18 February
Sepanjang malam semalam hujan dekat luar,
walaupun hujannya hanya gerimis. Jadi pagi ni walaupun bangun Subuh awal dan
dah siap masak French toast, kami semua berat bontot betul nak keluar. Aku siap
masuk bawah selimut balik dan tidur lagi 40 minit. Pukul 8 baru Ayah menyeru
semua suruh bersiap.
So get ready, dalam kul 9 tu kami keluar. Mula-mula
ingatkan masih hujan, so aku kata trylah pegi V&A Museum dulu untuk buat
aktiviti indoors. Tapi bila keluar tu rupanya dah reda hujannya. So kami naik tube
ke King’s Cross sebab adik aku menghasut anak-anak aku suruh pergi tengok terminal
Harry Potter. Siap buat video call-lah bagai.
Dah takde hala tuju, Adik ajak tengok stadium
lagi. So yang paling dekat dengan lokasi kami ialah stadium Arsenal. Layankan
jelah. Walaupun aku ni hangin je sebab dari semalam diorang asyik repeat
tempat-tempat yang sama kami dah pergi masa trip 2017 dulu. Sampai di Arsenal
tu hujan gerimis pulak. Tapi diorang ni rilek je buat video call dengan cousin-cousin,
dok buat virtual tour luar stadium.
Dari situ barulah Ayah ajak ke Borough Market.
Kali ni kami naik bas. Walaupun ambil masa lebih lama, aku lebih enjoy sebab
nampak dunia luar. Turun dekat area London Bridge, then jalan ke Borough Market
tu. Sekali imbas bila sampai tu macam, eh keciknya tempat ni. Pusing-pusing
takde apa yang menarik. Semuanya pork pork pork belaka. Kami beli bagel je
untuk anak-anak alas perut. Lepas tu cari kedai halal, jumpalah luar sikit dari
market tu. Walaupun tak kena dengan citarasa, pergilah juga. Tepu dah aku makan
kebab & burger.
Selesai makan tu perjalanan kami bawa kami
patah balik ke market walaupun niatnya nak beredar je dari situ. Tetiba masa ni
terbuka pulak hijab, ternampak kawasan yang sebelum ni terlepas pandang. Adalah
beberapa gerai dekat situ yang halal. Tapi sebab kami baru je setel makan, dah
takde hatilah nak beli. Tapi pastu Ayah jumpa Humble Crumble. Aku ni tak penah
dengar pasal tempat-tempat makan viral. Tapi sebab ayah merupakan follower
Khairul Aming, dia kata Khairul Aming datang London promote kedai ni. Kena
beratur panjang pun dia on.
Line memang panjang, tapi laju. Pekerja dia pun
memang ada awek melayu sorang. Aku pergilah tanya-tanya sikit. Pastu sambil
Ayah beratur, kami merayaula survey kedai makan. Tapi memang takde hati nak
beli. Apple crumble tu kami order sampai 2. And serious memang sedap weh. Combination
apple dia, cookie crumble dia dengan custard dia tu memang ishhh… Jenuhla balik
KL kang kalau teringat-ingat. Adik awal-awal dah suruh aku cari resipi. Huhuh…
Siap makan semua, Ayah kata dia jumpa ada
tempat untuk solat. Kena jalan la sikit dari market tu. Rupanya surau dalam
hospital Guy’s ape tah. Kami dah masuk dalam, dah ambil wuduk semua, baru
nampak sign kat dalam surau tu kata untuk kegunaan staff dan ahli keluarga patient
sahaja. Mintak maaf kami tumpang ya. Terima kasih sediakan kemudahan.
Lepas tu kami menapak sampai ke tepi Sungai Thames,
melintas bangunan The Shard. Jalan tepi Sungai tu ke arah Tower Bridge, tapi
tak pergi sampai dekat. Just nice untuk ambil gambar je. Pastu patah balik
sampai ke Millenium Bridge, bergambar dekat situ. Kaki dah sakit dah ni, jauh
berjalan.
Hari pun dah makin petang, and hari ni hari
last kami di London. So Ayah ajak cari souvenir. Dia kata kat Camden semalam
magnet murah-murah. So kami ke Camden semula. Okla, dapat magnet 14 biji £10.
Jalan-jalan sikit kat area situ. Dah tak tau nak ke mana lagi tapi masih
terlalu awal untuk balik.
Aku pun ajak cari kawasan orang kaya citer
Bridgerton. Kali ni kami naik bas dan memang lalu kat kawasan mahal-mahal. Cantik
rumah-rumahnya. Ada beberapa kali yang aku rasa nak ajak turun, tapi aku duduk
dengan Kakak, dan kerusi kami jauh dari kerusi Ayah dan Adik. So hanya dapat
cuci mata dari atas bas. Lalu kawasan London Zoo dan ada satu taman di depannya
yang penuh dengan orang dok lepak atas bukit. Curious sangat aku. Later aku
search, rupanya tempat tu Primrose Hill, yang memang jadi tumpuan untuk tengok
sunset di atas latar langit London. Melepas kami. Padahal masa lalu tu memang
dah nak sunset.
Bas hentikan kami di Marble Arch, tapi monument
tu pun ditutup sepenuhnya untuk repair. Kami berjalan ke Grosvenor Square, lalu
di kawasan hotel dan rumah mahal-mahal. Sekejap ajelah di situ. Lepas tu kami
balik je naik train kat Bond Street. Beli telur je balik tu.
Untuk dinner aku masak nasi, goreng telur sorang
sebijik, makan dengan kicap. Marvellous! Telur selebihnya prepare untuk
breakfast esok ja. Siap makan, mandi, mengemas dan tidur.
No comments:
Post a Comment