Wednesday, 18 October 2017

Kids Take Iceland - Day 3

16th October 2017

Disebabkan sebelum pukul 9 malam semua orang dah tidur (anak aku pukul 7.45 dah setel tido) semalam, pukul 3 pagi aku dengar mak aku dah ketung-ketang dekat luar. Aku n husband tido dalam bilik katil double, anak-anak aku tidur dalam bilik katil double decker. Mak dan ayah aku tido atas sofa bed double dekat ruang tamu sebab diorang jenis bangun awal.

By pukul 5 tu semua orang dah bangun, termasuk anak-anak aku. Subuh 5.40 baru masuk. Mak aku mengemas barang-barang dia, kami prepare breakfast, goreng roti boom, bakar roti, cereal, goreng sikit leftover nasi semalam, sambil-sambil tu aku kerja, blogging. Semua benda berjaya setel sebelum matahari terbit.


Lusa kami akan kembali tinggal dekat rumah ni satu malam lagi, dan kata Trausti hos kami, in between tarikh tu takde orang lain masuk. Jadi kami pesan dekat dia tak perlu susah-susah tukar cadar semua. Dan kami ambil peluang untuk basuh 1 load baju guna mesin basuh dia dan sidai je dalam rumah tu. So by the time kami balik kami dah ada sikit baju bersih yang boleh guna kemudian, dan tak perlu membasuh banyak sangat bila balik.

Bergambar masa sunrise semua, by the time 8.30 tu kami dah ready untuk gerak. Trausti datang jumpa kami bawa anjing Scooby Doo dia tu. Berlari kami semua masuk kereta. Sembang dengan dia dari dalam kereta aje. Then kami memulakan perjalanan yang akan mengambil masa 4 jam ke point paling jauh yang akan kami explore untuk trip ke Iceland ni; Jokulsarlon Glacier Lagoon.

Baru drive sekejap, kami dah sampai di Seljalandsfoss, salah satu air terjun yang cantik dekat sini. Sebab excited, kami berenti jugak dekat sini bergambar. Bila berhenti dekat attractions yang terkenal, parking dia kena bayar. Dalam ISK700 bersamaan dengan RM28, tapi parking tiket yang sama boleh digunakan selama 24 jam di mana-mana parking berbayar yang lain kalau x salah aku.


Dalam 40 minit kami dekat sana bergambar dan bersejukan. Tapi kami tak sanggup masuk belakang air terjun tu walaupun ada jalan masuk, sebab kalau ke sana confirm baju akan basah. Raincoat kami pulak ada dalam beg dekat boot. Jadi abaikan jelah.

Kami teruskan perjalanan ke Diamond Beach, lagi 3 jam macam tu. Kali ni semua tempat cantik yang kami nampak kami take note je. Esok kami akan patah balik ikut jalan ni, jadi semua kami akan singgah esok insyallah.

Cuaca hari ni cantik. Langit sangat cerah, awan langsung takde. Perjalanan kami pun smooth. Anak-anak semua tido selesa dalam kereta, jadi by the time kami sampai destinasi dalam pukul 2 lebih tu, diorang fresh.

Pemandangan dekat Jokulsarlon Glacier Lagoon tu sangat cantik. Walaupun berais macam tu, cuaca tak sejuk sangat. Kami bergambar semua, pastu drive ke depan sikit ke kawasan parking utama sebab nak mencari toilet. Yang ada cuma portable toilet, jadi pejam mata gunalah jugak. Dekat sana juga kami tumpeng solat dekat kawasan lapang dia. Lepas tu baru kami ke Diamond Beach di seberang jalan daripada Glacier Lagoon tu. Cantiknyeeelah… Kalaulah ketulan-ketulan tu semua diamond betul kan? Hehe…


By the time selesai dekat Diamond Beach tu, dah pun pukul 4 lebih petang. Jadi walaupun ada 1-2 tempat lagi yang aku senaraikan untuk tengok, kami decide untuk abaikan aje sebab dah dekat gelap. Kami kena patah balik dalam sejam lebih sikit untuk sampai ke hotel kami untuk malam ni, Fosshotel Nupar. Memang kami dah lalu tadi on the way.


Sempat singgah top up minyak kereta yang dah cecah half tank. Isi minyak mahal oooooo sini! Ini setengah tank dalam 40 liter, harganya ISK 7600 bersamaan RM300 duit kita. Bayar semua benda guna credit card atau debit card je dekat sini. Setakat hari ni kami belum tukar duit Iceland pun lagi. Tak tahu pun rupa bentuk dia macam mana.

Singgah juga kedai beli roti sebab malam ni kami tak boleh masak, sebab duduk hotel. Kami cuma dah rebus telur siap-siap untuk makan sandwich, lepas tu Mak dan anak-anak aku pakat nak celur maggi guna air panas. Kira okaylah tu. Asalkan kenyang.

Sampai dekat hotel just nice senja. Terus aje dapat bilik sebab kami dah book dan bayar awal-awal. Satu malam dekat sini harga dia lebih kurang RM500. Bilik dia simple, tapi location dia dikelilingi bukit, jadi cantiklah. Tingkap dia besar untuk mudahkan kita monitor aurora. Reception siap ada aurora waitch wake up call. Kalau kita isi nama untuk tu, bila ada activity aurora di langit, diorang akan datang ketuk bilik kita. Memang confirm la aku sign up nama, sebab aku memang nak tengok sangat.



Masuk bilik, uruskan anak-anak makan. Masakkan maggi diorang, bagi makan cereal, aku bancuh egg mayo buat sandwich semua. Then barulah mandi, solat. Bilik kami ni bilik double jadi sorang anak tido dengan mak ayah aku, sorang lagi tido dengan kami. By pukul 8 tu diorang dah lena. Aku pun menyusul dalam pukul 9. Tingkap kami buka besar-besar jadi bila terjaga malam dapat tenung langit, manalah tau ada rezeki. Langit cerah malam ni, bintang banyak.  

No comments:

Post a Comment