Sunday 4 November 2012

Im baaaackkk…!! (For now)

Jadi kepada peminat-peminat sekalian, bolehlah berhenti berleter kepada saya sekarang. Heeeee…

Untuk menjelaskan keadaan, aku bukan saja-saja syok-syok nak berhenti blogging. Rindu, mestila rindu. Tapi kesibukan melanda dan keadaan tidak mengizinkan aku meluangkan masa untuk mengarang. Bila idea datang, ia terpaksa dilepaskan pergi kerana aku tak mempunyai kemewahan masa untuk duduk menaip.

Sejak bulan puasa hari tu, Alhamdulillah, aku dah mula dapat job semula. Sebelum ni, sejak bersalinkan Ilhan, setahun aku goyang kaki kat rumah. Suri rumah sepenuh masa. Sebulan dua bestlah rilek macam tu. Tapi lepas tu mula rasa serba tak kena. Kesian tengok husband kerja sorang-sorang, nak menyara 4 perut. Dahla perut western pulak tu. Hihihihi…

Nasib baik adalah savings sikit daripada job-job dulu. Itupun sikit-sikit kena tarah. Sampailah masuk bulan puasa tu, kami dah berada di tahap hidung. Akaun bank aku dah kosong. Simpanan yang kami dah janji takkan sentuh, iaitu di dalam Tabung Haji, pun dah terpaksa usik, memandangkan nak raya. Yang lebih merisaukan, lepas raya tu insurance dan road tax kereta perlu dibayar.

Tapi, itulah. Tuhan dah aturkan semuanya bab rezeki ni. Dalam bulan puasa tu sendiri aku dapat job assignment baru, yang akan berjalan berterusan selama beberapa bulan berikutnya. Alhamdulillah…

Tamatlah sudah tugas suri rumah tangga sepenuh masa semata-mata. Bermulalah episode fulltime housewife + fulltime freelance translator. Ini pengalaman pertama bertugas sepenuh masa selepas beranak dua. Hohohoho… it’s not funny, my friend! Layla yang sedang berada di puncak curiousity dan sentiasa bertanya soalan selagi berjaga, dan Ilhan yang tengah lasak memanjat, melompat dan bereksperimen.

Job scope harian aku merangkumi:
  •  Melayan kerenah anak-anak,
  •  Memastikan kerja-kerja rumah asas berjalan seperti biasa,
  • Memastikan anak-anak (dan diri sendiri) tidak kebuluran,
  •  Memastikan kerja penterjemahan berjalan seperti yang dikehendaki klien,
  •  Mengawal kemarahan, memupuk kesabaran dan memastikan diri sendiri tidak melakukan kekerasan ke atas anak-anak yang boleh mengakibatkan aku terpampang di muka hadapan Harian Metro.

So, aku tak segan untuk mengaku di sini bahawa aku jarang-jarang menyapu, mop dan vacuum rumah. Ada hari-harinya aku jamu anak-anak makan maggi goreng sebab tak sempat masak. Aku biarkan diorang tengok kartun sepanjang hari asalkan tak kacau aku bekerja. Dan aku jadi kerap marah-marah bila diorang terlalu banyak kerenah. Aku tak lagi ada masa untuk main-main, ajar diorang ABC, alif bata ta dan 1,2,3.

Sedih, ya memang sedih. Tiap-tiap malam bila tengok diorang tidur, hati rasa kesal. I’m here, but I’m never here for them. Aku berada di rumah hanya untuk memastikan diorang tak terlibat dalam sebarang kemalangan dan memastikan diorang tak kebuluran. Other than that, aku tak pernah ada untuk mendidik diorang. I suppose that’s the sacrifice I have to make. Aku terpaksa pujuk hati yang aku buat semua ni supaya diorang hidup senang. Mungkin ibu-ibu yang bekerja di pejabat rasa benda yang sama aku rasa. Aku cuma takut bila besar nanti satu-satunya memori diorang tentang Mama diorang ialah, “Mama sentiasa duduk depan laptop, dan selalu marah-marah”… Huuuuu….

Mom-feelings aside, I LOVE my job! Seriously, I feel alive again lepas dapat kerja semula. Rasa berfungsi, rasa diri ada makna, rasa tak lagi membebankan suami, dan rasa otak tidak lagi berkarat. Yay! And the income is the icing on the cake!

Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment