20 February
Bangun Subuh pukul 5.30 tapi pastu kami tido
balik. Mentang-mentang hari ni tak yah masak. Bermalasan sampai pukul 8. Pastu
kelam-kabut sendiri haha. Kul 9.30 la jugak baru kami check out. Dengan takde
breakfastnya hari ni. Dalam bilik tadi kami bancuh air panas je.
Anyway, hari ni kami akan pergi check in di
cottage di Cotswold. Tapi dalam perjalanan ke sana tu kami ada beberapa lokasi
dalam list. First sekali kami nak ke Windsor. Tapi dalam Waze kami letak
Stonehenge, dengan stopover di Windsor. Tetiba Waze ni tak register plak
Windsor tu. Dah terlajak, so adalah episode patah-patah balik sket.
Kat Windsor pulak terkial-kial kejap cari parking
yang harganya masuk akal. So kami bayar parking untuk 2 jam. Keluar merayau kat
luar tu. Masuk satu café yang aku dah lama aim nak try porridge dia. Lepas tu
bergambar sikit dekat luar castle tu. And dekat depan tu juga ada satu kedai
jual noodle halal. Sebesar alam lambang halal certification dia. Nama kedai tu
The Chicken Shop. Kami layanlah Kakak makan kat situ. Memang sesuailah nama The
Chicken Shop tu sebab ayam dia memang tak kedekut weh. Kami order 2 noodle dan
1 chicken katsu. Untuk 3 order tu kami dapat 6 ketul ayam besar-besar. Mee dia
pun sedap, tebal dan kenyal. Puas makan.
Selesai kat situ kami jalan-jalan je dalam pekan
tu sebab alang-alang dah bayar untuk 2 jam. Pukul 2 baru kami blah dari sana
dan pergi cari masjid dekat area situ. Memang cantik dan terurus masjidnya.
Namanya JMIC Slough; Jamia Masjid & Islamic Centre Slough. Orang-orang yang
kami jumpa di sana pun friendly, tanya dari mana, ajak bersembang semua.
Selesai kewajipan barulah kami teruskan
perjalanan. Tapi by then nak pergi ke Stonehenge pun rasa dah kesuntukan. Sebab
nak ke Stonehenge ambil masa sejam lebih, dan dari Stonehenge nak ke Airbnb
kami pun ambil masa sejam setengah lagi. Kang sampai dah malam terkial-kial
pula, rumah baru, kawasan baru. So kami cancel dulu ke Stonehenge dan straight
ke rumah.
Kami sampai dah hampir Maghrib, dan memang
mencabar sikit kawasan ni. Kena unload barang semua dulu depan rumah dan bawak
masuk, lepas tu parking dekat area jauh sikit. Dengan makanan untuk masak malam
ni and esok belum stock up. Jadi kami keluar balik cari kedai runcit. Tinggal
je anak-anak kat rumah tu. Jalan keluar masuk dia sempit sangat. Agak mencabar.
Sampai balik pukul 6 lebih tu, terus
kemas-kemas dan prepare untuk anak-anak masak bihun sup instant diorang. Mandi,
basuh baju, makan sikit-sikit. Aku buat toast je malam ni. Dan finally,
highlight of my trip, iaitu menghidupkan api di fireplace di rumah ni. Inilah
yang aku tunggu-tunggu. My most favorite thing in the world; fireplaces. Hidupkan
api pastu termenung tengok kayu dibakar. Satu healing yang tak dapat digambarkan.
Satu family duduk dekat ruang tamu ni, just enjoying the aroma and atmosphere.
Walaupun takdelah bonding sangat sebab semua menghadap phone dan laptop
sebenarnya. Haha. Sambil-sambil tu of course kita dah masukkan laundry dalam
mesin basuh dan dah siap sidai. Also another most favorite thing in the world:
getting laundry done.
Anak-anak naik tidur pukul 10. Kami ni entah
apa cerita. Ayah practically had to drag me to sleep. Kalau ikut aku, memang
aku lena je depan fireplace ni.
No comments:
Post a Comment