Thursday 3 May 2012

1 Year Later: Ilhan Shahid's Birth Story


Oh! Cepatnye masa berlalu. My baby boy is 1 year old!

Bersempena dengan tarikh ini, aku nak mengenang kembali detik-detik setahun lalu. Jadi secara eksklusifnya aku release birth story Ilhan Shahid di sini. :P

3rd May 2011

Pukul 6 pagi tu Layla turun katil dia, panjat katil kami dan mintak susu. Aku bangun berdiri je, rasa contraction. Contraction tu normal for me sebab 2 kali mengandung pun aku memang jenis kerap dapat Braxton hicks. Seawal 6 bulan perut aku dah mula mengeras sikit-sikit. Tapi pagi tu terus terdetik yang ‘Yeah, this is it.’ So lepas buat susu, aku pergi semayang Subuh dan lepas tu kejut husband. Contraction still ada every 10 minit, so lepas dia semayang aku bagitau dia, “I sakit-sakit ni. I think this is it.”

Dia cam, “Serious? Ok, so nak gi hospital sekarang ke?”

Aku tak nak sebab tak suka gi hospital awal-awal sangat. Lagi lama kat sana lagi banyak kena proses macam-macam. Seluk sana, seluk sini, cucuk sana, cucuk sini. Kecenderungan untuk pihak hospital masuk campur dalam proses bersalin normal sepenuhnya tu sangat tinggi kalau pergi hospital awal-awal. So instead, aku masukkan baju dalam mesin basuh, lipat baju yang bertimbun, husband sempat basuh toilet semua. Just clear out chores apa yang boleh sebab lepas ni sure busy giler. Siap mandi semua, menunggu Layla bangun. Biasala, bila kita nak dia bangun cepat memang takkan bangun la kan.

Aku masuk bilik kejut dia, baring sebelah dia sambil usap-usap dia. Tiba-tiba dilanda emosi. Terfikir yang ini mungkin last time aku dapat baring-baring dan spend time eksklusif dengan dia berdua je. Sedihnya masa  tu, memang banjir habis aku nangis. Belum tinggal dia lagi aku dah rindu dia siap-siap. Uhuk uhuk.

Anyway, pukul 9 baru kejut dia, bagi mandi semua. Call Mama bagitau kami nak pergi hospital. Dia kata Layla boleh hantar ke rumah dia sebab dia boleh minta excuse dari sekolah. Pergi sana, mama paksa aku makan sandwich telur sebab dia risau aku jadi macam masa bersalin Layla dulu. Siap bungkus bekal lagi. Pukul 10 lebih baru gerak ke Hospital Selayang. Contraction ada, tapi tak regular. Kejap every 10 minit, kejap every 5 minit.

Sampai Selayang 10.30 pagi. Naik ke Wad Bersalin, get ready untuk kena check. Sambil-sambil tunggu doctor tu, ada nurse-nurse keliling tanya pasal contraction semua. Bila sebut kata tak regular, diorang kata mungkin aku akan disuruh balik kejap lagi. Belum masa lagi. Datang doctor check, dah 5cm bukaan. Lega, sebab dah buka banyak masa sampai hospital. Kalau baru setakat 2cm, aku kompem akan depressed.

Doktor decide untuk terus pecahkan ketuban dan hantar masuk ke labour room. Lagi sekali lega. Tak payah nak masuk wad dulu. Sempat sms sume orang-orang yang berkenaan. Boleh gossip-gossip lagi dgn Zaf.

Dalam pukul 12 tu dah masuk labour room. Husband memang ada sebelah je the whole time. Masa tu tak sakit sangat. Sembang-sembang, gelak-gelak. Borak dengan nurse yang check contraction, heartbeat baby semua. Contraction kuat, kata nurse tu, tapi tak kerap. Takut bukaan tak progress, atau lambat progress, kata dia lagi. Aku ignore aje; tak nak focus on the negatives. By then dah start lapar, tapi nurse tak bagi makan. “Kalau kena emergency c-sect nanti susah kalau awak makan.” Lagi sekali aku ignore; focus on the positif sahaja – agak konfiden yang aku akan bersalin normal. So aku curi-curi makan bekal sandwich telur masa nurse keluar. Husband jaga line. Hihih.

A few times beberapa doctor/bidan/nurse datang check. Diorang offer injection untuk tahan sakit – pethidine – tapi aku tolak. So far i can handle it. Lapik tilam pulak dah lencun dengan air ketuban, so aku mintak diorang tukar. Turun katil sekejap, and amik kesempatan untuk pegi toilet. Tip yang bidan bagi masa bersalin Layla dulu – kerapkan kosongkan pundi kencing masa proses bersalin. Ia akan percepatkan bukaan. Lepas tu saja-saja berdiri sekejap tepi katil sebab ikut tip lagi satu – berdiri pun boleh cepatkan bukaan. Gravity helps. Masa tu baru start sakit kuat. Dalam 10 minit berdiri dah tak larat sebab contraction jadi kerap. Check jam, pukul 2.30 ptg.

Check bukaan lagi; 7cm. Doktor yang check tu pesan, “Saya akan bagi masa 4 jam lagi untuk dilation awak progress. Kalau tak kita induce.” Lagi sekali diorang offer pethidine, aku tolak jugak. Serentak tu Mama sampai, so dia take over masuk teman aku sekejap. Oh, masa tu contraction macam takde intervals. Baru berapa minit, dah tak tahan. Cakap kat mama suruh bagitau doctor untuk check. Dah rasa nak teran dah ni! Check bukaan: 9cm. Doktor kata, “Kalau dah rasa nak berak sangat-sangat, bagitahu.” Tak sampai 5 minit pun dah rasa dah. Kelam-kabut Mama pegi panggil husband.

Fully dilated, ready to push. Masa husband masuk tu dah crowning, so mengikut wave contraction, with 2 or 3 pushes, Ilhan Shahid pun lahir ke dunia. 03.05-2011, 3.26pm, 3.45kg baby boy. No episiotomy, just slight tearing. 

Wonderful, wonderful experience. Alhamdulillah everything was fast, smooth and easy. Positive thinking and Hypnobirthing techniques really helped. It's something every mom and future moms should know. Sangat worth it.

As for Ilhan Shahid, oh, dialah baby boy paling manja pokpek dan busuk masam dalam dunia ni. Tidur bawah ketiak mama. Kuat nangis. Kuat makan. Kuat peluh. Kuat berak. Semua kuat. Hihih... Cepat pick-up. Panjang akal. Suka digomol dan dicium. Suka main air. Suka menyakat dan buat Kakak nangis. 

Progress setakat usia setahun: 6 batang gigi. Dah boleh jalan. Pandai tepuk tangan, pandai lambai, pandai flying kiss, pandai cak-cak. Pandai minum guna straw. Boleh cakap Mama, Ayah, Kakak, Cat, Ball…

May you grow up to be a smart, healthy boy. Jadi anak yang soleh, yang beriman, yang menghormati orang dan berjaya dunia dan akhirat. Aminnnn… 


No comments:

Post a Comment