5 Mac
Bangun Subuh pukul 5.30 tu dan memasak breakfast.
Usaha nak menghabiskan apa yang boleh. Cheese ada seketul lagi belum guna, roti
setengah buku belum habis, telur ada 4 biji lagi. Ha, masak semuanya. Tu belum
kira pasta semalam tak habis, pun panaskan. Bila tak berjaya juga habiskan, aku
bungkus jadi bekal. Beberapa barang aku tinggalkan, macam kicap manis, oyster
sauce, mayonis yang tak habis semua aku tinggal dengan niat sedekah. Semoga adalah
guest akan datang yang ambil guna lepas ni.
Start get ready. Most things memang dah siap
kemas semalam. Tinggal baju-baju tidur kami gitu je. So dalam pukul 8 dah
keluar. Satu yang bikin tak best pagi ni ialah aku baru dapat tahu Coop
kebanyakannya tutup hari Ahad. Aku dah aim nak pergi beli coklat bawa balik.
Haihhh… Entahlah apa yang lembap sangat berfikir. Masuk ni dah 3 kali aku ke
Swiss, dan berbelas kali ke macam-macam negara Europe. Aku patut lebih tahu
yang hari Ahad kat Europe ni memang useless. Aku cuba Google, ada jugalah cawangan
yang buka, walaupun jauh sikit. Ayah kata ok je nak pergi, tak susah pun. Thank youuuuu Ayahhhh...
Kami jumpa hos kami Ursula, tengok-tengok lembu
dan kambing di ladang dia. Cakap bye, dan gerak. Berat sungguh rasa hati nak
balik kali ni. Kami sangat suka rumah dia. Anak-anak pun tak nak balik. Anyway,
kami ke pekan Thun untuk ke Coop tu, tapi coklat yang aku aim tu takde. Sambar
jelah dulu apa yang ada. Barulah teruskan perjalanan ke Zurich.
Flight kami hari ni juga, pukul 15:55 petang.
Masih ada masa, paling lewat pun nak check in maybe dalam pukul 1. So plannye
pagi ni nak pergi kilang coklat Lindt di Zurich. Adiklah pun yang minta. On the
way tu ada rezeki singgah di satu RnR yang ada Coop dan aku jumpa coklat yang
aku nak. Boronglah sket.
By the time sampai kilang coklat dah pukul 11
lebih. Tiket masuk untuk 2 adults dan 2 kids ialah CHF50. Tapi sebab masa agak
suntuk, kami laju-laju aje dalam tu. Fokus lebih diberikan kepada merasa coklat
free. Haha. Itu pun agak bebal sikit sebab ada chance untuk ambil coklat seberapa
banyak yang kami nak, tapi semua kata takyahlah, dah muak makan coklat sebab
try banyak sangat kat dalam. Adik je sorang bijak sikit, dia ambil setiap
flavour sebijik, buat bekal katanya. Kenapalah kami tak berpandangan jauh macam
dia. Haha. Sekarang teringat-ingat pulak.
By the time setel dekat situ dah 12 lebih, kena
pergi isi minyak kereta sewa dulu bagi penuh. Barulah ke airport, drop kereta
sewa. Alhamdulillah, semua okay. Automatik terbayang harga asal yang kami book
tanpa insurance hari tu. Hahah. Kalau tau awal-awal semua okay, elok je ambik
tanpa insurans kan? Kahkah..
Pergi ke kaunter check-in yang kemain panjang,
beraturlah di situ. Turn kami sampai, jam dah pukul 2. Orang kaunter pula bagi cuak, dia
kata I advice you to go in immediately now because your gate is far. Haaa,
memang mencicitlah kisah dia. Dengan kena naik trainnye, nak cop passportnya,
nak scan bagnya. Memang sampai gate tu tinggal 15 minit lagi nak boarding.
Flight Qatar Airways dari Zurich ke Doha memang
selesa. Aku sempat terlelap sekejap, lepas tu berjaga lawan game dengan Adik
dan sempat tengok 1 movie. Kami duduk bertiga lagi, terpisah dengan Ayah lagi.
Dia dapat duduk dengan awek-awek France siap pakai selempang Miss Teen France ke
apa ntahlah. Haha, bagi can.
Sampai di Doha lagi satu round berkejaran sebab
transit cuma sejam setengah dan gate kami jauh. Dengan belum solatnya. Kiranya
selesai solat tu tinggal 10 minit lagi nak boarding. Oklah, yang penting in the
end semua selamat. Kali ni naik Malaysia Airlines ke KL. Maaf cakap, terasalah
perbezaan kualiti dia. Kerusi dia sangat tak selesa bagi aku. Flight pula
sungguh penuh dengan Jemaah balik umrah. Sepanjang jalan kami semua tidur je, atau
at least try untuk tidur. Ayah duduk terpisah lagi. Masa makan pun aku je yang
bangun menikmati food, anak-anak membuta. Aku sempatlah tengok 1 movie.
Akhirnya sampai di KLIA pukul 2.20 petang.
Alhamdulillah, walaupun plan kali ni aku rasa sungguh ambitious, kami Berjaya melaluinya
dan balik dengan selamat.
No comments:
Post a Comment