Monday 17 December 2012

The illusion that is time…


* Entry ini hanya relevan kepada ahli keluarga. 

So my baby sister is finally married. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Penat, tapi success.

Sebak, mungkin ada sikit. So it is Ikhwan in the end. Tapi yang lebih membuatkan aku sebak bukanlah hakikat bahawa adik aku telah berkahwin, tapi lebih kepada melihat keadaan Kak Gayah. Dia menangis bersungguh-sungguh, sebak betul anak bongsu dia kahwin. Basically aku faham perasaan dia. Anak yang dia nampak membesar dari dalam perut Mama, yang dia sendiri jaga sampai besar, akhirnya kahwin. I have to admit, dia lebih hands-on berbanding Mama dalam hal membesarkan kami, disebabkan Mama is a working mom. Dia lebih tahu perangai setiap satu daripada kami, setiap insiden, setiap episode membesar kami betul-betul depan mata dia. Aku faham.

Mungkin ada yang lebih mendalam berbanding sebaknya dia melihat adik aku kahwin. Aku rasa dia sangat rindukan kami, rindukan kehidupan masa di sini. Alhamdulillah, dia bertemu jodoh. Tapi pada masa yang sama aku rasa dia sunyi. Aku pun sunyi tanpa dia. Mama dan Abah yang sentiasa sibuk, adik-adik pun dah ada life sendiri. Tanpa dia, kalau aku nak ke rumah Mama pun kena berappointment dulu. Kalau tidak, masuklah ke rumah kosong. Dia pun nampak jauh lebih tua sekarang. Kehidupan di kampong agak susah, mungkin. Kerja lebih berat, keadaan kurang terjaga. I wish I could do more for her, sebagai balasan kepada semua yang pernah disumbangkan untuk aku…

Anyway, majlis tu membangkitkan perasaan yang bercampur-baur dalam hati aku. Berjumpa balik semua kawan-kawan Mama dan Abah yang dah aku kenal sejak kecil, buat aku rasa… entah, terharu, sedih, happy. Setiap satu kawan Abah dan Mama yang aku kenal yang aku jumpa hari tu membangkitkan mental image semua insiden zaman kanak-kanak. Satu-satu gambar dalam album childhood memory aku muncul di kepala. Macam yang pernah aku sebutkan sebelum ini, daya ingatan aku ada masanya agak superhuman.

Aku tak sedar bila waktu berlalu. Sungguh. Semua memory masih terlalu fresh. Jumpa Uncle Karia dan Aunty Sue mengingatkan aku kepada lazy weekends in PD, and the memories in Bedong, Daniel dan Ilyas. Berjumpa Uncle Malik buat aku teringatkan happy days in Shooting Club dengan Anas dan Adam, ikan kutu babi, trip to the zoo dan semua outing yang pernah kami pergi dulu. Jumpa Aunty Ton, teringat zaman bergelak besar sambil melepak di rumah Mama, dengan lawak-lawak loyar buruk dia. Aunty Fuzainee,  Uncle Farid, Uncle Lan dan Aunty Ziz, Uncle Norafudin dan Aunty Liza, ramai lagi. Each one of them ada memory diorang yang tersendiri.

Tapi yang paling memberi kesan kepada aku hari tu ialah bila berjumpa Aunty Bibi dan Uncle Zubir. Sumpah, at 1 point I had to leave the main entrance just to fight back tears. Antara orang yang paling banyak ruang dalam memory zaman kanak-kanak aku ialah Aunty Bibi dan family. Our family used to be so close, aku tak terkira entah berapa banyak family holiday yang kami pergi bersama. Pulau Perhentian, Pulau Pangkor, Cameron, Langkawi, Penang, Kenyir, Pulau Sibu… Itu belum kira the long Sundays where we’d spend the whole day just lazing around their house. Main buai di tepi gate, main sembunyi-sembunyi dekat halaman rumah dia yang luas, Mama bergosip dengan Aunty dekat dapur atau meja makan. Abah dengan Uncle Zubir. I used to have a crush on one of her sons.

Aunty Bibi yang aku kenal, sangat lantang, garang, dengan bunyi ketawa yang paling infectious. Oh, how I miss it. A few years ago dia jatuh sakit, dan sekarang it has affected her speech. Itulah yang buat aku sungguh-sungguh sebak hari tu. The fact that I couldn’t understand what she’s saying. Mata dia menunjukkan dia sungguh excited, banyak benda yang dia nak cakap dan tanya. Tapi at the same time dia tahu orang susah nak faham, jadi dia hanya pandang aku dengan senyuman lebar. I felt really helpless. I’d kill to have the skill to translate her feelings, what she’s saying at that moment. Flashbacks of how she used to be came to my mind, and I just couldn’t help the tears from coming.

I remember, as she’s a BM teacher, everytime kami pergi holiday aku akan buat karangan and bagi dia untuk check. Yes, I know I’m a freak, but I used to buat karangan secara sukarela. I loved writing even more back then, than I do now. Aku tahu dia sayang aku, sebab dia teringin sangat anak perempuan. She’s got 4 sons. Seriously, even while writing this, I’m crying my eyes out.

Betullah macam kata seorang kawan aku, Abah yang nampak lebih seronok masa kenduri tu berbanding pengantin sendiri. Ramai sungguh kawan-kawan Abah datang, especially kawan sekolah menengah dia. Sampaikan cikgu dia pun datang. Seronok aku tengok dia seronok. Dan sebak pun ada…

The thing is, you don’t see time moving, other than a flick of a calendar, or the turning of the page in a diary. Aku tak sedar bila masa berlalu. Rasa sekelip mata lalu aku masih budak. Tiba-tiba aku dah remaja. Kemudian dewasa. Rasa sekelip mata lalu aku kahwin, tapi minggu depan I’d be celebrating my 5th year anniversary. Samalah juga mungkin apa yang Abah rasa. Sekelip mata lalu dia di TI, Penang. Suddenly it’s 40 years later, and they are all meeting again as senior citizens. Memory masih segar bagi sesetengah mereka. When did time pass? I don’t feel like I’ve aged a bit.

Aunty Patsy was looking at Layla and telling me, “She looks just like you when you were that age.” And I’m sure in her mind she can still see me when I was that age.  I remember my days spent in Taiping too, with Faizal, Hilyah, Kenny and Jillian, laughing to Uncle Francis’ jokes. When did time pass?

Tak ada apa yang boleh diputar semula. Satu-satunya lesson I’ve learnt out of this is to cherish the present as much as possible. And try to keep a mental image of every single moment, to bring with you into the future. Nasib zaman kita lebih baik, mungkin. Kita ada Facebook Timeline, ada Instagram, so everything can be recorded.

I just miss the old days, so very much…

No comments:

Post a Comment