19th October 2017
Hari kami bermula lambat hari ni
sebab breakfast yang hotel provide mula buka jam 8 je. Kami makan sikit-sikit
dulu, habiskan apa makanan yang ada dalam simpanan sebab hari ni hari terakhir
kami di Iceland.
Breakfast food dia macam biasa,
roti, susu, yogurt, kek, smoked salmon, juice. Lepas makan tu terus check out. By
then dah dekat pukul 10. Masa check out tu kami minta suggestion daripada
reception pasal tempat-tempat yang patut kami tengok dekat area sini. Dia ada
suggest beberapa tempat yang ambil masa dalam sejam ke 2 jam dari hotel ni.
Masalahnya kami agak rushing hari ni sebab kami ada appointment di Blue Lagoon
pukul 7 petang. Dan perjalanan dari hotel ni ke Reykjavik pun dah dekat sejam.
Hari ni pun mendung, hujan gerimis,
angin kuat, sejuk. Tak seronok rasa nak berjalan dalam cuaca macam ni, tapi
memandangkan nak datang Iceland ni bukan macam belakang rumah, kami gagahkan
jua. Destinasi pertama kami ialah ke Ytri-Tunga. Dekat sini ialah tempat anjing
laut melepak sebenarnya, kalau bernasib baik dapat tengok. Kami cuma nampak
satu ekor anjing laut dok bersantai tepi laut. Kira lucky jugaklah, daripada tak
ada.
Dari sana kami teruskan
perjalanan ke Arnarstapi, satu pekan tepi cenuram yang tinggi. Pemandangan dekat
sini cantik! Kalau datang sini hari cuaca cerah mesti menarik. Masa kami sampai
hujan gerimis, angin kuat. Mak aku dan si kakak sempat ambil gambar sikit aje,
lepas tu diorang dah tak tahan sejuk. Aku, husband, si adik dan ayah aku pergi
ke tepi cenuram juga untuk ambil gambar. Lepas tu ayah dan si adik pun give up
jugak, patah balik ke kereta. Aku dan husband jalan jauh sikit, bergambar sikit
lagi. Lepas tu barulah teruskan perjalanan.
Banyak lagi sebenarnya kawasan
yang boleh dilawat dekat kawasan Snaefellsnes ni, tapi kekangan masa dan cuaca
mengehadkan perjalanan kami. Bila kira balik masa yang ada, kami terpaksa patah
balik terus masa tu jugak untuk sampai di Reykjavik, ke rumah kami di Keflavik
untuk check in, dan untuk ke Blue Lagoon on time.
Perjalanan ke Reykjavik ambil
masa dalam 2.15 jam. Sempat singgah toilet dekat tepi jalan, nak masuk toilet
pun harga ISK100, bersamaan dengan RM4! Kami tak pernah tukar duit Iceland,
jadi nak masuk toilet pun bayar dengan kredit kad.
Dalam pukul 3 lebih kami sampai
di Reykjavik, dan kali ni kami pergi ambil gambar di monumen-monumen yang tak
sempat kami cover hari tu; monument Sun voyager, Gereja dia. Lepas tu kami ke
Aurora Museum dekat dengan port. Mak aku yang teringin sangat nak tengok aurora
tu, jadi memandangkan rezeki kami tak ada nak tengok aurora sebenar, kami bawa
dia pergi muzium tu. Tiket masuk dia mahal, dekat RM70 untuk dewasa. Mula-mula
mak aku pun dah tawar hati, tapi sebab anak-anak aku sibuk nak masuk, kami
suruh mak aku masuk denga anak-anak aku, sementara aku, husband and ayah aku
lari pegi Hard Rock Café Reykjavik. Husband akula, sibuk sangat nak membeli. Dia
belila sweater satu harga ISK7000, bersamaan RM280. Wuwuwu… kenangan katanya!
Dari sana kami patah balik jemput
mak dan anak-anak aku, terus rush ke rumah kami di Keflavik. Hal rumah dengan
pengangkutan ke airport esok pun panjang cerita dia. Alkisahnya, kerja booking
rumah dan hotel semua tugas aku. Tugas sewa kereta pulak kerja Ayah aku. So aku
ni niat nak menyenangkan kerja, aku cari rumah yang paling dekat dengan airport
untuk malam sebelum balik ke London. Rupanya, orang kereta sewa dah bagitahu
Ayah aku yang kami kena pergi ke Reykjavik untuk pulangkan kereta di ofis dia
sebelum kami ke airport, dan dia yang akan hantar kami ke airport. In fact, dia
dah caj kami extra EUR90 untuk jemput dan hantar kami di airport.
Disebabkan miscommunication ni
between aku dan Ayah aku, keadaan dah jadi kucar-kacir. Jarak rumah kami dengan
airport cuma 15 minit. Jarak rumah kami
dengan ofis kereta sewa pula 45 minit. Kalau ikut plan asal untuk hantar kereta
di ofis dia, kami akan buat journey yang sia-sia hampir sejam setengah just
untuk hantar kereta dan dia hantar kami ke airport. Apatah lagi flight kami
pagi. Takkan pukul 5 pagi dah nak keluar rumah hanya untuk tu? Jadi aku contact
dia untuk mintak kami sendiri drive ke airport dan tinggalkan kereta dekat
sana. Dia senang, kami pun senang. Tapi dia kata tak boleh. Bermulalah episod
perbincangan yang panjang untuk cari penyelesaian yang paling win-win untuk
semua. Macam-macam suggestion dan solution yang masing-masing propose, dan perbincangan
melalui email ni berlarutan sejak tengah hari sampai senja!
Sampai last sekali aku decide
untuk mengalah, lantaklah, pergi ke ofis dia pukul 5 pagi pun pergi jelah. Aku
dah penat nak bincang. Masa tulah dia pulak mengalah, dia kata boleh tunggu
kami sampai pukul 10 malam, dia yang akan datang ambil kereta di rumah kami,
dan esok pagi dia akan bayarkan teksi untuk kami ke airport. Alhamdulillah!!
Barulah lega otak aku.
Kawasan rumah yang kami pilih
untuk malam ni sangat cantik sebenarnya. Ada lighthouse dekat-dekat situ. Pekan
dia kecil dengan rumah comel-comel. Tepi laut, dan kawasan ni sangat kerap ada
aurora. Tapi nak dijadikan cerita, rezeki kami belum sampai. Hari ni hujan
sepanjang hari, awan sangat tebal sampai langsung tak nampak langit. Kami pula
sampai di rumah tu betul-betul time Maghrib, dan sangat rushing untuk ke Blue
Lagoon pulak. Jadi langsung tak sempat explore kawasan ni. Terkilan rasa.
Masuk rumah, kemas-kemas baju apa
yang patut untuk bawa ke Blue Lagoon, dan terus rush ke sana. Appointment kami
pukul 7, kami sampai pun dah 7.05. Sementara nak beratur masuk, nak shower dan
tukar ke baju mandi semua. Dekat 7.45 juga baru dapat masuk dalam air.
Sempatlah cuci mata dalam shower room dia tu, sebab mat-mat saleh yang selamba
tu diorang bogel aje. Aku warning lah dulu anak dara aku tu apa yang bakal dia
tengok, jangan kau main tegur pulak! Sengih je dia. Tapi jangan risau,
bilik-bilik shower pun disediakan untuk orang yang tak selesa bogel di khalayak
ramai. Kami semua mandi dalam cubicle shower.
Air panas dia cukup lazat,
especially dengan cuaca sejuk gedi dekat luar, dan hujan gerimis. Dengan pakej
standard yang kami beli, kami dapat sekali Silica Mask untuk sapu dekat muka
dan badan. Kami berendam dalam sejam jugak. Orang dah tak ramai sebab dah
malam. Tempat tu pun lampu malap aje, jadi tak dapatlah tengok suasana Blue
Lagoon masa siang.
Disebabkan kami dah ada janji
dengan orang kereta sewa tu sebelum pukul 10. Sebelum pukul 9 kami dah keluar
dari air dan mandi-mandi untuk balik. Entahlah nak kata berbaloi ke tak harga
yang kami bayar, lebih kurang RM275 untuk seorang dewasa. Kanak-kanak bawah 14
tahun free aje. Kalau tempah masa awal, kita sebenarnya boleh lepak je dekat
situ sepanjang hari pun takpe. Takde time limit. Tapi sebab appointment kami
pun 2 jam sebelum tutup. Banyak tu ajelah yang kami dapat.
Tip mandi di Blue Lagoon ni,
untuk orang yang tak pakai swimming cap/tudung, sebelum masuk dalam air sila
lumur rambut dengan conditioner yang disediakan dekat situ. Kalau tidak rambut
akan jadi keras macam dawai. Lepas keluar pun syampu beberapa kali dan letak
conditioner banyak-banyak. Dekat dalam toilet dia ada sediakan segala sabun,
conditioner, lotion. Memandangkan bayar dah mahal, guna je semua! Satu botol
losyen bersaiz 50 ml harga dia di kedai ialah RM400!! Kalau rasa selamba lagi,
bawa aje bekas krim lama, picit aje masuk dalam tu bawak balik sebagai
souvenir. Aku tak teringat pasal tip tu semalam, jadi aku dah melepas.
Lepas selesai semua dan berkumpul
balik dengan husband, anak dan ayah aku, kami dapat tahu yang Ayah aku pitam
dalam tempat shower tadi. Allahuakbar! Tak tahulah kenapa, nasib baik husband
aku sempat sambut dan ramai yang datang tolong. Staf dekat situ bagi dia air,
rawat dia semua. Tapi kata staf dekat situ, kejadian tu agak common, dan hari
ni saja ada 3 orang kena macam tu. Tak taulah apa explanation dari sudut
kesihatan, tapi aku agak ada kena mengena dengan kekurangan oksigen atau dehydrated maybe.
On the way balik ke rumah kami,
singgah penuhkan tangka minyak untuk pulangkan kereta. Stesen minyak dekat
Iceland ni pun tricky jugak. Sepanjang jalan kita akan nampak banyak stesen
minyak, ada yang harga dia murah banyak daripada yang lain. Tapi bila kami ke
stesen minyak murah untuk isi minyak, dia tak accept kad kredit kita. Stesen
minyak mahal aje yang boleh, contohnya brand N1. Kebanyakan stesen minyak juga tak
ada kaunter atau kedai. Bayar semua guna kredit kad di mesin minyak. So ke
Iceland ni, sangat penting untuk mempunyai kad kredit dengan credit limit yang
agak tinggi! Tau kad debit dengan duit yang banyak dalam bank.
Anyway, orang kereta sewa tu
ambil kereta kami. Kami packing dan makan malam dalam pukul 11. Aku dah tak
boleh buka mata. Dengan kerja masuk sangat banyak, semua deadline dekat-dekat. Susah
hati betul aku! Dalam pukul 12 kami tidur. Pukul 5 pagi dah kena bangun bersiap
dah ni…. Esok dah nak balik. Wuwuwu…
No comments:
Post a Comment