Thursday 15 February 2024

UK Trip 2024 - The Journey

 

9 Feb 2024

Finally after a year, kami akan terbang semula. Tengah tahun lepas bila kami start cari tiket untuk trip tahun ni, flight yang consider murah pada masa tu cuma ke UK dan Madrid. Memandangkan negara yang ada di sekeliling Madrid tu kami baru je pergi tahun lepas (Portugal, Morocco), kami decide untuk ke UK. Flight kali ni ialah Saudia Airline.

First day start cuti sekolah kami terus gerak. Flight 5.35 petang tapi pukul 1 kami dah gerak sebab musim cuti sekolah dan raya cina. Tak nak ambil risiko. Semuanya lancar di airport. Flight boarding dan berlepas pun on time.

Selepas beberapa tahun kami biarkan airline pilihkan seat untuk kami (sebab nak pilih sendiri kena bayar), kali ni kami dapat pilih mana nak duduk (sebab free). Dapatlah duduk window seat. Seat dia 3-3-3. Jadi kami duduk 2-2 depan belakang. Rezeki Ayah dan Adik, sebelah diorang seat kosong. Tapi sebelah aku dan Kakak ada sorang perempuan dari Malaysia juga duduk. Tak bersembang pun, sebab dia ada group dia sendiri.

Perjalanan ke Jeddah ambil masa dalam 9 jam. Kematula jugak bontot. Food dia takleh lawan Qatar. Movie selection pun tak brape menarik. Aku tengok Pathaan pun xde subtitle so jenuh pasang kuat-kuat nak bagi dengar. Dengung enjin kapal ni macam agak kuat.

Anyway, sampai di Jeddah dalam pukul 9.30 malam waktu dia. Transit kami sebenarnya panjang. 10 jam setengah. Masa beli dulu fikir boleh dapat visa transit free so kita keluar jelah, jejak kaki ke Saudi. Tapi lepas research, rupanya walaupun visa free, Saudi charge sorang RM100++ untuk insurans kalau nak keluar. Setakat nak keluar 6-8 jam kena bayar sampai 400 lebih macam tak berbaloi. So decide stay jelah dalam airport. Susah hati juga, nak buat apa 10 jam. Research pun tak banyak info pasal kemudahan airport dia.

Jadi bila dah sampai sana, tembus je kat tempat transfer flight tu, terus jumpa Aerotel. Sajalah pergi tengok-tengok rate. Kami dah check online tapi mahal sebab 4 orang dia tak bagi share bilik. Tapi bila walk-in ni orang kat situ kata boleh je. Katil besar katanya, boleh sumbat. So alhamdulillah, kami ambil 1 bilik dengan 2 twin beds untuk 6 jam, harga dalam SAR417. Lebih kuranglah harga kalau nak bayar insurans visa tu, tapi at least ini dapat mandi dan tido.

Sedap rasa badan lepas dapat tido 6 jam. Sebab dalam flight aku tak dapat lelap langsung. Pukul 5 pagi kami check out, cari makanan dan pergi solat Subuh. Lepas tu ke gate untuk next flight.

Flight kami ke Manchester pukul 8.15 pagi dan semua on time juga alhamdulillah. Kali ni flight lebih lengang dan sebelah kami tak ada orang. Bebas sikit. Aku duduk dengan Adik kali ni. Main game kat skrin TV sepanjang flight. Sampai di Manchester pukul 12 lebih waktu dia.

Kita akhiri di sini sebab kang panjang sangat.  

No comments:

Post a Comment