Sunday 2 December 2012

Langkawi Trip Day 3


Day 3: 28th November 2012

It’s our final day here.

Early on we have decided that we’re going to have a quiet morning in the room after breakfast. No more swimming for the kids sebab kami tak nak diorang kepenatan lagi. It’s going to be a looooonngg day. Our flight home is only at 8.50p.m.

Breakfast tak mengecewakan, seperti juga semalam. Kids lebih bekerjasama hari ni. Lepas makan, bergambar sikit di sekitar lobby, then balik ke bilik. Anak-anak masih belum jemu melompat daripada kerusi ke atas extra bed. Husband tengok TV, aku baca buku. I received an SMS from AirAsia saying that our flight will be delayed to 9.35 p.m. Ugh!

Ilhan terlelap sekejap, which was what we intended, untuk memaksimakan tenaganya untuk melalui sepanjang hari ni. I took the time to berendam di dalam bath tub. Tak lama pun, sebab penyendal air wasn’t working really well, dan air masih draining out of the tub.

Masa keluar breakfast tadi kami ke reception tanya pasal late checkout. Alhamdulillah, kami diberi sampai pukul 1 tengah hari instead of 12 tengah hari. One extra hour to rest. Pack up, by 1 kami dah berada di dalam kereta.

First destination: Underwater World. Of course, I am not a fan of fishes. 6 kali aku ke Langkawi, baru inilah kali pertama menjejakkan kaki ke sini. Entry fees dia agak mahal bagi aku, RM28 untuk adults (nasib baik our kids masih layak masuk free), dan lepas masuk dalam tu, I figured out it wasn’t worth it. Bagi akulah. Sebab aku bukan jenis yang akan luangkan masa belek setiap seekor ikan dan setiap satu aquarium yang ada. Tapi memandangkan itulah satu aktiviti yang kids boleh enjoy sikit, dan indoors di kala tengah hari rembang memacak di luar sana. Layankan aje.

From there kami pergi lunch di Jom Ikan Bakar di kawasan Padang Matsirat. Kedai ni direkomen oleh brader yang handle sewaan kereta kami. Kedai tu penuh! Self-service nasi putih dan lauk-lauk melayu, dan 1 gerai membakar ikan-ikan serta ayam. Kami ambil 2 nasi putih, husband ambil ayam goreng dan kacang panjang masak kicap, 2 ekor ikan kembung kecil dan 1 potong ikan pari, air kosong segelas, air teh o ais segelas. RM19. The food was okay. I wish the ikan kembung was bigger sebab tak puas makan ikan kecik-kecik ni. Mana nak perisi tulang lagi, berebut ikan dengan anak-anak lagi.

Next destination: Cable Car Ride. Pergi ke GeoPark Village. Orang tak ramai sangat, jadi cepat aje kami dah dapat naik cable car. Ilhan dah mula ngantuk semula, muka stone aje, takde perasaan. Layla was very brave. Relax je dia dalam cable car. Sampai puncak, tak ada aktiviti pun. Cuaca masih panas, ambil gambar pun semua ada shadow. So sekejap aje dah turun balik.

Makan aiskrim sikit dekat bawah, atas permintaa Layla. Sembahyang di surau dekat parking GeoPark Village. Then decide untuk ke Kuah semula sebab adik ipar aku pulak order coklat. Masih ada masa sebelum perlu sampai ke airport. Dapatlah chance anak-anak tidur lagi. Sampai di Kuah hujan, dan coklat yang kami nak beli tu bagi aku terlalu mahal. Aku memang yakin di KL lebih murah, tak kisahlah yang di Langkawi ni imported ke ape. In the end it’s the same thing. So tak beli. Beli sepasang baju untuk Ilhan aje, sebab dia belum dapat souvenir.

On the way ke airport kami singgah beli goreng pisang, cekodok, goreng keledek dan air kelapa. Terkejut kami, mintak setiap kuih tu RM1, dapat seplastik penuh each. Cekodok RM1 dekat 20 bijik! Besar-besar pulak tu. Setel, tak payah dinner. Makan itu aje dah kenyang.

Di airport kami nak mandikan budak-budak, sebab dah tau, by the time sampai rumah nanti dah tengah malam dan diorang mesti dah tidur. Surprisingly, tak ada toilet untuk mandi. Tindakan drastic, bawak diorang ke toilet orang cacat dan mandikan dekat sana. Sorrylah kalau ada yang tersinggung sebab menyalahgunakan toilet orang cacat, tapi kami terdesak. Sehari suntuk diorang keluar, berpeluh penat-penat. Mandi adalah salah satu cara untuk buat diorang segar semula.

Pulangkan kunci kereta dekat orang sewa kereta, kena charge extra RM30 sebab guna kereta extra 5 jam hari ni. Solat, dan check-in flight. Dalam pukul 8.30 pengumuman dibuat. Flight kami delay lagi ke pukul 10.30 malam. Ya, terima kasih AirAsia. Dulu kami balik dari Kuching pun macam ni jadinya. A little bit disappointing, lebih-lebih lagi mengenangkan anak-anak penat dan orang yang perlu jemput kami di KL nanti. Lebih mengecewakan, hanya ada 1 kedai jual makanan ringan, tanpa proper food untuk dinner. Kami hiburkan diri dengan menonton bola sepak piala AFF Malaysia vs Laos. Nasib baik memang 4-1.

Aboard the plane and take off at almost 11.  Hujan. Sampai LCCT dah 12 malam. Adik aku jemput balik. Kesian Ilhan, dah terbongkang dari dalam flight. Memang penat betul! Aku pun dah tahap menggigil-gigil, lapar campur penat. Memang tak dinnerlah malam ni, hujan lebat, anak-anak tidur.

All in all, the whole trip was okay. Bila kids lebih besar, mungkin kami akan lebih enjoy sebab diorang lebih independent.

So until the next trip!

No comments:

Post a Comment