Wednesday, 25 October 2017

Kids Take London - Day 8

21st October 2017

Kami bangun pukul 6.30 untuk Subuh tu, aku terus berjaga untuk siapkan kerja sikit. Ingat nak bermalas-malasan sikit bila dah sampai London ni, sebab kami takde specific plan pun nak tengok apa. Tapi breakfast hotel ni pulak awal, dari pukul 7 – 9 pagi je. Terpaksa bangun awal jugak. Kejutkan anak-anak dalam pukul 7.30, get ready semua, pukul 8 lebih sikit kami turun breakfast.

Rupanya dekat sini dia bukan serve buffet breakfast. Maklumlah, hotel kecik je. Instead, dia memang sediakan untuk semua orang English Breakfast plate. So bila kami masuk bilik makan tu, nampak semua orang makan sosej, bacon macam tu, dan tengok pulak dapur dia yang sangat kecik tu, kami decide untuk makan roti bakar dengan butter je. Sebab apa, kita dah boleh tahu memang confirm diorang akan masak guna periuk kuali yang sama, so senang cerita tak nak was-was, tak payah makan jela.

Anyway, lepas makan-makan, kami terus keluar. Sebenarnya 2 hari dekat London ni kami takde arah tuju sangat pun. Takdelah rasa beria nak mengejar pergi tengok apa-apa tarikan, atau nak pegi theme park ke apa-apa. Ikut kaki berjalan aje. So pagi ni kami decide untuk pergi Portobello Market dekat Notting Hill. Saja jalan-jalan cari pasal.

Naik tube ke sana. Sampai sana cuci-cuci mata tengok barang antic, makanan, sayur, buah… Memang menarik. Belikan banana Nutella crepe untuk diorang makan, kami beli falafel sandwich. Lepas tu terjumpa pulak Poundland. Memang hilang akal la sekejap. Semua benda £1 je. Coklat hebat-hebat dalam paket besar-besar, £1. Anak-anak beli toys pun £1. Jual sabun shampoo, alat tulis, barang baby, mekap, semua £1. Eh, memang gila la aku. Tapi at the back of our minds, kami masih tersekat-sekat nak beli barang sebab luggage kami memang dah penuh tahap sendat giler. Sebab kami bawak 1 luggage je, untuk baju 4 beranak, untuk 10 hari. Adala satu beg shopping mak aku sedekahkan sebelum kami pisah hari tu. Itu pun berapa kerat sangat barang boleh masuk.

Ku gagahkan jua spend £10 beli coklat. Itu pun mewah weh hasil tangkapan. RM56 duit kita dapat coklat punya banyak. Pergi Langkawi bayar RM56 tah-tah dapat Kisses je 2-3 paket. Anak-anak beli toys sikit. Lepas tu kami sambung berjalan dekat luar. Masa tu lah kami decide untuk beli luggage lagi 1 bawak balik untuk mengisi hasil tangkapan. Kebetulan dekat Portobello tu banyak jual. Kualiti ke tak, aku malas nak pikir. Janganlah nak bandingkan dengan level Samsonite pulak kan? Aku kata kat husband, ini jadi luggage kita bile nak travel dekat-dekat, 2-3 hari. Sebab luggage kami yang beli sebelum ni dah simpan dekat rumah mertua aku dah.

Kami dapat luggage yang saiz sederhana harga £20. Kira okaylah tu. Lepas tu mengheretlah beg tu. Memandangkan hotel kami pun setakat 2-3 stop je naik tube, kami angkut beg tu balik bilik hotel dulu. Sampai tu ngam-ngam waktu Zohor, jadi kami solat siap-siap, lepas ni boleh berjalan sampai ke malam.

Keluar balik tu husband bawak kami ke Emirates Stadium Arsenal. Bergambar segala, lepas tu kami pergi ke Kings Cross Station, saja bawak budak-budak tengok tempat Harry Potter tu, walaupun diorang terpinga-pinga je sebab tak kenal Harry Potter. Aku pun sama banyak terpinga-pinganye. Orang beratur nak ambil gambar dekat Platform 9¾ tu kemain panjang!

Seterusnya kami ke Oxford Street. Tak tipulah, datang London aku memang jadi bersemangat semacam nak shopping. So kami laju je menuju H&M. Tapi masa tu jugaklah anak-anak merengek kelaparan.  So puas kami Google cari halal food, tepu pulak aku tengok kedai makanan Arab. Yang paling unik pun ada kedai burger ala-ala fast food tapi halal, Burgeri. So kami pergi sana.

Food dia ok-ok jela, tapi lapar punya pasal, makan beria. Anak-anak lapar nak makan ayam ni ha… Siap makan barulah diorang bekerjasama nak shopping. Masuk H&M dulu, cari sale murah-murah untuk anak2. Dapat banyak helai jugak, kami bayar dalam £25. Dari sana, budak-budak pujuk suruh bawak diorang masuk kedai sweets. Sebab apa, aku dah sogokkan budak-budak ni. Untuk 2 hari dekat London ni, setiap hari yang diorang behave aku bagi diorang £5 untuk diorang beli apa-apa diorang nak. So untuk £5 hari ni, diorang dah sibuklah nak belanja. Diorang dah belanja sikit tadi dekat Poundland, ini nak perabih duit la ni. Layankanlah jugak, walaupun proses diorang nak pilih barang nak beli punyalah berjam-jam.

Masa tu hari dah gelap pun, dalam pukul 6.30 petang. Nasib baiklah kedai semua tutup pukul 10 hari ni. Kami sambung shopping dekat M&S, mencari pakaian dalaman aku, heheheh. Dekat sebelah M&S ni ada kedai Lush pulak. Selalu tengok dekat Facebook je, jadi kali ni kami masuk. Kedai dia sangat fun, semua benda boleh cuba, boleh pegang, boleh usik. Anak-anak dok main bubble bath product, ada staf dia dok melayan. Aku pergi cari face cream sebab face cream aku habis dilenjan masa kat Iceland. Okla harganya, £16 gitu. Kalau beli cream yang ada nama sikit dekat Malaysia pun dah RM100 lebih kan? Or maybe even more than that?

Lepas tu kami masuk Primark. Haaaaaaa…. Dekat sinilah kami hilang akal. Kalau masuk H&M tadi rasa dah murah, dekat sini lagi murah!! Baju budak sehelai £1.80. Menangis aku tengok. Jaket bubble cantik-cantik £10 ke £16. Memandangkan baju anak sendiri dah habis beli dekat H&M tadi, dekat sini kami focus kepada anak-anak menakan. Banyak juga aku beli.

Dekat bawah pulak ada 1 whole section yang jual barang Harry Potter, jadi aku layankan adik aku beli a few stuff untuk dia. Beratur agak panjang jugaklah nak bayar tu. Kaki pun dah sakit memandangkan kami merayau dari pagi. Masa tu dah pukul 7 lebih. Anak-anak pun dah merengek. So kami decide untuk balik je dulu, walaupun kedai tutup pukul 10 nanti.

Kami sampai dekat hotel balik dalam pukul 8 lebih. Sempat beli roti, susu sikit untuk anak-anak makan. Lepas diorang mandi semua, diorang tidur. Kami dah mula packing sebab esok flight balik kami malam, tapi check out pukul 10 pagi. Kami akan tinggal beg dekat hotel dulu sementara kami merayau lagi nanti.

No comments:

Post a Comment