Tidur nyenyak semalam walaupun lambat. Bilik
kami selesa. Anak-anak tidur di sofa bed yang nampak cukup cosy. Masa kami
sampai, sofa bed tu dah sedia setup dengan cadar, selimut tebal semua lengkap. Aku
dan husband pulak dalam bilik. Ada 1 toilet, ada dapur kecil, ada meja makan.
Alhamdulillah. Tapi celik-celik mata tu aku teringat pasal iron, puas aku bukak
semua almari dan laci, takde. Maka kena repeat tudung semalam sebab yang tu
paling kurang renyuk.
Bangun Subuh pukul 6 tu, terus berjaga kerja
sikit. Kejut anak-anak semua, lepak-lepak sampai dalam pukul 8, kami keluar
bilik. Disebabkan semalam reception dah tutup, kami diarahkan untuk pergi
check-in pagi ni selepas pukul 8. Breakfast pun dihidangkan pukul 8. Booking kami
termasuk breakfast. So pergi makan puas-puas. Ambil roti, butter, yogurt,
biskut-biskut, air, telur rebus. Segala yang halal untuk dimakanlah.
Kami dapatkan bantuan reception jugak untuk
info ke Venice dan jugak uruskan transport untuk ke airport semula esok untuk
ke next destination. Dah dapat info semua, kami ke bus stop dekat depan hotel
tu, naik bas ke Piazzale Roma, stesen untuk Venice.
Sampai sana kami beli day pass untuk 4 orang,
EUR55. Dengan pas ni kami boleh naik turun water taxi unlimited sepanjang hari,
including naik bas balik ke hotel petang nanti. Reasonable bagi aku, dan most
importantly ialah convenient. Seterusnya kami pergi cari sim card untuk kegunaan
the rest of the trip. Dapat pakej 30gb data for EUR 30. Ambik jelah memandangkan
ada 4 orang nak guna.
Lepas setel tu barulah start berjalan. Alhamdulillah
rezeki hari ni cuaca cantik sangat. Matahari cerah. Since kami dah beli day
pass tu, layankanlah anak-anak nak naik water bus. Kalau aku berdua je, memang
kami menapak je sebab rasa lagi laju. Dapatlah experience lalu Grand Canal ni
lagi sekali selepas 7 tahun. Masih cantik. Ambik-ambik gambar puas-puas.
Then sampai di Piazza San Marco. Barulah kami
sedar rupanya masalah Acqua Alta hari tu masih belum selesai. Masa kami sampai
air tengah pasang, dekat tengah dataran tu penuh air. Platform tempat orang berjalan
masih penuh everywhere. I consider ourselves lucky sebab dapat menyaksikan
something so significant and rare. Orang tetap ramai tengah dataran tu. Kami mula
merayau di kawasan tu, masuk ke celah-celah Lorong, cuci mata tengok barang souvenir
yang dijual. Sama macam dulu, aku memang fascinated dengan kaca-kaca tu. Tapi kali
ni dah tua sikit, dah boleh kawal nafsu membeli. Sebab sedar diri, tak pakai
pun.
Pergi bergambar di Bridge of Sighs, di Rialto
Bridge semua. Lepas tu mula bincang pasal nak ke Burano dan Murano. Yang Kakak
dok sibuk nak makan. Tapi kalau kami duduk makan, memang melepas la nak tengok
semua benda sebab pukul 4.30 dah Magrib kat sini. So kerah dia ajak ke Burano
dulu.
Perjalanan bot ambil masa dalam 40 minit. Orang
agak ramai. Bot tu berhenti di Murano dan beberapa pulau lain dulu. Sampai di
Burano jalan sekejap, kami terus cari kedai makan je. Ada 1 kedai tu menarik
perhatian aku sebab ada gambar fish lasagna yang nampak kemain sedap. So kami
decide untuk makan dekat situ. Malang nasib aku, fish lasagna habih.
Memandangkan dah duduk dan orang lain semua dah order, terus jela. Aku tukar order
kepada gnocchi. Makan puas-puas. Lepas tu beranikan diri tanya dekat waiter
kedai tu untuk tumpang solat dekat situ. Dekat belah belakang kedai tu ada satu
bilik, ruang makan juga yang ada kerusi meja semua tapi kosong. Macam diorang
bukak tempat tu kalau ramai sangat orang or ada group besar datang. Kami mintak
guna ruang tu. Dia bagi. So kami gilir-gilir la. Toilet dia pun selesa, ada
sampai 3 cubicle.
Selesai semua barulah lega nak berjalan. Bergambar
sampai dah senja. Barulah kami naik bot ke Murano. Cubalah nasib walaupun hari
dah gelap. Dan memang takde rezeki kami, kilang-kilang buat kaca tu semua dah tutup.
Tinggal kedai dia je bukak. So boleh window shopping jelah.
Tak lama pun dekat situ, kami naik bot balik ke
main island. Dari sana kami jalan kaki nak ke stesen bas sebab nak ambil
peluang window shopping sekali. Nak beli souvenir sikit. Adik beli topi captain
Venice tu, dan Kakak beli subang kaca Murano dekat Murano tadi (walaupun lubang
subang kat telinga dah kambus. Dia kata balik Malaysia dia nak tindik balik.)
Penat berjalan, kami naik juga bot sampai ke
main station tu, dan terus dapat bas balik ke bilik. Adik dah tersengguk-sengguk
dalam bas. Walaupun jumpa beberapa kedai kebab halal tadi, kami tak beli sebab
dalam bilik ada dapur. Kakak dah kemaruk nak makan nasi sup so aku kena masak
balik tu.
Sampai je bilik aku terus nak mulakan operasi.
Bukak api dulu nak panaskan air sup. Tengok-tengok dapur dia tak working. Api
tak mau nyala. Cari suis apa semua tak jumpa. Ayah pergi reception nak mintak
tolong, reception kosong. Kakak dah bergenang-genang air mata. Nak buat camane,
bukan aku saja tak mau masak. Nasib baik aku tak basuh beras lagi. Last-last
apa lebihan roti yang ada jelah jadi santapan. Bukak paket sup Campbell. Itupun
Kakak tak jamah. Dia makan roti kosong dengan Milo secawan. Haihhh…
Tido dalam tangis malam ni dia. Tengoklah esok
camane pulak ye…
No comments:
Post a Comment