1 Disember 2019
Bangun Subuh dan kemudian sambung berkubang di
bawah gebar kerana cuaca sejuk yang lazat. Sampai perut mula berkeroncong pukul
8 tu barulah kami cuci-cuci tahi mata, pakai baju yang semenggah sikit dan
turun breakfast. Food yang standard dihidangkan. Ada roti, yogurt, croissant,
telur rebus, buah-buah. Makan dan minum puas-puas.
Then naik bilik balik, anak-anak take turns
mandi bathtub. Aku menaip, Ayah main game. Baru turn aku mandi, bersiap semua.
Sementara nak tunggu time check out sempat aku lelap sekejap, adala 10 minit. Dalam
pukul 11 lebih kami keluar. Kat luar hujan sejak pagi, mendung, gloomy dan
sangat sejuk.
Perjalanan ke Malpensa Airport dari hotel kami
dalam 45 minit. Kami terus hala ke tempat drop off kereta sewa. Officer tu
inspect semua dulu. Semua okay. Aku nervous jugak sebab kami sampai terlebih 20
minit daripada masa pick up hari tu. Manalah tau pegawai tu jenis skema kan.
Tak pasal-pasal kena caj extra day kang. Sib baik tak…
Masuk Terminal 1, terus pergi drop baggage.
Lepas tu mencari tempat solat. Ada chapel, kami terus hala ke sana, tapi dalam
dia full on church dengan kerusi-kerusi, lilin-lilin dia semua sekali. Aku rasa
tak proper je nak solat situ. Ayah pergi tanya, pegawai situ kata boleh je.
Tapi we end up solat dekat tepi dinding belah belakang airport. Takde orang pun
situ, ok je.
Selesai semua, pass through bag checks, stop
makan-makan kejap sebab ada masa lagi. Baru go through immigration. And terus
boarding. Takde dah peluang nak shopping apa-apa. Magnet Milan langsung tak
jumpa. Flight kami pukul 3.55 petang. Dalam flight pun main game and tengok
movie je. Energy banyak lagi sebab langsung buat apa hari ni. Tak ngantukla.
Sampai Doha pukul 11 lebih malam. Next flight
is at 3.10 a.m. waktu Doha. Flight kedua ni kami semua pakat tido je. Aku jela
pun yang rajin sikit bangun masa orang hidang sandwich, and again masa diorang hidang
lunch. Anak-anak dan Ayah langsung tak makan. Ngantuk sungguh tu.
Akhirnya touchdown di KL jam 4.10 petang.
Alhamdulillah. Tamat sudah. Semoga dimurahkan rezeki untuk berjalan lagi. Amin…
No comments:
Post a Comment