30 Jan 2025
Dibangunkan oleh azan Subuh. Kejut
semua, aku masak cucur adabi pisang hari ni, dengan scrambled eggs 4 biji untuk
memperabih apa yang ada. On laptop, sambil-sambil makan, sambil-sambil bersiap.
Dekat pukul 10 kami keluar.
Hari ini kami menuju ke
Sultanahmet. Menapakla seperti biasa. Sampai di Spice Market dulu,
survey-survey harga. Then jalan sampai ke Grand Bazaar. Terjebak sikit kat
kedai yang bagi kami macam-macam tester, segala Turkish delight, segala teh.
Masuk dalam Grand Bazaar tu tak beli
apa pun. Tengok-tengok je. Sebab kat situ paling mahal. Tapi kalau nak tukar
duit, kat Grand Bazaar paling bagus rate dia. Rata-rata kedai lebih kurang
harga. Kalau kat luar, rate dia lebih mahal, kita dapat duit sikit.
Kami sebenarnya hari ni tak tahu nak
pergi mana. Sindrom hari terakhir sebelum balik. Mesti mood macam off. Kami jalan
pergi Hagia Sophia. Ya rabbi, ramainya manusia. Beratur panjang nak masuk. Padahal
kena bayar tu. Kami memang takkan masukla, sebab dah masuk dulu. Ingat nak
smayang kat Blue Mosque, tapi awal lagi. Dahlah hari ni jumaat pulak tu, tak
pasti Perempuan boleh masuk ke tak.
So lepas ronda-ronda area situ
kejap, kami pegi pulak lepak di Gulhane Park. Pun ramai orang. Duduk sekejap
je, kami ke area Sirkeci. Jalan-jalan. Nak masuk Hafiz Mustafa untuk beli
barang, dia tutup untuk solat Jumaat. So last-last kami pi makan kedai ala
Nandos. Nama dia Pepitos. Sorang satu dapat meal. Puas makan. Tumpang toilet
sekali semua.
Sambung berjalan tu masuk LC
Waikiki. Pastu kami teringat kami kena sediakan cash Lira untuk transport ke
airport nanti. Dia tak accept credit card. Jadi kami nak tukar duit Euro ke
Lira sikit lagi. Menapaklah lagi cari money changer yang sesuai. Sampai dekat-dekat
Grand Bazaar lah juga.
Selesai tu, kami turun dan nak
solat. Sampai di Yeni Camii (Masjid Baru) dekat tepi laut Eminonu tu, kami
berpecah untuk masuk solat. Ingatkan dapatlah solat berjemaah sebab masa kami
sampai tengah azan. Masuk ke dalam tu habis aku dan kakak tawaf, tak jumpa
tempat wuduk Perempuan. Semua orang yang kami tanya semua bagi jawapan yang berbeza.
Dan cakap macam ayam itik.
Last-last tunggulah ayah dan adik
siap dulu, baru kami dapat ambil spray bottle daripada beg Ayah. Barulah kami
pula dapat solat.
Selesai tu barulah ada mood sikit
nak membeli. Adik dan ayah nak beli Turkish delight. Ayah untuk ofis dan adik
untuk makan. In the end semua benda kami beli di sekitar Spice Market tu. Harga
lebih berpatutan. Di salah satu kedai Turkish delight tu penjual tu tanya nama
adik. Bila dia sebut “Ilhan”, mamat tu terus cakap “Ilhan Mansiz”. Hahaha. Aku kata,
memang aku bagi nama sempena Ilhan Mansiz. Hanya orang Turki boleh relate. Adik
sengih je, dia kata dia fit in kat sini.
Sebelum balik beli sekali Balik
Durum (Fish Wrap) untuk adik dan ayam goreng daripada Pepitos untuk kakak. Dinner
diorang. Aku dah setel for the day, takde beli dinner pun. Lunch tadi pun dah
cukup kenyang. Then slowly kami jalan balik.
Sampai di rumah masa azan
Maghrib, dalam pukul 6 lebih. Kami kena siapkan packing malam ni sebab flight
balik esok 7.30 pagi, so kami kena ke airport pukul 3 lebih pagi. Hampir
berakhir dah trip ni. Sedih.
No comments:
Post a Comment