17th October 2017
Malam semalam langit cerah.
Bintang banyak sangat. Tapi masih takde rezeki kami untuk tengok aurora. Aku
sangat berharap sebenarnya, sebab teringin sangat-sangat nak tengok. First time
aku tahu kewujudan aurora ni masa aku dekat university, umur aku mungkin 21
gitu. Masa tu aku obsess tengok cerita Roswell, cerita bersiri pasal alien tu.
Dan salah satu karakter dia tu pergi Sweden untuk some foreign exchange program,
dan balik dengan banyak gambar dan cerita pasal northern lights ni. Sejak dari
tu aku pasang angan-angan untuk tengok sekali. Sekali je pun takpe seumur
hidup. Tapi aku nak tengok dengan mata aku sendiri.
Mak ayah aku pun boleh tahan
bersungguh-sungguh. Pukul 3 pagi diorang keluar bilik tengah sejuk gedi tu dok
melilau dekat luar mendongak ke langit dengan harapan dapat jumpa. Yang diorang
dapat cuma tengok bintang yang banyak. Well, at least something kan?
Dalam pukul 5 lebih kami semua
dah berjaga. Aku kerja macam biasa, anak-anak pun dah bangun buat bising
pagi-pagi tu. Sampailah pukul 7.30 kami turun breakfast. Hotel ni sediakan
breakfast sekali, jadi kami makanlah apa yang boleh dimakan. Roti, telur,
muesli, susu, buah, jus, waffle. Kesimpulannya kenyanglah pagi tadi.
Sebelum check out kami bergambar
dulu dekat luar, lepas tu baru drive. Ayah aku spec boleh patah pulak. Jenuhla nak
mencari dekat Iceland ni. Nasib baik kalau pakai snowcap, benda tu boleh hold
dekat kepala dia. So hari ni dia tak boleh tanggal snowcap dia la.

Dari sana kami drive sampai ke
pekan Vik. Dekat sini kami stop sekejap sebab ada kedai-kedai, kotlah ada kedai
spec untuk ayah aku uruskan spec dia. Kami sempat window shopping. Souvenir
Iceland subhanallah mahalnyeeeeeeeeeeee…. Topi satu pun dah harga RM120 ke
RM200. Snow globe kecik satu dalam RM70 duit kita. Fridge magnet satu RM40. Jaket
bubble macam dekat Uniqlo tu satu RM600. Tak pernah lagi aku pergi negara yang
lebih mahal daripada Iceland ni. Tak mustahil aku akan balik dengan tangan
kosong, walaupun untuk diri sendiri. Sape yang mengharap souvenir daripada aku,
aku ucapkan selamat jalan awal-awal. Kuikuikui…
Dari Vik tu kami gerak ke
destinasi seterusnya, Black Sand Beach Reynisfjara. Alaa… yang dalam lagu Gerua
tu. Angin kuat dekat sini, tapi mungkin juga sebab hari ni cuaca memang agak
mendung dan suram. Pantai dekat sini juga antara pantai yang paling merbahaya
di dunia sebab arus ombak dia yang datang mengejut dan kuat menarik orang masuk
dalam air. Siap ada billboard amaran dekat situ pasal pantai ni, dan statistik kematian.
Mangsa terakhir yang mati dekat sini ialah pada tahun 2016. Jadi kami memang
langsung tak jejak gigi air dia. Apatah lagi anak-anak, memang aku tempik aje
kalau lari jauh sikit.
Bergambar dekat situ puas-puas.
Mak ayah aku gerak ke kereta dulu sebab malas nak layan aku dengan husband
agaknye. Aku heret anak-anak sekali bergambar macam-macam. Haha.. Lepas tu kami
teruskan ke bangkai kapal terbang terhempas yang juga ada dalam video clip
Gerua tu. Jarak dengan Reynisfjara cuma beberapa minit aje.


Sampai dalam kereta boleh tahan
basah jugaklah kami. Dan kami meneruskan perjalanan sekitar 8 minit dari situ,
iaitu ke Skogafoss, air terjun yang juga dipaparkan dalam video clip Gerua. Dekat
sini kalau datang masa hari cerah, boleh nampak pelangi jugak. Tapi hari ni
cuaca mendung kelabu, jadi tak adalah.
Anak-anak semua pakat dah penat,
jadi diorang dah tak nak bagi kerjasama. Husband cuba pujuk anak teruna aku ke
toilet, dia tak nak. Tak rasa nak kencing katanya. Dia cuma tak nak ikut
langsung ke waterfall tu. Yang kakak berjalan juga ke waterfall, tapi tengok
dari jauh dan ambil cuma satu gambar, terus nak patah balik ke kereta juga. So
mak ayah aku pergi bergambar dulu, aku and husband jaga anak, lepas tu tukar
shift pulak. Aku dan husband pergi sampai betul-betul dekat tepi waterfall,
habis basah baju, tudung, phone aku semua. Tapi berbaloilah, walaupun cuma sekadar
selfie.

Dari Skogafoss tu ambil masa
sejam suku. Sampai di rumah tu pukul 5.15. Terus rush solat Zohor Asar, dan
settle down. Dinner malam ni masak nasi tomato, telur goreng masak merah, sup
sayur, nasi putih dan telur goreng untuk anak aku, dan ubi goreng. Oh, lazat
tak terhingga!
Anak teruna aku sekadar makan
cereal semangkuk, dan belum pukul 7 dia dah mintak nak tidur. Lantaklah,
asalkan bahagia. Kami makan, mandi, solat semua. Sebelum pukul 9 semua dah
bersurai.
Malam ni nampaknya tak ada peluang
nak tengok aurora lagi, sebab dekat luar hujan agak lebat. Langit pun berawan
tebal. Hukhukhuk…
Tak kiraaa nak jugak fridge magnet Iceland.. nanti aku bayar balik half hahaha
ReplyDelete