Tuesday, 27 February 2024

UK Trip 2024 - Journey Home

25 February

Today we are going home. Kalau ikut plan asal masa beli tiket, semalam kami dah balik. Tapi a few months ago, bila jadual bola dah announce, we found out hari balik tu ada game kat Old Trafford. Ayah dah gelabah bewak. Tak tentu lagi dapat tiket bolanya, tapi papehal dia nak join kemeriahan di stadium katanya. Kat luar pun jadilah. So kebetulan untuk flight balik pula ada sedikit adjustment masa untuk flight kami. Masa je berubah sikit, tapi dia bagi kita option untuk tukar tarikh flight up to 2 days later. So kami boleh balik 25 atau 26 haribulan, boleh tukar tarikh for free. Tidaklah kami melepaskan peluang. Bagai orang mengantuk disorong bantal.

So here we are today. Aku hanya prepare sandwich telur untuk breakfast hari ni untuk menghabiskan telur 2 biji. Anak-anak prefer makan toast. Lepas Subuh terus prepare food dan mula mengemas. Bab packing memang bidang Ayah. Dia expert. Aku hanya assistant, tukang pas barang apa yang dia perlu at any given time.

Flight kami pukul 2 petang, tapi bilik kena check out pukul 9. So pukul 9 tepat kami dah keluar. Terus pergi hantar kereta di Car Rental Village. Alhamdulillah, kami survive dengan kereta ni intact selama 15 ke 16 hari. Orang tu cek kereta kami luar dalam, semua okay, boleh terus gerak je. Kalau ada apa-apa, semua akan diuruskan melalui email. Kereta ni memang kami dah tempah dari tahun lepas lagi dan dah siap bayar semua masa book. So selagi takde kena saman apa-apa, insyallah dah takde bayaran tambahan lain.

Kami naik bas car rental ke Terminal 2 Manchester Airport. Punya awal sampai, kaunter check-in/drop baggage pun tak buka lagi. Tunggulah kat situ. Kami 1st in line dan 1st check in. Selesai tu terus masuk scan bag. Fuh, dekat sini memang strict. Daripada kami berempat, hanya beg aku sahaja lepas completely. Yang lain-lain semua beg kena tahan sebab ada various forms of liquid kat dalam. Syarat dia, apa saja liquid mesti dimasukkan dalam zip lock bag dan letak atas tray skali. Jenuh nak keluarkan satu-satu. Takpelah, kita tunggu je dia checkkan. Kena buka beg yang dia suruh, kena explain setiap satu liquid tu apa. Ada yang bawa deodorant, semburan hidung, minyak angin, spray bottle wuduk, segala mak neneklah. Tapi brader yang handle kami tu baik. Semua dia lepaskan. Yelah, technically kami tak salah, sebab semua below 100ml.

Even after all that, bila kami masuk dalam, nombor gate masih belum announce. Cam biasa, ada makhluk yang dah lapar so kami survey dan jumpa kedai Archie’s yang serve all halal meat. Dia jual mostly burgers. So kami pi makan-makan dulu sampai masuk Zohor, take turns pergi solat kat multi-faith prayer room (yang of course orang Islam je guna). Dekat sini takde tempat wuduk jadi kami pergi amik wuduk dulu di toilet, baru ke sana untuk solat.

By the time selesai, gate dah announce jadi terus ke gate dan dah boleh boarding. Untuk flight kali ni kami tak dapat pilih sendiri seat. Dalam sistem tulis unavailable. So diorang tetapkan seat tengah bertiga dan sorang lagi aisle seat. Kebetulan aku dah berada dekat aisle seat tu, bagi jelah anak-anak dok dengan Ayahnya. Row aku bertiga tapi seat tengah kosong, so rilekla sikit. Flight time hanya 5 jam 30 minit camtu.

Sampai di Jeddah pukul 11 lebih malam. Terus kembali dikelilingi warganegara sendiri. Haha. Belikan food untuk Kakak yang masih sampai ke hari ini refuse untuk makan dalam flight. Then kami take turns solat dan jaga beg.

Next flight pukul 2 pagi. Boarding dekat 1.30. Kali ni kami dah pilih seat awal-awal, tapi Ayah berkeras dengan anak-anak, nak duduk sebelah Mama. So anak-anak duduk berdua. Rezeki diorang, row diorang hanya diorang berdua, seat hujung kosong. Row kami ada orang. Huhu. Terus tersekat aku kat situ 7 jam lebih. Tapi most of the time tido jela.

Sampai KL akhirnya pukul 4 petang. Proses menunggu luggage keluar agak lama, hampir sejam. Kami take turns solat again. So by the time luggage keluar, terus keluar ambik grab dan pulang.

Sekian dahulu trip kali ini.

No comments:

Post a Comment