Thursday, 26 October 2017

Kids Take London - Day 9

22 October 2017

Last day here. Lepas Subuh terus berjaga, mengemas, kejutkan anak-anak. Turun breakfast pun dah dekat pukul 9. Hari kami sebenarnya masih panjang hari ni, sebab flight kami cuma pukul 21:55 malam. Nak check out lambat pun, waktu check out hotel ni ialah 10 pagi. Jadi lepas makan tu final packing, dan keluar. Beg-beg kami tinggal dulu dekat hotel.

Hari ni hari Ahad, jadi kalau nak sambung shopping pun, kebanyakan kedai akan mula buka pukul 11.30 je nanti, dan akan tutup pulak pukul 6 petang. Jadi pukul 10 pagi tu kami jalan kaki merayau ke Little Venice, tak jauh pun dari hotel kami. Beli coffee dan hot chocolate dengan Costa, feeling-feeling London kan. Pastu merayaula. Nyaman-nyaman je cuaca. Dekat Little Venice ni takde apa pun sebenarnya, tempat orang parking bot-bot sungai yang panjang tu.


Dari sana kami naik train ke Trafalgar Square, sebab memang dah takde arah tuju dah. Lagipun Trafalgar Square tu dalam 10 minit aje jalan kaki dari Oxford Street, tempat kami nak sambung shopping jap lagi. Tapi nak ambil gambar dalam square tu tak boleh pulak, sebab ada event Sea Cadets, macam penyerahan watikah gitulah agaknye. So ambil gambar dari luar je.

Adik masih tak puas hati, dok pujuk-pujuk kami nak tengok Big Ben lagi, kot-kot diorang dah siap repair katanya. Yelah, dah seminggu tinggal London kan. Tapi dari Trafalgar tu boleh nampak pun hujung Menara Big Ben tu, dan masih tengah repair. Kecewa dia. Sian.

So since masa tu dah pun pukul 11.30, kami menapak ke Oxford Street. Lalu kawasan arts diorang, banyak teater-teater kecik. Banyak kedai yang baru nak start bukak, dan bila aku ada nampak barang best-best dekat tingkap kedai untuk beli buat souvenir pun, takde rezeki sebab kedai belum buka lagi.
Sampai di Primark tu kami sambunglah perabih duit. Aku nak beli jaket baru untuk anak-anak sebab diorang makin membesar, kalau tahun depan pergi jalan lagi, kemungkinan jaket diorang dah terlalu kecik untuk diorang. So kali ni beli besar sikit, untuk kegunaan masa hadapan. Aku pun beli beberapa helai T-shirt lengan panjang untuk kegunaan harian sebab harga £2.30 je, dalam RM13 duit kita. 3 helai baru RM40. Pergi Brands Outlet pun 3 helai RM50 tahu!

Husband pun beli jaket, topi. Aku je tak sempat nak shopping banyak, sebab agak rushing jugaklah sikit. Encik ni nak pergi satu lagi stadium, Stadium Wembley. Takpelah. So dari sana kami naik train ke Wembley Stadium yang penuh dengan orang sebab hari ni ada game Tottenham Hotspurs vs Liverpool. Nak ambil gambar kemeriahan suasana aje, sambil-sambil dia dah janji nak belikan barang Spurs untuk kawan ofis dia, seorang mamat rare yang meminati team tersebut.

Sampai je dekat Wembley baru kami tahu yang dekat sebelah stadium tu betul-betul ada London Designer Outlet. Wah, rezeki terpijak. Ingatkan kali ni tak dapat jejak outlet langsung, sebab outlet yang kami tahu ialah Bicester Village berhampiran Oxford, dan Cheshire Oaks dekat Liverpool.

By the time kami masuk ke outlet tu dah pun pukul 2. Tak sempat nak tengok apa-apa kena layankan anak-anak masuk kedai toys dulu, sebab diorang ada lagi £5 upah behave hari ni kan? Sebenarnya kakak dah habis belanja duit dia dah dekat Primark tadi, sebab barang perempuan senang nak cari. Adik nila yang belum setel. Dahla jenis undecided gila-gila. Nak suruh dia pilih barang berejam. Sampai kena paksa-paksa beli. By the time selesai beli, dia cipta masalah lain pulak. Dia tak mau berjalan dah, sebab dia nak buka toys dia dan-dan tu jugak. Yang Kakak dah start lapar. Kami tanya cashier kedai toys tu, seorang perempuan bertudung, pasal halal food terdekat. Dia suggest pergi dekat dengan train station, but we are not going back yet and kids dah kelaparan. Dalam complex tu dia suggest pergi Pizza Express and pilih vegetarian options.


So pizza sounds good, especially to the kids, kami terus hala ke sana. Adik masih buat perangai, menangis meleleh-leleh air mata kata tak larat jalanlah bagai. Aku dah malas nak layan. Heret je masuk kedai. Elok pulak kedai tu ada bagi aktiviti sheet untuk kids siap ada stiker, colour pencil segala. Alhamdulillah, senyap sekejap semua orang. Dapatlah aku menenangkan fikiran. Kami order pizza marghareta, garlic bread, calamari rings dan cannelloni. In fact dia ada banyak vegetarian options, dan kedai dia ada ramai orang Islam dok makan. Food dia pun sedap!

Selesai makan dah pukul 4. Nak merayau shopping lagi pun macam suntuk sangat. Husband cuba masuk beberapa kedai kasut, sebab dah memang hobinya beli kasut, tapi saiz takdelah, tak berkenanlah. So akhirnya kami gerak balik ke hotel untuk ambil beg kami.

Sampai di hotel dah pukul 5 lebih. Kami mintak izin nak guna mana-mana bahagian dalam hotel tu untuk tumpang solat. Kebetulan yang tengah jaga kaunter masa tu receptionist yang paling kurang friendly yang kami jumpa sepanjang 2 hari dekat situ. Dia buat muka sikit, dan kata no, sorry takde. So aku cakap kat dia nak guan space tempat simpan beg, it’s right next to a toilet anyway. Dia agak tak happy, sebab dia kata itu tepi tangga dan nanti ada guest lain nak lalu-lalang terganggu. Aku just cakap takpe, we’ll make do with something, and it will only take 5 minutes. Kami uruskanlah sendiri. Sambil tu nak repack barang-barang yang baru shopping tadi, kena buka beg semua. In the end kami solat dekat teres dia, mungkin kawasan orang merokok. Macam balkoni gitu, kena keluar pintu dekat tepi tangga dia. Tak apalah, darurat. By the time kami siap solat semua, rupanya perempuan tu pun dah habis shift. Sekarang ni brader dari Bangladesh yang kami jumpa semalam, sangat friendly, so kami bye-bye dia, cakap thank you semua. Dan kami gerak.

Kali ni luggage dah ada 2, dan nak angkat naik turun tangga dekat subway station dia tu memang tak kelakar! Aku cuba-cuba juga tolong, tapi mostly husband yang buat. Kena tukar train sekali dekat Earls Court, lepas tu straight to Heathrow. Kami pergi ke Terminal 5. Bila sampai sana, check board cari flight kami takde pulak. Masa tu barulah terasa nak belek tiket, rupanya flight kami dekat Terminal 4. Adoiiihhh…. Nasib baiklah masa tu baru pukul 7, ada hampir 3 jam lagi. Jadi kami naik Heathrow Express ke Terminal 4 sebab travel between terminals are free.

Sampai sana barulah betul. Pergi drop baggage, terus lepas security kami pergi solat dekat multi faith prayer room dia, dekat dengan gate 3. Siap solat kami jalan ke gate 8. Terjumpa butik Cath Kidston, so aku singgah belikan beg untuk mak dan mak mertua aku.

Lepas tu barulah lepak di gate, menunggu flight. Aku duduk sederet dengan anak-anak, husband pulah terpisah dengan lorong. Untung pulak dia, deret dia tu takde orang, jadi dia siap tidur baring. Yang aku ni nak kena handle dua kanak-kanak sorang-sorang. Ewahhh…. Adik nangis-nangis dalam tidur sebab hidung dia sumbat. Aku pun tidur ala kadar ajelah.


Sampai di Doha dalam pukul 6.30 waktu Doha. Langit dah cerah macam pukul 8. Tapi kami pergi jela solat Subuh. Gate untuk next flight betul-betul sebelah surau. Transit dalam 2 jam aje.

Pukul 8.15 camtu kami dah board the next flight. Kami ni pun aku duduk sederet dengan anak-anak, husband terpisah dengan lorong. Kami tidur aje, anak-anak adalah tengok movie dan main game sikit.
Kami sampai di KL dalam pukul 9.45 malam. Singgah solat dulu sebab dah terlepas Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Adik pun masa tulah nak buat perangai, menangis, tak nak jalan segala. Trip kali ni kerap betul dia buat perangai. Ni yang aku rindu couple’s trip nih!


By the time ambil beg dan dapat call Uber, dah pun pukul 11. Maka berakhirlah trip kali ini.

Wednesday, 25 October 2017

Kids Take London - Day 8

21st October 2017

Kami bangun pukul 6.30 untuk Subuh tu, aku terus berjaga untuk siapkan kerja sikit. Ingat nak bermalas-malasan sikit bila dah sampai London ni, sebab kami takde specific plan pun nak tengok apa. Tapi breakfast hotel ni pulak awal, dari pukul 7 – 9 pagi je. Terpaksa bangun awal jugak. Kejutkan anak-anak dalam pukul 7.30, get ready semua, pukul 8 lebih sikit kami turun breakfast.

Rupanya dekat sini dia bukan serve buffet breakfast. Maklumlah, hotel kecik je. Instead, dia memang sediakan untuk semua orang English Breakfast plate. So bila kami masuk bilik makan tu, nampak semua orang makan sosej, bacon macam tu, dan tengok pulak dapur dia yang sangat kecik tu, kami decide untuk makan roti bakar dengan butter je. Sebab apa, kita dah boleh tahu memang confirm diorang akan masak guna periuk kuali yang sama, so senang cerita tak nak was-was, tak payah makan jela.

Anyway, lepas makan-makan, kami terus keluar. Sebenarnya 2 hari dekat London ni kami takde arah tuju sangat pun. Takdelah rasa beria nak mengejar pergi tengok apa-apa tarikan, atau nak pegi theme park ke apa-apa. Ikut kaki berjalan aje. So pagi ni kami decide untuk pergi Portobello Market dekat Notting Hill. Saja jalan-jalan cari pasal.

Naik tube ke sana. Sampai sana cuci-cuci mata tengok barang antic, makanan, sayur, buah… Memang menarik. Belikan banana Nutella crepe untuk diorang makan, kami beli falafel sandwich. Lepas tu terjumpa pulak Poundland. Memang hilang akal la sekejap. Semua benda £1 je. Coklat hebat-hebat dalam paket besar-besar, £1. Anak-anak beli toys pun £1. Jual sabun shampoo, alat tulis, barang baby, mekap, semua £1. Eh, memang gila la aku. Tapi at the back of our minds, kami masih tersekat-sekat nak beli barang sebab luggage kami memang dah penuh tahap sendat giler. Sebab kami bawak 1 luggage je, untuk baju 4 beranak, untuk 10 hari. Adala satu beg shopping mak aku sedekahkan sebelum kami pisah hari tu. Itu pun berapa kerat sangat barang boleh masuk.

Ku gagahkan jua spend £10 beli coklat. Itu pun mewah weh hasil tangkapan. RM56 duit kita dapat coklat punya banyak. Pergi Langkawi bayar RM56 tah-tah dapat Kisses je 2-3 paket. Anak-anak beli toys sikit. Lepas tu kami sambung berjalan dekat luar. Masa tu lah kami decide untuk beli luggage lagi 1 bawak balik untuk mengisi hasil tangkapan. Kebetulan dekat Portobello tu banyak jual. Kualiti ke tak, aku malas nak pikir. Janganlah nak bandingkan dengan level Samsonite pulak kan? Aku kata kat husband, ini jadi luggage kita bile nak travel dekat-dekat, 2-3 hari. Sebab luggage kami yang beli sebelum ni dah simpan dekat rumah mertua aku dah.

Kami dapat luggage yang saiz sederhana harga £20. Kira okaylah tu. Lepas tu mengheretlah beg tu. Memandangkan hotel kami pun setakat 2-3 stop je naik tube, kami angkut beg tu balik bilik hotel dulu. Sampai tu ngam-ngam waktu Zohor, jadi kami solat siap-siap, lepas ni boleh berjalan sampai ke malam.

Keluar balik tu husband bawak kami ke Emirates Stadium Arsenal. Bergambar segala, lepas tu kami pergi ke Kings Cross Station, saja bawak budak-budak tengok tempat Harry Potter tu, walaupun diorang terpinga-pinga je sebab tak kenal Harry Potter. Aku pun sama banyak terpinga-pinganye. Orang beratur nak ambil gambar dekat Platform 9¾ tu kemain panjang!

Seterusnya kami ke Oxford Street. Tak tipulah, datang London aku memang jadi bersemangat semacam nak shopping. So kami laju je menuju H&M. Tapi masa tu jugaklah anak-anak merengek kelaparan.  So puas kami Google cari halal food, tepu pulak aku tengok kedai makanan Arab. Yang paling unik pun ada kedai burger ala-ala fast food tapi halal, Burgeri. So kami pergi sana.

Food dia ok-ok jela, tapi lapar punya pasal, makan beria. Anak-anak lapar nak makan ayam ni ha… Siap makan barulah diorang bekerjasama nak shopping. Masuk H&M dulu, cari sale murah-murah untuk anak2. Dapat banyak helai jugak, kami bayar dalam £25. Dari sana, budak-budak pujuk suruh bawak diorang masuk kedai sweets. Sebab apa, aku dah sogokkan budak-budak ni. Untuk 2 hari dekat London ni, setiap hari yang diorang behave aku bagi diorang £5 untuk diorang beli apa-apa diorang nak. So untuk £5 hari ni, diorang dah sibuklah nak belanja. Diorang dah belanja sikit tadi dekat Poundland, ini nak perabih duit la ni. Layankanlah jugak, walaupun proses diorang nak pilih barang nak beli punyalah berjam-jam.

Masa tu hari dah gelap pun, dalam pukul 6.30 petang. Nasib baiklah kedai semua tutup pukul 10 hari ni. Kami sambung shopping dekat M&S, mencari pakaian dalaman aku, heheheh. Dekat sebelah M&S ni ada kedai Lush pulak. Selalu tengok dekat Facebook je, jadi kali ni kami masuk. Kedai dia sangat fun, semua benda boleh cuba, boleh pegang, boleh usik. Anak-anak dok main bubble bath product, ada staf dia dok melayan. Aku pergi cari face cream sebab face cream aku habis dilenjan masa kat Iceland. Okla harganya, £16 gitu. Kalau beli cream yang ada nama sikit dekat Malaysia pun dah RM100 lebih kan? Or maybe even more than that?

Lepas tu kami masuk Primark. Haaaaaaa…. Dekat sinilah kami hilang akal. Kalau masuk H&M tadi rasa dah murah, dekat sini lagi murah!! Baju budak sehelai £1.80. Menangis aku tengok. Jaket bubble cantik-cantik £10 ke £16. Memandangkan baju anak sendiri dah habis beli dekat H&M tadi, dekat sini kami focus kepada anak-anak menakan. Banyak juga aku beli.

Dekat bawah pulak ada 1 whole section yang jual barang Harry Potter, jadi aku layankan adik aku beli a few stuff untuk dia. Beratur agak panjang jugaklah nak bayar tu. Kaki pun dah sakit memandangkan kami merayau dari pagi. Masa tu dah pukul 7 lebih. Anak-anak pun dah merengek. So kami decide untuk balik je dulu, walaupun kedai tutup pukul 10 nanti.

Kami sampai dekat hotel balik dalam pukul 8 lebih. Sempat beli roti, susu sikit untuk anak-anak makan. Lepas diorang mandi semua, diorang tidur. Kami dah mula packing sebab esok flight balik kami malam, tapi check out pukul 10 pagi. Kami akan tinggal beg dekat hotel dulu sementara kami merayau lagi nanti.

Sunday, 22 October 2017

Kids Take Iceland & London - Day 7

20th October 2017

Kami dapat duduk di rumah terakhir ni beberapa jam aje, memandangkan pukul 10 lebih malam semalam baru kami sampai balik, dan pagi ni pukul 6.30 teksi dah pun jemput kami ke airport.

Sayang sebenarnya, sebab kawasan ni cantik. Ikutkan guide book yang disediakan dalam rumah tu, ada banyak tarikan yang boleh kami pergi di sekeliling rumah dengan jalan kaki saja. Yang paling terkilan ialah tak dapat pergi ke rumah api dekat tepi laut dekat sini. Haih…. Ini yang buat rasa macam kena datang semula ke sini. Hehehe.

Anyway, kami bangun pukul 5 dan mula mengemas, breakfast, uruskan budak-budak, solat Subuh. Itu pun dah cukup kelam kabut, aku tak boleh bayangkan kalau kami kena keluar pukul 5 untuk hantar kereta dekat ofis kereta sewa di Reykjavik. Nasib baiklah Allah mudahkan urusan.

Perjalanan naik teksi dari rumah ke airport ambil masa tak sampai 15 minit, dan syarikat kereta sewa dah janji akan bayarkan tambangnya. Tapi mak aku sempat jeling ke meter teksi masa sampai di airport, ISK8000!! Bersamaan RM320 duit kita ya! Nasib baiklah dia tolong bayarkan, kalau tidak memang tertelan biji nangka rasa nak bayar!

Masuk je airport terus drop baggage, dan kami agak terkejut sebab airport Iceland lebih strict daripada airport Luton hari tu. Setiap kilo berat beg diambil kira, setiap biji carry on bag pun dikira. Nasib baiklah aku dan mak aku memang jenis penakut, kami dah pack semua ngam-ngam. Jadi semua okay untuk kami. Orang lain yang beratur depan kami majority kena buka beg dan keluarkan some stuff sebab terlebih muatan. Scaryyy.

Selesai dekat situ, kami sempat pergi tax refund untuk sweater Hard Rock Café husband aku. Daripada harga ISK7000 tu, dapat balik duit dlm ISK500 lebih, bersamaan RM20 lebih duit kita. Kira okaylah tu, duit jugak. Itulah first time kami tengok duit Iceland pun, sebab langsung tak tukar dan sentiasa guna kad saja untuk semua purchase.

Masuk ke dalam tu awal lagi, baru 7.30, flight kami 9.15 pagi, jadi kami ambil peluang untuk beli souvenir sikit. Memang mahal, sebijik fridge magnet paling murah kami jumpa ialah ISK695, bersamaan RM28 macam tu. Tapi sebab dah sampai Iceland kalau tak beli apa-apa langsung rasa terkilan pulak. Jadi belilah seketul dua untuk diri sendiri. Dekat airport ni nak bayar guna pound, euro, dollar semua boleh. Tapi bakinya kalau ada, akan diberi dalam matawang Iceland la.

Husband beli coklat Iceland sikit untuk buah tangan ke ofis, magnet untuk rumah, dan akhir sekali aku beli beberapa benang bulu untuk aku kait buat topi untuk aku, sebab aku belum beli apa-apa dekat Iceland ni.

Masa tengah duduk tunggu gate buka untuk masuk kapal, sebak pulak rasa nak balik dah. Rasa tak complete sebab aurora tak dapat tengok. Tiba-tiba husband aku pun sebut benda sama. Dia tanya aku dengar tak apa ayah aku cakap semalam masa dalam kereta. Terus bergenang air mata aku. Aku tak ingat rentetan peristiwa dia, tapi ayah aku dok sembang dengan anak aku semalam, dan dia tiba-tiba sebut, “Kakak Adik takpela, banyak masa lagi nak mai sini pulak. Tok abah ni tak tau boleh mai lagi ke tak.” Alahai… Insyallah bah, panjang umur murah rezeki kita mai pulak. Tak pun kita pi pusing negara lain pulak. Dunia luas lagi.

Flight kami penuh, dan kami dapat seat sederet lagi. Aku tak tidur kali ni sebab banyak nak kena menulis dan menaip. Sambil tu kena melayan Adik pulak yang tak berenti bersembang dari pagi. Kami touchdown di Luton Airport London dalam pukul 1 lebih tengah hari waktu London.

Clear imigresen semua, ambil beg, semua lancar, lepas tu tiba masanya kami berpecah dengan mak ayah aku. Aku, husband dan anak-anak akan stay di London je 2 malam lagi sebab husband tak dapat beli tiket tengok bola di Huddersfield. Mak ayah aku pulak sewa kereta dan pergi merayau sikit ke arah Bristol dan akan balik ke KL malam esok.

Aku risau juga untuk diorang sebab diorang tak de internet connection, kalau apa-apa jadi nak contact orang pun susah. Aku dah pesan suruh usahakan beli sim kad sini, atau minta sewa router internet dekat car rental company tu. Tapi setakat tu jelah aku dapat tolong sebab bas kami untuk ke London pun pukul 2.40 so kami tak boleh teman diorang sampai ke tempat ambil kereta.

Lepak di Luton Airport sampai pukul 2.30, then pergi ke tempat bas dan naik bas ke London Paddington Station. Perjalanan ambil masa dalam sejam suku. Hotel kami pun tak jauh sangat dari tempat bas turunkan kami. Kami akan tinggal Springfield Hotel, di kawasan Paddington dan berhampiran Hyde Park.

Mahal jugak harga untuk 1 malam ni, tapi sebab kami nak hotel yang betul-betul central, ini antara yang termurah kami dapat, RM600 satu malam. Tapi bila masuk bilik dia tu, agak kecewa la, sebab sempit, sedikit uzur keadaan bilik dia. Kotor pun ya sikit, very basic. Terus terkenangkan hotel-hotel moden yang luas-luas, macam ibis ke apa, kalaulah book dekat sana je. Aku ni jenis kalau nak pegi holiday, tempat tinggal biar selesa, alang-alang dah bayar mahal. Kalau condition hotel lagi korok dari rumah sendiri, baik takyah gi holiday je. Tapi tulah, booking dah bayar, nak cancel pun bukannya dapat balik duit kan? Duduk ajelah. Kami book bilik quadruple, jadi ada 1 double bed dan 1 double decker bed untuk anak-anak.


Masuk bilik just nice untuk letak beg dan solat semua, lepas tu kami keluar makan. Dekat je dengan hotel kami ni ada kedai makanan Lebanon, jadi makan dekat sana je sebab malas nak fikir. Kids really enjoyed their meal there, and price dia was reasonable if you stop comparing with RM.


Lepas makan tu kami bawa anak-anak pergi round Paddington station untuk ambil gambar Paddington Bear. Pusing-pusing kawasan kami duduk tu, just to enjoy London at night, then pukul 7 tu balik bilik and settle for the night. Kids tidur dalam pukul 8, kami pun 9.30 camtu dah tidur dah. 

Kids Take Iceland - Day 6

19th October 2017

Hari kami bermula lambat hari ni sebab breakfast yang hotel provide mula buka jam 8 je. Kami makan sikit-sikit dulu, habiskan apa makanan yang ada dalam simpanan sebab hari ni hari terakhir kami di Iceland.

Breakfast food dia macam biasa, roti, susu, yogurt, kek, smoked salmon, juice. Lepas makan tu terus check out. By then dah dekat pukul 10. Masa check out tu kami minta suggestion daripada reception pasal tempat-tempat yang patut kami tengok dekat area sini. Dia ada suggest beberapa tempat yang ambil masa dalam sejam ke 2 jam dari hotel ni. Masalahnya kami agak rushing hari ni sebab kami ada appointment di Blue Lagoon pukul 7 petang. Dan perjalanan dari hotel ni ke Reykjavik pun dah dekat sejam.

Hari ni pun mendung, hujan gerimis, angin kuat, sejuk. Tak seronok rasa nak berjalan dalam cuaca macam ni, tapi memandangkan nak datang Iceland ni bukan macam belakang rumah, kami gagahkan jua. Destinasi pertama kami ialah ke Ytri-Tunga. Dekat sini ialah tempat anjing laut melepak sebenarnya, kalau bernasib baik dapat tengok. Kami cuma nampak satu ekor anjing laut dok bersantai tepi laut. Kira lucky jugaklah, daripada tak ada.

Dari sana kami teruskan perjalanan ke Arnarstapi, satu pekan tepi cenuram yang tinggi. Pemandangan dekat sini cantik! Kalau datang sini hari cuaca cerah mesti menarik. Masa kami sampai hujan gerimis, angin kuat. Mak aku dan si kakak sempat ambil gambar sikit aje, lepas tu diorang dah tak tahan sejuk. Aku, husband, si adik dan ayah aku pergi ke tepi cenuram juga untuk ambil gambar. Lepas tu ayah dan si adik pun give up jugak, patah balik ke kereta. Aku dan husband jalan jauh sikit, bergambar sikit lagi. Lepas tu barulah teruskan perjalanan.


Banyak lagi sebenarnya kawasan yang boleh dilawat dekat kawasan Snaefellsnes ni, tapi kekangan masa dan cuaca mengehadkan perjalanan kami. Bila kira balik masa yang ada, kami terpaksa patah balik terus masa tu jugak untuk sampai di Reykjavik, ke rumah kami di Keflavik untuk check in, dan untuk ke Blue Lagoon on time.
Perjalanan ke Reykjavik ambil masa dalam 2.15 jam. Sempat singgah toilet dekat tepi jalan, nak masuk toilet pun harga ISK100, bersamaan dengan RM4! Kami tak pernah tukar duit Iceland, jadi nak masuk toilet pun bayar dengan kredit kad.

Dalam pukul 3 lebih kami sampai di Reykjavik, dan kali ni kami pergi ambil gambar di monumen-monumen yang tak sempat kami cover hari tu; monument Sun voyager, Gereja dia. Lepas tu kami ke Aurora Museum dekat dengan port. Mak aku yang teringin sangat nak tengok aurora tu, jadi memandangkan rezeki kami tak ada nak tengok aurora sebenar, kami bawa dia pergi muzium tu. Tiket masuk dia mahal, dekat RM70 untuk dewasa. Mula-mula mak aku pun dah tawar hati, tapi sebab anak-anak aku sibuk nak masuk, kami suruh mak aku masuk denga anak-anak aku, sementara aku, husband and ayah aku lari pegi Hard Rock CafĂ© Reykjavik. Husband akula, sibuk sangat nak membeli. Dia belila sweater satu harga ISK7000, bersamaan RM280. Wuwuwu… kenangan katanya!


Dari sana kami patah balik jemput mak dan anak-anak aku, terus rush ke rumah kami di Keflavik. Hal rumah dengan pengangkutan ke airport esok pun panjang cerita dia. Alkisahnya, kerja booking rumah dan hotel semua tugas aku. Tugas sewa kereta pulak kerja Ayah aku. So aku ni niat nak menyenangkan kerja, aku cari rumah yang paling dekat dengan airport untuk malam sebelum balik ke London. Rupanya, orang kereta sewa dah bagitahu Ayah aku yang kami kena pergi ke Reykjavik untuk pulangkan kereta di ofis dia sebelum kami ke airport, dan dia yang akan hantar kami ke airport. In fact, dia dah caj kami extra EUR90 untuk jemput dan hantar kami di airport.
Disebabkan miscommunication ni between aku dan Ayah aku, keadaan dah jadi kucar-kacir. Jarak rumah kami dengan airport cuma 15 minit.  Jarak rumah kami dengan ofis kereta sewa pula 45 minit. Kalau ikut plan asal untuk hantar kereta di ofis dia, kami akan buat journey yang sia-sia hampir sejam setengah just untuk hantar kereta dan dia hantar kami ke airport. Apatah lagi flight kami pagi. Takkan pukul 5 pagi dah nak keluar rumah hanya untuk tu? Jadi aku contact dia untuk mintak kami sendiri drive ke airport dan tinggalkan kereta dekat sana. Dia senang, kami pun senang. Tapi dia kata tak boleh. Bermulalah episod perbincangan yang panjang untuk cari penyelesaian yang paling win-win untuk semua. Macam-macam suggestion dan solution yang masing-masing propose, dan perbincangan melalui email ni berlarutan sejak tengah hari sampai senja!

Sampai last sekali aku decide untuk mengalah, lantaklah, pergi ke ofis dia pukul 5 pagi pun pergi jelah. Aku dah penat nak bincang. Masa tulah dia pulak mengalah, dia kata boleh tunggu kami sampai pukul 10 malam, dia yang akan datang ambil kereta di rumah kami, dan esok pagi dia akan bayarkan teksi untuk kami ke airport. Alhamdulillah!! Barulah lega otak aku.

Kawasan rumah yang kami pilih untuk malam ni sangat cantik sebenarnya. Ada lighthouse dekat-dekat situ. Pekan dia kecil dengan rumah comel-comel. Tepi laut, dan kawasan ni sangat kerap ada aurora. Tapi nak dijadikan cerita, rezeki kami belum sampai. Hari ni hujan sepanjang hari, awan sangat tebal sampai langsung tak nampak langit. Kami pula sampai di rumah tu betul-betul time Maghrib, dan sangat rushing untuk ke Blue Lagoon pulak. Jadi langsung tak sempat explore kawasan ni. Terkilan rasa.

Masuk rumah, kemas-kemas baju apa yang patut untuk bawa ke Blue Lagoon, dan terus rush ke sana. Appointment kami pukul 7, kami sampai pun dah 7.05. Sementara nak beratur masuk, nak shower dan tukar ke baju mandi semua. Dekat 7.45 juga baru dapat masuk dalam air. Sempatlah cuci mata dalam shower room dia tu, sebab mat-mat saleh yang selamba tu diorang bogel aje. Aku warning lah dulu anak dara aku tu apa yang bakal dia tengok, jangan kau main tegur pulak! Sengih je dia. Tapi jangan risau, bilik-bilik shower pun disediakan untuk orang yang tak selesa bogel di khalayak ramai. Kami semua mandi dalam cubicle shower.


Air panas dia cukup lazat, especially dengan cuaca sejuk gedi dekat luar, dan hujan gerimis. Dengan pakej standard yang kami beli, kami dapat sekali Silica Mask untuk sapu dekat muka dan badan. Kami berendam dalam sejam jugak. Orang dah tak ramai sebab dah malam. Tempat tu pun lampu malap aje, jadi tak dapatlah tengok suasana Blue Lagoon masa siang.

Disebabkan kami dah ada janji dengan orang kereta sewa tu sebelum pukul 10. Sebelum pukul 9 kami dah keluar dari air dan mandi-mandi untuk balik. Entahlah nak kata berbaloi ke tak harga yang kami bayar, lebih kurang RM275 untuk seorang dewasa. Kanak-kanak bawah 14 tahun free aje. Kalau tempah masa awal, kita sebenarnya boleh lepak je dekat situ sepanjang hari pun takpe. Takde time limit. Tapi sebab appointment kami pun 2 jam sebelum tutup. Banyak tu ajelah yang kami dapat.

Tip mandi di Blue Lagoon ni, untuk orang yang tak pakai swimming cap/tudung, sebelum masuk dalam air sila lumur rambut dengan conditioner yang disediakan dekat situ. Kalau tidak rambut akan jadi keras macam dawai. Lepas keluar pun syampu beberapa kali dan letak conditioner banyak-banyak. Dekat dalam toilet dia ada sediakan segala sabun, conditioner, lotion. Memandangkan bayar dah mahal, guna je semua! Satu botol losyen bersaiz 50 ml harga dia di kedai ialah RM400!! Kalau rasa selamba lagi, bawa aje bekas krim lama, picit aje masuk dalam tu bawak balik sebagai souvenir. Aku tak teringat pasal tip tu semalam, jadi aku dah melepas.

Lepas selesai semua dan berkumpul balik dengan husband, anak dan ayah aku, kami dapat tahu yang Ayah aku pitam dalam tempat shower tadi. Allahuakbar! Tak tahulah kenapa, nasib baik husband aku sempat sambut dan ramai yang datang tolong. Staf dekat situ bagi dia air, rawat dia semua. Tapi kata staf dekat situ, kejadian tu agak common, dan hari ni saja ada 3 orang kena macam tu. Tak taulah apa explanation dari sudut kesihatan, tapi aku agak ada kena mengena dengan kekurangan oksigen atau dehydrated maybe.

On the way balik ke rumah kami, singgah penuhkan tangka minyak untuk pulangkan kereta. Stesen minyak dekat Iceland ni pun tricky jugak. Sepanjang jalan kita akan nampak banyak stesen minyak, ada yang harga dia murah banyak daripada yang lain. Tapi bila kami ke stesen minyak murah untuk isi minyak, dia tak accept kad kredit kita. Stesen minyak mahal aje yang boleh, contohnya brand N1. Kebanyakan stesen minyak juga tak ada kaunter atau kedai. Bayar semua guna kredit kad di mesin minyak. So ke Iceland ni, sangat penting untuk mempunyai kad kredit dengan credit limit yang agak tinggi! Tau kad debit dengan duit yang banyak dalam bank.


Anyway, orang kereta sewa tu ambil kereta kami. Kami packing dan makan malam dalam pukul 11. Aku dah tak boleh buka mata. Dengan kerja masuk sangat banyak, semua deadline dekat-dekat. Susah hati betul aku! Dalam pukul 12 kami tidur. Pukul 5 pagi dah kena bangun bersiap dah ni…. Esok dah nak balik. Wuwuwu…  

Saturday, 21 October 2017

Kids Take Iceland - Day 5

18th October 2017

Sepanjang malam angin kuat sangat. Boleh dengar bunyi dia mengilai dari dalam rumah. Aku cuba juga bangun beberapa kali tengah malam, jenguk aurora dekat luar. Tapi memang tak adalah.

Mak aku seperti biasa, pukul 3 dia dah ketung-ketang dekat luar. Mengemas beglah apalah. Jet lag ke apa, aku pun tak tahu. Aku bangun pukul 5, terus kerja dan sebagainya sampai 6 lebih. Lepas Subuh kami mula prepare breakfast. Roti boom, nasi goreng, roti, cereal. Makan-makan, kemas beg semua, bersiap. Dalam pukul 8.45 kami dah ready nak beransur dari situ. Tiba-tiba mak aku perasan tayar kereta kami satu pancit pulak. Allah.


Dah satu kerja nak menukar tayar spare, dengan tak tahu nak buat apa, nak hantar ke mana. Terpinga-pinga sekejap semua orang, especially since our Malaysian number tak boleh nak buat international calls. Sampailah nak dijadikan cerita, lori sampah yang nak kutip sampah dekat rumah hos kami ni datang. Bila dia nampak kami tercangak-cangak dekat situ, dia tanpa fikir panjang terus minta nombor telefon company kereta sewa kami dan terus callkan guna phone dia sendiri tanpa kami minta tolong. Entah apa yang diorang sembang, mamat lori sampah tu kata orang kereta sewa tu akan datang ke tempat kami sekarang. Sementara tu husband dan ayah aku bawak kereta tu ke pekan Selfoss untuk uruskan tampal tayar sebab tak nak buang masa.
Aku, mak aku, dan anak-anak stay dekat rumah tu. Aku kena jadi orang perantara dengan orang kereta sewa tu, dok email dia sebab itu aje cara kami dapat berkomunikasi. Thank god for technology! Sambil-sambil tu aku sempat kerja sikit.


Diorang selesai dekat workshop dalam pukul 11. So kami terus aje load barang dalam kereta dan meneruskan perjalanan. Alkisahnya, kereta pancit tu disahkan bukan salah kami. Tayar yang pancit tu tayar belakang belah kiri, tapi tayar depan belah kanan punya condition pun sangat teruk dan dah memang kena tukar lama. Jadi kami kena bawa kereta tu ke workshop dekat Reykjavik untuk tukar terus keempat-empat tayar.

Kami minta delay sikit masa untuk pergi ke Reykjavik sebab kami nak habiskan tengok attractions dekat area sini dulu. Tak banyak pun, dan tak jauh pun. Destinasi pertama ialah ke Strokkur Geysir, air panas yang melompat setiap selang beberapa minit tu. Memang kami kena siram jugak dengan air tu, sebab kebetulan tempat kami berdiri tu arah angin tiup. Husband dan ayah aku lencun la jugak.


Dari sana kami ke Gulfoss, sungai yang sangat besar dan sangat deras dekat sini. Fuh, memang seram duduk dekat dengan sungai tu. Kalau jatuh tu memang tak jumpa mayat beb! Aku pegang anak-anak tak lepas dekat sini. Risau! Cuaca pun punya sejuk. Hari ni dah memang sediakala berangin kuat, ditambah pulak dengan arus air sungai tu yang buat keadaan situ berangin. Pedihla mulut hidung semua.

Selesai dekat sana dalam pukul 2, terus gerak ke Reykjavik untuk tukar tayar tu. Sejam setengah juga jarak dia. Sampai sana dalam pukul 3.30, proses tukar 4 tayar ambil masa 20 minit aje, jadi kami tunggu. Lepas tu pergi ke Bonus beli roti, susu, telur untuk kegunaan malam ni dan malam esok. Isi minyak lagi. Dan teruskan perjalanan ke penginapan kami untuk malam ni dekat Borgarnes.

Nak ke kawasan ni kami kena lalu terowong bawah laut sepanjang 6 km yang bagi aku amat mencemaskan. Keluar dari terowong tu pulak kena tol harga ISK 1000, bersamaan RM40 duit kita. Sampai di Hotel Hafnarfjall dekat Borgarnes dalam pukul 6.


Kami kena charge extra EUR20 sebab diorang bagi 1 je kanak-kanak duduk free dekat satu bilik. Lantaklah, bayar je memandangkan aku pun memang ada duit note Euro. Mamat yang kerja dekat sini nampak aje aku terus bagi salam, rupanya dia Muslim dari Palestin.

Bilik kami ialah 1 bedroom apartment, ada 2 double bed dan 1 sofa bed. Dapur ada. Ada beberapa skylight dekat bilik dia. Ada balcony. Okla, menarik. Tapi tak boleh lawan facilities dekat Airbnb hari tulah.


Kami terus je masak. Anak-anak nak makan maggi, jadi kami layankan aje. Kami masak nasi putih, bukak Brahims nasi beriyani kambing, buat telur dadar dan sup sayur. Lepas mandi, solat semua, kami makan. Lepas tu kemas-kemas dan bersurai semuanya.

Anak-anak aku tidur dulu. Lepas tu mak ayah aku pun setel. Diorang tidur dekat luar, aku dan husband dalam bilik, sebab diorang berempat tu memang selalu bangun dulu dan buat bising. Kalau aku tidur luar, diorang bangun awal nanti kacau aku. Hihihi…


Thursday, 19 October 2017

Kids Take Iceland - Day 4

17th October 2017

Malam semalam langit cerah. Bintang banyak sangat. Tapi masih takde rezeki kami untuk tengok aurora. Aku sangat berharap sebenarnya, sebab teringin sangat-sangat nak tengok. First time aku tahu kewujudan aurora ni masa aku dekat university, umur aku mungkin 21 gitu. Masa tu aku obsess tengok cerita Roswell, cerita bersiri pasal alien tu. Dan salah satu karakter dia tu pergi Sweden untuk some foreign exchange program, dan balik dengan banyak gambar dan cerita pasal northern lights ni. Sejak dari tu aku pasang angan-angan untuk tengok sekali. Sekali je pun takpe seumur hidup. Tapi aku nak tengok dengan mata aku sendiri.

Mak ayah aku pun boleh tahan bersungguh-sungguh. Pukul 3 pagi diorang keluar bilik tengah sejuk gedi tu dok melilau dekat luar mendongak ke langit dengan harapan dapat jumpa. Yang diorang dapat cuma tengok bintang yang banyak. Well, at least something kan?

Dalam pukul 5 lebih kami semua dah berjaga. Aku kerja macam biasa, anak-anak pun dah bangun buat bising pagi-pagi tu. Sampailah pukul 7.30 kami turun breakfast. Hotel ni sediakan breakfast sekali, jadi kami makanlah apa yang boleh dimakan. Roti, telur, muesli, susu, buah, jus, waffle. Kesimpulannya kenyanglah pagi tadi.

Sebelum check out kami bergambar dulu dekat luar, lepas tu baru drive. Ayah aku spec boleh patah pulak. Jenuhla nak mencari dekat Iceland ni. Nasib baik kalau pakai snowcap, benda tu boleh hold dekat kepala dia. So hari ni dia tak boleh tanggal snowcap dia la.

Hari ni kami akan patah balik ke rumah pertama kami duduk di Iceland hari tu. Jadi dari hotel ni kami akan singgah di semua attractions dan tempat cantik yang kami dah nampak on the way hari tu tapi terpaksa abaikan untuk sampai ke Diamond Beach. First stop kami singgah di tepi satu sungai air deras yang cantik, nama pun kami tak tahu. Lepas tu kami berhenti lagi tepi jalan untuk bergambar di batu-batu berlumut yang mengingatkan aku dekat watak trolls dalam movie Frozen. Geram tengok batu-batu tu nampak hijau dan empuk dari jauh.


Dari sana kami drive sampai ke pekan Vik. Dekat sini kami stop sekejap sebab ada kedai-kedai, kotlah ada kedai spec untuk ayah aku uruskan spec dia. Kami sempat window shopping. Souvenir Iceland subhanallah mahalnyeeeeeeeeeeee…. Topi satu pun dah harga RM120 ke RM200. Snow globe kecik satu dalam RM70 duit kita. Fridge magnet satu RM40. Jaket bubble macam dekat Uniqlo tu satu RM600. Tak pernah lagi aku pergi negara yang lebih mahal daripada Iceland ni. Tak mustahil aku akan balik dengan tangan kosong, walaupun untuk diri sendiri. Sape yang mengharap souvenir daripada aku, aku ucapkan selamat jalan awal-awal. Kuikuikui…

Dari Vik tu kami gerak ke destinasi seterusnya, Black Sand Beach Reynisfjara. Alaa… yang dalam lagu Gerua tu. Angin kuat dekat sini, tapi mungkin juga sebab hari ni cuaca memang agak mendung dan suram. Pantai dekat sini juga antara pantai yang paling merbahaya di dunia sebab arus ombak dia yang datang mengejut dan kuat menarik orang masuk dalam air. Siap ada billboard amaran dekat situ pasal pantai ni, dan statistik kematian. Mangsa terakhir yang mati dekat sini ialah pada tahun 2016. Jadi kami memang langsung tak jejak gigi air dia. Apatah lagi anak-anak, memang aku tempik aje kalau lari jauh sikit.

Bergambar dekat situ puas-puas. Mak ayah aku gerak ke kereta dulu sebab malas nak layan aku dengan husband agaknye. Aku heret anak-anak sekali bergambar macam-macam. Haha.. Lepas tu kami teruskan ke bangkai kapal terbang terhempas yang juga ada dalam video clip Gerua tu. Jarak dengan Reynisfjara cuma beberapa minit aje.


Dekat sini kami kena park kereta di kawasan parking di tepi jalan. Lepas tu kami kena menapak ke lokasi bangkai kapal terbang tu sejauh 4 km pergi, dan lagi 4 km patah balik. Jauh giler! Aku risaukan budak-budak, tapi sebab semua orang pun berminat nak pergi, kami gagahkan juga. Yang first sekali mula mengomel penat, sejuk, pedih bibir, sakit kaki dan sebagainya ialah anak dara aku lah. Masa nak dekat sampai tu mula hujan gerimis pulak tu, makinlah sejuk. Tapi hikmahnya, dekat background kapal terbang tu ada pelangi.


Bergambar puas-puas. Ramai juga orang yang bersungguh jalan ke sana, tapi setakat yang kami pergi tu, takde orang lain yang bawak budak. Sampailah masa kami on the way balik, berjalan kaki dalam hujan pulak tu, ada 1 family dari Malaysia juga yang bawa baby dalam baby carrier. Mak aku terus angkat tangan tabik dekat ayahnya yang tukang angkat baby. Haha.

Sampai dalam kereta boleh tahan basah jugaklah kami. Dan kami meneruskan perjalanan sekitar 8 minit dari situ, iaitu ke Skogafoss, air terjun yang juga dipaparkan dalam video clip Gerua. Dekat sini kalau datang masa hari cerah, boleh nampak pelangi jugak. Tapi hari ni cuaca mendung kelabu, jadi tak adalah.

Anak-anak semua pakat dah penat, jadi diorang dah tak nak bagi kerjasama. Husband cuba pujuk anak teruna aku ke toilet, dia tak nak. Tak rasa nak kencing katanya. Dia cuma tak nak ikut langsung ke waterfall tu. Yang kakak berjalan juga ke waterfall, tapi tengok dari jauh dan ambil cuma satu gambar, terus nak patah balik ke kereta juga. So mak ayah aku pergi bergambar dulu, aku and husband jaga anak, lepas tu tukar shift pulak. Aku dan husband pergi sampai betul-betul dekat tepi waterfall, habis basah baju, tudung, phone aku semua. Tapi berbaloilah, walaupun cuma sekadar selfie.
Patah balik ke kereta tu, mak aku bagitahu ada disaster telah berlaku. Anak jantan aku boleh pulak kencing seluar dalam kereta tu. Adoihai! Kalau takde mak ayah aku dekat situ memang aku dah mengamuk dah, sebab kita dah usaha bawak dia sampai ke depan pintu toilet, dia yang berkeras tak nak masuk. Sekarang kan dah leceh. Nasib baik aku bawak seluar 3 pasang dan bukan 2 macam plan asal. Tukarkan seluar dia pakai seluar tidur, kemas-kemas apa yang patut. Kami teruskan perjalanan ke Airbnb kami.

Dari Skogafoss tu ambil masa sejam suku. Sampai di rumah tu pukul 5.15. Terus rush solat Zohor Asar, dan settle down. Dinner malam ni masak nasi tomato, telur goreng masak merah, sup sayur, nasi putih dan telur goreng untuk anak aku, dan ubi goreng. Oh, lazat tak terhingga!

Anak teruna aku sekadar makan cereal semangkuk, dan belum pukul 7 dia dah mintak nak tidur. Lantaklah, asalkan bahagia. Kami makan, mandi, solat semua. Sebelum pukul 9 semua dah bersurai.

Malam ni nampaknya tak ada peluang nak tengok aurora lagi, sebab dekat luar hujan agak lebat. Langit pun berawan tebal. Hukhukhuk…


Wednesday, 18 October 2017

Kids Take Iceland - Day 3

16th October 2017

Disebabkan sebelum pukul 9 malam semua orang dah tidur (anak aku pukul 7.45 dah setel tido) semalam, pukul 3 pagi aku dengar mak aku dah ketung-ketang dekat luar. Aku n husband tido dalam bilik katil double, anak-anak aku tidur dalam bilik katil double decker. Mak dan ayah aku tido atas sofa bed double dekat ruang tamu sebab diorang jenis bangun awal.

By pukul 5 tu semua orang dah bangun, termasuk anak-anak aku. Subuh 5.40 baru masuk. Mak aku mengemas barang-barang dia, kami prepare breakfast, goreng roti boom, bakar roti, cereal, goreng sikit leftover nasi semalam, sambil-sambil tu aku kerja, blogging. Semua benda berjaya setel sebelum matahari terbit.


Lusa kami akan kembali tinggal dekat rumah ni satu malam lagi, dan kata Trausti hos kami, in between tarikh tu takde orang lain masuk. Jadi kami pesan dekat dia tak perlu susah-susah tukar cadar semua. Dan kami ambil peluang untuk basuh 1 load baju guna mesin basuh dia dan sidai je dalam rumah tu. So by the time kami balik kami dah ada sikit baju bersih yang boleh guna kemudian, dan tak perlu membasuh banyak sangat bila balik.

Bergambar masa sunrise semua, by the time 8.30 tu kami dah ready untuk gerak. Trausti datang jumpa kami bawa anjing Scooby Doo dia tu. Berlari kami semua masuk kereta. Sembang dengan dia dari dalam kereta aje. Then kami memulakan perjalanan yang akan mengambil masa 4 jam ke point paling jauh yang akan kami explore untuk trip ke Iceland ni; Jokulsarlon Glacier Lagoon.

Baru drive sekejap, kami dah sampai di Seljalandsfoss, salah satu air terjun yang cantik dekat sini. Sebab excited, kami berenti jugak dekat sini bergambar. Bila berhenti dekat attractions yang terkenal, parking dia kena bayar. Dalam ISK700 bersamaan dengan RM28, tapi parking tiket yang sama boleh digunakan selama 24 jam di mana-mana parking berbayar yang lain kalau x salah aku.


Dalam 40 minit kami dekat sana bergambar dan bersejukan. Tapi kami tak sanggup masuk belakang air terjun tu walaupun ada jalan masuk, sebab kalau ke sana confirm baju akan basah. Raincoat kami pulak ada dalam beg dekat boot. Jadi abaikan jelah.

Kami teruskan perjalanan ke Diamond Beach, lagi 3 jam macam tu. Kali ni semua tempat cantik yang kami nampak kami take note je. Esok kami akan patah balik ikut jalan ni, jadi semua kami akan singgah esok insyallah.

Cuaca hari ni cantik. Langit sangat cerah, awan langsung takde. Perjalanan kami pun smooth. Anak-anak semua tido selesa dalam kereta, jadi by the time kami sampai destinasi dalam pukul 2 lebih tu, diorang fresh.

Pemandangan dekat Jokulsarlon Glacier Lagoon tu sangat cantik. Walaupun berais macam tu, cuaca tak sejuk sangat. Kami bergambar semua, pastu drive ke depan sikit ke kawasan parking utama sebab nak mencari toilet. Yang ada cuma portable toilet, jadi pejam mata gunalah jugak. Dekat sana juga kami tumpeng solat dekat kawasan lapang dia. Lepas tu baru kami ke Diamond Beach di seberang jalan daripada Glacier Lagoon tu. Cantiknyeeelah… Kalaulah ketulan-ketulan tu semua diamond betul kan? Hehe…


By the time selesai dekat Diamond Beach tu, dah pun pukul 4 lebih petang. Jadi walaupun ada 1-2 tempat lagi yang aku senaraikan untuk tengok, kami decide untuk abaikan aje sebab dah dekat gelap. Kami kena patah balik dalam sejam lebih sikit untuk sampai ke hotel kami untuk malam ni, Fosshotel Nupar. Memang kami dah lalu tadi on the way.


Sempat singgah top up minyak kereta yang dah cecah half tank. Isi minyak mahal oooooo sini! Ini setengah tank dalam 40 liter, harganya ISK 7600 bersamaan RM300 duit kita. Bayar semua benda guna credit card atau debit card je dekat sini. Setakat hari ni kami belum tukar duit Iceland pun lagi. Tak tahu pun rupa bentuk dia macam mana.

Singgah juga kedai beli roti sebab malam ni kami tak boleh masak, sebab duduk hotel. Kami cuma dah rebus telur siap-siap untuk makan sandwich, lepas tu Mak dan anak-anak aku pakat nak celur maggi guna air panas. Kira okaylah tu. Asalkan kenyang.

Sampai dekat hotel just nice senja. Terus aje dapat bilik sebab kami dah book dan bayar awal-awal. Satu malam dekat sini harga dia lebih kurang RM500. Bilik dia simple, tapi location dia dikelilingi bukit, jadi cantiklah. Tingkap dia besar untuk mudahkan kita monitor aurora. Reception siap ada aurora waitch wake up call. Kalau kita isi nama untuk tu, bila ada activity aurora di langit, diorang akan datang ketuk bilik kita. Memang confirm la aku sign up nama, sebab aku memang nak tengok sangat.



Masuk bilik, uruskan anak-anak makan. Masakkan maggi diorang, bagi makan cereal, aku bancuh egg mayo buat sandwich semua. Then barulah mandi, solat. Bilik kami ni bilik double jadi sorang anak tido dengan mak ayah aku, sorang lagi tido dengan kami. By pukul 8 tu diorang dah lena. Aku pun menyusul dalam pukul 9. Tingkap kami buka besar-besar jadi bila terjaga malam dapat tenung langit, manalah tau ada rezeki. Langit cerah malam ni, bintang banyak.