ni? Entrance fee aku ingat-ingat lupa. Mungkin RM4 seorang kot.

Memang cantikla dalam tu. Geram aku tengok lembu-lembu dalmation ni. Bawak anak-anak pergi bagi anak lembu makan. Excited Layla! Lepas tu beli susu lembu, sebab kerap dengar yang susunya sedap, especially susu coklat. Dan memang betul seperti dikata, susu coklat dia sangat sedap! Very light and refreshing. Tak terlalu pekat macam most susu coklat, jadi minum banyak pun tak cepat muak. Susu ni fresh tanpa pengawet, jadi dia boleh ada di room temperature maksima 4 jam aje. Kalau nak tahan lama, kena cepat-cepat simpan dalam peti ais.Layla nak aiskrim jugak, so beli satu. Rush jugakla dekat sana, sebab dah nak tutup. Kalau tak teringin aku nak santai-santai makan waffle kat café dia.

On the way keluar tu, berhenti beberapa kali untuk ambil gambar. Tak dapat feel New Zealand sangatla, sebab tiba-tiba matahari terik pulak. Hahah. Turun semula ke Pekan Kundasang, makan nasi ayam dekat salah satu kedai kat situ. Sepanjang hari tak makan ni! Asyik snack on fruits, goreng pisang dan kerepek je.

Hari dah mula gelap masa kami siap makan, dan husband nak sampai ke resort sebelum malam. Yelah, jalan dia kan ala-ala off road gitu. Tapi satu permintaan terakhir oleh aku – nak jenguk hostel yang aku duduk 14 tahun lepas. Pergila explore. Nasib baik memori aku masih kuat, dan memang kami jumpa tempatnya walaupun diorang dah bina seketul flyover dekat kawasan tu. Dan terbiar rupanya Pusat Kokurikulum Negeri Sabah, Kundasang yang jadi penginapan aku selama 10 hari. So many wonderful memories. Sempat ambil gambar sikit.

And, off to the resort. Mandikan anak-anak, solat. Percaya tak, pukul 7.55 malam, kami semua dah tidur.

2 comments:

  1. hotel brape yer satu malam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Felyn Resort tu RM190 semalam kalau tak salah. Boleh check Booking.com, AsiaRooms, Agoda.. Kadang-kadang lain-lain website ni harga lain-lain. Ada yang tax mahal sikit, ada yang takde tax.

      Delete