28 Februari
Bangun Subuh, kejut anak-anak. Dekat hotel ni
kami dapat breakfast, so bersiap dan ajak anak-anak turun makan. Okla selection
dia. Basic je, tapi better than nothing. Makan roti, scrambled egg, telur rebus,
yogurt, ada 2 jenis roti Morocco, jus, teh. Adik bedal yogurt sampai 3 bekas.
Okla, semua dapat alas perut. Naik balik untuk zip-zip luggage semua, by pukul
9 kami dah keluar.
Kat luar hujan gerimis, tapi kami dah diskas
kata nak ke medina sekali lagi. Maybe cari sikit lagi souvenir. Sesat-sesat
sikit, lepas tu parking agak jauh, by the time masuk dalam medina dah dekat
pukul 10. Tapi malangnya, kedai semua masih tutup! Yang buka semuanya kedai
makanan saja, dan adala very selected few souvenir and grocery shops. Aduhai.
Satu je yang aku dok fikir. Plan asal kami hari
tu nak sampai ke Fes lewat petang/malam dan nak shopping next morning saja, dan
tengah hari gerak ke next city. Kalaulah kami stick to that plan, memang balik
tangan kosong je kami ni. Kedai dia pun buka tengah hari agaknya.
So kami patah balik ke kereta lepas jalan-jalan
kejap dalam tu walaupun takde apa nak ditengok. Sempat kena pau dengan
anak-anak beli pringles dan air kat kedai. 2 pringles dan 1 air mineral botol
besar 58 Dirham ye kawan-kawan, dekat 30 ringgit duit kita. Aku pun tak tau aku
yang kena tipu atau barang kat sini memang mahal.
So perjalanan ke Casablanca ambil masa 3 jam lebih.
Naik highway je, so laju, tapi agak boring. Tapi pemandangan kiri kanan jalan
tetap cantik. Sempat jumpa McD drive-thru kat RnR highway, anak-anak semua
excited nak. So belilah, walaupun harga double daripada di Malaysia. Tapi sedapla,
panas-panas plak tu.
Sampai di Casablanca dalam pukul 3.30, check in
hotel Campanile Casablanca Centre Ville di tengah bandar. Ok hotel ni, selesa. Kami dapat connecting room
juga, so amat senang. Masuk bilik, solat dan terus keluar balik. Cuaca
sedap-sedap je dekat sini, dalam 18 darjah. Kami drive ke Marina Casablanca
Mall. Dari dalam mall tu boleh keluar ke kawasan tepi laut yang bersambung
terus ke Masjid Hassan II.
Seronok tengok ombak Laut Atlantik, kuat ombak
dia. Kena angin laut, jalan dalam matahari tapi masih sejuk. Bergambar, Ayah
dan Adik masuk solat sunat dalam masjid. Ada rezeki diorang, sebab masa kami
sampai situ masih dalam waktu Asar. Masjidnya hanya buka sekejap setiap waktu
solat, lepas tu semua dikunci. In fact masa aku dan Kakak lepak tunggu Ayah dan
Adik keluar, kami dah disuruh beredar sebab masjid akan tutup. Nak lepak di
perkarangan pun tak boleh ya, sebesar-besar halaman dia tu. Entahlah, apa
significance. Katanya semua masjid macam tu di Morocco.
Dari sana berjalan pula patah balik ke mall, Ayah
ada bungkus makanan awal tadi, so Ayah makan sekejap. Oh, masa bungkus makanan Ayah
tadi terjumpa satu group orang Malaysia. Diorang dari Kuantan, started their
trip kat Turki seminggu lepas tu fly ke Morocco dan travel lagi seminggu. Semua
orang dewasa la, anak-beranak rasanya. Sempatlah bersembang sekejap.
Anyway, lepas Ayah makan, layan anak-anak pula.
Semua teringin makanan berbeza. Kami berpecah bungkus makanan, tapi kedai pasta
yang Kakak nak tu pelawa kami masuk je makan dalam kedai dia walaupun Adik beli
pizza dari Pizza Hut. So masuk lepak makan dalam kedai tu, pemandangan pula
menghadap ke Laut Atlantik. Layanla. Banyak couple lepak kedai tu, walaupun
mostly couple pertengahan umur. Satu yang aku perhati, diaorang semua dating
sambil bersembang beriya. Takde sorang pun yang pegang phone. Respect betul!
Siap makan, kami berjalan di dalam mall, tengok
kedai-kedai baju. Kesimpulannya, cost of living dekat sini tinggi betullll.
Masuk LC Waikiki pun satu baju blouse biasa dah 200 Dirham, iaitu dalam RM100.
Memang tak beli apalah jawabnya. Masuk dalam hypermarket Marjane juga, saja
tengok barang. Pun mahal. Cuma belikan snek untuk Adik. Dekat luar tu ada money
changer so tukarlah sikit lagi duit, in preparation for Marrakesh.
Kemudian balik saja, mandi, solat dan berkubang
bawah selimut macam biasa.
No comments:
Post a Comment