12 February 2024
Bangun pukul 5 pagi untuk kerja sikit dan
kemudian masak breakfast. Cita-cita besar, hari ni aku masak nasi lemak dengan
niat nak jadikan bekal buat perjalanan jauh. Siap bawak daun pandan ye 2 helai
dari Malaysia. Masalahnya mak tak reti bajet masak nasi guna santan atas api,
berejam nak masak. Lagi-lagi guna api elektrik yang aku tak reti agak panas
dia. Tapi yang penting walaupun nasi lemak lembik dan makan dengan telur rebus
semata, stok untuk dijadikan bekal tiada ya, sebab anak-anak bedal
bertambah-tambah sampai habis.
Kami kemas-kemas dan akhirnya checkout pukul 9
macam tu. Beg yang pecah hari tu kami buang saja, jadi kereta dah muat semula
luggage (walaupun terpaksa angkut shopping bag beberapa biji untuk letak barang
makanan).
Perjalanan kami hari ini menuju ke Scotland,
dengan beberapa stopover dirancang sepanjang perjalanan. Stopover pertama adalah
ke Windermere, Lake District yang mengambil masa lebih kurang sejam dari
Manchester. Kawasan ni ialah sebuah taman negara yang sangat besar. Sejarah
tempat ni bersangkut-paut dengan penulis buku kanak-kanak Beatrix Potter, yang
telah mengambil inisiatif sendiri membeli kebanyakan tanah di kawasan ini untuk
menghalang ia dibangunkan menjadi bandar. Selepas beberapa lama, usahanya
diangkat oleh Kerajaan dan seluruh kawasan ini digazetkan sebagai taman negara
yang keindahannya dapat kita nikmati sampai sekarang.
Kalau ke sini musim panas, memang sangat banyak
aktiviti. Tapi musim sejuk pun cantik juga. Sesampai di sana kami terserempak
dengan 2 orang budak muda Malaysia yang belajar di UK ni yang baru selesai bermalam dalam khemah di
tepi tasik dekat sini.Macam manalah sejuk-sejuk tu.
Kami berjalan dalam pekan kecil di situ dan
kemudian berjalan ke tepi tasik. Cantik pemandangan, sambil tengok rumah-rumah
orang tempatan, bunga-bunga liar di tepi jalan. Di jeti kecil tasik tu, feel
dia memang macam jambatan CLOY di Iseltwald tu, tanpa perlu membayar 5 franc
satu kepala. Sempatlah kita kerah sorang mat saleh ambilkan gambar family.
Puas meregangkan kaki dekat situ, kita sambung
perjalanan ke Scotland dan buat satu lagi stop di Gretna Green pula. Gretna
Green ni pekan pertama melepasi sempadan Scotland, dan di UK ni, kalau sebut kita
pergi Gretna Green ni akan adala double meaning dia. Konsepnya sama dengan
Songkhla di Thailand, iaitu tempat orang pergi kahwin lari. Sebabnya, zaman
dulu-dulu, tak ingatlah abad ke-18 atau ke-19 macam tu, anak-anak muda kalau
nak kahwin mesti dapat kebenaran ibu bapa. Tapi di Scotland undang-undang tu
tak terpakai. So siapa yang nak kahwin tapi tak dapat restu, akan lari ke
Gretna Green nilah. Selaku peminat tegar period romance novel, aku memang sedia
tahu tentang ni. Tapi kalau nak yang lebih dalam popular culture, ia juga ada
disebut dalam Pride & Prejudice bila watak Lydia kahwin lari dengan Mr. Wickham.
Cuaca cantik masa kami sampai sana. Bergambar
sikit-sikit, dengan background windmill. Pergi tengok the famous Blacksmith
shop, iaitu tukang kahwinkan pengantin-pengantin kahwin lari masa zaman
dulu-dulu tu. Masuk souvenir shop dia sikit, siap saksikan ada pengantin baru
kahwin dekat situ.
Kemudian kami teruskan perjalanan sampai ke
rumah kami di Blackridge, Bathgate. Kotej ni terletak di tengah-tengah antara
Glasgow dan Edinburgh untuk mudahkan kami akses kedua-duanya. Sampai di sana
cuaca mendung dan dah hampir gelap. Duncan, tuan rumah kami, dah menunggu nak
buat house tour. Pantas aje, dan dia tinggalkan kami untuk enjoy rumah dia.
Kami terus unpack apa yang patut sebab akan
tinggal di sana 3 malam. Aku pun terus memulakan operasi memasak nasi dan goreng
ayam entahlah resipi apa, main campak-campak asalkan ada makanan. Ayam frozen
yang kami beli malam semalam, sampai ke Scotland masih frozen ya. Mantap!
Selesai tu, mandi, kemas-kemas dan settle down
for the day. Rumah ni cosy, walaupun sejuk tapi sedap-sedap. Baju pun dah basuh
satu round. Seronokkk bila takde baju kotor nak bawak balik!
No comments:
Post a Comment