Wednesday, 25 July 2012

3 Years Later: Layla Nasuha's Birth Story


Happy 3rd Birthday Layla Nasuha Binti Hafetz.

Sepertimana aku buat masa birthday Ilhan hari tu, I’m going to write Layla’s birth story. Sekadar merekod, dan berkongsi kepada sesiapa yang berminat. Jangan salah sangka dan ingat aku ni manusia luar biasa yang mempunyai super human memory, ya? Aku simpan diari, jadi aku menyalin balik dari diari aje. Heheheheh…




24th July 2009

Aku tak pergi kerja sebab kerap dapat contraction. Sebenarnya sejak kandungan 6 bulan, aku memang kerap dapat Braxton Hicks. Tapi as the date gets nearer, contraction makin kerap berlaku, dan kadang-kadang goes on for hours, lepas tu stop sendiri. Biasanya berlaku tengah malam atau lewat pagi. So today was one of those days. Petang tu aku pergi rumah Mama, tapi Mama semua takde. Kak Milah dengan Hilyah je ada. Around Maghrib aku rasa macam ada air keluar, sikit sangat, tapi lepas tu takde dah. So I didn’t do anything about it. Lepas Hafetz balik kerja pukul 9, kami pergi Curve. Aku teringin makan sandwich dekat O’Briens. Reached home around 11 dan contraction aku start semula. It was 10 minutes apart and went on until pukul 1 lebih. Aku baru je nak get ready pergi hospital, contraction stop. So pegi tido jela.

25th July 2009

Dalam pukul 4 pagi aku terjaga, sebab contraction datang lagi. Sakitnya biasa aje, tapi aku rasa sangat tak selesa. I stayed up until 6 o’clock, lepas sembahyang Subuh aku ajak husband pegi hospital. Disebabkan aku takde rasa sakit giler sampai nak pengsan ke, nak nangis ke (macam dalam TV selalu tunjuk tu), aku sungguh-sungguh yakin yang bila doctor check nanti tengok-tengok belum ada bukaan dan akan halau aku balik je. Contraction constant, every 5 minutes, tapi disebabkan keyakinan aku tu, kami siap plan nak balik tido balik, lepas tu lunch nak keluar pegi makan kat Delicious. Dah terliur Pesto Pasta dah!

Sampai Hospital Selayang, barang satu apa pun kami tak bawak naik. Sampai atas, tunjuk buku Pink, nurse suruh tukar pakai kain sebab nak check. Hah, tak pasal-pasal husband kena turun bawah pegi amik barang dalam kereta. Bila check, bukaan dah 4cm. Sungguh mengejutkan. Terus kena tahan. Diorang masukkan ubat berak untuk kosongkan usus, and then bagi breakfast mihun goreng dengan Nescafe (yang aku biasanya tak boleh minum tapi terpaksa telan jugak). Disebabkan baru 4cm dan labour room penuh, aku dihantar naik ke wad dulu. Faizal, Hilyah and Imara datang menjenguk aku sebentar, dan aku merayau-rayau sekeliling wad. Sebab awal pagi, pelawat tak dibenarkan masuk, so aku yang kena keluar jumpa pelawat. Hihih…

In between tu dok bersms dengan Mitha, my boss, dan dengan husband yang kena tunggu kat luar. Takde sakit sangat lagi masa tu. Berjanggut jugakla menunggu pukul 12 untuk husband dapat masuk wad meneman. Pukul 12 baru dia dapat masuk. Bila diorang hantar lunch, lauk-lauknya semua aku tak makan. Karila, sayurla… So aku makan roti yang husband bawak je. By pukul 1 dah 4 kali aku di-check. Huh, serabut! 5cm dilated, so dalam pukul 2 diorang bawak aku ke labour room.

Husband ada dengan aku the whole time, except bila dia pegi sembahyang Zohor. Kami bersembang je, sebab aku tak rasa unbearable pain. Sampailah pukul 4, air ketuban dipecahkan. Bidan tu bagitahu aku yang bila air ketuban dipecahkah, aku akan mula rasa lebih sakit. And true enough, the pain got more intense after that. I blame her, sebab aku rasa kalau dia tak bagitahu aku benda tu, aku mungkin takkan kalah kepada psikologi sendiri dan takkan rasa sakit sangat.

Masa tu aku suruh husband bacakan Yasin untuk aku, so dia baca 2 kali. Sepanjang masa tu aku tidur je.Air ketuban keluar menderu-deru everytime contraction, basah kuyup kain semua. Imagination aku yang super active ni pulak terbayang-bayang cecair panas yang keluar menderu-deru tu ialah darah. So I started feeling even weaker, lightheaded. Semua mainan psikologi! Huh!

Sejak masuk labour room, dilation tak progress. It was stuck at 5cm. I believe it's because aku baring je atas katil. Masa kat wad aku rajin bangun berjalan. Sesama bidan dan nurse dah mula bincang, kalau masih belum progress diorang nak induce. Aku tak nak! So at 1 point I got up to go to toilet, and lepas tu aku decide untuk berdiri sekejap tepi katil, dalam 15 minit. Air ketuban meleleh penuh atas lantai. Lepas tu bila check balik bukaan dah 7cm. Gravity does help!

Hafetz tinggalkan aku sekejap pegi sembahyang Asar and Mama take over meneman. Tak expect Mama boleh masuk, so that was a surprise. Masa Mama sampai tu I was going through intense pain. Sakit yang “rasa nak berak tahap gaban tapi kena tahan”. Bidan pesan suruh baring mengiring ke sebelah kiri sebab it helps dilate faster. Mama berdiri belakang aku dan urut lower back. That felt really good.

Kaki yang kuat tendang ni! 
Tengah-tengah khusyuk menahan sakit tu, tiba-tiba security guard hospital, an Indian lady, just charged into the labour room dan start marah-marah Mama. Dia tuduh Mama tu bukan mak aku dan tak dibenarkan berada dekat situ. Hanya ibu kandung dan suami sahaja dibenarkan meneman ibu bersalin. Bila kami both insist yang dia mak aku dan aku anak dia, she demanded proof. Dia mintak surat beranak aku, IC aku. I was so pissed off. Habis, nak suruh aku bangun, turun bawah, pergi kereta, balik rumah ambil surat beranak? Nasib baik bidan intervene, cakap kata kalau dah orang kata itu mak dia, ikut ajela… She finally left. Hati panas menyirap aje masa tu. Orang sakit nak beranak, kau sibuk nak bukti-bukti pulak. Haduh! Mama tetap tak berganjak, just stayed there rubbing my back.

Masa tu memang sakit gila. Dah tak boleh tahan dah. Dan akhirnya aku sebut, “Rasa nak teran…” Terus bidan check bukaan, dan cakap, “Teranlah.” The time has come! Mama cepat-cepat pergi panggil husband.
Bila dia masuk, bidan tunjuk, the baby’s head is crowning, and they all encouraged me to push. I could feel my skin tearing, but I had to push. The urge was too great to stop. 2 kali push, kepala keluar. Another push, and here she is! My first born baby girl.






25th July 2009, 6:32pm, 2.97kg.

Tuesday, 17 July 2012

Post Layla's Birthday Party


Alhamdulillah, party Layla sudah selesai. Akhirnya aku buat party dekat rumah jugak. Tapi rumah Mama la, bukan rumah sendiri. Heheh.

Semua juadah dimasak sendiri, kecuali seri muka dan kek-kek. Puas hati la dapat jamu orang dengan homecooked food. Turn up juga sangat memberangsangkan. Penuhlah rumah Mama tu.

Cumanya bila buat majlis dekat rumah dan masak sendiri macam ni, masa untuk mingle dengan tetamu sangatlah limited. Semua kita kena settle sendiri kan? Food habis kita kena rush untuk refill sendiri, pinggan tak cukup kena rush basuh sendiri. Banyak masa dekat dapur jela. Dekat situ tu terkilan la sikit. Frust tak dapat hangout dengan friends. Aku pun nak mintak maaf banyak-banyak dekat semua kalau ada kekurangan dari segi layanan, makanan dan sebagainya.

Yang penting the kids had fun. Layla hari-hari dok ulang video orang nyanyi Happy Birthday kat dia. Macam-macam hadiah dapat. Terima kasihlah kawan-kawanku sekalian, melayan anak aku yang sorang ni, beli present mahal-mahal.

Aku dah saspen dah a few days before the party, sebab Layla tiba-tiba demam. Sudahlah demam, dia langsung-langsung terus tak nak minum susu dah. Berhenti minum susu dan minum botol secara cold turkey: Terus, mendadak, serta-merta dan tiba-tiba. Susah hatinya aku tuhan saja yang tahu. Daripada minum susu sampai dekat 10 botol sehari kepada 0 botol. Air pun kurang minum, makan pun tidak. Hari ke-4 dia demam tu, dia dehydrated. Masuk apa semua muntah balik. Nasib baik lepas bagi air bancuh dengan oral rehydration salt, dia okay balik. Tapi sampai sekarang tak minum susulah. Dah seminggu genap.

Lepas tu aku dan Ilhan pun jangkit demam selesema sama. Sampai ke hari party tu kami masih berhingus dan sengau-sengau belaka. Tapi Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Niat aku nak buat party yang besar sikit untuk Layla dah berjaya aku tunaikan.

Next up is Ramadhan. Cabaran paling besar is making sure the kids still eat just as much even though aku berpuasa dan tidak berlaku terlalu banyak pembaziran. Why? Normally they only eat when I eat, or else I normally have to finish up their leftovers. Aku juga perlu focus kepada Layla’s new situation. I’m giving her 1 month from the time dia stop minum susu hari tu. Kalau berat badan dia turun banyak, dia masih refuse sebarang substitute kepada susu dan appetite dia tak bertambah, I’m gonna have to go see child specialist. Appeton pun aku dah bagi, appetite masih macam tu jugak.

Layla ni memang susah makan. Sampai sekarang, dah nak masuk 3 tahun, dia belum ada favorite food. Dia makan pasta, dia makan nasi, tapi ala kadar je. Dia makan ikan, dia makan ayam, tapi ikut mood dia. Dia makan nasi ayam, tapi hanya di Chicken Rice Shop. Dia suka nasi beriyani dan nasi kenduri, tapi takdelah sampai makan bertambah-tambah. Dia makan pancake, tapi kosong tanpa topping atau filling. Dia tak suka sayur, bubur, nasi goreng, mee goreng, bihun goreng. Dia suka buah-buahan tempatan, tapi itu tidak mengenyangkan. Dia suka goreng pisang, tapi tak suka sebarang jenis cucur goreng yang lain. Dia suka fast food, tapi lebih cenderung kepada toys yang dapat dengan pembelian makanan tersebut.

Ah, pening, pening!

I do appreciate and welcome opinions and suggestions from others. Bantulah ibu yang susah hati ini.