27 Februari
Subuh masuk pukul 6.30, bangun solat dan kejut
anak-anak. Aku ada kerja jadi belek laptop dulu. Dalam pukul 8 baru mula
bersiap, tukar baju, tutup luggage semua. Dekat hotel ni kami tak dapat
breakfast. Tengok menu dia pun, takde sangat food yang anak-anak makan, so kami
tak beli. Check out pukul 9 tu, sambil lalu nak ke kereta kami beli roti-roti
dekat bakery untuk makan dalam perjalanan. Beli mint tea sekali, suruh dia
letakkan dalam thermos kami, buat bekal air panas minum dalam kereta.
Perjalanan ke Fes ambil masa dalam 3 jam
setengah. Kalau semalam ada juga lalu highway 2 lane, hari ni sepanjang jalan
memang jalan kampung. Tapi pemandangan kiri kanan memang cantik. Kebun zaitun,
kebun oren, padang sejauh mata memandang. Dan kerap ada polis. Dua kali juga
kami kena tahan, dia suruh turunkan tingkap nak tengok penumpang belakang.
Pastu tanya kami dari mana. Ada sekali tu dia tengok muka Ayah, dia teka “Filipina?”
Haha. Anyway, bila sebut Malaysia diorang akan senyum dan suruh gerak je.
Anak-anak membuta kat belakang, which is good
sebab bila diorang tak tidur, dengan takde internet pulak, aku yang jadi stress
tengok muka stress diorang. Aku meneman Ayah, segala apa yang beli kat bakery
tadi, dengan snek yang kami bawak, asyik dok mengunyah aje.
Sampai di Fes pukul 1.30, terus dapat check-in
hotel Ibis Budget. Ambil 2 bilik kali ni, tapi leceh sikit sebab takde
connecting room. Terus solat, lepas tu keluar balik ke Fes Medina. Ini jelah
tumpuan kami pun kali ni. Sampai-sampai je ada sorang mamat yang dok ikut kami,
nak guide katanya. Aku bila jadi camni dah mula lemas. Aku suka pace sendiri,
sangat sangat tak suka bila orang dok arah pergi situ, pergi sini. Masa tu dia
dok sibuk nak heret kami ke tannery terus. Bila kami cakap nak pergi lunch
dulu, dia bawa kami pergi kedai yang penuh dengan mat saleh. Aku kata dah,
mesti kedai mahal, dan memang betullah, setiap dish dia dalam 150 dirham. Kami
keluar je balik, jalan-jalan lagi.
Tapi lepas tu lama juga berjalan takde jumpa
restoran apa-apa. So the next restoran yang kami jumpa, kami masuk jela. Anak-anak
dah lapar. Harga lebih kurang macam kedai tadila jugak, tapi pejam mata jelah. Kami
order 2 dish buat share-share macam biasa, roti dapat banyak, dan side dishes
dekat sini pun banyak. Sementara tunggu tagine sampai, sebakul roti kami dah
habiskan cicah dengan side dishes. Kali ni try makan couscous sekali. Sedap
juga, walaupun agak plain rasa dia. Siap dapat fruit platter besar as dessert
dan buah dia semua manis, baik strawberry, baik oren. Yelah, tempat dia kan.
Barulah kami berjalan. Terus-terus je masuk ke
tannery, ada satu betul-betul sebelah kami ni. Nasib baiklah bau dia tak teruk
sangat. Kata orang tu, musim sejuk kurang busuknya. Tapi dia tetap bagi each of
us setangkai mint untuk dihidu. Tengoklah orang memproses kulit binatang dekat
bawah, untuk dijadikan produk kulit. Lepas tu start round kedai dia. Aku ni
memang dah set dalam otak nak beli leather jacket. Tapi bila sampai sini, rambang
mata pulak. Dan bila pakai rasa nampak gemuk sangat. Entahlah. Kat kedai first
tu kami tak beli apa-apa, sebab orang dia muka ketat je. Tapi sebab dia bawa tengok
tannery tanpa kami membeli apa-apa, dia minta kami 100 Dirham.
Mula berjalan di medina, macam-macam ada jual.
Kami berhenti di satu kedai kulit, orang dia mesra. Kakak dah bawa duit nak
beli wallet, ganti wallet dia yang dah koyak di rumah. And memang dia jumpa yang
dia berkenan dekat sini. Ayah pulak diamanahkan oleh team kat ofis untuk
belikan hadiah farewell untuk boss diorang. So dia decide nak beli beg laptop.
Okla, untuk 2 item tu harga 350 Dirham.
Jalan-jalan lagi, cuci mata. Aku dan Ayah
belikan leather handbag simple untuk mak-mak kami. Beli magnet sikit, keychain
anak-anak sikit, argan oil lagi nak buat souvenir sikit. By then dah dekat
Maghrib. Katanya dekat sini kedai buka sampai 8 malam, tapi Adik dah boring. Yelah,
nak salahkan dia pun tak boleh, dari tadi aktiviti kami cuma shopping dan
window shopping. Dia manalah minat benda gitu. Awal-awal dia dah tanya, kat
sini takde muzium ke? Kami jawab je takde. Hahah. Padahal aku pun tak tahu ada
ke tak.
So dari sana kami gerak ke kereta. Ngam-ngam
hujan pun start. Eloklah kami decide nak balik. Tapi sebelum sampai hotel
diorang minta nak makan dulu, so bawa diorang ke satu kedai pizza, bagi makan
dulu. Baru balik bilik. Mandi, solat dan berselubung bawah selimut.
No comments:
Post a Comment