Monday, 19 February 2024

UK Trip 2024 - Day 7: Cambridge & London

16 February

Bangun Subuh dalam kesejukan. Hari ni tak masak apa-apa sebab barang keperluan pun dah habis. Roti tinggal 2 keping. So toast roti tu je bagi anak-anak makan sorang sekeping, dengan milo.

Beg pun takde apa nak dikemas sebab kami bawa keluar satu luggage je yang isi keperluan untuk 1 malam. Dalam pukul 8 kami dah check out dan gerak. Singgah isi minyak tu beli sandwich telur sikit di stesen minyak, dan continue on to London.

Perjalanan ambil masa dalam 4 jam juga. Jadi kami break the journey di Cambridge untuk beberapa jam. Sajalah, tak pernah jejak ke bandar university yang satu ni. Park kereta di parking area di tengah bandar dia dan merayau je jalan kaki.

Belum apa-apa anak dah kalut lapar jadi kami patah balik ke kawasan masjid. Kedai yang menarik perhatian ialah kedai ayam piri-piri dan piza, Zi’s kot nama dia. Okla, dapat piza extra large sebiji dan chicken wing 5 ketul dalam £14. Anak-anak aku sibuk convert. Aku ajar diorang cara mengira cost of living. Kalau kita tinggal kat sini, kerja dapat gaji duit sini, harga tu murahlah. Dekat Malaysia, kalau order Domino’s, boleh ke dapat satu extra large pizza dengan 5 ketul chicken wing dengan harga RM14? Terangguk-angguk jela diorang.

Siap makan tu kami berjalan ke kawasan King’s Parade, based on suggestion daripada seorang kawan Ayah yang tinggal dan bekerja di Cambridge ni. Kami tak roger awal-awal kata kami akan ke kawasan ni, so kebetulan hari ni dia ada business trip ke London. Takde rezekila nak jumpa. Di King’s Parade dapat tengok bangunan universiti yang lebih klasik dan meriah la dekat situ, siap ada market. Anak-anak jumpa Popeye’s halal jadi beli sikit buat gigit-gigit dalam kereta.

Dekat market tu juga kami jumpa orang jual avocado murah. 5 biji £2. Kalau convert pun tak dapat harga tu kat Malaysia. Kebetulan Adik memang dah berapa hari sibuk suruh beli avocado, sebab kami beli nacho chips kat Poundland hari tu. Nak suruh bancuh guacamole katanya. Alang-alang dah jumpa ni belilah guacamole dengan tomato. Walaupun Ayah cuma bagi beli sebijik sebab takut tak terbuat guacamolenya.

Sebelum gerak balik kami decide untuk singgah solat di masjid Cambridge sebab aku sangat risau dengan our next house ni, yang akan aku cerita lepas ni. Anyway, masjid Cambridge sangat terurus, tandas dan tempat wuduk yang cantik. Aku suka. Lega lepas dah selesai.

So then kami pun sambung journey. Sebenarnya, untuk rumah kat London ni kami sangat runsing. Kami jumpa rumah ni dekat Agoda dan rating dia tinggi, location dia bagus dan harganya murah untuk standard London. Masalahnya ialah segala jenis communication yang kami cuba buat dengan hos rumah ni tak berjaya. Kami nak confirmkan parking, nak tanya details tentang driving masuk ke London, cara check in dan sebagainya, semua tak berjawab. Pertama kali kami book rumah ni beberapa bulan lepas, lepas tu kami cancel booking sebab risau. Tapi lepas beberapa lama mencari, masih tak jumpa rumah yang tick all the boxes in that price range, kami nekad book dia semula. Tapi sampai ke perjalanan kami ke London ni masih takde news. Baik daripada personal hos, mahupun daripada pihak Agoda sendiri.

Satu-satunya mesej yang masuk kepada kami ialah alamat penuh rumah ni dan info bahawa waktu check-in antara 4 dan 6 petang. Kami sampai di kawasan rumah ni pukul 5.15 sebab sangkut jam sikit di highway. Terkial-kial mencari rumah yang mana sebab deret bangunan ni panjang. Kebetulan saja anak-anak membantu dan jumpa cari nombor rumah di intercom. Aku cuba tekan dan tuan rumah tu buzz kami naik.

Subhanallah, masih ada rezeki kami untuk duduk sini. Caretaker rumah tu Michael dan dia pun mengeluh kata kami tak reply semua mesej dia. Dia kata nombor kami yang dia dapat ialah nombor yang based di Bangkok Thailand. Kami pun tunjukkan mesej-mesej yang kami hantar dan tak berbalas. Maknanya masalahnya di pihak Agoda. Dia kata masa kami tekan intercom tu, dia dah lama menunggu dan tengah get ready untuk balik sebab anggap kami no-show. Kalau kami lewat 5 minit, dia dah balik dah. Dia kata dia mesej kami tanya pukul berapa nak sampai, nak dia belikan susu low fat ke full cream, segala mak nenek dia tanya, semua kami tak jawab. Berbakul agaknya dia dah maki kami.

Lama kami bersembang lepas tu. Bertukar phone number. Dia explain penggunaan rumah dia, siap bersembang pulak pasal macam-macam. Meleret sampai pukul 6. Dia balik je, kami letak beg semua dan terus keluar balik. Niat asalnya nak pergi British Museum petang ni, sebab hanya pada hari Jumaat British Museum buka sampai pukul 8.30 malam. Tapi last entry adalah pada pukul 7 malam. Bila check journey, kami takkan sempat sampai on time. Apatah lagi Oyster Card anak-anak belum pergi top-up dan activate kids travel rate.

So takpelah, kita pergi setel Oyster Card anak-anak, minta pekerja kat situ activatekan rate kanak-kanak untuk diorang. Then alang-alang dah keluar tu, kita naiklah train sampai ke Westminster, tengok view Big Ben dan London Eye pada waktu malam. Adik yang excited sangat, sebab the first time diorang ke sini dulu, tahun 2017, Big Ben tengah repair, jadi muncung Menara dia tak nampak. Tengok itu je semata-mata malam ni. Pastu patah balik. Singgah beli telur dan roti je untuk breakfast.

Balik tu barulah mandi, makan dan settle for the day. Kakak dengan Ayah share ayam Popeye’s tadi sorang sikit. Aku dengan Adik makan toast je. Host kami tinggalkan susu dan butter. Cookies pun dia ada bake dan tinggalkan untuk kami. Sedap kemain plak tu. Yang pasti, dah masuk rumah London ni aku dah lega. Hilang satu beban atas kepala. Tak boleh imagine kalau dia betul-betul dah balik masa kami sampai tadi. Kami nak duduk mana 3 hari kat London dalam keadaan terkejut-terkejut macam ni. Syukur Allah masih mudahkan urusan kami.

No comments:

Post a Comment