Tuesday, 20 February 2024

UK Trip 2024 - Day 8: London

17 February 2024

Subuh dah makin awal banding dengan tempat-tempat lain sebelum ni. Dalam pukul 5.40 macam tu. Jadi bangunlah awal, nak siap awal katanya. Dah siap bancuh pancake pisang pagi ni, sekali dapur tak boleh on. Puas aku godek berejam lamanya, masih tak boleh hidupkan api. Ayah pun tengok, Adik pun tengok, tak jumpa. Aku mesej Michael, haruslah dia tidur lagi. Kawan tu bukannya kena bangun subuh pun.

Last-last tekan sana, tekan sini, rupanya ada butang yang tak ditekan dengan betul. Aku nak explain pun malas. Tapi last-last dapatlah jugak aku masak. Tapi timing tetaplah lari. Benda yang boleh siap pukul 7, pukul 8 lah baru siapnya.

Keluar pagi ni, menuju ke Westminster lagi sekali. Nak ambil gambar versi siang, pastu nak berjalan sekali ke Buckingham Palace. Melayankan budak-budak ni. Aku membebel la jugak. Setiap kali datang London pergi tempat sama. Padahal London ni kemain besar.

Masa berjalan di St. James Park menuju ke Buckingham tu gerimis. Layan jela. Sambil jalan tu buat booking entry ke British Museum petang ni. Lalu depan Buckingham, bergambar sikit, pastu teruskan perjalanan, tembus ke Hyde Park untuk ke Harrods. Sambil berjalan tu anak-anak buat video call dengan cousin-cousin diorang. Jalan punya jalan, tembus kat kedai Nusret rupanya, tapi kedai belum buka. Check Salt Bae punya ig, dia memang dok ada kat London ni. Takde jodoh plak nak jumpa. Haha.

Bawak anak-anak masuk Harrods. Kakak impressed betul tengok brand-brand yang ada. Adik pun naik teruja bila sampai kat tempat barang baby, ada jual stroller brand Bentley. Hahaha. Misi aku pulak satu je, mencari toilet nak tumpang meninggalkan sedikit cenderahati. Eh, yang penting dalam Harrods ni boleh sesat. Layout dia peningkan kepala aku.

Setel dekat situ Ayah ajak pergi Battersea Power Station. Katanya bangunan tu dibangunkan oleh Malaysia dan jadi shopping mall sekarang. So naik train all the way ke sana. Masa kami sampai belum ramai orang. Bergambar kat luar, jalan-jalan kat dalam. Just before kami gerak balik, aku ternampak sign kata ada prayer room kat situ. Kebetulan baru masuk Zohor so aku ajak setelkan dulu so that kami boleh merayau sampai ke malam. Agak jauh tersorok suraunya, tapi decent. Tempat wuduk ada sekali kat dalam so tak menyusahkan.

Siap tu barulah kami gerak ke Camden Market. Nak cari lunch dekat situ. Manusia punyalah ramainya. Jam nak keluar dari train station. Tapi makanan halal banyak kat sini. Aku pun dah research awal-awal apa nak dicuba. So pantas jela. Kakak beli dutch pancake, makan sorang sikit. Then kami pi cuba Yorkshire Burrito, smash burger untuk Kakak dan fish and chips daripada Ink Fish Bar. Last sekali kami beli hot chocolate with torched marshmallow kat kedai ChinChin. Semua sedap dan memuaskan hati. Tapi semua kat sini kena bayar pakai kad.

Itupun lepas makan kami terkejar-kejar sebab kami dah book entry ke British Museum. Ini pun salah satu request Adik. Naik bas ke muzium dan sampai ngam-ngam kul 3.20. Diorang tak minta tengok tiket pun. Ini yang syoknya, kat sini banyak muzium masuk free je. Dia suruh book tiket pun sekadar untuk crowd control.

Bila dah masuk dalam tu ramai pulak orang. Aku punya concentration level menurun. Macam rasa tepu duduk indoors lama-lama. Ayah awal-awal lagi dah surrender. Dia panas, rasa sakit-sakit badan semua. So dia duduk je. Aku dengan anak-anak explore. Itu pun sempat beberapa exhibition hall je, pastu dah tak larat. Besar rupanya muzium ni. Yelah, masa pun dah menghampiri pukul 5, which is the closing time untuk semua hari lain kecuali Jumaat. Keluar bergambar sikit di luar.

Belum rasa nak balik so kami menapak ke Primark Oxford Street. Cam biasa, aku tumpang toilet. Entah, kali ni takde mood langsung nak shopping. Aku langsung tak pergi tengok baju-baju aku. Last-last keluar tangan kosong camtu je.

Kakak minta beli Krispy Kreme sebelum balik. Ordernya 4 ketul glazed donut. Tiba-tiba orang tu bagi kotak 12 biji. Dia kata ada promo. Yang kotak 4 ketul harga £11++. Tapi kalau ambil glazed 12 biji tu harganya £10. Gila tak masuk akal. Terpinga-pinga jap kami. Tapi pastu Ayah kata ambil jela, buat bekal esok-esok. Dah bayar untuk 12 biji tu, dia bagi pula lagi free donut sorang satu kat anak-anak. Total dapat 14 biji donut, kau. Haa, makan sampai keluar kot semua lubang. Tapi sedap weh donut dia dibandingkan dengan kat KL yang donutnya keras.

Kami balik naik bas. Singgah di Aldi beli roti. Beli sikit keperluan untuk buat guacamole. Balik tu aku bancuh guacamole, makan dgn tortilla chips. Pastu rebuskan nasi briyani Brahim untuk Adik and Ayah share, dan rebus telur sekali. Makan simple-simple je. Penat gile weh hari ni, kami berjalan dalam 26000 steps!

No comments:

Post a Comment