Monday, 16 October 2017

Kids Take London - Day 1

Bismillah… Kami akan memulakan satu lagi journey untuk tahun ni. Trip kali ni pun dah plan lama, tiket kami beli bulan January. Nak dijadikan cerita Qatar Airways buat sale lagi awal tahun hari tu, dan kali ni tiket murah yang kami jumpa ialah untuk ke London. RM8000 untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak. So kami terus sambar je, walaupun masa tu masih 10 bulan awal. Kali ni mak dan ayah aku pulak nak join sekali, tapi diorang beli tiket kemudian aje, so tak dapatlah rate murah tu.
Jadi fast forward ke 10 bulan kemudian, here we are!

13th  & 14th  October 2017

Flight kami dari KLIA ialah pada pukul 20:50 malam. Jadi anak-anak, husband, dan mak aku masih sekolah dan kerja macam biasa hari ni. Pukul 4.30 petang baru kami gerak ke airport. Jalan jam almost the whole way memandangkan hari ni Jumaat dan hujan sepanjang hari. Nasib baik sempat sampai. Husband aku gerak ke airport terus dari ofis aje, naik train jadi dia cepat sikit sampai.

Lepas solat semua, kami terus aje board kapal. Tempat duduk aku n family dengan tempat duduk mak ayah aku jauh-jauh sebab kami beli tiket asing-asing. Takpelah, bagi diorang ketenangan fikiran. Kalau duduk dekat, cucu asyik nak kacau je.

Disebabkan perbezaan masa, flight kami kali ni akan menempuh malam yang sangat panjang. Dari KL 8.50 malam, akan sampai di London lebih kurang 16 jam kemudian, pada jam 7 pagi waktu London. Jadi sedap tidurlah dalam flight, rest yang panjang.

Si Kakak masuk je flight terus tidur dan refuse to eat anything, jadi by the time kami sampai Doha 7 jam kemudian perut dia dah masuk angin. Ditambah pula dengan dia kuat mabuk, so dia muntah seround dekat toilet. Lepas tu aku sumbat dia ubat mabuk yang memang aku dah prepare awal-awal, cuma tak sempat bagi dia makan sebelum first flight tu. Flight dari Doha ke London dia oklah, boleh tengok TV, main game semua.

Transit di Doha dalam 2 jam, naik flight semula ke London, dan sampai sana hampir 7 hours later.
Nak lepas imigresen London ni je dekat sejam beratur, punya panjang dan ramai orang nak masuk London. Selesai semua, kami pergi solat dulu dekat multi faith prayer room di bahagian arrivals, tingkat 1, dekat dengan kawasan lounge dan airport hotel. Selesai tu barulah beli simkad untuk guna internet, beli Oyster card untuk mak ayah aku. Aku & husband guna Oyster Card kami dari trip 4 tahun lepas tu je. Takde expiry date.

Kami naik subway ke central London, dengan beberapa pertukaran train, sampai ke Victoria Coach Station. Sian jugak parents aku nak kena mengheret luggage besar, tapi nak buat camane kan.


Di Victoria Coach Station ada tempat simpan luggage, dengan harga antara yang termurah di London yang kami dah research. Disebabkan petang ni kami akan naik bas ekspres dekat situ untuk ke Luton Airport pula, kami tinggal je beg dekat situ. 3 luggage tarik, 3 bagpack kami kena caj £25. Pejam mata jelah bayar, untuk kesenangan berjalan.
Lepas tu barulah kami explore London. Jalan kaki ke Buckingham Palace, bagi anak-anak main dekat St James’ Park sambil kami lepak makan aiskrim, lepas tu bergolek-golek atas rumput ambik gambar autumn leaves. Dari sana kami gerak ke Big Ben, anak aku nak sangat tengok. Tapi malangnya bangunan tu tengah buat kerja-kerja repairs. Jadi penuh scaffolding dekat luar, towernya tak berapa nampak. Malang sket. Amik gambar London Eye sekali dekat seberang tu. Anak-anak sibuk lapar all the time jadi asyik berenti beli tu, beli ni, korek beg bagi food yang dah bungkus segala. Kejap beli Nutella crepe la, sandwich la, air la. Tabahlah mak dan ayah aku menghadap cucu. Yang adik pun sejak semalam dah berapa round dia melalak. Entah apesal kali ni serba tak kena sangat. Rimas pun ye aku ni.


Lepak tepi South Bank tu kejap tengok street performers, lepas tu kami cari bas 2 tingkat untuk bagi budak-budak ni merasa. Malas nak naik hop on hop off sebab mahal sangat, naik bas biasa je. Cuaca hari ni pun sedap-sedap untuk berjalan. Temperature dalam 19 darjah, jadi tak perlu nak berbungkus sangat, but at the same time jalan tak berpeluh. Best je.

Sampai di Tower Bridge, jalan kaki ke tepi sungai bawah tu untuk dapat view bridge yang cantik. Ada pasar dekat bawah tu orang jual street food and ada jual makanan halal jadi kami beli makanan makan tepi sungai tu. Adik menangis lagi untuk kali yang ke berapa juta untuk hari ni. Meluat sungguh! Diorang dah kenyang baru bleh pujuk bergambar semua.

Dari sana kami jalan kaki ke subway station, pergi ke Aldgate East, singgah solat di East London Mosque. Meriah betul masjid dia, walaupun solat Asar hari Sabtu, masjid penuh. Tempat solat perempuan pun ramai orang komuniti dia. Macam-macam bangsa. Majority kulit hitam, tapi ada juga arab dan mat salleh. Selesai solat kami gerak ke Victoria Coach Station semula.

Bas untuk ke Luton pukul 6.30. pukul 6 kami dah sampai. Tapi bas delay sikit, pukul 7 baru jalan. Journey ambil masa dalam sejam 10 minit. Anak-anak dah tertidur. So bila sampai sana tu pakat menangis-nangis semua tak nak bangunlah, tak nak jalanlah, tak nak bawak beglah, nak suruh dukunglah. Amboi, ketara betul beza perangai bila pergi berjalan dengan Atok Nenek, habaq hang! Tahun lepas diorang lagi kecik masa aku bawak ke Europe, takde pulak perangai mengada-ada gitu sangat!


Bas ekspres tu bawak kami terus ke airport, tapi flight seterusnya awal pagi esok aje. So kami dah tempah hotel untuk dapat rehat dalam 5 jam. So kena naik a different bas pergi dekat area hotel tu. Finally dapat check in pukul 9 malam. Mandi-mandi, plan baju untuk pagi esok, n terus tidur je. Bilik dekat easyhotel Luton tu kemain kecik, macam duduk dalam kotak. Tabahlah untuk satu malam. Yang penting dapat tidur untuk recharge energy.


Esok pagi-pagi kami dah kena gerak ke airport. Flight kami pukul 6.15 pagi, untuk ke….. Esoklah kita cerita. Heheheh…. 

No comments:

Post a Comment