22 October 2017
Last day here. Lepas Subuh terus
berjaga, mengemas, kejutkan anak-anak. Turun breakfast pun dah dekat pukul 9.
Hari kami sebenarnya masih panjang hari ni, sebab flight kami cuma pukul 21:55
malam. Nak check out lambat pun, waktu check out hotel ni ialah 10 pagi. Jadi
lepas makan tu final packing, dan keluar. Beg-beg kami tinggal dulu dekat hotel.
Hari ni hari Ahad, jadi kalau nak
sambung shopping pun, kebanyakan kedai akan mula buka pukul 11.30 je nanti, dan
akan tutup pulak pukul 6 petang. Jadi pukul 10 pagi tu kami jalan kaki merayau
ke Little Venice, tak jauh pun dari hotel kami. Beli coffee dan hot chocolate
dengan Costa, feeling-feeling London kan. Pastu merayaula. Nyaman-nyaman je
cuaca. Dekat Little Venice ni takde apa pun sebenarnya, tempat orang parking
bot-bot sungai yang panjang tu.
Dari sana kami naik train ke
Trafalgar Square, sebab memang dah takde arah tuju dah. Lagipun Trafalgar
Square tu dalam 10 minit aje jalan kaki dari Oxford Street, tempat kami nak
sambung shopping jap lagi. Tapi nak ambil gambar dalam square tu tak boleh
pulak, sebab ada event Sea Cadets, macam penyerahan watikah gitulah agaknye. So
ambil gambar dari luar je.
Adik masih tak puas hati, dok
pujuk-pujuk kami nak tengok Big Ben lagi, kot-kot diorang dah siap repair
katanya. Yelah, dah seminggu tinggal London kan. Tapi dari Trafalgar tu boleh
nampak pun hujung Menara Big Ben tu, dan masih tengah repair. Kecewa dia. Sian.
So since masa tu dah pun pukul
11.30, kami menapak ke Oxford Street. Lalu kawasan arts diorang, banyak
teater-teater kecik. Banyak kedai yang baru nak start bukak, dan bila aku ada
nampak barang best-best dekat tingkap kedai untuk beli buat souvenir pun, takde
rezeki sebab kedai belum buka lagi.
Sampai di Primark tu kami
sambunglah perabih duit. Aku nak beli jaket baru untuk anak-anak sebab diorang
makin membesar, kalau tahun depan pergi jalan lagi, kemungkinan jaket diorang
dah terlalu kecik untuk diorang. So kali ni beli besar sikit, untuk kegunaan
masa hadapan. Aku pun beli beberapa helai T-shirt lengan panjang untuk kegunaan
harian sebab harga £2.30 je, dalam RM13 duit kita. 3 helai baru RM40. Pergi
Brands Outlet pun 3 helai RM50 tahu!
Husband pun beli jaket, topi. Aku
je tak sempat nak shopping banyak, sebab agak rushing jugaklah sikit. Encik ni
nak pergi satu lagi stadium, Stadium Wembley. Takpelah. So dari sana kami naik
train ke Wembley Stadium yang penuh dengan orang sebab hari ni ada game
Tottenham Hotspurs vs Liverpool. Nak ambil gambar kemeriahan suasana aje,
sambil-sambil dia dah janji nak belikan barang Spurs untuk kawan ofis dia,
seorang mamat rare yang meminati team tersebut.
Sampai je dekat Wembley baru kami
tahu yang dekat sebelah stadium tu betul-betul ada London Designer Outlet. Wah,
rezeki terpijak. Ingatkan kali ni tak dapat jejak outlet langsung, sebab outlet
yang kami tahu ialah Bicester Village berhampiran Oxford, dan Cheshire Oaks
dekat Liverpool.
By the time kami masuk ke outlet
tu dah pun pukul 2. Tak sempat nak tengok apa-apa kena layankan anak-anak masuk
kedai toys dulu, sebab diorang ada lagi £5 upah behave hari ni kan? Sebenarnya kakak
dah habis belanja duit dia dah dekat Primark tadi, sebab barang perempuan
senang nak cari. Adik nila yang belum setel. Dahla jenis undecided gila-gila.
Nak suruh dia pilih barang berejam. Sampai kena paksa-paksa beli. By the time
selesai beli, dia cipta masalah lain pulak. Dia tak mau berjalan dah, sebab dia
nak buka toys dia dan-dan tu jugak. Yang Kakak dah start lapar. Kami tanya
cashier kedai toys tu, seorang perempuan bertudung, pasal halal food terdekat.
Dia suggest pergi dekat dengan train station, but we are not going back yet and
kids dah kelaparan. Dalam complex tu dia suggest pergi Pizza Express and pilih
vegetarian options.
So pizza sounds good, especially to
the kids, kami terus hala ke sana. Adik masih buat perangai, menangis
meleleh-leleh air mata kata tak larat jalanlah bagai. Aku dah malas nak layan.
Heret je masuk kedai. Elok pulak kedai tu ada bagi aktiviti sheet untuk kids
siap ada stiker, colour pencil segala. Alhamdulillah, senyap sekejap semua
orang. Dapatlah aku menenangkan fikiran. Kami order pizza marghareta, garlic
bread, calamari rings dan cannelloni. In fact dia ada banyak vegetarian
options, dan kedai dia ada ramai orang Islam dok makan. Food dia pun sedap!
Selesai makan dah pukul 4. Nak merayau
shopping lagi pun macam suntuk sangat. Husband cuba masuk beberapa kedai kasut,
sebab dah memang hobinya beli kasut, tapi saiz takdelah, tak berkenanlah. So
akhirnya kami gerak balik ke hotel untuk ambil beg kami.
Sampai di hotel dah pukul 5 lebih.
Kami mintak izin nak guna mana-mana bahagian dalam hotel tu untuk tumpang
solat. Kebetulan yang tengah jaga kaunter masa tu receptionist yang paling
kurang friendly yang kami jumpa sepanjang 2 hari dekat situ. Dia buat muka
sikit, dan kata no, sorry takde. So aku cakap kat dia nak guan space tempat
simpan beg, it’s right next to a toilet anyway. Dia agak tak happy, sebab dia
kata itu tepi tangga dan nanti ada guest lain nak lalu-lalang terganggu. Aku
just cakap takpe, we’ll make do with something, and it will only take 5
minutes. Kami uruskanlah sendiri. Sambil tu nak repack barang-barang yang baru
shopping tadi, kena buka beg semua. In the end kami solat dekat teres dia,
mungkin kawasan orang merokok. Macam balkoni gitu, kena keluar pintu dekat tepi
tangga dia. Tak apalah, darurat. By the time kami siap solat semua, rupanya
perempuan tu pun dah habis shift. Sekarang ni brader dari Bangladesh yang kami
jumpa semalam, sangat friendly, so kami bye-bye dia, cakap thank you semua. Dan
kami gerak.
Kali ni luggage dah ada 2, dan nak
angkat naik turun tangga dekat subway station dia tu memang tak kelakar! Aku
cuba-cuba juga tolong, tapi mostly husband yang buat. Kena tukar train sekali
dekat Earls Court, lepas tu straight to Heathrow. Kami pergi ke Terminal 5.
Bila sampai sana, check board cari flight kami takde pulak. Masa tu barulah
terasa nak belek tiket, rupanya flight kami dekat Terminal 4. Adoiiihhh…. Nasib
baiklah masa tu baru pukul 7, ada hampir 3 jam lagi. Jadi kami naik Heathrow
Express ke Terminal 4 sebab travel between terminals are free.
Sampai sana barulah betul. Pergi drop
baggage, terus lepas security kami pergi solat dekat multi faith prayer room
dia, dekat dengan gate 3. Siap solat kami jalan ke gate 8. Terjumpa butik Cath
Kidston, so aku singgah belikan beg untuk mak dan mak mertua aku.
Lepas tu barulah lepak di gate,
menunggu flight. Aku duduk sederet dengan anak-anak, husband pulah terpisah
dengan lorong. Untung pulak dia, deret dia tu takde orang, jadi dia siap tidur
baring. Yang aku ni nak kena handle dua kanak-kanak sorang-sorang. Ewahhh….
Adik nangis-nangis dalam tidur sebab hidung dia sumbat. Aku pun tidur ala kadar
ajelah.
Sampai di Doha dalam pukul 6.30 waktu
Doha. Langit dah cerah macam pukul 8. Tapi kami pergi jela solat Subuh. Gate
untuk next flight betul-betul sebelah surau. Transit dalam 2 jam aje.
Pukul 8.15 camtu kami dah board the
next flight. Kami ni pun aku duduk sederet dengan anak-anak, husband terpisah
dengan lorong. Kami tidur aje, anak-anak adalah tengok movie dan main game
sikit.
Kami sampai di KL dalam pukul 9.45
malam. Singgah solat dulu sebab dah terlepas Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Adik pun masa tulah nak buat perangai, menangis, tak nak jalan segala. Trip
kali ni kerap betul dia buat perangai. Ni yang aku rindu couple’s trip nih!
By the time ambil beg dan dapat call
Uber, dah pun pukul 11. Maka berakhirlah trip kali ini.
Assalamualaikum sis.. boleh x nak tanya pengalaman dilombok ?? mcm mana saya nak contact yer?
ReplyDeleteHi, boleh email saya di fai_permata@hotmail.com
Delete