Tuesday 3 December 2019

Winter Trip 2019 Day 10: Milan - Doha - KL


1 Disember 2019

Bangun Subuh dan kemudian sambung berkubang di bawah gebar kerana cuaca sejuk yang lazat. Sampai perut mula berkeroncong pukul 8 tu barulah kami cuci-cuci tahi mata, pakai baju yang semenggah sikit dan turun breakfast. Food yang standard dihidangkan. Ada roti, yogurt, croissant, telur rebus, buah-buah. Makan dan minum puas-puas.

Then naik bilik balik, anak-anak take turns mandi bathtub. Aku menaip, Ayah main game. Baru turn aku mandi, bersiap semua. Sementara nak tunggu time check out sempat aku lelap sekejap, adala 10 minit. Dalam pukul 11 lebih kami keluar. Kat luar hujan sejak pagi, mendung, gloomy dan sangat sejuk.

Perjalanan ke Malpensa Airport dari hotel kami dalam 45 minit. Kami terus hala ke tempat drop off kereta sewa. Officer tu inspect semua dulu. Semua okay. Aku nervous jugak sebab kami sampai terlebih 20 minit daripada masa pick up hari tu. Manalah tau pegawai tu jenis skema kan. Tak pasal-pasal kena caj extra day kang. Sib baik tak…

Masuk Terminal 1, terus pergi drop baggage. Lepas tu mencari tempat solat. Ada chapel, kami terus hala ke sana, tapi dalam dia full on church dengan kerusi-kerusi, lilin-lilin dia semua sekali. Aku rasa tak proper je nak solat situ. Ayah pergi tanya, pegawai situ kata boleh je. Tapi we end up solat dekat tepi dinding belah belakang airport. Takde orang pun situ, ok je.

Selesai semua, pass through bag checks, stop makan-makan kejap sebab ada masa lagi. Baru go through immigration. And terus boarding. Takde dah peluang nak shopping apa-apa. Magnet Milan langsung tak jumpa. Flight kami pukul 3.55 petang. Dalam flight pun main game and tengok movie je. Energy banyak lagi sebab langsung buat apa hari ni. Tak ngantukla.

Sampai Doha pukul 11 lebih malam. Next flight is at 3.10 a.m. waktu Doha. Flight kedua ni kami semua pakat tido je. Aku jela pun yang rajin sikit bangun masa orang hidang sandwich, and again masa diorang hidang lunch. Anak-anak dan Ayah langsung tak makan. Ngantuk sungguh tu.

Akhirnya touchdown di KL jam 4.10 petang. Alhamdulillah. Tamat sudah. Semoga dimurahkan rezeki untuk berjalan lagi. Amin…


Winter Trip 2019 Day 9: Turin - Milan

30 November 2019

Bangun Subuh tu keep on checking baju-baju yang sidai semalam. And then bermalasan je, malas nak keluar awal. Takde agenda apa sangat pun ari ni. Dalam pukul 8 tu baru breakfast, mengemas, siap-siap semua, dalam pukul 9 lebih tu gerak dari rumah tu. Dah kunci rumah tu dan check out baru perasan budak-budak ni tinggal charger, power bank adapter semua dalam rumah. Terpaksa mesej pakcik tu mintak bukakan pintu balik ambik barang. Nasib baik dia ada rumah.

Anyway, perjalanan kami diteruskan ke stadium Juventus di Turin ni. Kita layankan selera Ayah pulak hari ni, plus aku pun won’t mind kalau jumpa Ronaldo. Haha. Satu yang aku tak expect pasal Turin ni ialah pemandangan dia. Semalam sampai dah gelap, takde efek apa-apa. Tapi hari ni baru kami nampak Turin ni dikelilingi dengan pergunungan Alps yang sangat breathtaking. Aku cuba ambil video dan gambar, tapi effect dia tak sampai macam mana tengok sendiri dengan mata. Last-last kami give up dan just enjoy the view.

Turun kereta dekat stadium tu, bergambar sikit dari jauh. Then pusing ke belah depan, park elok-elok dan masuk ke merchandise store dia. Dapatlah ambil-ambil gambar dekat signboard Juventus tu sikit. Selesai tu masuk supermarket depan tu, beli-beli sikit apa yang patut. Geram tengok pasta, cheese segala. Tapi tak beli sebab aku rasa aku book hotel biasa untuk our next accommodation. Takde dapur.

Pukul 12 tu kami gerak dari sana untuk sampai ke Milan awal sikit. It takes sejam setengah untuk ke Milan dari Turin. Sepanjang jalan tu kami disajikan view pergunungan Alps di kiri jalan. I can’t get over it.

Sampai di Milan pukul 1.30 tu terus check-in hotel kami, Atahotel Quark Due. Parking free walaupun location dia agak jauh sikit dari centre, dalam 15 minit drive kereta. Walaupun kami sampai awal sebelum check-in time, dia terus je bagi masuk. Dia tengok je booking details kami, dia terus cakap “Yes, we have a nice big room for you.” I like.

Bila masuk tu memang betul. 1 bedroom apartment with the living room converted into another room. Sofa bed converted into the kids’ double bed. 2 toilets!! And ada dapur!! Kalau aku tahu ada dapur memang aku beli pasta tadi semua siap-siap. Jimat duit dinner. But truthfully I’m so happy with the room.

Kami letak beg, solat siap-siap sebab dah masuk Zohor. Then terus keluar balik ke Milan. Perjalanan 15 minit je, tapi proses mencari parking pulak punya hazab. Parking punya mahal tu satu hal. Paling murah EUR3 sejam. Dah dapat parking tu, merayau dekat Duomo. Tapi orangnye punya sesak ya rabbi. Sesak nafas aku. Dahla ramai orang bawak anjing, asyik kena mengelak je. Pergi jugaklah ke depan Duomo tu, cukup syarat amik gambar.

Lepas tu merayau pulak dekat Galleria Vittorio Emanuele, tempat shopping famous tu. Yang aku mampu beli cuma gelato je 2 cawan. Yang lain semua kedai branded yang tak daya aku nak tengok harganya.

Milan ni pun sejuknya luar biasa. Kami ni keluar pakai baju sehelai je, takde berlapis-lapis. Menyesal pun ada. Nasib baik glove bawak. Aku ni gelisah sebab macam tak cukup shopping lagi. Barang untuk bawak balik ke family basically takde, except for anak-anak kat rumah tu. Tapi Milan ni pulak macam tak conducive langsung untuk golongan marhaen. Nak cari fridge magnet pun tak jumpa beb! Kenapa bangla-bangla dekat Pisa tu tak berhijrah separuh ke Milan pun aku tak faham. Kewujudan mereka penting untuk kesejahteraan pelancong kedekut macam aku! Haih…

Everywhere ada poster Black Friday, yang telah pun lepas semalam actually. Tapi sales are still going on. But then salenya tak menarik pun bagi aku. Setakat 20% off tak cukup menggamit selera aku. Tapi bila masuk GAP, Ayah puas promote suruh beli. Sales girl tu kata 30% off all items in the store. Buy 3 get 10% more discount. Tu yang Ayah teruja tu. So atas desakan Ayah (ewah, desakan tu. Padahal seronok gak dapat shopping) kami beli sorang satu sweater GAP. Ayah kata dia swipe je. Bangsawan betul. Lepas tu barulah rasa serasi dengan warga Milan ni. Jalan-jalan bawak shopping beg GAP. Hahah.

Anak-anak dah lapar so kami google halal food near me, jumpalah satu kedai Turkish n pizza. Pergi makan kat situ sebab tak kuasa dah aku nak balik pikir nak masak bagai. Ada 1 family Melayu gak kat situ dan Ayah pergi sembang dengan husband dia. Diorang baru sampai 2 hari dan akan berada di Italy sampai 15hb kot. Besnyee lebih 2 minggu holiday. Bila tah cuti Ayah nak tambah ni.

Anyway, makan pizza dan shish tawook meal. Dan teruskan perjalanan lagi. Merayau sikit lagi, bagi anak-anak masuk kedai Lego la apala. Barulah ke kereta semula. Tapi tak boleh balik lagi sebab barang belum habis beli. Melilau cari supermarket, ingat nak beli bahan makanan je untuk family members. Last-last lintas satu supermarket Esselunga. Masuk laju-laju sebab dia tutup kul 9 dan kami sampai tu dah 8.30. Sepantas kilat borong olive oil, coklat, kids beli jajan diorang, dan sebagainya. Dan terus balik.


Kepenatan dah by the time sampai bilik. Dengan sejuknya. Nasib baik toilet ada 2, lagi cepatla semua orang siap. Kids solat dan terus tido. Esok dah nak balik dah ni. Pagi takde agenda langsung. Ayah kata dia dah malas nak terkejar-kejar, takut stuck kat mana-mana nanti susah. Since hotel ni pun breakfast included dan check out kul 12, kami akan bersantai di bilik je sampai kul 11. Aku ikut je kata boss, untuk kemaslahatan bersama. 

Sunday 1 December 2019

Winter Trip 2019 Day 8: Pisa - Portofino - Turin


29 November 2019

Lepas Subuh tu bermalas-malasan sebab nak masak breakfast pun bahan semua dah takde. Ada sikit croissant yang hotel bagi complimentary breakfast box semalam, Milo 3 in 1, biskut-biskut je. Bolehlah, buat alas perut. Mula bersiap pukul 8 tu sebab check out pukul 10. Dalam 9.30 kami keluar. Check out lancar je, antar kunci je.

Kami pun mulakan perjalanan ke Pisa. Tak jauh, dalam setengah jam. Sampai sana park kereta, dan terus berjalan ke Pisa. Lintas beberapa kedai halal dan nampak 1 kedai pizza/pasta yang ada vegan menu. Aku tertarik dengan yang tu. Tapi kedai dia bukak pukul 11, jadi kami masuk kedai kebab tu dulu beli samosa dan fries makan sambil jalan dalam kawasan Pisa tu. Layankan anak-anak bergambar.

Hari ni mendung, so gambar agak kurang menarik. Aku pun sebab dah sampai sini, takdelah beria benar nak bergambarnyer. Orang pun ramai, bagi can la diorang nak posing-posing.

Selesai kat situ, kami belek-belek souvenir yang banyak terjual di sekitar Pisa tu. Memang banyak sungguh. Gerai saja macam Uptown. Semua Bangladesh. Nampak aku, semua pakat cakap Melayu. “Muslim price, murah murah. Ayuh sini.” Aduhai. Beli fridge magnet yang paling murah kami jumpa, 8 bijik EUR5. Then pegi kedai pasta tadi makan pasta and pizza. Siap makan kami pergi kedai kebab tadi balik sebab masa awal kami beli snek tadi, dia offer kata boleh tumpang solat kat kedai dia. Kami bungkus la sekali food sikit untuk bawak jalan, baru mintak nak tumpang solat. Gilir-gilir solat kat kedai souvenir member dia kat sebelah tu.

Lepas solat tu sementara Ayah pergi toilet, kami belek barang kat kedai dia. Beg kulit cantik-cantik. Datang Ayah terus suruh aku beli. Aku tak minat sangat, tapi bersungguh dia berkenan ada satu tu. Harga EUR 49, dia tawar sampai dapat EUR 30. Masa nak tawar-menawar tu ada beberapa customer masuk yang memerlukan attention shopkeeper tu, and aku berkali-kali cakap jom blah, tak yah beli. Tapi Ayah stay gak kat situ, dia nak jugak. Last-last dah agree nak beli tu baru belek betul-betul beg tu. Aku jadi was-was tengok lining belah dalam beg tu. Mcm pig skin, tapi tak sure. Bila tanya mamat tu, bersungguh dia cakap semua tu calf leather, dan cepat-cepat dia finalize sale amik duit dari Ayah semua. Nak tak nak kena amikla.

Lepas tu terus ke kereta sambung jalan ke Portofino. Aku pun tak tenang dalam kereta dok sibuk belek Google, jenis kulit apa tu. Entah. Memang takkan guna la selagi tak dapat kepastian. Bazir duit aku EUR30.

Perjalanan ke Portofino ambil masa dalam 2 jam setengah. Jalan dia kawasan berbukit jadi asyik keluar masuk terowong. Tapi view cantik! Once dah sampai jalan tepi laut tu, view dia lagi cantik. Tapi Portofino tu sendiri agak lengang sebab sekarang bukan musim tourist. Summer baru meriah. Kedai pun semua tutup. Kami makan bekal yang beli tadi, bergambar sikit, then gerak dari sana. Maybe we should have stopped kat pekan Rapallo sebab lagi meriah, lagi banyak kedai dan lagi cantik. Tapi masa tu pun dah nak Maghrib dan kami kena sampai ke Turin pulak dan bermalam dekat sana.

Perjalanan ke Turin pun banyak lalu terowong tapi sebab dah gelap tak taula view dia camane. Sampai satu spot tu kabus tiba-tiba tebal sangat. Aku terus nervous. Nampak hanya beberapa meter di hadapan. So aku pun alert temankan Ayah. Dahla speed limit situ 130km sejam, memang mencanak la jawabnye. Lori pun banyak. Kecut segala benda yang boleh kecut. Nasib baik anak-anak tido.

Akhirnya sampai Turin dalam pukul 8. Kami akan duduk Airbnb malam ni. Cari rumah dia terpinga-pinga gak sekejap. Nasib baik dia keluar dari rumah cari kami. Dahla pakcik tu sepatah haram tak reti cakap English. Ayam itik di situ, dia explain everything guna Bahasa isyarat. Silap juga kali ni aku tak gigih belajar basic Italian sebelum datang sini. Hari tu masa pergi Spain aku belajar jugak sikit, siap beli buku.

Rumah dia okay, feel agak tua-tua sikit. Tapi bolehlah, sekadar tidur semalam. Yang penting ada washing machine.

Letak beg semua, terus keluar balik sebab kids lapar. Jumpa kedai fast food halal, Chicken n Chicken, makan laju-laju, terus balik. Mandi, solat, basuh baju, sidai baju kat heater. Kepenatan hari ni. Anak-anak tidur sofa bed kat ruang tamu. Yang penting rumah dia warm, so dapat tidur selesa.

Winter Trip 2019 Day 7: Cascate Del Mulino - Livorno


28 November 2019

Bangun pukul 6 untuk Subuh dan terus masak nasi goreng untuk breakfast, dan banana pancake cucur adabi untuk kids. Sambil-sambil tu menaip apa yang patut, uruskan baju-baju yang berjaya kering dengan khidmat heater. Packing. Sebab kami nak meninggalkan Rome hari ni.

Dalam pukul 8.30 kami keluar check out dari sana. Letak luggage semua dalam beg, lepas tu menapak ke St Peters Basilica tu memandangkan semalam tak dapat masuk. Alhamdulillah, hari ni lancar je. Dapatlah tengok dalam tu. Kami berjaya beat the crowd untuk masuk, sebab by the time kami keluar balik dari sana, orang yang nak masuk dah beratur panjang untuk scan beg sebelum masuk tu. Mostly tour groups.

So kami jalan ke kereta semula, dan memulakan perjalanan kami. Destinasi akhir kami ialah Milan sebab flight balik dari sana. So kami kena buat perjalanan yang agak jauh. We have a few route choices. The traditional, most popular route would be to go through Florence. Tapi kami tak berminat nak pergi Florence. So lepas research, kami decide untuk lalu tepi laut, menghala ke Livorno. Dalam perjalanan ke sana ada kawasan hot spring yang cantik. Nak pergi bermandi-manda di sana.

Perjalanan ambil masa dalam 2 jam. The last 45 minutes tu jalan dalam kampung orang, ladang-ladang in the middle of nowhere. Tiba-tiba tersembul kawasan air panas tu. Air terjun bertingkat-tingkat warna biru muda. Facilities pun takde kat situ. No toilet, no changing room. Just a parking area. Nasib baik biasa pergi mandi sungai kecik-kecik dulu, retila jugak tukar baju di khalayak ramai. Haha. Orang pun tak ramai kat situ. Masa kami sampai tu mungkin adalah dalam 10 orang mat saleh tengah mandi.

Air dia sedap-sedap je, tak panas sangat pun. Untuk si Kakak yang kulit macam boleh mandi lava bak kata Adik, dia tak berapa enjoy kat situ. Not hot enough katanya. Pastu dia tak tahan bau telur rebus tu. Gasaklah, kami semua nak berendam. Adik yang paling enjoy. Bila tengok tempat tu rasa macam tak boleh relate dengan otak sebenarnya. Sebab air dia biru cerah dan ada air terjun laju. Rasa macam air dia sejuk sangat. Tapi air dia panas. Otak aku ni selalu associate air panas dengan kolam-kolam je, takde air terjun.

Mandi-manda dalam 40 minit, then kami mula bersiap untuk gerak dari sana. Ambil wuduk siap-siap dalam air tu, lepas tu pergi kat tempat parking, solat kat tepi kereta. Barulah teruskan perjalanan ke Livorno, tempat kami akan berehat satu malam sebelum sambung perjalanan esok.

Perjalanan ambil masa lagi 2 jam lebih. Hari ni pun kami Cuma makan bekal-bekal yang bawa pagi tadi, nasi goreng yang aku masak, roti, biskut dan sebagainya. By the time sampai Livorno, hari dah gelap. Pukul 6 lebih. Angin kuat dekat sana. Kami tinggal di Suite Marilia Apartments & Holiday Home.

Reception staff dia sangat baik, hantarkan kami sampai ke bilik untuk explain how everything works. Bila sampai di bilik, aku cukup impressed. Aku ingatkan hotel biasa, tapi dapur ada jugak. Ada double bed, ada sofa bed, bilik dia cukup warm and cosy and ada balcony dengan ampaian segala. And then dia cakap there’s been a mistake. Bilik yang dia bawa kami tu tak complete. Sepatutnya sofa bed tu dah siap untuk anak-anak. Dia call colleague dia, dan terus kata dia akan upgrade kami ke a bigger room where the sofa bed is ready for use.

Bilik yang kedua ni lagila gaban besar. Kalau tadi macam studio, kali ni katil double tu dalam bilik sendiri. Sofa bed tu pulak ada pintu sliding depan dia yang boleh convert jadi another room. Meja makan 6 tempat duduk, dapur semua complete. Balkoni dia bapak punye besar. Kat balkoni pun ada meja makan 6 tempat duduk, dengan 2 lounger and masih ada ruang yang besar untuk berjalan-jalan. Ampaian pun ada sekali.

Eh, berbunga-bunga hati aku. Toilet pun selesa. Luas. Sedih betul duduk sini 1 malam je. Kami dapat bilik hotel ni harga RM 316 je satu malam. Jauh lebih murah berbanding rumah-rumah sebelum ni yang banyak je benda tak memuaskan hati aku. Dan bila aku check kat Booking.com harga bilik yang diupgrade ni, satu malam RM700 lebih. Pehh… Alhamdulillah rezeki.

Kami ni dari siang tadi belum makan betul-betul. Adala ura-ura nak keluar balik lepas letak beg, nak cari seafood ke apa sebab dok tepi laut kan. Tapi anak-anak protes. Mama dah janji malam ni boleh makan Maggi katanya. Memang pun aku dok delay Maggi tu hari-hari. Aku janji nak makan kat hotel ni sebab ingat takde dapur, so nak rendam air panas je. Telur pun aku dah beli siap-siap. Yela, hari ni jalan jauh, takut sampai lewat kedai makan dah tutup. Bila sampai sini ada dapur, lagi membuak-buak la budak-budak ni nak makan Maggi.

Kami terpaksalah beralah. Gigih sangat pulak nak suruh diorang makan dulu baru pakat keluar cari dinner kami pulak. Letih dah ni. So 3 paket Maggi dimasak. Untuk Ayah pulak aku gorengkan scrambled egg makan dengan roti. Berjayala jugak kempiskan lagi stok makanan yang kami bawa tu. Tinggal biskut-biskut, Milo 3-in-1 dan sikit lagi beras tak terguna. Kalau ada rencahnye tu, nasi tu pun aku masak buat nak goreng esok pagi. Tapi rencah, kicap semua takde. Ada garam dengan pepper je.

Siap makan tu kemas-kemas sikit, anak-anak mandi, solat dan tido. Sedap bilik ni, warm je. Cosy. Kat luar angin kuat, bergegas-gegar sliding door.

Friday 29 November 2019

Winter Trip 2019 Day 6: Rome


27 November 2019

Happy birthday to me!

Bangun pukul 6, Subuh dan terus prepare breakfast. Birthday tak birthday, tetap kena jadi mak. Haha. Pisang yang aku beli semalam aku bancuh dengan tepung cucur lemak manis Adabi, jadi pancake pisang. Sedap gak. Lebihan nasi semalam pulak aku goreng je bodoh-bodoh. Rumah ni ada kicap masin, bolehla goreng nasi. Kicap aku boleh tertinggal kat KL, tenang dan damai dalam rak dapur rumah.

Makan-makan breakfast semua, bersiap, dalam pukul 8.30 kami keluar. First sekali kena pi bayar parking dulu, EUR4 untuk sepanjang hari sebab Ayah tak jumpa free parking malam semalam. Barulah kami gerak ke St Peter’s Basilica, yang sangat dekat dengan rumah kami. Sepanjang jalan tu ada orang dok bagitau, today the church is closed. Rupanya setiap hari Rabu pope akan keluar jumpa Jemaah dia jadi nak masuk dalam church tu tak boleh. Kami nampaklah sekilas pope tu dekat skrin TV yang ada dekat situ. So tak jadi masuk church tu, kami jalan ke Castel San Angelo.

Of course knowing me, semuanya touch and go je, pergi ambil gambar. Malas plak aku nak masuk dalam muzium banyak-banyak. Kalau murah mahupun free sekalipun, the thought of being indoors in such a lovely weather is so not appealing. I told the kids, I introduce them to all this history, but kalau diorang nak mendalaminya, come back someday on their own and plan their own itinerary.

Kami jalan pula ke Spanish Steps di Piazza di Spagna. Dari sana kami ke Trevi Fountain yang penuhnya ya rabbi. Jenuh nak ambil gambar. Bagi syiling kat kids untuk campak dalam air tu macam kami buat dulu. Saja syok-syok.

Dekat situ dah dekat dengan satu kedai halal yang aku terbaca and ingat nak try. Dia kata authentic halal Italian food. Aku dah excited nak makan pasta ni. Tengok-tengok sampai sana, it’s just another kebab joint with some pizza as well. Blegh. Kids jelah makan, aku cubit-cubit sket je. Sebelum gerak tu terjumpa 1 family Melayu kita, couple dengan 3 anak. Sembang sekejap pasal Venice sebab diorang akan pergi esok.

Barulah kami teruskan perjalanan ke Pantheon, ambil-ambil gambar sikit. Pergi Piazza Navona pulak. Dekat situ kami beli gelato 3 , yang ada 2 flavours each. Layann.. Aku excited nak pergi Piazza Navona ni sebab masa aku datang sini dulu ada ramai orang buat performance, tunjuk skill melukis semua. Nak bagi anak-anak tengok. Tapi hari ni semuanya takde. Sayanglah jugak. So kami proceed lagi nak ke Colosseum.

Tapi it started drizzling, so apa kedai yang ada kat situ kami singgah je. Beli pizza untuk kids dan gnocchi sepinggan untuk aku n Ayah. Makan kenyang, hujan reda, sambung jalan. Pergi Colosseum pulak. Lalula Roman Forum tu.

Kat situ kena scam seround dengan mamat Africa. Dia sibuk dok high-five anak-anak aku, lepas tu bagi kami semua gelang sorang satu. We are Muslim, katanya. You take this, it’s free from me. Pastu bila kami gerak dia himpit laki aku bisik kisah sedih family dia miskin kat Kenya la bagai. Hulur jela duit sikit. Puihh.. Lepas pada tu, sapa yang ajak sembang pun aku ignore je dah.

Kat Colosseum tu bergambar puas-puas tapi langit dah makin gelap. Nak hujan. Google cari Masjid, ada satu within 15 minutes walk so we walked there. Nama apa masjid dia pun aku tak tahu, tapi dah tak jauh dari stesen Termini. Tumpang solat kat situ. Dalam tu ramai Africans and they make me so nervous. Siap smayang tu laju-laju aku ajak semua gerak. Walaupun hujan agak lebat kat luar. Aku ajak diorang lepak kafe minum hot chocolate. Tak mau dok dalam masjid tu lama-lama. Sat gi depa lock kami dalam tu mampuih.

Dah reda hujan baru kami menapak ke Termini,  sebab itinerary hari ni dah berjaya completekan. Nak cari tempat shopping la pulak. Dan anak-anak nak makan (lagi). Keliling Termini station tu ada banyak kedai halal, so kami pilih untuk makan di Chicken Hut. Ala-ala KFC gitu. Aku tak makan pun, curi fries diorang je. Masa tu dah gelap, dalam pukul 5 lebih. Nak sambung berjalan lagi pun, hujan lebat balik. Last-last kami naik Metro je balik ke rumah. Station Metro memang betul-betul sebelah rumah kami je sebenarnya.

Dekat area rumah tu baru kami memborong fridge magnet Rome dan beli T-shirt untuk anak-anak nan ramai di rumah. Itu jelah termampu nak beli. Beli sekali jajan sket untuk drive jauh esok, dan telur untuk breakfast esok pagi.

Dah sampai rumah dalam sejam macam tu, aku dah siap mandi, dah masukkan baju dalam mesin basuh, dah masak nasi untuk buat nasi goreng pagi esok, ready nak solat, baru aku perasan beg galas yang kami bawak tadi takde. Aku yang pakai, dan masa pilih baju beli souvenir tu aku letak bawah sebab kedai sempit, orang nak lalu tak boleh. Peh, boleh tertinggal kat kedai. Boleh teringat pun sebab sejadah dan telekung Kakak dok dalam tu. Nasib baik kedai depan rumah je, laju-laju Ayah turun pergi cari. Sib baik brader-brader Bangla tu simpankan. Diorang memang baik dengan kami. Mamat yang handle our purchase tadi ada 4 orang abang dekat Malaysia. Next year pun dia akan pergi melawat abang dia, dia kata. Rezeki ada lagi beg askar anak jantan aku tu. Dalam tu takde valueables, tapi masih barang kami yang sangat kami hargai.

So selesai tu, sidai kain bawah heater, pastu kerah anak-anak suruh tido. Esok nak beransur dari Rome ke destinasi seterusnya. Tapi pagi kena pi cover St Peter’s Basilica dulu sebab tadi tak dapat.

So all in all, it was a good birthday. I didn’t get cake or the pasta I really wanted. But we managed to see everything we came to see. So I’ll take that.


Winter Trip 2019 Day 5: Naples - Rome


26 November 2019

Bangun awal pagi sebab kami perlu gerak ke airport pukul 7. Flight kami ke destinasi seterusnya pukul 9.10 pagi. Bangun tu packing, budak-budak bersiap tukar baju semua. Subuh 5.30 so just nice je. Reception masih tutup jadi dia dah pesan semalam, tinggal je kunci dalam bilik. Dia pesan sekali, pergi je ambil apa makanan yang ada dalam breakfast room dia tu. Makanan kering jela ada macam biskut-biskut, paket Nutella kecil, jus-jus dalam botol macam tu.

Pukul 7 tu transport sampai, kami terus ke airport. 5 minit je dari hotel kami sebenarnya. Tapi standard charga dia EUR20 untuk 4 orang. Bayar jelah, demi kemudahan dan kelancaran. Airport pun lengang je, airport kecik. Drop baggage sume siap, masih ada masa dan gate mana pun belum keluar info lagi. Kami lepak dulu, beli jajan, makan-makan.

Masa boarding flight pukul 8.30 tu line kemain panjang. Flight sangat penuh. Nasib baik beli tiket dan online check-in awal. Siapa beratur belakang yang bawak beg troli carry on semua dia pasangkan tag masukkan dalam bonet kapal sebab ruang atas kepala tu dah penuh. Sib baik free je. Hehe.. Flight gerak dan sampai 10 minit awal. Alhamdulillah. Kami membuta je dalam flight tu, recharge energy.

Sampai di NAPLES dalam pukul 10.10 pagi. Sama macam di Venice hari tu, takde cop-cop passport ke pape, terus sampai kat tempat collect beg. Lepas tu terus keluar. Kami ambil shuttle ke tempat collect car rental. Masalahnye kaunter company car rental kami tu beratur panjangnya ya rabbi. Kaunter company lain sume kosong. Nampak sangat company ni bagi rate murah. Kami dapat sewa kereta untuk 5 hari pada harga dalam RM700 lebih. Okla.

Sementara Ayah beratur, kami berdiri tercongok kat luar sebab takde kerusi. Adalah sejam jugak. Baru selesai dapat kereta. Serabut sikit hari ni sebab by then dah kul 12 lebih. Kami nak ke Pompeii dulu, lepas tu nak kena gerak ke Rome yang ambil masa dalam 3 jam drive. Angan-angan asal nak pergi Sorrento lah, Amalfi Coast lah, semua harapan. Masa suntuk, siang pendek, cuti kurang. Kuikuikui…

Sampai di Pompeii dalam pukul 1. Terus pergi beli tiket masuk ke Ruins of Pompeii tu. Sorang EUR17, dewasa sahaja. Kids tak payah bayar. Dekat tepi-tepi tu ada banyak kedai orang jual makanan. Belilah pizza 2 potong bagi anak-anak makan. Sian diorang, dahla malam semalam tak dinner, hari ni pun belum makan proper lagi. Lepas tu baru kami masuk dalam.

Dekat sini tak banyak write up dan info, jadi kalau masuk tanpa guide memang terpinga-pinga la sikit. Kami consider jugak nak beli tiket yang dapat guide tadi sebab Adik sangat interested pasal topic ni, tapi duration tour dengan guide ambil masa more than 2 hours, which we don’t have. Kami dah janji dengan tuan rumah di Rome untuk sampai dalam pukul 7. By 3 lebih kami dah kena gerak, taking into account masa nak solat semua sekali.

But it was interesting, looking at the ruins and imagining what it was like back then. Gunung Vesuvius tu ada je dekat belakang tu, about 10km away. And there is a high chance yang ia akan meletus lagi sebab ia masih aktif.

Ayah bagi masa sampai 2.30 untuk kami merayau dalam tu. Pukul 2.30 tu, sama ada sempat habis round ke tak, kami terpaksa gerak. Ambil wuduk siap-siap di toilet dalam ruins tu, lepas tu kami pergi solat dekat dengan tempat parking kereta. Ada taman kat belakang tu, solat je dalam alam sekitar.

Barulah tenang nak sambung perjalanan. Akhirnya sampai di Rome dalam pukul 7 lebih. Parking agak susah cari dekat kawasan tu, but we managed. Tuan rumah kami datang bagi kunci dan tunjukkan camane nak guna rumah dia. Kami book melalui Airbnb. It was okay, but not as okay as I hoped it would be. Some areas rumah dia rasa agak tak bersih and we ended up using selipar/socks dalam rumah sebab tak selesa. What we noticed was dia berusaha keras sangat untuk mencantikkan rumah dia sampai jadi serabut. I’d prefer a clean, sparse, spacious apartmen berbanding apartmen yang ada banyak benda unnecessary sebagai hiasan. Dahla dia jemur cadar-cadar dia dalam rumah tu dekat ruang tamu, so we basically couldn’t use the ruang tamu. Haihh..

Nasib baik ada washing machine. Itulah perkara pertama yang aku guna. Clearkan sikit baju kotor. Lepas tuan rumah tu balik, kami turun ke kedai runcit keliling area ni beli bahan makanan sikit. Susu, roti, telur dan pisang sebijik buat masak pagi esok. Lepas tu terus balik masak nasi putih, sup sayur dan telur dadar. Lega agaknya si Kakak dapat makan sup malam ni walaupun takde ayam.

Selesai tu memang terbongkang la semua. Penat wehh…

Thursday 28 November 2019

Winter Trip 2019 Day 4: Venice



Tidur nyenyak semalam walaupun lambat. Bilik kami selesa. Anak-anak tidur di sofa bed yang nampak cukup cosy. Masa kami sampai, sofa bed tu dah sedia setup dengan cadar, selimut tebal semua lengkap. Aku dan husband pulak dalam bilik. Ada 1 toilet, ada dapur kecil, ada meja makan. Alhamdulillah. Tapi celik-celik mata tu aku teringat pasal iron, puas aku bukak semua almari dan laci, takde. Maka kena repeat tudung semalam sebab yang tu paling kurang renyuk.

Bangun Subuh pukul 6 tu, terus berjaga kerja sikit. Kejut anak-anak semua, lepak-lepak sampai dalam pukul 8, kami keluar bilik. Disebabkan semalam reception dah tutup, kami diarahkan untuk pergi check-in pagi ni selepas pukul 8. Breakfast pun dihidangkan pukul 8. Booking kami termasuk breakfast. So pergi makan puas-puas. Ambil roti, butter, yogurt, biskut-biskut, air, telur rebus. Segala yang halal untuk dimakanlah.

Kami dapatkan bantuan reception jugak untuk info ke Venice dan jugak uruskan transport untuk ke airport semula esok untuk ke next destination. Dah dapat info semua, kami ke bus stop dekat depan hotel tu, naik bas ke Piazzale Roma, stesen untuk Venice.

Sampai sana kami beli day pass untuk 4 orang, EUR55. Dengan pas ni kami boleh naik turun water taxi unlimited sepanjang hari, including naik bas balik ke hotel petang nanti. Reasonable bagi aku, dan most importantly ialah convenient. Seterusnya kami pergi cari sim card untuk kegunaan the rest of the trip. Dapat pakej 30gb data for EUR 30. Ambik jelah memandangkan ada 4 orang nak guna.

Lepas setel tu barulah start berjalan. Alhamdulillah rezeki hari ni cuaca cantik sangat. Matahari cerah. Since kami dah beli day pass tu, layankanlah anak-anak nak naik water bus. Kalau aku berdua je, memang kami menapak je sebab rasa lagi laju. Dapatlah experience lalu Grand Canal ni lagi sekali selepas 7 tahun. Masih cantik. Ambik-ambik gambar puas-puas.

Then sampai di Piazza San Marco. Barulah kami sedar rupanya masalah Acqua Alta hari tu masih belum selesai. Masa kami sampai air tengah pasang, dekat tengah dataran tu penuh air. Platform tempat orang berjalan masih penuh everywhere. I consider ourselves lucky sebab dapat menyaksikan something so significant and rare. Orang tetap ramai tengah dataran tu. Kami mula merayau di kawasan tu, masuk ke celah-celah Lorong, cuci mata tengok barang souvenir yang dijual. Sama macam dulu, aku memang fascinated dengan kaca-kaca tu. Tapi kali ni dah tua sikit, dah boleh kawal nafsu membeli. Sebab sedar diri, tak pakai pun.

Pergi bergambar di Bridge of Sighs, di Rialto Bridge semua. Lepas tu mula bincang pasal nak ke Burano dan Murano. Yang Kakak dok sibuk nak makan. Tapi kalau kami duduk makan, memang melepas la nak tengok semua benda sebab pukul 4.30 dah Magrib kat sini. So kerah dia ajak ke Burano dulu.

Perjalanan bot ambil masa dalam 40 minit. Orang agak ramai. Bot tu berhenti di Murano dan beberapa pulau lain dulu. Sampai di Burano jalan sekejap, kami terus cari kedai makan je. Ada 1 kedai tu menarik perhatian aku sebab ada gambar fish lasagna yang nampak kemain sedap. So kami decide untuk makan dekat situ. Malang nasib aku, fish lasagna habih. Memandangkan dah duduk dan orang lain semua dah order, terus jela. Aku tukar order kepada gnocchi. Makan puas-puas. Lepas tu beranikan diri tanya dekat waiter kedai tu untuk tumpang solat dekat situ. Dekat belah belakang kedai tu ada satu bilik, ruang makan juga yang ada kerusi meja semua tapi kosong. Macam diorang bukak tempat tu kalau ramai sangat orang or ada group besar datang. Kami mintak guna ruang tu. Dia bagi. So kami gilir-gilir la. Toilet dia pun selesa, ada sampai 3 cubicle.

Selesai semua barulah lega nak berjalan. Bergambar sampai dah senja. Barulah kami naik bot ke Murano. Cubalah nasib walaupun hari dah gelap. Dan memang takde rezeki kami, kilang-kilang buat kaca tu semua dah tutup. Tinggal kedai dia je bukak. So boleh window shopping jelah.

Tak lama pun dekat situ, kami naik bot balik ke main island. Dari sana kami jalan kaki nak ke stesen bas sebab nak ambil peluang window shopping sekali. Nak beli souvenir sikit. Adik beli topi captain Venice tu, dan Kakak beli subang kaca Murano dekat Murano tadi (walaupun lubang subang kat telinga dah kambus. Dia kata balik Malaysia dia nak tindik balik.)

Penat berjalan, kami naik juga bot sampai ke main station tu, dan terus dapat bas balik ke bilik. Adik dah tersengguk-sengguk dalam bas. Walaupun jumpa beberapa kedai kebab halal tadi, kami tak beli sebab dalam bilik ada dapur. Kakak dah kemaruk nak makan nasi sup so aku kena masak balik tu.

Sampai je bilik aku terus nak mulakan operasi. Bukak api dulu nak panaskan air sup. Tengok-tengok dapur dia tak working. Api tak mau nyala. Cari suis apa semua tak jumpa. Ayah pergi reception nak mintak tolong, reception kosong. Kakak dah bergenang-genang air mata. Nak buat camane, bukan aku saja tak mau masak. Nasib baik aku tak basuh beras lagi. Last-last apa lebihan roti yang ada jelah jadi santapan. Bukak paket sup Campbell. Itupun Kakak tak jamah. Dia makan roti kosong dengan Milo secawan. Haihhh…

Tido dalam tangis malam ni dia. Tengoklah esok camane pulak ye…

Winter Trip 2019 Day 3: Interlaken - Bern - Geneva



Pukul 4 pagi Adik terjaga kacau-kacau kata tak boleh tido. So aku pun terjaga sama. Aku kerah dia tido balik tapi aku bangun kerja. Pukul 5 tu aku masuk tido balik sekejap sampai pukul 6, lepas tu terus bangun prepare breakfast. Buat sandwich telur je, nak abiskan barang-barang yang tak leceh nak bawa masuk flight.

Makan-makan, aku mengadap laptop sikit. Lepas tu masuk bilik lelap sekejap. Kami plan nak keluar lambat hari ni sebab dah nak check out dan hari ni perjalanan dia panjang. So nak mengumpul tenaga selagi boleh.

Pukul 8.30 bangun packing semua, kerah anak-anak bersiap semua, tepat pukul 10 kami keluar dari apartment tu. Pekan Interlaken tu lengang, langsung takde orang. Begitulah pemerhatian kami kalau hari Ahad dekat Europe ni. So terus je gerak ke Bern. Waze bawa lalu jalan kampung, tak naik highway, jadi ada beberapa location yang cantik dan kami stop bergambar.

Pukul 11.30 sampai di Bern. Pekan dia cantik, bangunan lama-lama, ada jambatan yang sangat tinggi. Kami tak plan nak stay kat sana lama, sebab destinasi akhir kami ialah Geneva untuk naik flight malam ni. Aku ingat nak merayau dekat Bern dalam sejam, lepas tu terus gerak ke Geneva dan spend the whole day kat sana santai-santai.

Tapi perut budak-budak ni macam berlubang, asyik lapar je. Dah terpaksa pergi cari kedai kebab yang agak jauh dari town center. Jalan kaki ke sana dan used up all the time to eat. By the time selesai dan jalan kaki balik ke town, kami dah berada kat sana almost 2 jam. Yang lebih mengecewakan aku ialah hari Ahad kat tengah town Bern tu, semua kedai tutup. SEMUA. Even some restaurants tutup. Macam-macam kedai ada kat situ, branded mahupun butik tempatan dan pasaraya, semua tutup. Hish! Duit Swiss aku banyak lagi woi!

Anyway, alang-alang dah pukul 1, kami cari masjid sekali, solat terus so tak kelam-kabut bila sampai Geneva nanti. Masjid Assalam nama dia. Bilik solat perempuan dia ada ramai orang dok bersosial, riuh-rendah. Kami tumpang solat je, pastu terus gerak. Sempatla Ayah dan Adik selitkan duit 10 franc yang kami jumpa semalam tu dalam tabung. Hihih.

Perjalanan ke Geneva ambil masa dalam sejam 45 minit. Aku suruh budak-budak ni tido untuk save energy, langsung tak nak dengar kata. Aku malas nak cakap banyak. Malam kang sampai lewat sapa melalak aku tangankan je. Huhuh.

Sebab gerak pun dah pukul 2 lebih, kami sampai Geneva dalam pukul 4. Bandar Geneva ni meriah sikit, banyak kereta. Tapi orang ramai-ramai kat town tu pun aku still tak faham diorang buat apa, sebab kat sini pun sama, SEMUA tempat shopping tutup. Kami punya menggagau cari parking, pukul 4.45 baru dapat.

By that time, hari pun dah senja. Keluar jugakla berjalan keliling Lake Geneva tu, ingat nak tengok Jet D’eau, air pancut tinggi yang famous dekat sini. Tapi air pancut tu pun tutup pukul 4. Kami ada time to kill sampai pukul 6 baru nak ke airport sebab flight malam ni pukul 9.30. Tapi masa tulah diorang merengek pasal nak makan lagi. Haduh menyirap terus aku. Padahal dalam kereta tadi diorang dok mengunyah je. Mana tempat singgah pun dia mintak makan. Abis aku ni kat semua town memang nampak rupa kedai makan jelah.

So terus patah balik ke kereta nak ke airport terus. Kalau nak cari makan pun kat airport jelah sebab kat sini takut ralit dan terlambat. Pusing cari stesen minyak dulu, lepas tu pergi return kereta sewa. Semua selamat alhamdulillah. Takde extra charge apa-apa. Anak-anak dah kepenatan by then, so jenuh nak memotivasikan untuk bertahan lagi beberapa jam.

Naik Shuttle bus ke Terminal 1 Geneva Airport. Drop baggage di kaunter. Kami naik Easyjet sebab itu paling murah. Aku dah beli luggage 46kg (23kg + 23kg) untuk mengangkut luggage kami. Tapi agak poyo sket sebab orang kaunter tu hanya benarkan 2 luggage walaupun beratnya masih belum mencapai 46 kg. “Because you bought weight for 2 luggages only,” katanya. Kalau korang approve 46kg tu untuk kami maknanya ada jelah ruang untuk tu tak? Puih! Takpelah, nasib baik lagi 1 luggage kami tu cabin size, so boleh je bawak naik kapal.

Lepas scan beg sume riuh sekejap sebab Adik tercicir glove pulak sebelah. Hadaplah sebakul kena berleter dengan aku. Walaupun glove ada 2 pasang, yang tercicir tu yang lebih sesuai dipakai lepas ni sebab cuaca dah tak sejuk sangat. Ski glove tu dah boleh simpan dah. Terpaksa beli barulah nampaknya nanti.

Ada masa lagi, jadi kami pergi ke meditation room dia untuk solat. Dalam kawasan transit, aras mezzanine. Agak jauh ke belakang, tapi toilet dekat jadi senang. Ada beberapa lelaki pun tengah solat dalam tu. Saja suruh solat siap-siap sebab sampai destinasi nanti dah dekat tengah malam. Sure budak-budak ni dah tak boleh berfungsi dengan waras. Setelkan je semua siap2.

Lepas tu tunggu di gate, beli sandwich sikit buat alas perut. Boarding pukul 9.30 dan off we go. Flight ambil masa sejam je.

Dalam pukul 11 malam kami sampai di Venice. Beg pun terus keluar, dan takde beratur-beratur cop passport bagai. So terus keluar. Ambil teksi terus ke hotel kami. Venicegreen Agriresort.

Kami masuk sendiri je dulu sebab reception dia dah tutup. Esok pagi baru pergi check-in officially. Kids tak mandi, tak apa, tukar baju tido dan terus tido. Kami pun bersurailah for the day. It’s been a long day.


Monday 25 November 2019

Winter Trip 2019 Day 2: Grindelwald - Lauterbrunnen - Interlaken


23 November 2019

We all had a real good night’s sleep, sebab pukul 7 dah tido. Aku terjaga pukul 5 pagi so aku terus bangun kerja sekejap. Pukul 5 is acceptable la bagi aku. So we all got over our jet lag pretty fast. Aku dah letak nasi malam semalam, so pagi ni lepas Subuh dan siap kerja tu aku goreng nasi guna rencah nasi goreng aku bawak from KL. Nasi goreng bodoh je, letak telur 3 bijik. Malas aku nak letak sayur-sayur, kang budak-budak ni tak nak makan.

Breakfast dengan milo panas, roti sikit, lepas tu semua melepak je sebab lambat cerah. Dekat pukul 8 baru kami mula bersiap. Nasi goreng lebih aku bungkus buat bekal. Dekat pukul 9 tu kami keluar merayau dulu sekitar rumah ni. Cantik! Keliling ni pun dah nampak gunung-ganang semua, ada sungai jernih. Memang best. Puas dekat sini, kami gerak ke Grindelwald.

Perjalanan tak jauh pun, dalam 30 minit je. The view all the way was superb. Some places dah ada salji pun. Kids la excited. Sampai di Grindelwald, kami parking dalam bangunan parking, lepas tu keluar jalan-jalan. Angin agak kuat, tapi bukan all the time.

Kami hala ke kawasan bergambar yang disediakan, tapi kawasan tu penuh berais. Sangat licin. Dan aku pun tergolek terduduk atas ais tu di hadapan khalayak ramai. Aduh, jatuh saham betul. Terpeleot sikit pergelangan tangan kanan aku sebab reflex menahan badan sendiri yang dah semakin montok ni. Tapi control macholah, amik2 gambar. Gelak-gelak, bergurau-gurau. 

Ada 2 orang student from Indonesia datang tolong amikkan gambar kami berempat, and kami amik gambar diorang. Lepas tu rilek je bagi anak-anak main snow kat situ. Kami takde packed itinerary pun ari ni. Go with the flow je. Budak-budak sambung main dekat playground pulak sampai puas. Sampai it started drizzling baru kami ajak diorang masuk dalam kafe dekat situ. Order 2 hot chocolate dan sepinggan besar fries. Pastu lepak sembang-sembang sambil tengok ada competition ice skating dekat bawah kafe tu. This is the kind of vacations that I like and I see that the kids really enjoy. Takde mengejar nak tengok banyak benda sangat.

Abis makanan tu, pergi toilet semua siap-siap, kami gerak dari sana. Sempat kena pau 2 bijik kinder joy dekat Coop sebelah parking tu. Haha.

Kami gerak ke Lauterbrunnen pulak. Pun tak jauh, dalam 20 minit perjalanan je. And surprisingly tempat tu sunyi je walaupun popularity dia lately macam agak tinggi. Kami park di parking terbuka, lepas tu merayau kat area situ. Cuaca sedap-sedap je, agak mendung, tak berangin, suhu pun tak rendah sangat. Kami boleh keluar tanpa berbungkus dan tak perlu pakai glove tu says a lot la kan.

Since tempat tu takde orang dan sangat cantik, kami pun finally dapat utilize our tripod untuk bergambar berempat banyak-banyak. Puas hati aku. Kids pun seronok dapat berlarian dan main puas-puas. Kami jalan kat pekan dia tu sampai ke station kereta api gunung, tapi we decided not to go up sebab 1) parking dah bayar untuk 2 jam saja, 2) nak balik solat kat bilik dan 3) harga dia confirm mahal.

So balik ke kereta, kami lepak situ dulu makan bekal nasi goreng tadi bagi kenyang-kenyang. Tengah budak-budak tu dok main, diorang jumpa sekeping not CHF 10 terbenam dalam salji. Kawasan parking tu memang kosong, kami je ada. Nak tanya orang pun tak tau nak tanya sape. Parking pun mana ada attendant, ada mesin je. So fikir punya fikir, kami amik je, esok kalau ada singgah masjid mana-mana kita masuk tabung.

So balik ke Interlaken semula. Masa tu baru dalam pukul 2.45 petang. Perjalanan balik pun dalam 20 minit je. Sampai bilik sempat solat, freshkan diri sikit, simpan barang-barang yang tak perlu bawa. Then kami keluar merayau di pekan Interlaken pulak. Jalan kaki je. Depan rumah kami ni je, dalam 5 minit jalan. Banyak kedai luxury items dekat sini. Hotel mewah pun ada beberapa. Kita jalan-jalan cuci matalah. Teringin nak membeli, dan nak merayau sampai lewat. Tapi si Kakak pulak dah start selesema dan tak larat. Dalam pukul 5 lebih tu dia dah ajak balik. Hari memang dah gelap, dan aku rasa mind set budak-budak ni typical bila malam je kena balik. So baliklah.

Sementara diorang mandi dan solat, aku pulak masak ravioli dan tomato sauce yang aku beli dekat Coop semalam. Perabihla apa yang boleh. Esok nak naik budget flight, bukan boleh bawak banyak sangat benda. Rebus telur sekali siap-siap, esok pagi breakfast makan sandwich je.

Siap masak, makan semua, sumbat ubat dekat kakak, lepas tu kerah suruh pegi tido. Aku pun mandi solat semua dan melepak kat sofa sampai 8 lebih. Pastu aku pun bersurai untuk hari ini. 

Bagus betul pegi holiday ni, kualiti kehidupan terjaga. Tidur awal, bangun awal, makan kurang, berjalan banyak, rajin masak. Tu tandanya apa? Tu tandanya kena pergi selalu. Hahah.



Sunday 24 November 2019

Winter Trip 2019: Day 1 - Zurich - Lucerne - Interlaken


I thought of quitting this blog thing. But somehow I can’t haha.

So here goes.

Winter Trip 2019

Our flight is at 8 p.m. so we left for the airport at 4 p.m. Semua lancar je. Naik Qatar Airways ke Doha. Flight penuh sepenuh-penuhnya. Tapi kami dapat seat sederet 4 orang kat tengah so all is good.
Transit 3 jam, sempat solat semua. Next flight pukul 2 pagi waktu Doha. Pun semua lancar. Anak-anak tido most of the way dalam both flights. Kakak perlu disumbat ubat mabuk supaya kami semua tenang. Dia pun tido je the whole way. Dapat kids meal dalam flight kemain fancy pun dia langsung tak sentuh. Adik at least jamah la jugak sikit2.

Anyway, touchdown at 6.30 pagi waktu tempatan. HELLO ZURICH! Suhu semasa ialah 4 darjah Celsius.

Go through immigration, all good. Dia mintak nak tengok tiket balik so just bukak email tunjuk kat dia. All okay. Collect baggage. Then off we go. Since waktu awal lagi, no point keluar dulu. So kami cari prayer room dekat dalam airport untuk solat Subuh. By the time jumpa, hari dah cerah. Solat jugalah.

It’s not a proper surau. It’s a meditation area, signboard dia letak lambang suma agama: Islam, Kristian, Jewish dan beberapa lagi. In one of the rooms dah diletakkan rak dengan sejadah dan telekung so we used that. Cuma toiletnya agak jauh. So angkut semua barang ke toilet dulu, ambil wuduk, then baru ke prayer room semula.

Lepas solat baru gerak ke car rental area, pick up kereta. Kami sewa kereta untuk 3 hari dekat sini. Kali ni awal-awal sewa kereta besar supaya tak jadi isu luggage tak muat. Lancar semua, terus ke kereta. Awal lagi, hari pun baru je cerah. Masa tu dalam pukul 8.30. So kami merayau bandar Zurich dulu.

Parking kat sini agak mencabar sebab bayar mahal. Pastu dia ada limit pulak, maksimum boleh park 2 jam je. So kami park di satu kawasan tepi tasik dan pegi merayau kawasan sekitar. Kami belum pecah duit Franc, jadi ada 1 perempuan Swiss tolong kami explain how it works nak membayar parking tu. Tapi terpaksa bayar guna syiling Euro yang kami ada. Rugilah sikit sebab harga dia caj sama, tapi currency lain. Bayar guna currency mahal, lagi mahal la nilai dia.

Anyway, merayau je dekat area situ. kami takde pun research apa benda nak tengok dekat Zurich ni. Sebab pegi jalan memang sekadar nak tengok tempat orang je. Kami end up dekat satu pasar pagi yang jual sayur, bunga-bunga dan produk tempatan. Memang hilang akal lah kisahnya. Beli buah buat gigit-gigit, beli sayur untuk masak petang, beli croissant buat hilangkan lapar anak-anak. Begitulah. Jalan-jalan sekejap tepi tasik. Ambil-ambil gambar depan church. Sampai cukup 2 jam parking, kami gerak dari sana.

Terus ke Lucerne pula. HELLO LUCERNE, we meet again! Perjalanan dari Zurich ke Lucerne ambil masa dalam 40 minit.

Satu bagusnya dekat Swiss ni, dia banyak sediakan bangunan khas untuk parking. Walaupun bayar dia mahal, isu parking tak cukup tu tak wujud. Kami pun park dalam tu, siapkan anak-anak pakai tebal-tebal, then keluar. Diorang dah merengek lapar, which is the thing that happens most often in all our travels.

So depan tempat parking tu ada kedai India. Bolehla setakat nak order vegetarian stuff. Tapi bila tengok harga, beruban kepala aku. Satu pinggan lauk simple dah CHF25, which is about RM100. So aku estimate kalau 1 family makan harga dia jadi dalam RM600 duit Malaysia. Oh, lemah jantung aku. So Ayah kata kensel. Kami jalan kaki sampai ke train station, cari apa ada dalam tu. Singgah Bucherer, 1 kedai jual branded stuff untuk tumpang jamban jap. Hehe.

End up kami beli vegetarian pasta dekat kedai Bachmans. Makan terus dekat dalam station tu. Beli 1 penne pomodoro, 1 spinach ricotta ravioli with pomodoro sauce and 1 gnocchi in pesto sauce. Sedap btul makan.

Siap tu barula anak-anak boleh berfungsi seperti manusia normal kembali. Pegi ambil gambar dekat Chapel Bridge, masuk kedai souvenir beli souvenir sikit. Pergi Lion Monument yang dipenuhi tourist China n Korea. Lepas tu kami singgah Coop untuk beli groceries apa yang nak masak sikit. Best gak Coop ni. Aku jumpa mozarella cheese 600 gm harga CHF3.10. Dalam RM14 duit kita. Sayangnya tak bleh bawak balik sebab perjalanan masih panjang. Wuwuwu... Pastu coklat plak 1 bar yang besar tu harga CHF0.50. Eh geram plak, apa lagi aku borong la sket. Tetap coklat Swiss walaupun brand pasaraya. kehkeh..

Dari sana kami drive ke masjid dekat Lucerne ni. It’s an Islamic Centre yang terletak dalam 1 bangunan. Agak tricky nak cari dia. But we managed to find it. Solat Zohor Asar jamak dekat situ.

Then kami teruskan perjalanan ke tempat tinggal kami di Interlaken. Perjalanan ambil masa sejam suku. Anak-anak dah terbongkang kat belakang. Kami jela enjoy the awesome view. Tapi aku seriau sebab jalan-jalan dia agak sempit dan kereta orang tempatan agak laju. Dengan hari dah senja, mata pun nampak tak nampak je ni. Cik abang pulak dah ngantuk. Nebes ai takut jatuh gaung. Wuwuwu…

Sampai homestay pukul 5, dah Maghrib dah pun dekat sini. Tony, the owner, dah tunggu untuk explain pasal rumah dia. Aku kena mengadap adik yang bermasalah beroperasi seperti manusia normal bila tak cukup tido. Melalak seround, pastu sambung tido lagi atas sofa tanpa mandi dan makan. Last-last kami bogelkan je, tukarkan baju tido dan suruh dia masuk tidur. Tak kuasa nak layan.

Pukul 7 malam semua dah masuk tido. Makan pun gigit-gigit je apa snek yang ada. Mak tak kuasa dah nak masak. Esok pagi breakfast jelah.

Sunday 17 February 2019

Spanish Exploration 2019 - Barcelona to Doha to KL Day 11


Last day! Ya Allah, sekelip mata dah 11 hari!

Bangun Subuh lepas tu tidur balik sampai pukul 8. Bangun pun menghadap laptop dulu. Anak-anak bangun sendiri dan berebut nak mandi, so biar diorang siap dulu. Kami packing barang semua. Dalam pukul 10 lebih kami check out. Luggage semua kami simpan dekat luggage room dia dulu sebab flight kami pukul 9.30 malam ni je.

So keluar merayau dulu pagi ni. Kami jalan kaki ke Barceloneta Beach. Dalam perjalanan tu nampak ada perayaan something dekat dataran dekat-dekat hotel tu. Rupanya sekarang tengah musim festival keagamaan Kristian. Patutlah dari semalam nampak ramai orang pakai costume berjalan-jalan.

Dalam perjalanan ke Barceloneta tu ada banyak gerai-gerai dibuka, yang jual barangan specialty tempatan. Memandangkan dah jumpa ni, aku ajak jugak husband aku beli sikit. Takut terkilan kalau tak jumpa ke depan nanti. Beli kuaci salut gula yang sedap tu. Anak-anak minta homemade chocolate. Kami beli sebotol truffle oil.

Then pergi lepak tepi pantai. Cuaca sedap sangat. Suhu dalam 17 darjah, dan angin laut buat rasa segar je. Ada yang siap berbikini. Lama juga kami termenung dekat situ menikmati suasana. Sampai anak-anak bising lapar barulah kami gerak. Nak makan dekat kedai tepi laut tapi mahal-mahal harga semuanya. Jadi cari kedai Turki lagi. Ceria kejap aku, masuk-masuk kedai tengah pasang lagu Hindustan. Rindu weh dah seminggu dah dengar lagu hindustan.

Makan-makan, lepas tu gerak mencari masjid untuk solat. Hari ni jalan pun malas-malas je, slow-slow je. Jumpa masjid kecil dan solat di situ. Plan seterusnya nak masuk El Corte Ingles sebenarnya. Aku ingat nak beli olive oil lagi, anak-anak nak beli jajan, aku nak beli cheese juga, dan maybe biskut nougat specialty Barcelona tu. Tapi malangnya nasib, kebanyakan kedai tutup! Aku tak tahu itu memang culture diorang dekat sana kedai tutup hari Ahad, ataupun disebabkan festival yang aku sebut tadi. Tapi kecewa aku.

Nasib baik supermarket kecik-kecik ala-ala kedai runcit still buka. So belilah apa yang dapat jumpa ala kadar. Pukul 4.30 tu kami dah buntu dah tak tau nak buat apa. Jalan lagi dekat Gran Via tu. Kad metro semalam masih berbaki 3 kali ride pun tak terguna. Nak pergi tempat jauh takut tak sempat sampai balik. Nak pergi yang dekat-dekat, rasa macam semua dah pergi.

Pukul 5 kami pergi ambil beg dekat hotel, kemas-kemas sikit apa yang patut, lepas tu keluar ke jalan besar. Dah memang ada teksi sedia menunggu dekat situ, so laju je kami dah sampai airport.

Goodbye Barcelona! Goodbye Spain.

Tukar-tukar baju yang tebal-tebal tu, drop baggage kat kaunter Qatar Airways, uruskan tax refund untuk benda-benda yang kami shopping hari tu. Lepas tu pergi cari surau. Jumpalah multifaith prayer room dekat Arrivals, solat Maghrib Isyak dekat situ.

Baru naik atas lalu imigresen. Masa panjang lagi jadi pergi makan dekat Botiga café ke ape tah. Ada halal option kat situ, walaupun hanya 3 item je. Bagi anak-anak je makan.

Lepas tu pergi lepak dekat gate je, aku menghadap laptop kejap sampai boarding pukul 9 tu. Aku dapat duduk berdua je dengan si Adik. Lapang sikit. Dia tidur baring kemain sedap lagi, sampai ke Doha.
Dekat Doha pun tak lama. Sempat solat dan kerja sikit. Lepas tu terus boarding for next flight back to Malaysia. Dalam flight ni pun biasalah, makan sikit, tidur sikit, tengok movie sikit. Kami duduk berempat sederet. Akhirnya touchdown di Malaysia pukul 8.50 malam. Tamatlah sudah percutian kami kali ini. Sekian.

Kalau rajin nanti aku tulislah post trip apa yang patut. Doakan kerajinanku.

Saturday 16 February 2019

Spanish Exploration 2019 - Malaga to Barcelona Day 10


9 February 2019 

Kami bangun pukul 5 sebab banyak yang perlu diuruskan pagi ni. Pertama sekali kena drive ke Malaga Airport dan return kereta sewa. Lepas tu nak check in flight Vueling Air balik ke Barcelona. Flight kami pukul 9.45.

Airport dekat je, tapi sebab airline kali ni level-level AirAsia, aku tak nak ambil risiko. Keluar dari rumah tu pukul 6 pagi, terus return kereta. Orang jaga kaunter kereta sewa pun belum ada sebab kaunter buka pukul 7 pagi. Tapi dah ada instruction dekat situ cara return kereta di luar waktu operasi. Just isi borang yang disediakan dan drop kunci je. Alhamdulillah, kami gunakan kereta tu 5 hari dengan selamat dan takde masalah apa-apa. 5 hari memandu sejauh lebih kurang 1000 km, kami isi minyak EUR 50. Kereta Audi A4 tu pakai Diesel, jimatlah sikit.

Anyway, naik ke airport dan drop baggage. Kami dah check in online. Flight ni pun murah sebenarnya. Harga untuk seorang ialah EUR15.99 kalau tak salah. So total untuk kami berempat hari tu dalam EUR 60 lebih bersamaan RM300 lebih kurang. Tapi sebab kami ada beg, kami add on 2 luggage, kena bayar extra. 1 luggage EUR 20, jadi kena bayar EUR 40. Harga luggage lagi mahal daripada harga seat ya tuan puan. Sekian terima kasih. Tapi masih lagi murah dan cepat berbanding naik train. Redha jelah.


Kami sampai awal jadi lepas drop baggage kami pergi solat dekat multifaith prayer room. Ye, ada bilik untuk solat, tapi dia buat general lah. Semua agama boleh masuk. Biliknya diletakkan bangku panjang-panjang macam dalam church, tapi masih luas dan banyak ruang untuk solat. Cuma wuduk kena pergi ambil di toilet sebab tiada ruang wuduk disediakan. Bagi aku, ini dah cukup baik daripada perlu solat di tepi-tepi toilet dan sebagainya. At least it can be done privately.

Selepas imigresen semua, kami lepak minum kat Costa Coffee sebab gate pun belum diumumkan lagi. 15 minit sebelum boarding baru gate diberitahu dekat skrin informasi. Pukul 9 baru kami ke gate. Boarding semua lancar, flight dia pun selesa. Kami semua tidur je dalam flight yang ambil masa dalam sejam setengah tu. Sampai di Barcelona Airport dalam pukul 11.15. Collect luggage dan naik teksi ke hotel kami di La Rambla. Tak jauh daripada apartmen pertama kami masa first sampai dulu.

Kali ni kami booking Hotel Palermo dekat-dekat area Boqueria Market. Senang je nak jumpa hotel dia. Bila kami masuk, dia kata bilik dah sedia semua. Tapi bila anak-anak aku menjengukkan muka, masalah terus timbul. Mamat reception tu tak benarkan kami masuk bilik tu. Dia kata kami book bilik untuk 2 orang, tapi tetamu ada 4 orang. Ya Allah, kering darah kami masa ni. Sungguh, aku sentiasa akan baca terms and conditions betul-betul kalau book hotel especially kat luar negara disebabkan benda-benda macam nilah. Lagilah, aku memang kerja dalam bidang ni. All the fine prints hotel memang aku sangat ambil berat. Dan honestly yang aku faham ialah kami book bilik untuk 4 orang. Masa pilih configuration katil dah diberi pilihan yang kau kena klik. Pilihan 1) 2 twin beds OR Pilihan 2) 1 double bed, 2 bunk beds. Dan kami klik pilihan kedua.

Dia kata ayat tu sepatutnya 3 pilihan; 2 twin beds, OR 2 double bed, OR 2 bunk beds. Masalahnya OR yang terakhir tu tak wujud dalam ayat tu. Puas kami tunjuk dekat dia, dia kata it’s not our fault, it’s Booking.com’s fault. You contact them. Aku mintak refund, dia kata booking ni Non-refundable. Aku mintak dia bagi pengecualian sebab ada budak-budak, dia kata ini polisi hotel dan dia tak boleh letakkan risiko atas hotel dia. Dia kata hotel dia full, so 2 orang boleh duduk sini, 2 orang lagi kena pergi cari hotel lain. Aku bingung masa tu. Nak bergaduh pun ada. Aku langsung tak rasa kami salah sebab itu yang tertulis dalam booking kami. Aku mintak tengok bilik, just nice je untuk kami berempat, ada ruang untuk diorang tidur di bawah. Tapi dia kata it doesn’t work that way. So aku dengan husband dah termenung kat tepi sambil husband buka booking.com nak cari hotel lain dekat-dekat situ. Aku dah berkeras kata biar burn aje duit yang dah bayar ni; cari hotel lain untuk kami berempat sebab tak nak berpecah.

Tiba-tiba mamat tu berlembut sendiri. Dia datang balik dekat kami dari tempat dia di reception, dia kata dia boleh kawtim. Dia akan rekodkan kami sebagai book Triple Room instead of Double Room, dan dia akan rekod nama satu je anak kami. Tapi kami kena senyap-senyap. Cuma kena bayar tambahan EUR 10. Aku pun tak tahu apa yang buat dia berubah fikiran; mungkin tengok muka toya anak-anak aku. Tapi kita pun janganlah nak jadi bodoh kan. Orang dah bagi tu terima aje, dan cakap terima kasih banyak-banyak. Admit je kesalahan kita (walaupun aku tau aku tak salah), cakap ‘we appreciate this’ banyak-banyak kali, cakap sorry, cakap thank you. Bayar-bayar, dan masuk bilik senyap-senyap. Budak-budak tu pun dah cukup besar untuk paham, kali ni diorang senyap je dalam bilik. Takut kena halau agaknya.

By the time tu Zohor dah masuk. Kami solat, bersiap dan keluar. Pertama sekali pergi makan dulu di kedai Turki (lagi). Dekat Barcelona ni harga makanan memang mahal lah. Sekali makan EUR40 tak lari. Pejam mata jelah, nak balik dah ni esok.

Lepas makan husband aku nak ke Camp Nou, stadium Barcelona FC. Itu dah memang kontrak tetap masa sign borang nikah dulu. Aku kena teman dia tengok bola, dia kena teman aku tengok Hindustan. So fine. Walaupun aku merajuk sungguh tak dapat buat stadium tour Real Madrid. Nak ambik gambar dengan Ramos woiiii! Untuk ke sana kami beli multiuser train pass macam hari tu di Madrid. Beli 20 ride dengan harga EUR 20.40. Murah sikit berbanding di Madrid hari tu.

Sampai sana dia buat keputusan veto sendiri nak masuk stadium tour walaupun mahal kemain. Dewasa EUR 26, kanak-kanak EUR 20. Ada tax lagi. Peh peh peh. Sape nak pegi dia belanja lah kan? Kalau Real Madrid ari tu aku sanggup bayar. Hahaha.

Tapi bila masuk dalam, feel dia tak sama la macam masuk Old Trafford. Masa masuk Old Trafford dulu aku macam sebak-sebak pun ya. Kali ni nak baca kisah dia pun malas-malas. Stadium dia tak berapa best. Stadium tour bayar mahal camtu tapi dressing room players pun tak leh masuk. Langsung takde chance nak ambil gambar dengan baju player atau duduk kat seat diorang dalam dressing room. Dahla lighting gelap, nak ambil gambar semua tak cantik. Dulu Old Trafford semua dapat, siap ada sijil lagi lepas keluar. Kesimpulannya tak best. Dahla current player Barcelona semua tak hensem. Kuikuikui.

Boring-boring pun dalam 2 jam jugak dekat situ. Keluar dari sana dah pukul 5 lebih. Kami dah takde hala tuju ni, sebab mood nak balik tu dah datang. Selalu memang macam ni. Rasa sentimental je sebab holiday dah nak abis. 

So kami naik train ke Passeig de Gracia. Husband pergi beli barang yang kawan dia order daripada store Barcelona FC (sebab dapat order lepas kami gerak daripada stadium. Nasib baik official store dia bersepah). Then masuk H&M perabih duit. Husband aku je beli jaket sehelai. Lepas tu ada kafe dalam tu jual semua makanan vegetarian nama Flax & Kale, kami lepak makan kek dan minum-minum. Lepas tu terus balik bilik je. Anak-anak kata makan kek je dah kenyang. Alhamdulillah. Selamat duit mak.

Mandi-mandi, sembang-sembang. Bilik kali ni walaupun kecil, selesa sebenarnya. The only hotel/apartmen/rumah yang kami duduk yang berkarpet. Takdelah seksa nak pijak lantai. Kami dah plan nak bangun lambat dan keluar lambat esok. Nak santai-santai aje last day. Anak-anak tidur, kami layan Memories of the Alhambra last episode kat Netflix. Hahah.