Friday, 31 January 2025

Trip 2025 - Day 11: The Day We Leave Sofia

28 Jan 2025

Bangun Subuh lepas tu tidur balik. Hari ini kami decide malas nak keluar awal, sebab kami akan check out dan meneruskan perjalanan kami petang nanti. Waktu check out ialah pukul 12, jadi kami nak lepak jelah dalam bilik sampai pukul 12 tu. Aku bangun semula pukul 9 dan masak breakfast. Sekadar goreng-goreng telur, buat toast. Aku dan ayah habiskan nasi lemak semalam ada sepinggan lagi. Share separuh sorang. Adik try habiskan cereal.

Lepas tu kami slow-slow start bersiap, kemas-kemas packing barang. Mandi segala. Ngam-ngamlah pukul 12 tu kami keluar. Disebabkan lif tu kecik nak mampos, kami take turns untuk turun dengan luggage. Especially since kami di Tingkat 6. Ayah turun dulu dengan 2 luggage. Lepas tu kakak turun dengan 1 luggage. Aku dan adik akan turun last dengan 1 luggage.

Tiba-tiba lif tu keras kat situ, tersangkut, dengan kakak ada kat dalam. Kami dah cemas. Kakak lagilah cemas. Nasib baik ada resident kat situ on the way keluar, dia tolong callkan maintenance. Tapi dalam menunggu maintenance tu, adalah 15 ke 20 minit kakak stuck dalam tu. Adoilaa… aku dengan adik angkutlah beg terakhir tu turun 6 tingkat. Lepas maintenance tu finally datang setelkan, kakak dah takut nak naik lif tu lagi, so lagi sekali aku kena angkut 1 lagi luggage turun 6 tingkat. Adik tolong aku halfway. Peh, drama betul. Sepanjang hari gelakkan kisah ni.

Anyway, from here kami kena ambil taxi guna taxi app dia, untuk ke stesen kereta api. Memang masih awal, train kami pukul 6.45 petang nanti je. Tapi rumah ni tak bagi kami tinggalkan luggage di sana. Jadi kami kena pergi cari luggage storage kat dalam train station tu supaya tak perlu mengangkut barang sepanjang hari. Okla, kami sewa 1 space XXL dan 2 space XL, total harga jadi BGN35. Harga tu untuk 24 jam dan kita boleh bukak tutup sesuka hati dalam masa 24 jam tu. Bayaran guna kad kredit.

Selesai tinggal barang, kami pi makan. Kakak kata dia perlu makan untuk tenangkan hati dia lepas tersangkut dalam lif tadi. Haha. Sian dia. Sampai nangis tadi. Cam biasalah, apa je yang ada. Kedai kebab jelah. Siap makan kat Miral Foods tu, kami ke masjid bersejarah di Sofia ni. Semalam kami lalu sebelah je. Hari ni baru kami masuk solat. Cantik dalam dia walaupun kecil.

Selesai semua tu pun, kami masih ada 3 jam setengah sebelum kena sampai dekat station. So kami masuk semula ke central market betul-betul depan masjid tu. Sajalah beli sikit apa yang ada. Buat buah tangan. Pun masih banyak masa lagi.

Kami jalan ke Russian Orthodox Church sebab semalam lalu tapi tak ambil gambar. Sampai kat depan tu dah tak tau nak buat apa, so kami lepak je kat kerusi-kerusi depan tu. Aku layan adik bersembang. Ayah dan kakak main phone. Adalah dekat setengah jam kami lepak situ. Pukul 4 kami jalan slow-slow ke station. Singgah Mikel Coffee Shop, beli kopi dan hot chocolate, minum-minum lepak-lepak tumpang toilet.

Sambung jalan lagi, singgah kedai pizza halal, beli pizza beberapa slice buat bekal dalam train sambil proses memperabihkan duit yang ada. Bawa balik duit Bulgaria pun bukannya money changer kita terima. Akhirnya sampai train station pukul 5.30. Itupun masih awal. Kami terus ke platform dan tunggu pintu gerabak buka. Terjumpa sorang mamat Vietnam yang tengah solo travel. Sembang-sembang dengan dia. Dia dari Da Nang.

Pukul 6 pintu gerabak buka, kami pun masuk dan setup kabin kami. Aku seronok sebab aku dah lama teringin nak travel dalam sleeper train dengan anak-anak. Kali ni Impian aku tercapai. Kemas katil semua, susun luggage elok-elok. Lepas tu kami solat Maghrib Isya dalam train. Ngam-ngam tengah take turns solat tu, train pun jalan. Best! Panjang lagi perjalanan kami ni.

Punya banyak pembacaan dan video kami tengok pasal train ni, dan setiap kali itu orang akan kata train ni sejuk sebab takde heater. So aku ni punyalah prepare, suruh semua pakai baju beberapa lapis, dalam beg siap isi towel Decathlon, shawl segala buat selimut tambahan. Yelah, kita travel memang winter, lepas tu bukan sekejap-sekejap. Sekali, masuk dalam train tu, panas weh! Hahaha. Semua lemas rasa. Satu-persatu layer baju dibuka. Adik sampai ke tahap topless. Last-last kami buka tingkap kabin tu kejap bagi sejuk. Tanya kat conductor tu, dia kata heating centralized. Dia yang ajar suruh buka tingkap.

Kami cuba tidur dulu beberapa jam. Pukul 12 sampai di Border Bulgaria, ada officer naik ambil passport kami untuk cop. Berhenti dekat situ dalam 15 minit, train sambung berjalan dalam sejam, sampai ke Kapikule; Border Turkiye. Kali ini kami kena turun train dan angkut semua barang sekali untuk cop passport dan scan luggage. Berhenti dekat sini lama, dari pukul 1 pagi sampai dekat 2.30 pagi. Sempat pergi beli air dan teh untuk ayah dekat kedai runcit dia.

Masuk balik train and get comfortable balik. Kereta api tak sempat jalan lagi aku dah jalan dulu. Hahah. Sedar-sedar alarm bunyi untuk Subuh.

Thursday, 30 January 2025

Trip 2025 - Day 10: Sofia Day 2

 27 Jan 2025

Bangun Subuh 6.10 pagi tu, aku on laptop sekejap sampai pukul 7, dan mula masak breakfast. Kali ni aku masak nasi lemak lagi sebab dah guna dapur dia semalam, mudah nak operate. Alhamdulillah, kali ni terus jadi nasi lemaknya. Goreng telur je untuk kami semua. Sambal instant dah bawa siap-siap untuk adik dan ayah. Sambil aku masak tu kakak dan ayah dah lena balik. Adik dok layan henpon dia. Tenang jelah rumah pagi-pagi tu. Pukul 8 baru aku panggil diorang makan sebab aku pun ralit dengan laptop.

Siap makan, kemas-kemas, siap-siap, bermalasan je hari ni. Pukul 10 baru kami keluar. Takde hala tuju pun hari ni sebab attractions dia semua keliling rumah, kebanyakannya dah tengok dah pun. Personally, aku rasa Sofia ni takde apa yang menarik. Dia bekas negara Soviet dan bangunan dia campuran elemen Russian, German dan Turkish. Kalau dapat keluar dari bandar ni, pergi ke countryside dia, mungkin aku akan lebih appreciate negara ni. Tapi being stuck in the center, aku tak rasa pape menarik. I’m not really a fan of busy cities.

Sambil berjalan ikut kaki tu, kami jumpa tempat ice skating outdoors yang menarik. Harga dia pun not bad dan kami sampai ngam-ngam time session pertama mula. Kami offer suruh anak-anak main, tapi kakak tak nak. Satu session ialah 2 jam dan dia kata it’s too long, plus hanya dia dan adik so boring kot bagi dia. Adik teringin nak main, tapi tak nak main sorang-sorang pulak. So kami tengok orang main sekejap, pastu kami blah jela.

Pergi ke Vitosha Blvd semula, makan sikit di kedai halal kat situ. Kakak beli perfume rose untuk dia dari sini. Aku pun beli face oil rose, apparently it’s their specialty kat sini. Lepas tu kerja kami asyik masuk grocery store yang ada, anak-anak suka cari jajan. Masuk sekali central market dia. Cantik bangunan tu.

Sebelum balik kami makan lagi sekali di kedai pizza semalam. Tapi hari ni dah petang, pizza dia dah tak fresh-fresh baru masak macam semalam. Akhirnya dalam pukul 4.15 petang macam tu kami balik bilik. Dah tak tau nak pi mana. Nak kena balik solat, dan tak keluar balik dah.

Untuk dinner malam ni kakak sorang je masak maggi. Kami yang lain makan biskut-biskut gitu je. Takde aktiviti apa, semua layan diri sendiri. Aku sibuk siapkan topi kakak. Yang lain main phone. Aku dan ayah sambil-sambil tu dok bincang perjalanan seterusnya. All the planning pergerakan kami semua.

Pukul 10 lebih aku tidur.

Wednesday, 29 January 2025

Trip 2025 - Day 9: Sofia, Bulgaria

26 Jan 2025

Semalam tidur lewat, tapi bangun awal macam biasa. Subuh dekat sini pukul 6.10 pagi. Golek-golek tunggu pukul 7, aku dan ayah keluar cari kedai grocery sebab takde bahan mentah nak masak. Sejuk gila kat luar. -2°C.

Jumpa market satu, pilih-pilih barang, tapi nak bayar dia tak accept cash euro pulak dah. Terpaksa bayar guna kad kredit. Currency dia kali 2 dengan duit kita. Telur 10 biji BGN4.99, susu sekotak BGN2.50 kot, roti sebuku BGN1.50. Lebih kurang gitulah. Atau mungkin sebab kami pergi shopping di kedai kecik, harga lebih mahal. Nak kena pi survey di hypermarket.

Anyway, balik tu goreng telur, buat toast, adik makan cereal dengan susu. Pastu bersiap slow-slow. Sempat basuh dan sidai kain satu load. Pukul 10 baru kami keluar. Hari ni pulak hari Ahad, di Europe biasalah. Kedai semua tutup.

Tapi pagi-pagi ni kami ada misi dulu. Kami kena pergi tukar duit dan kami kena pergi beli tiket train. So kami jalan terus ke stesen kereta api dia untuk beli tiket. Masalahnya, untuk train ni memang takde option untuk beli online. Sebab tu terpaksa buat begini.

Kami sebenarnya dah banyak baca dan tengok video orang beli tiket train ni, tapi bila sampai tu masihlah kita tercangak-cangak untuk ingat balik pembacaan kita dan nak try get oriented dengan the place kan. Tiba-tiba datang satu pakcik ni, dia perkenalkan diri dia nama Stefan, dengan pakaian yang nampak official, tanya kami nak cari apa. Dia terus guide kami ke kaunter tiket, jadi tukang translate sikit-sikit dekat tukang jaga kaunter tu sebab yang tu lagi tak reti English. Time nak bayar, tak terima kredit kad pulak. Dan euro pun tak terima. Kita ni tak sempat tukar duit lagi.

Pakcik tu beria terus bawa pergi ATM. Aku pulak lupa nak activate overseas withdrawal kat Maybank. Dia sibuk pula nak bawa kami pergi tukar duit. Cara dia tu macam cemas-cemas, kena bertindak cepat kalau tidak tiket habis. Lepas tu dia suruh aku dengan anak-anak tunggu dekat situ, dia nak bawa Ayah je pergi tukar duitlah, cucuk duitlah. Ulang-ulang kali dia cakap “I’m information. I help.” Masa ni aku dah rasa tak best. Aku kata kat Kakak, mama dah suspicious dah ni kalau orang beria sangat nak tolong ni. Aku insist nak ikut Ayah sekali. I told him I’m not letting you out of my sight to follow a stranger. So fine, kami pergi tukar duit. Cash yang ada pun ngam-ngam je untuk beli tiket.

Selesai tukar duit kami masuk ke kaunter dan beli tiket train. Total untuk 4 orang BGN300. Mamat tu excited-excited bawa kami tengok dekat mana platform, explain pukul berapa kena sampai station sebelum bertolak dan sebagainya. Dan selesai tu, seperti yang aku dah expect, dia mintak tip. Ayah seluk poket keluarkan syiling, dia kata “nooo little”. Ayah hulur not BGN5 pun dia kata little. Ayah pas kat aku BGN5 tu, dia seluk poket jumpa BGN10, pun mamat tu kata “little”. Dia kata dia tolong 4 orang, kena bagi lebih. Pastu dia rampas duit BGN5 yang ada kat tangan aku tu. Baru dia puas hati. Mangkuk betul. Tip saja RM30 hengget lebih dia amik dari kami.

Panas je hati aku. Kalau dia takde tadi pun bukannye kami tak reti nak buat apa. Kami dah baca dah semua benda. Antara cepat dengan lambat je. Aku kata dah, travel ni memang mengajar aku untuk tak trust orang yang terlalu beria nak menolong.

Mamat tu blah, kami pun blah. Jalan balik ke tengah bandar. Jumpa kedai halal. Anak-anak teringin tengok pizza dia yang menyelerakan. Ayah pun kata jomlah makan, untuk sejukkan hati yang panas lepas kena dengan mamat tu tadi. So lepak beli pizza 3 slice, shawarma ayam 1. Sedap! Owner kedai tu sembang-sembang dengan Ayah jap masa bayar. Dia terus petik kata kita orang Malaysia. Ayah tanya camane tahu, dia kata tengok features kami dan juga style tudung aku. Hahah. Ramailah tu orang Malaysia datang Sofia maksudnya.

Kami tukar duit sikit lagi dan teruskan berjalan, tengok-tengok attractions yang ada. Tapi bandar ni tak berapa exciting la bagi aku. Sekadar bangunan-bangunan biasa. Dan filming locations citer Dilwale (Dilwale baru, bukan DDLJ ye), yang aku pun dah tak berapa ingat scenenya. Aku sangat rindu udara Cyprus yang segar. Dekat sini every corner you turn ada orang tengah hisap rosok. Dan aku terasa cara orang pandang aku pun lain. Aku tak sure if diorang tak biasa dengan orang pakai tudung. Macam tak logic, tapi entah. Jaranglah aku nak conscious pasal ni. Tapi kali ni aku terasa pasal ni.

Jalan-jalan di shopping street dia, beli magnet sikit. Cuci-cuci mata. Pukul 4 macam tu anak-anak dah ajak balik. Kami pun belum solat, so balik saja. Anak-anak siap cakap, diorang dah malas nak keluar balik. Kakak suggest untuk dinner nak bungkus ayam golek kat kedai halal yang kami nampak tadi. So aku dengan ayahlah kena keluar pi bungkus. Kami balik golek-golek, solat semua dulu sampai pukul 5.15 macam tu baru kami keluar pi beli. Total dalam 2km pergi balik. Oklah, kumpul step.

Beli ayam golek, nasi mandy dan kebab 1. Makan sama-sama, lepas tu kemas-kemas. Mandi, solat dan lepak dekat depan. Pukul 9 tidur. Hihi.

 

Tuesday, 28 January 2025

Trip 2025 - Day 8: The Day We Leave Cyprus

 25 Jan 2025

Bangun Subuh macam biasa. Pukul 6.30 aku start masak. Kena perabih apa yang ada sebab kami akan check out dari sini hari ni. Fish fingers tinggal seketul, aku goreng. Telur ada 7 biji lagi. Aku scramble 3 biji untuk aku dan ayah, rebus 3 biji untuk adik, dan goreng sebiji untuk kakak. Semua ada preference tersendiri. Pastu ayam seketul lagi semalam tu aku potong-potong dan salut je dengan tepung bestari yang aku bawak dari KL. Gorenglah dalam marjerin yang ada tu. Sini takde minyak dan kami malas nak beli.

Siap masak tu makan sama-sama, sambil start mengemas luggage semua. Hari nak gerak tu biasalah, banyak sikit kerjanya. Pukul 9 baru ready nak keluar. Kami dapat late checkout lagi hari ni, kami request untuk keluar pukul 1 instead of pukul 11. Sebab Zohor masuk pukul 12. Senang kalau dapat solat kat sini dulu sebelum ke airport. Aku dah check, airport Paphos ni takde prayer room bagai.

So kami tinggal luggage yang dah bungkus semua tu dalam bilik, kami keluar merayau dulu. Flight kami petang ni pukul 7.10 je, lambat lagi.

Destinasi pertama ke Tomb of the Kings. Kawasan makam purba, ala-ala kat Egypt sikit. Aku takdelah menyelami sejarah sangat. Aku lebih kepada menikmati berjalan-jalan dalam udara 14°C dengan matahari terik. Oh, nikmat yang tak terkata. Angin sepoi-sepoi bahasa, tudung terbang-terbang. Kalau boleh bentang tikar tadi tu, memang lazatlah, berdengkur perginya.

Kami di sana dalam sejam, lepas tu kami ke lighthouse Paphos. Tapi tulah, dah menapak beberapa lama, masih tak jumpa jalan masuk untuk sampai ke lighthouse tu. Last-last ambil gambar dari jauh je. Tapi dapat berjalan kat tepi laut, nyaman dan santai. Walaupun ayah hari ni jalan dah bertongkat.

Dari sana kami ke Paphos Catacombs. Takde apa punla, kecik je kawasan dia. Atau mungkin kami yang tak jumpa cari pintu masuk sebenar dia. Bedal jelah, sekadar nak puaskan hati si adik.

By then dah pukul 11.45 jadi kami balik ke bilik, get ready untuk solat dan finishing touches packing. Dalam pukul 12.50 tu kami dah checkout. Kami pasti akan merindui tempat ni. Kawasan perumahan dia cantik, rumah dia pun ok, selesa.

Keluar dari sana, kami pi cari kedai halal untuk lunch. Sebesar-besar Paphos ni, naik 1 kedai je kat Google. Helen Take Out Food. Makanan Syria katanya. So kami drivelah ke sana. Nasib baik ada juga tempat-tempat untuk duduk makan. Kami order chicken shawarma satu, haloumi pizza 2 dan falafel wrap 1. Okla, makan sama-sama pakat share sorang sikit. Kenyang. Dan sedap. Adik sangat enjoy shawarma dia.

Selesai makan baru pukul 2.30 lebih tapi kami dah taktahu nak buat apa. Kakak ajak pi makan aiskrim kat harbour. So kami ke harbour lagi untuk entah ke berapa kali. Lepak-lepak makan aiskrim, lepas tu kami gerak jelah ke airport walaupun awal lagi. Nak bagi buffer time untuk pulangkan kereta sekali katanya. Singgah isi minyak sekali. Total 5 hari kat sini tangki baru guna separuh, so kami kena isi minyak hanya €50. Alhamdulillah.

Anyway, sampai airport, tempat pulang kereta betul-betul kat pintu masuk departure. Airport dia pun sekangkang kera je nok. Adalah saiz-saiz airport Subang. Check-in kaunter pun tak buka lagi. Melengunglah dulu sejam kat costa coffee.

Pastu time nak check-in barulah ada drama sikit. Aku ni punyalah confident kami semua dah beli luggage 20kg each. Tiba-tiba tengah beratur tu belek punya belek, nampak yang adik takde checkin baggage. Maknanya kami ada 60kg je. Well, technically cukup je, kami dah timbang dah semua. Sebab dari Greece ke Cyprus pun kami 60kg saja. Kami tak beli apa-apa kat sini. Tapi because this is RyanAir, memang dia akan menyusahkan hidup kaulah. 20kg tu untuk 1 biji luggage je ye. Tak boleh campur-campur luggage bagi genap 60kg untuk satu group. Haram jadah sungguh.

Tiket ni aku dah beli lama, at least 6 bulan lepas, so aku pun dah lupa exactly terms dia. But I remember the discussion between aku dan ayah pasal nak ambil luggage 20kg untuk semua orang ke tak, and ada satu ayat yang kami baca kat website dia yang menyebabkan kami decide tak perlu ada sampai 80kg. Something about setiap 20kg boleh consist of 3 luggage or something. Tapi begitulah alkisahnya, luggage allocation kami tak cukup. Bila bukak website Ryanair untuk tengok baggage terms, tunjuk kat situ terms dia baru update 2025 hari tu. So apa yang kami baca masa beli tiket 6 bulan lepas memanglah dah tak wujud.

Mula-mula staff dia suruh buat kat mesin guna app, tapi bila bilangan luggage allocation tak cukup kami kena pi kaunter. Kat kaunter tu kami kena caj €36 untuk extra 10kg. Setiap beg kami bila timbang di kaunter, beratnya semua bawah 15kg. In fact, beg last yang kami timbang dan takde luggage allocation tu, beratnya cuma 12kg. kalau campur semua sekali pun masih below 60kg. Gasaklah, asalkan beg sampai ke destinasi seterusnya. Aku malas nak pikir. Patutlah masa awal-awal aku share dengan anak-anak kami akan naik Ryanair, diorang bantai gelak. Diorang kata reputasi Ryanair ni mmg famous. Aku jela yang tak tau.

Masuk kat security check tu, aku kena extra security check sket, typical bila pakai tudung. Then menunggu jelah kat gate. Ala-ala naik Airasia, kena jalan kat tarmac untuk naik plane. Kami awal-awal dah tahu kami semua akan duduk berasingan sebab kedekut nak bayar untuk seat. Hahah. Walaupun sebelah-sebelah kami semua kosong je nok, dia campak kami jauh-jauh untuk paksa kami beli seat. Atas dasar prinsip aku kentalkan hati, kata kat anak-anak kita jangan tewas kepada tekanan mereka. Maka duduklah kami berasingan. Adik dok depan sekali, seat no 3. Kakak dok seat no 5. Diorang dok aisle seat, sebelah diorang takde orang pun, kat tepi tingkap je ada orang. Seat aku no 10, dan row aku memang kosong. Last sekali, ayah dicampak nun di belakang flight, row 28.

Betul-betul masa nak boarding diorang tiba-tiba tukar kapal, lepas tu bila nak terbang pulak tiba-tiba semua orang kena penuhkan seat belakang camane ntah. Habis yang dok depan pakat kena bangun. Sebelah aku pun sorang mat saleh mai duduk. Entahlah, 1st experience kena macam ni. Tapi lepas terbang tu diorang semua Kembali ke tempat diorang dan ayah pun menyelinap mai duduk dengan aku. Hihi. Dapatlah dating 2 jam.

Finally at 9.30 pm kami tiba di destinasi seterusnya, Sofia, Bulgaria. Kenapa kami ke Bulgaria? Sebab dari Paphos tak banyak flight keluar, dan destinasi ini paling murah dan make sense. Alang-alang dapat 1 lagi negara baru so why not?

Dekat imigresen memang nampak jelaslah kami je golongan bukan European, sebab orang lain pantas je lepas, diorang tunjuk kad macam IC. Tapi kami berempat kena tunjuk passport. Dekat baggage claim, conveyor dia pun dah berenti. Empat biji beg kami kat dah tergolek atas conveyor tu.  Hihi. Teksi kami pun dah menunggu di luar. Kebetulan bila book penginapan kami dekat sini melalui Booking.com, kami dapat reward Free Airport Transfer, jadi dah dapat kita claim jelah. Jimat dah beberapa puluh euro tu. Tapi driver kami scary weh. Macam mafia muka dia. Garang dan besar dan bulat. Huhuhu.

Sampai di rumah Sofia ni, betul-betul di tengah bandar. Apartmen dalam bangunan lama. Lif punyalah kecik sempit. Tapi dalam rumah dia luas dan besar. Alhamdulillah. 2 bilik, 1 toilet, ada dapur dan washing machine. Itu antara kriteria penting kami dalam memilih accommodation. Sebab membasuh baju adalah satu terapi bagi mama. Hidup aku jadi indah bila baju kotor berkurangan. Haha.

Anyway, sampai tu berkemas, solat semua. Dalam pukul 12.30 juga baru kami tidur. Tak biasa oi, dah seminggu tidur kul 9.

Monday, 27 January 2025

Trip 2025 - Day 7: Paphos

24 Jan 2025

Bangun Subuh pukul 5.45, macam biasa, golek-golek sampai 6.30, lepas tu bangun masak. Gorengkan fish fingers untuk ayah, telur goreng dan toast untuk kakak, dan leftover nasi semalam aku masak nasi goreng. Segala garlic, kicap cair, oyster sauce semua aku bawak seciput-seciput dari KL. Dapatlah sepinggan. Kebetulan cereal adik dah nak habis, dia yang makan nasi goreng tu sampai habis. Champion betul appetite dia lately. Hari tu maggi pun sebungkus tambah mi extra daripada maggi cup, dan telur 2 biji. Membesar bagai johan!

Selesai makan, kami bersiap untuk pusing area Paphos pula hari ni. Langit nampak gelap, tapi kita gamble. Destinasi pertama kami ke Coral Bay. Kawasan pantai dengan cerun-cerun di kiri kanannya. Sekadar celup-celup kaki, jalan-jalan di gigi air. Air sejuk, tapi mat saleh rilek je bermandi-mandi. Semua level atok nenek plak tu. Respect. Kawasan tu pula kebetulan tempat shooting satu movie aku baru tengok dalam Netflix aritu; Find Me Falling. Kami taklah pergi ke exact spot, tapi aku boleh cam itu lokasi dia berlakon and bila google tu, memang betul. Hihi.

Kami lepak situ dalam sejam, lepas tu kami ke Kawasan shipwreck. Tengok bangkai kapal yang tersadai di kawasan cetek. Menarik juga view dia, dengan cerun-cerun yang ada kat situ. Bergambar serba sikit.

Kemudian kami ke Avakas Gorge. Dekat sini kena hiking untuk sampai ke kawasan batu-batu cantik ala-ala grand canyon gitu. Nervous jugakla aku takut tergolek lagi. Batu-batu dia licin sebab kena rentas anak-anak sungai. Ditambah dengan semalam hujan. Kami tak lalu trek dia sampai habis sebab takut lewat balik, nak solat. So within half an hour walk kami jumpa the first batu-batu cantik tu, kami ambil-ambil gambar dan patah balik. Kalau ikut Google, katanya whole trail akan ambil masa 50 minit 1 way. Tak taulah 50 minit tu pace expert atau pace kura-kura. Huhuhu. The kids seemed to enjoy it, so ayah kata balik ni kita try kat Malaysia. Tapi kakak dah kata, I hiking kat obersea je sebab jukkk… Tak ketibas nok! Hihihi.

Dari sana kami patah balik ke rumah dulu, sebab memang sampai kawasan rumah dulu. Naik solat laju-laju, kami keluar balik cari lunch. Anak-anak ajak makan fish and chips smalam lagi sebab malas nak pikir. So oklah, pergi ke harbour balik. Kakak order fish and calamari; adik order fish and prawn; ayah order grilled cod dan aku ambik salmon tartare maki sushi. Total jadi €50. Bagi aku okla sebab semua kenyang, dan makanan sedap. Dengan €50 dapat makan ikan kira hebatla. Kat Malaysia, kalau ada RM50 nak makan satu family kenyang, boleh pegi chicken rice shop je. Hihih.

Selesai makan tu, berjalan di waterfront, kat kedai-kedai souvenir yang ada sebab semalam tak pergi lagi. Sampailah ayah rasa setitik hujan, kami cepat-cepat ke kereta semula. Kakak ajak masuk Kings Avenue Mall dekat-dekat situ so layankan aje. Alahai mall pun, tak sempat kumpul step dah abis pusing. Pergi beli telur n roti je dalam supermarket dia.

Masa kami keluar semula, dah nak Maghrib. Sunset hari ni punyalah cantik pulak. Kami rush ke waterfront balik untuk enjoy the view tapi tak sempat, by the time sampai matahari dah tenggelam. Wuwuwuwu…

Balik jelah, mandi-mandi, berehat, check-in untuk next flight esok. Pukul 9 dah tidur. Cemerlang la dok sini, gaya hidup sihat!

 

 

Sunday, 26 January 2025

Trip 2025 - Day 6: Limassol & Paphos

 23 Jan 2025

Bangun Subuh pukul 5.45, golek-golek dulu sampai pukul 6.30 lebih, baru bangun masak breakfast. Goreng telur dengan toast je. Adik makan cereal lagi. So cepat jela siap. Hari ni dalam pukul 8.15 kami dah ready dalam kereta nak gerak dah jalan-jalan.

Pagi ni kami decide untuk ke Limassol. Langit dekat Paphos ni nampak gelap sangat, nak hujan. Tapi semakin hampir ke Limassol, cuaca nampak ok. Tak cerah macam semalam, tapi tak hujan. Perjalanan ambil masa dalam sejam, kami pun sampai ke Limassol Marina. Park kereta dekat kawasan parking situ dan jalan-jalan di waterfront. Santai aje, orang tak ramai. Lepak kat bench tenung laut, pastu masuk café minum-minum air panas. Takde apa sangat pun kat sini. Just enjoying a new city je.

Sampai dalam pukul 1, kami gerak dari situ, patah balik ke Paphos. On the way tu kami singgah di Petra Tou Romiou, kawasan pantai batu kerikil dengan batu-batu besar di dalam laut tu. Katanya, mengikut kepercayaan diorang, di sini tempat kelahiran dewi Aphrodite dalam mitos Greece tu. Cantikla tempat dia. Kalau musim panas tu memang tempat orang bermandi-manda sebab tempat shower dan tukar baju semua dah disediakan. Lepak-lepak kejap kat situ, kami sambung perjalanan balik. Tak lepak lama sebab kami lupa bawak selipar nak celup-celup kaki. Huhuhu.

On the way balik tu kami decide untuk pergi beli ayam halal di halal butcher dan masak late lunch macam haritu. Mahal jugak chicken breast; dia dpt 2 ketul besar la jugak, tapi harga €5. Sampai balik tu aku terus zasss masak nasi, kurma ayam dan telur dadar. Syok betul guna dapur yang kita cekap ni. Pantas je siap. Nasi letak sekali terus jadi ya tuan-tuan dan puan-puan. Sambil aku masak tu, tuan rumah kami datang sekejap untuk collect document yang diperlukan dan ambil deposit. Dia suggest suruh pergi jalan-jalan kat Paphos harbour later.

Sambil aku masak tu diorang solat, lepas tu makan sama-sama, sempat sidai kain satu load. Lepas tu siap-siap dan keluar. Kami sampai harbour dalam pukul 4.45, ngam-ngam dah nak maghrib. Sempatlah tengok sunset yang sangat cantik. Sejuk!

Selesai tu sambil berjalan kembali ke kereta, kami dok bau ikan bakar yang sangat sedap. Belek-belek kedai dekat situ, ada satu kedai nama Ocean Basket yang menu dia fully seafood. Langsung takde ayam, daging dan pork sebagainya. Tanya pasal batter fish and chips dia pun, guna tepung dan air je. So apa lagi, memang masukla. Walaupun dah lunch makan nasi tadi. Haha. Order fish and chips dan sotong goreng tepung 1 meal, ikan grill 1 meal dan 1 sup ikan. Pastu diorang hiding sekali roti buat gigit-gigit. Jadilah. Kenyang weh, sengkak. Kena €30, tapi oklah bagi aku sebab dah berhari-hari kami tak makan kat kedai.

Lepas tu balik jela, mandi, bersantai dan lepas tu tidur.

Saturday, 25 January 2025

Trip 2025 - Day 5: Nicosia & Paphos

 22 Jan 2025

Kejutkan diorang Subuh pukul 5.45. Golek-golek dulu bawah selimut sampai 6.30 lebih aku bangun masak breakfast. Popcorn chicken semalam ada lagi separuh paket aku goreng perabih. Lepas tu buat French toast. Adik makan cereal dia. Siap masak tu makan sama-sama sambil mengemas beg. Hari ni kami akan bergerak ke rumah seterusnya, dalam Cyprus juga, tapi akan tinggalkan Larnaca.

Selesai berkemas, bersiap segala, dalam pukul 9 kami check out. Destinasi kami yang seterusnya, kami akan melawat Nicosia, ibu negara Cyprus. Di Nicosia ni ada satu kawasan dalam Cyprus yang ditadbir di bawah  Turki. In fact, satu pertiga negara Cyprus (the northern part) ialah di bawah Turki. Adalah konflik-konflik diorang jugak ni, berebut tanahla apala. Dan kawasan Nicosia ni kira macam kawasan yang tak diiktiraf. Hanya orang Turki je boleh keluar masuk negara dari Nicosia, kalau aku tak salah faham. Jadi hari tu, masa mencari tiket, kami jumpa tiket keluar dari Cyprus ni melalui airport Nicosia, terus ke Turki. Tapi aku tak berani beli sebab tak banyak info sahih yang ada tentang prosesnya. Kang tetiba tak boleh keluar, mampuih.

Anyway, drive dari rumah kami ambil masa dalam 50 minit saja. Hari ini ramalan cuaca kata akan hujan sepanjang hari. Tapi alhamdulillah, hanya hujan sekejap-sekejap saja tadi.

Sampai di Nicosia, atau juga dikenali sebagai Lefkosia, pada pukul 10 lebih. Kami park kereta di kawasan public parking, then berjalan saja. Untuk masuk ke Kawasan Turki tu, kami perlu melalui imigresen, check passport. One side masih semua dalam Greek language, tapi lepas je imigresen tu terus semua dalam Bahasa turki dan pembayaran boleh guna lira. Aku semakin mengetuk kepala sendiri sebab sesampainya aku di Abu Dhabi haritu aku baru teringat yang stok currency luar aku yang disimpan kat rumah semua aku lupa nak bawa sekali untuk trip ni. Betapalah ruginya. Euro aku rasanya ada lagi syiling segenggam. Lira mungkin ada sikit. Dan duit Dirham pun memang ada lagi duit kertas. Habis tinggal semuanya. Buduh btul.

Anyway. Berjalan-jalan dalam ni. Terliur tengok segala food yang dijual. Betul, serius, memang macam dah sampai Turki. Dengan kedai jual Turkish delightnya. Segala makanan turki yang dirindui. Dan jamban pun terus ada bidet ye, lepas masuk ke Kawasan turki. Haha.

Jalan-jalan dalam tu sampai pukul 1, patah balik ke bahagian Cyprus. Bungkus kebab untuk anak-anak makan dalam kereta, kami teruskan perjalanan ke Paphos untuk check in ke rumah kami yang seterusnya. Perjalanan ambil masa dalam 2 jam.

Kami sampai di Paphos pukul 3.30, cari-cari rumah dan angkut beg semua masuk. Solat dan sebagainya, kemudian kami jalan kaki ke Lidl terdekat. Anak-anak dari hari kelmarin dok sibuk nak masuk Lidl; hypermarket ala-ala Tesco gitu. Terjebak macam mak dia jugak, pegi holiday suka pegi grocery shopping. Belilah serba sikit apa yang patut. Telur, carrot, ubi, fish fingers. Dalam Lidl tu takde jual ayam halal. So tak berapa ada laukla nak masak malam ni. Aku terus takde mood. Last-last aku petik kata nak makan maggi je malam ni. Semua setuju. Alhamdulillah.

Sampai balik tu aku terus zasss je. Kena pulak dapur kat sini sangat senang nak operate, api dia bukak-bukak je terus panas. Memang hidangan dalam 3 minitla kisahnya. Pantas! Siap makan, kemas-kemas, mandi dan membuta.

Friday, 24 January 2025

Trip 2025 - Day 4: Larnaca & Ayia Napa

21 Jan 2025

Bangun Subuh dalam pukul 5.45 dan kejut semua. Tapi aku belum boleh start masak sebab keperluan untuk masak breakfast semua tak sempat beli malam semalam. Search di Google, ada kedai berhampiran yang buka pukul 7, jadi pukul 7 tu kami tinggal anak-anak, kami jalan kaki keluar pergi beli barang. Dapatlah roti jumbo sebuku, susu 1 liter, telur 10 biji dan coco crunch sekotak medium, harga total jadi €10. Murahlah bagi aku, kalau nak kira cost of living. Sebab kalau kat Malaysia apa je boleh dapat dengan 10 hengget? Telur 10 biji pun dah 7 hengget. Pastu ada cereal plak sekotak terus jadi belas-belas hengget. Haha.

Anyway, balik tu aku goreng telur dan buat toast je. Malas nak beria. Makan laju-laju, get ready semua. Pukul 9 kami keluar merayau. Kami di Larnaca, Cyprus ni 2 malam. Jadi hari ni kami nak explore belah sini dulu sebelum bergerak ke area lain esok. So kami drive ke Ayia Napa, dalam 45 minit drive dari rumah kami. Hari ni tema dia nature, sebab tempat ni terkenal dengan pantai, cerun-cerun dengan view cantik, air yang sangat biru.

Sampai di Nissi Beach, cuaca dalam 17 darjah. Terus kami tinggalkan segala jaket, kasut pun tukar pakai selipar. Dan pergi celup-celup kaki dalam air. Sejukkkk! Macam mandi air peti ais! Tapi jernihnya ya rabbi. Bila ombak tu bergulung nak hempas pantai, kau masih boleh nampak jelas pasir kat bawah. Habislah, standard pantai aku dah meningkat. Lepas ni kalau air tak jernih camni aku tak nak jejak. Haha.

Bergambar sikit-sikit, hari ni finally kami utilize tripod yang kami bawak. Lepas tu kami lepak je tepi pantai. The boys ni makin lama pakaian diorang makin kurang. Tukar seluar pendek, tukar baju mandi, last-last diorang masuk mandi haha. Kakak pun tukar pakai seluar mandi dan masuk sekali. Aku je last-last duduk tepi, tapi celup jugakla sampai betis. Enjoyla, santai-santai. Pantai pun tak ramai orang, sunyi je. Air tenang takde ombak. Cuaca panas terik tapi suhu nyaman. Eh, memang tak jumpalah kat tempat sendiri, mandi pantai tapi tak ketibas. Inilah yang kita cari!

Kami lepak kat sana sampai pukul 11. Pastu kami ke Sea Caves Ayia Napa. Parking dia besar, tapi ada 2 kereta je kat sana, termasuk kereta kami. Haha. Punya takde orangnya musim winter. Cuaca panas. By then dah 21 darjah, tapi masih ada rasa nyaman sejuk-sejuk. Sedapla nak berjalan. Bergambar dekat atas cerun tu. Warna air dia sangat biru, yang tak pernah aku tengok before this. Cave tu pun cantik. Ada 1 group tengah buat photoshoot kat situ, siap turun sampai ke gigi air, tapi aku tak berani sebab nampak macam Kawasan tu hanya accessible masa air surut. Aku ni penakut sket, kalau tetiba air naik atau ombak kuat. Kita tengok dari atas je ye.

Kemudian kami ke Cavo Greco dan Blue Lagoon. Pun sama, sangat cantik biru dia. Ada mat saleh yang mandi jugak kat situ. Ambil gambar pemandangan dan just enjoy nature. Kemudian, bila masuk kereta balik, anak-anak dah lapar. Kami ke bandar terdekat, Protaras. Cantik tempatnya, ada sangat banyak hotel, vila dan resort. Tapi sebab musim winter, semua tutup. Kedai pun kebanyakannya tutup. So kami tak jumpa kedai yang boleh kami pergi makan. Tapi itulah yang aku tak faham. “Winter” so kedai tutup. Tapi kalau datang summer, panasnya dah tentu pedih beb. Cuaca macam sekarang ni tak ke sedap untuk bersantai-santai? Tak paham betoi aku.

So kami decide untuk patah balik ke Larnaca je, makan di sana. About 45 minutes drive. Sampai je di Larnaca, kedai halal yang kami nak makan tu pun tutup jugak. Adoi! Letih! Last-last ayah kata jomlah kita pegi grocery shop tadi, suruh kids pilih nak makan apa, kita balik masak laju-laju. Anak-anak pilih nak makan vegetarian ravioli. So beli ravioli sepaket sekilo, setin tomato sauce, buah tomato  2 biji dan kami jumpa popcorn chicken frozen halal, sekilo. Beli semua tu buat balik masak lunch. Itu semua pun total harga dia €10 ye tuan-tuan dan puan-puan. Aku sangat terhibur. Inilah lunch termurah dalam sejarah travel.

Sampai balik aku terus bersilat kat dapur. Goreng popcorn chicken separuh paket, sambil 1 lagi dapur rebus ravioli. Siap goreng popcorn chicken tu aku masak pula sos tomato tu, guna sekali bawang dan garlic yang aku bawa dari rumah, dan beberapa bahan lain. Syukurlah olive oil dah disediakan kat sini. Within setengah jam semua dah siap masak. Anak-anak dan suami pun tolong lepas diorang solat. Kami makan dengan puas. Sebab kalau pegi kedai itali, order ravioli dapatlah sorang 5 biji agaknya. Kat sini makan sampai kembung. Hihi.

Dah siap makan dan kemas, kami rehat kejap sampai pukul 4.30, get ready untuk keluar tengok suasana malam di sini. Maghrib kat sini masuk pukul 5. Kami jalan kaki ke seafront Larnaca. Banyak hotel dan kedai makan. Kami jalan je di tepi laut tu sampai pukul 6 lebih, baru patah balik. Baru je order air nak lepak kafe, tetiba adik sibuk nak ke jamban pulak. Dahla botol nak pergi toilet kami tak bawak. Makanya bergegaslah kami pulang ke rumah. Tamatlah sesi lepak hari ini. Baru nak usha-usha bintang, sebab kat sini langit dia clear, tak banyak pencemaran cahaya. Boleh nampak bintang banyak.

Sampai rumah tu pakat mandi semua dan bersantai jelah.

Thursday, 23 January 2025

Trip 2025 - Day 3: The Day We Leave Athens

 20 Jan 2025

Aku bangun pukul 5.30 untuk siapkan kerja sikit dulu. Pukul 6 aku start masak. Semalam on the way balik ke bilik jumpa kedai jual pisang, kami beli yang dah ranum. Pagi ni aku lenyek dalam cucur adabi tu, jadilah dia penkek pisang. Lepas tu baki telur 4 biji aku scramble semua. Jadilah buat alas perut pagi.

Sambil aku masak, kami dah start mengemas beg semua. Kami akan meninggalkan Athens hari ini. Ya, memang sekejap saja. Hari tu masa plan rasa macam xde apa sangat Athens ni. Tapi dah sampai ni rasa seronok pulak. Sedih sikit nak gerak.

Anyway, selesai makan dan bersiap, kami mesej reception untuk bagitahu kami nak tinggal luggage dulu selepas check out. Flight kami petang ni pukul 6.30 je. Dia reply, tinggalkan aje luggage semua dalam bilik. Take your sweet time. The room is available all day, you can come back and use the room until you ready to leave. Wah! Sangat happy! Tak perlulah kami nak sibuk cari tempat solat dan sebagainya. Hati pun tenang, luggage dalam bilik.

1st thing in the morning kakak ajak masuk supermarket, dia nak cari jajan-jajan yang boleh dibeli bawa balik. Dari sana kami menapak ke Athens National Garden. Sebenarnya kami pun tak tahu nak pergi mana hari ni. Banyak je attraction yang kami belum masuk. Aku dan ayah suruh anak-anak yang decide mana nak pergi hari ni, tapi diorang pilih ke garden. Kami pun decide dari awal malas nak naik public transport dia, so kami berada di sekitar historical center dia ni je. Memang banyak tempat yang kami tak jejak di sini, dan kami hanya tengok one small part of Athens. Tapi takpelah, kalau ada rezeki kita datang balik.

Garden dia menarik. Free je nak masuk. Besar, ada macam-macam. Mini zoo, tasik, kolam, playground, pokok besar-besar dan nyaman. Kalau cuaca macam ni sentiasa kat KL, mungkin aku dah lama slim kembali sebab rajin nak berjalan 20 ribu step sehari. Hahah.

Kami keluar dari pintu lain di national garden tu, tembus berhampiran Syntagma. Kebetulan ngam pukul 11, dekat bangunan berhampiran situ ada upacara changing of guards. Sempatlah kami tengok sekali. Lepas tu jalan-jalan je di Syntagma, beli roti, makan  sambil jalan. Pergi ke kawasan central market, beli rempah moussaka sikit, kakak suruh balik masak sebab kat sini tak berkesempatan nak makan. Maklumlah, kat sini moussaka pork. Hihi.

Sebelum balik ke bilik kami lunch di kedai Tou Psyrri tu. Kali ni makan di sana. Anak-anak order steak wrap yang kakak kata sedap giler. Memang daging dia tender. Aku dan ayah share burger ayam. Sedap. Tapi 1st burger yang dia hantar, dalam dia masih tak masak. Kami pulang balik suruh masak lama sikit. Tengok-tengok dia hantar whole burger baru. Order sekali Greek salad, dapat sekali one whole block of feta cheese. Hambek kau, makan sampai muntah. Semua tu pun jadi total dalam €25. Oklah, not too bad bagi aku. Kenyang semuanya, dan yang penting lagi memang sedap.

Selesai tu kami jalan balik ke bilik. Berenti-berenti di kedai souvenir bagi chance anak-anak nak membeli apa-apa. Seperti kebiasaan, diorang akan guna duit poket sendiri, tukar ke currency tempat kami pergi, untuk diorang beli apa-apa sesuka hati. Kakak je dapat beli cincin sebentuk. Adik nak beli jaket Greece tapi rezeki dia masih tak ada. Yang dia berkenan takde saiz, atau takde stok, atau terlalu mahal. Aku kesian kat dia. Tapi tulah. Dah begitu.

Kami minta reception bookkan teksi untuk kami pukul 3 untuk ke airport. Kami naik solat, guna toilet, finishing touches on the packing. Ngam teksi sampai, kami pun turun. Kali ni harga dia fixed €45. Ayah sebut kat Adriana reception tu yang kami kena caj €66 hari tu. Dia kata it’s not supposed to be like that. Dia kata so sorry about that. Lain kali kalau nak datang, dia kata minta dia bookkan siap-siap transport dari airport ke hotel. Huhuhu.

Perjalanan ke airport ambil masa dalam 40 minit. 3.35 camtu kami dah sampai. Sebenarnya kami sampai ni awal gile. Kaunter check in pun hanya buka 2 jam sebelum flight. Termenunglah dulu sejam kat luar tu. 4.30 baru check-in/drop baggage. Kami dari awal cemas-cemas pasal berat beg 15kg sahaja sebab kami naik low cost flight, kena beli luggage. Tapi alhamdulillah, selamat semuanya, below 15kg. Tapi tulah, kami memang tak shopping la citer dia. Haha.

Kat dalam tu kami lepak je di gate yang kosong sementara menunggu boarding. Pergi toilet semua siap-siap. Naik flight SkyExpress. Penuh juga flightnya. Nasib baik ambil masa sejam setengah je. Aku duduk dengan adik, ayah duduk dengan kakak.

By pukul 8 kami pun sampailah di Cyprus!! Alhamdulillah. Selesai cop passport dan pick up luggage, kami pergi ambil kereta sewa kami untuk 5 hari di sini. Kami ambil kereta daripada EuropCar. Kali ni kita order kereta bontot besar kaw-kaw punya sebab bawak 4 medium luggage. Maklumlah, 4 dewasa kan. Harga sewa kereta untuk 5 hari ni ialah RM1200. That was without any insurance lagi. Kami tunggu sampai sini baru nak dengar pakej insurance dia, sebab kadang-kadang better price. Dia offer kami all-in insurance €80, kalau eksiden takyah bayar satu sen pun, so kami accept. Okla, jatuh harga RM300 sehari.

Awek kat kaunter kereta sewa tu sempat tanya kami. Why Cyprus? Maksudnya kenapa kami choose nak datang sini. Haha. Ayah jawab “Because there are no flights to Santorini.” Hahah. Tapi memang begitulah hakikatnya. Kami nak cover Greece sahaja sebenarnya untuk the whole cuti ni. Tapi bila cari flight pegi Santoriti tak penah ada. Bila kami research betul-betul, rupanya sebab low season, airport ditutup untuk renovation. Terus rasa tak berbaloi nak stay hanya di Greece. Dan typical cara aku cari destinasi. Buka Skyscanner, tengok destinasi mana paling murah dari Athens. Maka Cypruslah jawapannya.

Anyway, pick up kereta. Sini drive pun di sebelah kanan macam kat Malaysia juga, so takde kekok apa. Apartmen kami hanya 10 minit dari airport. Menggagau sikit cari rumah sebab dah gelap. Rumah dia okla, ada apa yang diperlukan.

Dah masuk tu tak keluar dah. Kami tak dinner pun malam ni. Kemas-kemas, basuh baju satu round. Pastu tidur jelah.

Wednesday, 22 January 2025

Trip 2025 - Day 2: Athens

19 Jan 2025

Aku terjaga pukul 1.30 pagi macam tu, rasa macam dah tidur lama sangat. Bangun kerja sikit sampai pukul 3, lepas tu aku tidur balik sampai 4.30. Baru bangun, kerja lagi, dan start masak breakfast pukul 6 pagi. Subuh masuk pukul 6.07 pagi, jadi semua pun pakat bangun.

Aku masak nasi lemak pagi ni sebab semalam dah tak dinner. Tapi cam biasa, tempat baru tapi ambitious kemain. Belum kenal lagi dapur dia jenis macam mana, dah ada hati masak nasi lemak. Pastu tak masak-masak sebab bukak api tak cukup kuat. Sadis btul. Nasib baikla makan sedap jugak rasanya, walaupun berjanggut menunggu nasi masak. Sambal ayah dah beli awal-awal sambal paket, portion sekali makan terus habis. Telur kita goreng je. Apartmen ni periuk dia ada sebijik je nok. Pastu frying pan sebijik. Dah periuk guna masak nasi, takde dah periuk nak masak lauk nok.

Akhirnya kami berjaya melangkah keluar berjalan untuk hari kedua pada pukul 8.50 pagi. 1st destinasi, Acropolis. Kami beli tiket single-single je, tak beli pakej sebab tak tentu ada masa nak habiskan melawat semua attraction yang ada. Acropolis ni tiket masuk dia €20 sorang. Tapi nasib kami baik, kami datang musim sejuk, harga winter murah 50%, jadi sorang €10 je.

Masuklah explore Kawasan tapak bersejarah tu, dengan binaan dan runtuhan dia. Menarikla. Walaupun aku bukanlah bijak sangat Sejarah, jadi semua runtuhan dia nampak sama je. Bergambar, jalan-jalan, mendaki sikit-sikit. By the time pukul 10 tu berduyun-duyun tourist yang sekali datang satu bas. Ada bas bawak tourist Korea, ada yang bawak semua mat saleh. Sesakla jugak, tapi masih boleh dibendung. Cuaca panas Terik tapi nyaman, dalam 15 darjah Celsius macam tu. Tapi seriusla, aku tak boleh imagine kenapa tempat ni peak time dia masa summer. Sekarang pun suhu dah 15, dengan matahari Terik. Kalau summer tu mau 40 darjah. Bagi aku berjalan winter ni banyak gila bestnya. Sejuk, nyaman, tak ramai orang, tiket murah.

Anyway, lama juga kami di Acropolis, sampai pukul 11 lebih. Selesai di situ kami berjalan ke arah Ancient Agora, melalui Kawasan café-café tepi jalan dengan banyak orang buka gerai jual kraf dan makanan. Kami santai-santai cuci mata, beli roti, singgah beli yogurt yang sangat sedap dengan honey dan walnut. Kemudian barulah kami masuk ke Ancient Agora. Ada muzium, ada Kawasan runtuhan, siap tumpang toilet. Dekat sini tiket masuk biasa dia €10, tapi musim winter harga dia jadi €5 sahaja each. Sampailah pukul 1.30 macam tu, kami keluar dari sana.

Nak cari lunch, kami jalan ke Kawasan Pakistan semalam semula, kali ni makan di kedai Desi Food. Makan nasi beryani, souvlaki, chicken sandwich yang dia buat macam roti john, dan chai 2. Semua tu pun harganya jatuh dalam €15. Ayah dan adik sempat tinggalkan kami dekat situ, diorang pegi solat.

Selesai semua dekat sana kami sambung berjalan lagi. Pergi cari lukumades (donat bulat) yang famous di sana, makan-makan di Kawasan Syntagma. Lepas tu kami pergi berjalan di area Anafiotika dan Plaka. Tengok-tengok souvenir, cuci-cuci mata. Sebelum balik kami decide untuk cuba makanan di satu kedai halal yang kami jumpa, kedai falafel Tou Psyrri. Bungkus aje bawa balik ke bilik sebab aku malas nak masak malam ni.

Kami sampai balik bilik dalam pukul 5. Mandi-mandi semua dan berehat, makan. Nampaknya kami memang tak tengok pemandangan Athens di waktu malam. Sekali dah balik tu malas betul nak keluar balik.

Tuesday, 21 January 2025

Trip 2025 - The Journey and Day 1

 17 Jan 2025 & 18 Jan 2025

Our next trip is finally here! It’s the last day of school for term 2024/2025. By 5pm we have left home for the airport. Kali ini memandangkan masa untuk bergerak ke airport (4 jam sebelum flight) serentak dengan masa jem ya amat sempena petang Jumaat hari cuti sekolah bermula, maka kami decide untuk ke KLIA naik train saja. Mahal sikit, tapi lebih mahal lagi kalau tertinggal flight sebab jem.

Sampai di KLIA pukul 6.10 macam tu, pergi solat Asar dulu, lepas tu pergi drop baggage di kaunter Etihad Airways. Semua lancar, kami terus masuk ke gate. Singgah solat Maghrib dan Isyak, makan sekejap di Burger King, satu-satunya kedai yang harga agak marhaen di sekitar situ. Kemudian kami ke gate. Flight kami ke Abu Dhabi pada pukul 9.25 malam.

Flight sangat penuh malam ni. Aku dan anak-anak duduk bertiga, Ayah duduk dengan mat dan minah saleh di row tengah. Kakak masuk je flight, belek-belek in flight entertainment sikit, lepas tu dia lena-selenanya sampailah kami tiba di Abu Dhabi hampir 7 jam kemudian. Aku dengan adik mostly berjaga. Dia main game, aku tengok Hindustan; Rocky Aur Rani Ki Prem Kahani. Food dalam flight ni tak berapa sedap, tapi layankan aje. Yang penting aku tak bleh lena. Kalau ada pun mungkin sejam atau sejam setengah.

Sampai di Abu Dhabi pukul 12 tengah malam waktu tempatan tapi kami agak terkejar-kejar sebab transit kami hanyalah sejam setengah. Nak kena lalu security lagi sekali, lepas tu mencari gate, dan yang lebih penting lagi, mencari food untuk kakak sebab dia takkan makan food dalam flight. Menggagaulah jugak. Nasib baik sempat. By the time kami masuk ke gate, orang dah pun boarding.

Next flight kami kecil aje, tapi penuh juga. Aku masih duduk bertiga dengan anak-anak. Ayah masih duduk berjauhan. Kakak juga tetaplah seperti biasa, tidur setidurnya, ternganga-nganga punya sedapnya. Aku dapat juga tidur kali ni. Salah satu sebabnya sebab flight kali ni TV pun takde. Tenang sket takde distraction. Takde choice, memang kena tidur. Adik pun dapat tidur, alhamdulillah. Flight ambil masa dalam 6 jam.

Pukul 6 pagi waktu tempatan, alhamdulillah kami sampai di Athens!! Aku sangat impressed dengan experience di sini, sebab dari masa kami touchdown kapal sampailah kami dapat teksi ke bandar Athens, hanya ambil masa genap sejam. Proses cop passport yang sangat pantas, dan proses luggage keluar yang lebih pantas lagi sebab kami siap je cop passport tu terus keluar ke baggage claim dan beg kami dah pun keluar. Kami yang berlama-lama take turns jaga luggage untuk pergi toilet, lepas tu merayau cari prayer room dia untuk solat Subuh.

Kami ambil airport teksi kaler kuning tu untuk ke apartment kami: Lume Athens. By pukul 7.40 dah sampai depan apartment. Satu je yang kurang best, aku rasa first2 sampai kami dah kena scam dengan airport teksi. Biasakan airport teksi ni harga dia fix. Tulis kat signboard dekat tmpt amik teksi tu, harga dia €40-€55, tapi bila kami sampai dia bil kami €66. Dah sampai pun, malas nak bising, bayar jelah.

Kami mesej caretaker apartment tu untuk beritahu kami dah sampai. Dia bagi arahan untuk check in sendiri sebab diorang sampai pukul 9 je. Alhamdulillah, kami dibenarkan terus masuk bilik walaupun checkin time ialah pukul 3 petang kot. Sangat lega. Sampai je terus masak dulu ye, kawan-kawan. Bukak paket cucur adabi, masak breakfast sebab kakak dah lama tak makan. Lepas makan tu barulah freshen up, rehat sekejap sampai pukul 10. Baru kami keluar merayau.

First sekali kami selesaikan permintaan adik nak pergi Olympic Stadium, Panathenaic Stadium. Kami menapak je ke sana walaupun jauhla sikit. Cuaca sedap-sedap je, dalam 13 darjah Celsius. Cerah dan nyaman. Alang-alang dah sampai, kami bayarla tiket masuk adult €10, kanak-kanak €5, masuk tengok dalam tu, bergambar.

Dari sana kami menapak lagi ke Syntagma Square. Jalan-jalan dalam tu, cari lunch. Payah rupanya nak cari makanan halal kat sini. So we ended up sampai di Kawasan foreign workers kat area sini; tempat orang Pakistan, Bangladesh, india. So first day ni kami makan di Pak Taka Tak Restaurant. Makan chicken pulao, chicken biryani, chai. Okla food dia. Portion besar, kami makan berempat kenyang. Dan total harga hanyalah €16. Air mineral dia bagi free je.

Di sekitar situ juga kami end up tanya pasal sim card Greece untuk aku pakai data dengan anak-anak. Dekat tempat lain kami pergi tanya €50 untuk unlimited data sebulan. Dekat sini aku dapat €15 unlimited data untuk sebulan. Aku tak taulah kan kalau guna sehari dua tetiba sebenarnya tak unlimited. Tapi ia masih deal yang murah so kami beli. Pastu dah alang-alang tu kami tanya dia masjid terdekat. Ada someone tolong hantar kami ke sana. Bukanlah masjid pun, maybe surau je untuk pekerja area situ. Kebetulan aku dan kakak both takleh solat, so Ayah dan adik je masuk. Kami tunggu di luar.

Selesai yang wajib, kami sambung berjalan, lalu Kawasan shopping di Monastiraki, Syntagma, nampaklah kawasan-kawasan bersejarah di Athens. Hari ni kami tengok dari jauh saja dulu. Bergambar ala kadar. Dalam pukul 4.30 tu adik menyuarakan kepenatan. Mata dia pun dah merah tahan mengantuk. So oklah kami balik bilik. Maghrib pun pukul 5:30 petang. Sampai bilik tu take turns mandi. Kami actually tak dinner pun malam ni. Kakak je sorang bukak stok bihun sup instant. Kami yang tiga lagi ni, lepas mandi semua memang dah terbongkang terus. Pukul 7 malam dah tidur ya. Kita refreshkan diri so that starting esok jetlag kita terus dah takde.