30 November 2019
Bangun Subuh tu keep on checking baju-baju yang
sidai semalam. And then bermalasan je, malas nak keluar awal. Takde agenda apa
sangat pun ari ni. Dalam pukul 8 tu baru breakfast, mengemas, siap-siap semua,
dalam pukul 9 lebih tu gerak dari rumah tu. Dah kunci rumah tu dan check out
baru perasan budak-budak ni tinggal charger, power bank adapter semua dalam
rumah. Terpaksa mesej pakcik tu mintak bukakan pintu balik ambik barang. Nasib
baik dia ada rumah.
Anyway, perjalanan kami diteruskan ke stadium
Juventus di Turin ni. Kita layankan selera Ayah pulak hari ni, plus aku pun won’t
mind kalau jumpa Ronaldo. Haha. Satu yang aku tak expect pasal Turin ni ialah
pemandangan dia. Semalam sampai dah gelap, takde efek apa-apa. Tapi hari ni
baru kami nampak Turin ni dikelilingi dengan pergunungan Alps yang sangat breathtaking.
Aku cuba ambil video dan gambar, tapi effect dia tak sampai macam mana tengok
sendiri dengan mata. Last-last kami give up dan just enjoy the view.
Turun kereta dekat stadium tu, bergambar sikit
dari jauh. Then pusing ke belah depan, park elok-elok dan masuk ke merchandise
store dia. Dapatlah ambil-ambil gambar dekat signboard Juventus tu sikit. Selesai
tu masuk supermarket depan tu, beli-beli sikit apa yang patut. Geram tengok pasta,
cheese segala. Tapi tak beli sebab aku rasa aku book hotel biasa untuk our next
accommodation. Takde dapur.
Pukul 12 tu kami gerak dari sana untuk sampai
ke Milan awal sikit. It takes sejam setengah untuk ke Milan dari Turin.
Sepanjang jalan tu kami disajikan view pergunungan Alps di kiri jalan. I can’t
get over it.
Sampai di Milan pukul 1.30 tu terus check-in
hotel kami, Atahotel Quark Due. Parking free walaupun location dia agak jauh
sikit dari centre, dalam 15 minit drive kereta. Walaupun kami sampai awal
sebelum check-in time, dia terus je bagi masuk. Dia tengok je booking details
kami, dia terus cakap “Yes, we have a nice big room for you.” I like.
Bila masuk tu memang betul. 1 bedroom apartment
with the living room converted into another room. Sofa bed converted into the
kids’ double bed. 2 toilets!! And ada dapur!! Kalau aku tahu ada dapur memang
aku beli pasta tadi semua siap-siap. Jimat duit dinner. But truthfully I’m so
happy with the room.
Kami letak beg, solat siap-siap sebab dah masuk
Zohor. Then terus keluar balik ke Milan. Perjalanan 15 minit je, tapi proses
mencari parking pulak punya hazab. Parking punya mahal tu satu hal. Paling
murah EUR3 sejam. Dah dapat parking tu, merayau dekat Duomo. Tapi orangnye
punya sesak ya rabbi. Sesak nafas aku. Dahla ramai orang bawak anjing, asyik kena mengelak je. Pergi jugaklah ke depan Duomo tu, cukup syarat amik gambar.
Lepas tu merayau pulak dekat Galleria Vittorio
Emanuele, tempat shopping famous tu. Yang aku mampu beli cuma gelato je 2
cawan. Yang lain semua kedai branded yang tak daya aku nak tengok harganya.
Milan ni pun sejuknya luar biasa. Kami ni
keluar pakai baju sehelai je, takde berlapis-lapis. Menyesal pun ada. Nasib
baik glove bawak. Aku ni gelisah sebab macam tak cukup shopping lagi. Barang
untuk bawak balik ke family basically takde, except for anak-anak kat rumah tu.
Tapi Milan ni pulak macam tak conducive langsung untuk golongan marhaen. Nak
cari fridge magnet pun tak jumpa beb! Kenapa bangla-bangla dekat Pisa tu tak
berhijrah separuh ke Milan pun aku tak faham. Kewujudan mereka penting untuk
kesejahteraan pelancong kedekut macam aku! Haih…
Everywhere ada poster Black Friday, yang telah pun
lepas semalam actually. Tapi sales are still going on. But then salenya tak
menarik pun bagi aku. Setakat 20% off tak cukup menggamit selera aku. Tapi bila
masuk GAP, Ayah puas promote suruh beli. Sales girl tu kata 30% off all items
in the store. Buy 3 get 10% more discount. Tu yang Ayah teruja tu. So atas
desakan Ayah (ewah, desakan tu. Padahal seronok gak dapat shopping) kami beli
sorang satu sweater GAP. Ayah kata dia swipe je. Bangsawan betul. Lepas tu
barulah rasa serasi dengan warga Milan ni. Jalan-jalan bawak shopping beg GAP. Hahah.
Anak-anak dah lapar so kami google halal food
near me, jumpalah satu kedai Turkish n pizza. Pergi makan kat situ sebab tak
kuasa dah aku nak balik pikir nak masak bagai. Ada 1 family Melayu gak kat situ
dan Ayah pergi sembang dengan husband dia. Diorang baru sampai 2 hari dan akan
berada di Italy sampai 15hb kot. Besnyee lebih 2 minggu holiday. Bila tah cuti
Ayah nak tambah ni.
Anyway, makan pizza dan shish tawook meal. Dan teruskan
perjalanan lagi. Merayau sikit lagi, bagi anak-anak masuk kedai Lego la apala. Barulah
ke kereta semula. Tapi tak boleh balik lagi sebab barang belum habis beli. Melilau
cari supermarket, ingat nak beli bahan makanan je untuk family members. Last-last
lintas satu supermarket Esselunga. Masuk laju-laju sebab dia tutup kul 9 dan
kami sampai tu dah 8.30. Sepantas kilat borong olive oil, coklat, kids beli
jajan diorang, dan sebagainya. Dan terus balik.
Kepenatan dah by the time sampai bilik. Dengan sejuknya.
Nasib baik toilet ada 2, lagi cepatla semua orang siap. Kids solat dan terus
tido. Esok dah nak balik dah ni. Pagi takde agenda langsung. Ayah kata dia dah
malas nak terkejar-kejar, takut stuck kat mana-mana nanti susah. Since hotel ni
pun breakfast included dan check out kul 12, kami akan bersantai di bilik je
sampai kul 11. Aku ikut je kata boss, untuk kemaslahatan bersama.
What is the best online casino in the world?
ReplyDeleteWhich casino has the best games? 메리트카지노 We know that you have the best 온카지노 chance of winning and winning, หารายได้เสริม no matter which casino you choose. There are hundreds of