Sunday, 22 October 2017

Kids Take Iceland & London - Day 7

20th October 2017

Kami dapat duduk di rumah terakhir ni beberapa jam aje, memandangkan pukul 10 lebih malam semalam baru kami sampai balik, dan pagi ni pukul 6.30 teksi dah pun jemput kami ke airport.

Sayang sebenarnya, sebab kawasan ni cantik. Ikutkan guide book yang disediakan dalam rumah tu, ada banyak tarikan yang boleh kami pergi di sekeliling rumah dengan jalan kaki saja. Yang paling terkilan ialah tak dapat pergi ke rumah api dekat tepi laut dekat sini. Haih…. Ini yang buat rasa macam kena datang semula ke sini. Hehehe.

Anyway, kami bangun pukul 5 dan mula mengemas, breakfast, uruskan budak-budak, solat Subuh. Itu pun dah cukup kelam kabut, aku tak boleh bayangkan kalau kami kena keluar pukul 5 untuk hantar kereta dekat ofis kereta sewa di Reykjavik. Nasib baiklah Allah mudahkan urusan.

Perjalanan naik teksi dari rumah ke airport ambil masa tak sampai 15 minit, dan syarikat kereta sewa dah janji akan bayarkan tambangnya. Tapi mak aku sempat jeling ke meter teksi masa sampai di airport, ISK8000!! Bersamaan RM320 duit kita ya! Nasib baiklah dia tolong bayarkan, kalau tidak memang tertelan biji nangka rasa nak bayar!

Masuk je airport terus drop baggage, dan kami agak terkejut sebab airport Iceland lebih strict daripada airport Luton hari tu. Setiap kilo berat beg diambil kira, setiap biji carry on bag pun dikira. Nasib baiklah aku dan mak aku memang jenis penakut, kami dah pack semua ngam-ngam. Jadi semua okay untuk kami. Orang lain yang beratur depan kami majority kena buka beg dan keluarkan some stuff sebab terlebih muatan. Scaryyy.

Selesai dekat situ, kami sempat pergi tax refund untuk sweater Hard Rock Café husband aku. Daripada harga ISK7000 tu, dapat balik duit dlm ISK500 lebih, bersamaan RM20 lebih duit kita. Kira okaylah tu, duit jugak. Itulah first time kami tengok duit Iceland pun, sebab langsung tak tukar dan sentiasa guna kad saja untuk semua purchase.

Masuk ke dalam tu awal lagi, baru 7.30, flight kami 9.15 pagi, jadi kami ambil peluang untuk beli souvenir sikit. Memang mahal, sebijik fridge magnet paling murah kami jumpa ialah ISK695, bersamaan RM28 macam tu. Tapi sebab dah sampai Iceland kalau tak beli apa-apa langsung rasa terkilan pulak. Jadi belilah seketul dua untuk diri sendiri. Dekat airport ni nak bayar guna pound, euro, dollar semua boleh. Tapi bakinya kalau ada, akan diberi dalam matawang Iceland la.

Husband beli coklat Iceland sikit untuk buah tangan ke ofis, magnet untuk rumah, dan akhir sekali aku beli beberapa benang bulu untuk aku kait buat topi untuk aku, sebab aku belum beli apa-apa dekat Iceland ni.

Masa tengah duduk tunggu gate buka untuk masuk kapal, sebak pulak rasa nak balik dah. Rasa tak complete sebab aurora tak dapat tengok. Tiba-tiba husband aku pun sebut benda sama. Dia tanya aku dengar tak apa ayah aku cakap semalam masa dalam kereta. Terus bergenang air mata aku. Aku tak ingat rentetan peristiwa dia, tapi ayah aku dok sembang dengan anak aku semalam, dan dia tiba-tiba sebut, “Kakak Adik takpela, banyak masa lagi nak mai sini pulak. Tok abah ni tak tau boleh mai lagi ke tak.” Alahai… Insyallah bah, panjang umur murah rezeki kita mai pulak. Tak pun kita pi pusing negara lain pulak. Dunia luas lagi.

Flight kami penuh, dan kami dapat seat sederet lagi. Aku tak tidur kali ni sebab banyak nak kena menulis dan menaip. Sambil tu kena melayan Adik pulak yang tak berenti bersembang dari pagi. Kami touchdown di Luton Airport London dalam pukul 1 lebih tengah hari waktu London.

Clear imigresen semua, ambil beg, semua lancar, lepas tu tiba masanya kami berpecah dengan mak ayah aku. Aku, husband dan anak-anak akan stay di London je 2 malam lagi sebab husband tak dapat beli tiket tengok bola di Huddersfield. Mak ayah aku pulak sewa kereta dan pergi merayau sikit ke arah Bristol dan akan balik ke KL malam esok.

Aku risau juga untuk diorang sebab diorang tak de internet connection, kalau apa-apa jadi nak contact orang pun susah. Aku dah pesan suruh usahakan beli sim kad sini, atau minta sewa router internet dekat car rental company tu. Tapi setakat tu jelah aku dapat tolong sebab bas kami untuk ke London pun pukul 2.40 so kami tak boleh teman diorang sampai ke tempat ambil kereta.

Lepak di Luton Airport sampai pukul 2.30, then pergi ke tempat bas dan naik bas ke London Paddington Station. Perjalanan ambil masa dalam sejam suku. Hotel kami pun tak jauh sangat dari tempat bas turunkan kami. Kami akan tinggal Springfield Hotel, di kawasan Paddington dan berhampiran Hyde Park.

Mahal jugak harga untuk 1 malam ni, tapi sebab kami nak hotel yang betul-betul central, ini antara yang termurah kami dapat, RM600 satu malam. Tapi bila masuk bilik dia tu, agak kecewa la, sebab sempit, sedikit uzur keadaan bilik dia. Kotor pun ya sikit, very basic. Terus terkenangkan hotel-hotel moden yang luas-luas, macam ibis ke apa, kalaulah book dekat sana je. Aku ni jenis kalau nak pegi holiday, tempat tinggal biar selesa, alang-alang dah bayar mahal. Kalau condition hotel lagi korok dari rumah sendiri, baik takyah gi holiday je. Tapi tulah, booking dah bayar, nak cancel pun bukannya dapat balik duit kan? Duduk ajelah. Kami book bilik quadruple, jadi ada 1 double bed dan 1 double decker bed untuk anak-anak.


Masuk bilik just nice untuk letak beg dan solat semua, lepas tu kami keluar makan. Dekat je dengan hotel kami ni ada kedai makanan Lebanon, jadi makan dekat sana je sebab malas nak fikir. Kids really enjoyed their meal there, and price dia was reasonable if you stop comparing with RM.


Lepas makan tu kami bawa anak-anak pergi round Paddington station untuk ambil gambar Paddington Bear. Pusing-pusing kawasan kami duduk tu, just to enjoy London at night, then pukul 7 tu balik bilik and settle for the night. Kids tidur dalam pukul 8, kami pun 9.30 camtu dah tidur dah. 

No comments:

Post a Comment