Monday, 5 February 2018

Jeju 2.0: Trip With Kids - Day 5

4 Februari 2018

Dah 24 jam snow turun tak berhenti. Tapi pukul 7 lebih tu masa tengah mengemas beg untuk check out, matahari keluar. Aku dah berharap sikit yang cuaca akan berubah. Kami breakfast, sambil berperang dengan anak-anak yang macam allergic dengar perkataan “cepat”, diorang automatic jadi makin lambat. Akhirnya kami berjaya keluar dari bilik pukul 9. Elok turun je ke kereta salji lebat balik. Dari tempat parking kami dapat tengok laluan keluar dari kawasan hotel tu penuh salji. Jalan tu naik bukit pulak tu. Aduhai. Staff hotel kata better tunggu sekejap sampai salji reda.

Kami termenung sekejap dalam kereta. Sekejap tu ada staff dia datang sodok salji dekat luar, jadi kami pergi tolong. Mamat tu tanya kami ada snow chain ke tak untuk kereta; memang ada tapi tak reti pasang. Jadi dia offer untuk tolong. Berhempas pulas memasang snow chain, dekat setengah jam jugak. By then ada orang lain dah takeover sodok salji kat bukit tu.



Jadi bila kami cuba naik bukit tu dengan snow chain yang terpasang, dah tak berkesan sebab snow dah takde. Risaunya aku, takut terbalik kereta tu. Last-last lepas 3-4 kali cubaan, kami terpaksa undur balik dan cabut snow chain tu. Lepas tu barulah lepas nak naik. Nak turun bukit depan tu pun tak kelakar jugak, brek tak makan sebab jalan licin. Nasib baikla driver ada skill, reti nak tarik handbrake segala. Kalau aku sorang tu jawabnya cium pokok dah.

Bila dah sampai ke jalan besar barulah kami sedar tahap keseriusan situasi ini. Semua tempat penuh salji. Jalan raya biasanya clear walaupun kiri kanan jalan bersalji, tapi hari ni jalan raya pun penuh salji. Jalan ke depan sikit nampak bas accident langar pokok. Semua orang memandu pada kelajuan minimal. Aku gelisah dibuatnya.

Perjalanan kami hari ni ialah untuk ke Seongsan dan apa-apa attractions sepanjang jalan ke sana. Perjalanan dari Jungmun nak ke Seongsan pada hari biasa mungkin ambil masa sejam. Tapi hari ni haruslah lagi lama. Jalan raya 70km sejam kita boleh bawak kereta 30 ke 40km sejam sahaja. Jumpa lagi kereta accident langar tiang tengah jalan. Semakin risau aku. Kereta kami pun beberapa kali tersasar dan sedikit terbabas bila nak stop dekat traffic light sebab tayar susah nak grip. Berzikir berdoa non stop.

Masa kami lalu di stop pertama yang kami rancang, iaitu Jeju Folk Village, salji tengah sangat lebat. Husband aku kata kalau kami stop dekat sini, kalau berjaya buat aktiviti pun, kemungkinan besar kereta kami akan tersadai dalam salji tebal dan tak boleh teruskan perjalanan. Jadi kami batalkan plan ni. Terus ke Seopjikoji. Nasib baiklah Allah dengar doa akan. Elok sampai dekat sana, matahari keluar dan salji berhenti. Kami dapat naik atas tu dan bergambar sikit, walaupun jalannya licin. Seongsan Ilchulbong pun nampak clear dari sana. Seterusnya kami ke Seongsan Ilchulbong, dan sempat stop tepi-tepi jalan untuk ambil gambar.

Sepatutnya di Seongsan Ilchulbong ni, kalau hari biasa, kami nak panjat sampai atas. Sebab trip pertama dulu aku dan husband dah naik sampai atas. Kali ni ingat nak ajak anak-anak. Tapi hari ni tak berani, takut tengah naik atas cuaca berubah balik. Bahaya bawak anak-anak kecik ni. Tapi kami tetap masuk di perkarangan gunung tu dan bayar entrance fee. Dapatlah bergambar sikit. Jumpa ramai jugak orang kita dekat situ. Sebelum gerak dari sana sempat pergi shopping souvenir untuk anak-anak. Diorang sibuk sangat nak beli keychain Jeju untuk kawan-kawan. Ahjumma dekat situ pulak kemain berusaha cakap Melayu. Banyak jugak words yang dia tau. Comey je.

Sebelum tinggalkan kawasan ni, kami nak cari lunch. Adik ipar aku ada share satu kedai yang orang Melayu kita pergi makan, kedai fish and chips. Nama dia Willala. Bila wazekan, jaraknya cuma dalam 250 meter dari Seongsan Ilchulbong. Jadi kami pun pergi. Tanya-tanya dulu dekat tokey dia tu, rupanya dia masak fish and chips guna beer batter. Kami baru nak bangun gerak dari situ, lepas tu dia kata, “If because of your religion you cannot eat beer batter, I can make a new batter for you using just water.” Bagi kami that’s good enough, sebab kedai dia pun hanya jual seafood, ikan, sotong, udang. So kami setuju. Order ikan 1, sotong 1, goreng pisang 1, cheesestick goreng 1. Total harga KRW39,000. Mahal la kalau convert ke duit Malaysia. Tapi sebab sekali ni je kami makan di kedai, takde masalahla. Sedap jugak.

Habis makan tu kami teruskan perjalanan balik ke Jeju-si ke hotel kami yang terakhir sebelum balik esok. Kami cuba elak lalu jalan Halla Mountain, sebab boleh agak dekat atas sana lagi teruk salji dia. Jadi jauhla sikit kena pusing pulau.

Lepas makan lunch, driver mengantuk pulak tu nak drive jauh. Terpaksa berhenti tepi jalan bagi dia tidur kejap. Padahal sejak berhari-hari lepas takde berhenti lunch dekat mana-mana, steady je boleh berjalan sepanjang hari. Perut kenyang je terus mengantuk. Hihih.

Sampai di penginapan ketiga kami, Beach House Pension, lebih kurang pukul 5. Tempat ni betul-betul dekat dengan airport, jadi selang beberapa minit ada kapal terbang berlepas dekat atas. Rasakan! Nak dekat sangat dengan airport kan! Bukan apa, nak menyenangkan kerja esok pagi.

Kami check in dan solat, lepas tu terus keluar balik. Nak membeli-belah sikit, esok dah nak balik. 

Aku tak tahu dekat mana orang shopping dekat sini, sebab sejak 1st time datang memang aku tak jumpa tempat shopping berpatutan. Jadi pergi Emart balik. Nak beli souvenir pun aku buntu. Beli honey butter almond tu sikit, seaweed untuk anak-anak sebab yang beli semalam habis diorang kerjakan, dan aku bagi anak-anak peruntukan sorang KRW10,000 untuk beli apa-apa bawa balik. Yang tu yang ambil masa lama tu, puas diorang merayau cari benda nak bawa balik. KRW10,000 tu memang tak banyak mana, aku tahu, tapi cukuplah untuk kenangan diorang, dan belajar manage duit sendiri.

Yang buat aku gelisah tu, tak dapat beli limau. Kalau tidak memang aku tak plan nak beli pun, sebab nanti terlebih berat beg, tapi tiba-tiba mak mertua aku sebut pulak. Bila dah sebut tu, kalau tak beli rasa serba tak kenalah. Kami nak cari balik limau kecik-kecik yang sama yang kami makan di Cheonjeyeon hari tu. Masa tu beli seplastik tu baru KRW1,000. Hari ni di E-mart harganya KRW8,000! Telan air liur aku. Kalaulah aku tahu awal-awal, memang aku borong dekat ahjumma tu hari tu. Kalau setakat simpan 2-3 hari takkan dah busuk kan?

Sambil merayau tu kami ditegur oleh 1 couple cina dari Malaysia. Diorang pun holiday juga. Sembang-sembang sikit pasal beli barang. Sangat friendly.

So memandangkan tak jumpa apa dihajati, kami keluar dari situ. Cuaca masih bersalji dan angin kuat. Kami drive around dekat luar dan jumpa pasar mini dekat lorong-lorong, jadi aku pergi cari limau. Dekat sini adala, harga murah sikit dari di E-mart tadi, jadi aku gagahkan beli juga sebab esok dah tak sempat. Ingat nak shopping sikit barang sendiri, nak habiskan duit, tapi cuaca tak mengizinkan.

Rasa bersalahla juga, aku balik ni boleh dikatakan tangan kosong. Anak-anak nan ramai di rumah pun tak dapat apa-apa. Tapi dari dulu dah aku sebut perkara ni, sejak kali pertama datang. Jeju ni tak macam Seoul. Dekat Seoul tempat shopping bersepah, apa-apa je boleh jumpa. Dekat sini sehelai T-shirt Jeju pun aku tak jumpa. Adik dok mintak t-shirt I Love Jeju pun aku tak dapat belikan. Kalau nak batu Dol Harubang tu banyakla, tapi nak buat apa. Jadi makanlah limau, honey butter almond, dan seaweed tu ya?


Kami balik je ke bilik, panaskan nasi tomato Brahims untuk dinner. Anak-anak aku bagi peluang makan maggi lagi sebab nak habiskan makanan. Risau juga ni, aku ambil beg 20kg je untuk balik. Harapnya cukup. 

Sunday, 4 February 2018

Jeju 2.0: Trip With Kids - Day 4

3 Februari 2018

Bangun subuh pukul 6.30 dan terus berjaga kerja sikit. Masa tu masih gelap. Dalam pukul 7 lebih baru cerah, dan terkejut aku tengok dekat luar bumi dah putih. Rupanya salji turun sejak awal pagi tadi. Terus rasa malas melanda. Baru ingat nak keluar awal hari ni, banyak tempat boleh pergi. Terus luntur semangat. Tarik selimut tidur balik sampai 8.30. Itu pun sebab Adik masuk bilik.


Barulah kami bangun bermalas-malasan. Nasib baik pikirkan free breakfast dekat bawah tu sampai pukul 9.30 je. Terpaksalah bangun jugak. Kerah anak-anak bergerak sekali. Turun bawah tu tempat duduk penuh, jadi staff dekat situ kata kami boleh ambil je apa kami nak dan bawak naik atas makan di bilik. Jadi kami ambillah apa yang patut. Yang senang tu, food yang dia sediakan semuanya bukan makanan yang dimasak. Ada roti, cereal, yogurt, buah-buahan, butter, jam, biskut. Jadi basically semuanya kami boleh makan. Ambillah sorang sikit, bawak naik ke bilik.

Makan-makan sambil tengok salji yang makin lebat. Kepala ligat fikir apa nak buat hari ni. Aku syukur betul aku kerah budak-budak tu merayau outdoors semalam. Kalau tidak macammana lah nak tengok air terjun segala dalam salji tebal macam ni. Memang kena sangatlah kalau kami nak buat indoor activities hari ni.

Seiring dengan salji yang turun, pergerakan kami pun jadi selembap siput babi. Last-last pukul 11.30 baru keluar. Redahla salji lebat tu. Barulah rasa dok obersea kan?

First stop kami ialah ke area Jungmun, masuk ke Alive Museum. Basically it is a 3D Museum, lukisan-lukisan yang nampak real tu. Mahal jugak tiketnya. 4 orang tadi dalam KRW40,000 kot. Nasib baiklah anak-anak enjoy. Aku ni yang menguap besar dalam tu, sebab aku memang bosan masuk indoor camni. Lepak dekat situ dekat sejam setengah juga.

 



Dari sana kami teruskan ke Jusangjeolli Cliff, dalam kawasan Jungmun ni jugak. Tak jauh dari The Seaes yang kami pergi semalam. Dekat sini pun nak masuk kena entrance fee. Untuk kami berempat, harganya KRW6,000. Parking pulak kena bayar KRW1,000. View dekat situ cantik, tapi sebab hari ni mendung, bersalji dan angin kuat, kami tak berapa enjoy.

Masa tu baru dalam pukul 2, jadi lepas bincang-bincang, kami decide untuk ke World Automobile Museum Jeju. Entrance fee untuk kami berempat ialah KRW34,000. Kawasan dalam 10 minit drive dari Jungmun tadi. Masuk dalam tu agak menarikla koleksi kereta dia. Semua kereta dari 100 tahun lepas, kereta klasik dalam movie Hollywood yang kita selalu tengok. Barulah aku tahu saiz kereta lama-lama dulu besar-besar rupanya. Dalam tu kami terpisah. Ayah dan Adik jalan sekali, laju ke depan. Aku kena menunggu Kakak yang gigih nak baca setiap information yang ada dekat setiap kereta. Menguap aku menunggu.

Sampai dekat hujung exhibition tu, rupanya ada ride untuk budak-budak. Diorang buat trek dekat luar, anak-anak boleh cuba drive. Memanglah menarik, tapi cuaca tengah sejuk beku masa tu. Sarung tangan kami semua dalam beg yang husband aku pegang. Phone aku dengan monopod pun dalam tu. Maka redahlah kesejukan, drive dengan Kakak. Route dia menarik sebab ada traffic lightla, naik turun bukit, dan lalu kawasan outdoor dengan rusa dan arnab berkeliaran. If only it wasn’t so cold! Siap memandu, anak-anak siap dapat “international driving license” lagi, yang ada gambar diorang sekali. So cute! Bangga sungguh diorang tadi.

Lepas tu on the way ke kereta tu nampak rusa dan arnab berkeliaran lagi, jadi pergi bergambar dulu. Rupanya dengan tiket masuk ke muzium tadi, kami dapat sekali satu bungkus potongan carrot untuk bagi makan dekat binatang-binatang tu. Seronoklah budak-budak dapat main animal pulak.


By then dah pukul 4, jadi kami pergi ke E-mart di Seogwipo untuk beli sikit barang makanan. Memandangkan menu semalam sangat mendapat sambutan, kami beli ikan lagi. Rupanya dekat sini harganya jauh lebih murah. Untuk 3 potongan ikan besar harganya less than KRW6,000, banding dengan semalam 2 potong KRW10,000. Sempat kami borong sekali roti ban, telur sikit, dan susu pisang. Beli juga sepaket seaweed, sebab Adik tiba-tiba gila makan seaweed semenjak dua menjak ni.

Lepas tu rush balik. Lepas solat semua, terus masak dinner. Laju semua makan hari ni. Adik pun makan nasi berulamkan seaweed dan berlaukkan ikan, makan bertambah nasi. Habis dah kicap kecik yang aku beli hari tu. Nasib baik esok menu nasi tomato Brahims je. Sambil dok tengok TV pun diorang dok ratah seaweed yang beli tadi macam makan keropok. Pelik pulak aku tengok. Dengan Kakak sekali dah join pulak tu. “Sedap mama!” Aku rasa satu gigit, sama je macam seaweed yang aku dok makan sushi tu. Entah apa yang lainnya. Takpelah, at least it’s a healthy snek kan.

Malam tu anak-anak kata nak mandi jacuzzi. Bila panggil staf suruh pasang, rupanya paip jacuzzi kami dah beku penangan cuaca hari ni. Kesian anak-anak, takde rezeki. Dengar jela budak-budak bilik sebelah dok jerit-jerit mandi jacuzzi diorang. Kata staff tu, sebab bilik kami corner room, kami kena angin direct. Yang mana dapat bilik tengah semua terlindung dari angin, jadi tak beku. Nasib tak baik. Esok pagi nak check out dah, memang tak sempat dah nak mandi. Kesian kat akula jugak, bayar extra untuk bilik ada jacuzzi, lepas tu tengok saja. Haha.


Esok agenda macam agak banyak. Harapnya esok dah tak salji. Kami ni souvenir pun belum shopping lagi ni. Takkan nak balik lenggang je, tak beli pape. Rugi rugi.

Friday, 2 February 2018

Jeju 2.0: Trip With Kids - Day 3

2 Februari 2018

Bangun Subuh pukul 6 tu terus berjaga. Aku kerja dulu sampai dalam pukul 8, start masa breakfast. Hari ni Ayah mintak French toast, jadi bertungkus-lumuslah aku. Berperang dulu dengan kanak-kanak suruh makan segala, sebab diorang tak menyempat nak keluar main snow. Last day nak main snow la katakan. Bukan nak balik lagi, tapi sebab hari ni kami akan check out dari hotel ni dan berpindah ke Seogwipo.

Siap makan, mula mengemas. Anak-anak kami lepaskan aje kat luar, senang. Tapi hari ni snow tak gebu macam semalam dah. Sebab semalam siang agak panas jadi salji dah mula cair, dan lepas kena suhu malam yang sejuk, salji cair tu jadi keras. Tapi diorang enjoy aje.

Kami ready untuk keluar hotel dalam pukul 10. Sebelum check out kami bergambar lagi dekat compound dia yang meriah tu. Masa check out takde pun apa-apa kena bayar ke pape. Mamat tu siap bagi kitorg souvenir beberapa uncang teh Jeju, sambil pesan suruh kami bagi review untuk diorang. Eh, harus bagi. Memang happy gila dengan tempat ni.

Anyway, untuk gula-gulakan hati anak-anak, kami decide untuk pergi Teseum. On the way tu lalulah dekat Mysterious Road , tempat kereta boleh jalan sendiri naik bukit walaupun matikan enjin. Sebenarnya hari-hari dok lalu dah, sebab memang nak ke hotel kami kena lalu situ. tapi hari ni baru berkesempatan nak eksperimen. Excited budak-budak dalam kereta.

Anyway, sampai dekat Teseum. terus masuk beli tiket, 2 dewasa 2 kanak-kanak harga KRW37,000. Masa tu baru aku perasan husband jalan berlenggang je tak bawak kamera. Tanya dia mana kamera, dia kata aku yang simpan. Nganga dua-dua orang kat situ. Check dalam kereta takde. Rupanya kami tertinggal dekat tengah-tengah halaman Amber Resort tadi lepas ambil gambar sebab ralit main snow. Ya rabbi! Pucat terus aku.

So kami decide untuk berpecah. Aku stay sini temankan anak-anak masuk Teseum, husband rush patah balik ke sana. Itupun aku punyelah gelisah memikirkan harta nan satu tu. Sejam kemudian baru husband sampai balik ke Teseum. Alhamdulillah, selamat benda tu dekat sana. Nasiblah hilang dekat dalam hutan belantara dekat Korea pulak tu. Kalau hilang kat negaraku yang tercinta tu, sadaqallahulazim dah tu.


So sebab kami pun dah habis pusing dalam tu, terus gerak aje. Elok matahari terik je dekat luar, jadi aku nak buat aktiviti luar lagi. Anak-anak protes la jugak, sebab diorang mengharapkan something like theme parks and activities. Aku ni pulak rasa sayang nak masuk muzium bodoh-bodoh, especially bila cuaca cantik, langit biru camni. Bukan senang nak jalan berjemur tengah panas camni. Kat KL memang tak dapekla. Berlecak ketiak oi!

Sebab aku mak, aku pegang kuasa veto. Kami terus ke Jungmun dan destinasi pertama ialah ke Cheonjeyeon Waterfalls. Jenuhla naik turun tangga nak pegi ke air terjunnya tu. Sempat beli sebungkus buah limau Jeju dan makan tepi air terjun. Sedap pulak! Manis!

Dari sana kami ke Seaes Resort, saja nak mengimbau kenangan lalu. Husband aku yang teruja sangat. Anak-anak pun enjoy dok mengumpul pine cone, main buaian besar. Dari sana kami ke Cheonjiyeon Waterfall pulak. Adik punya mulut kemain bisingla, protes. Dia kata Kakak dah dapat pilih satu aktiviti, ke Teseum tadi. Dia belum dapat pilih lagi. Hish! Aku bagi serangan balas jugak. Aku kata dekat dia, hari tu kata datang Jeju sebab utama ialah nak main snow. Dua hari dah Mama bagi main snow, siap duduk hotel tengah-tengah snow. Pagi petang meredah snow. Apa nak komplen lagi? Senyapla sekejap pastu.

Masuk Cheonjeyeon dan Cheonjiyeon ni both kena bayar entrance fee, tapi takdelah mahal sangat. Satu family dalam KRW6,000 ke KRW7,000 gitu. Dalam area Cheonjiyeon ni cantik jugak. Tapi by then kami dah agak rushing sebab dah pukul 4. Kami belum solat. Memikir nak solat outdoors dalam cuaca winter ni memang pikir 10 kali jugak, especially bab amik wuduk tu. Jadi masuk area waterfall tu jalan laju-laju je, ambil gambar dan patah balik.

Dekat depan area tu ada Seogwipo Port, dan ada jambatan Saeyoungyo menghubungkan ke Saeseom Island. Tak begitu popular, tapi cantik kawasan dia. Kalau banyak masa, memang lepak je situ tunggu sunset. Lengang je, sangat peaceful.

Lepas tu barulah kami decide untuk gerak ke hotel baru, Jeju Eco Suites. On the way tu kami berhenti dekat kedai-kedai kecil tepi jalan yang jual buah limau. Bukan membeli limau ye, tapi membeli ikan. Haha. Diorang ada jual ikan-ikan frozen, jadi kami beli buat masa dinner. Aku dah tepu menghadap telur. Kentut pun bau telur dah ni. Ikan dia mahal jugak. Husband beli 2 paket, tapi sebenarnya seekor ikan je pun, sebab dia dah belah tengah. Total harganya KRW10,000. Bersamaan RM37 duit kita. Besar dia okayla. Tak kisahlah, asalkan makan ikan. Garam kunyit lada sulah semua aku dah siap pack bawak sini. Hihi.

Sampai di Jeju Eco Suites, terus check in dah masuk bilik. First sekali rush solat dulu sebab dah suntuk sangat. Lepas tu baru aku mula memasak. Nasi putih, carrot (hidung Olaf hari tu) goreng kicap, dan ikan goreng. Peh, begitu pun sudah kemain lazat. Kakak punya “Mom, this is delicious! This fish is awesome!” macam ya-ya sangat. Adik pun berjaya habiskan nasi dia semangkuk tu kira sedapla tu. Ataupun mungkin kelaparan sangat. Haha.

Lepas tu memang tak bergerak dahla. Cari spot panas, duduk diam-diam. Anak-anak tidur pukul 8.30 lebih.

Jeju Eco Suites ni dapat 1 bedroom apartment. Anak-anak dah disediakan 2 extra bed dekat ruang tamu, gantikan sofa. Ada meja makan, dapur dengan kelengkapan asas. Toilet satu je. Tapi aku gatal pergi ambil bilik yang ada outdoor Jacuzzi. Entah bilanya nak guna pun tak tahu. Even then, hati kami masih menangkan Amber. Rumah sana lebih luas, facilities dia lebih banyak. Aku sangat rindukan mesin clothes dryer/freshener yang ada dekat sana tu. Habis semua baju kami masukkan bagi wangi balik.


Thursday, 1 February 2018

Jeju 2.0 - Trip With Kids - Day 2

1 Februari 2018

Disebabkan 1) kami dah pernah datang sini, dan 2) trip ni khusus untuk anak-anak, kami bawa approach yang lebih santai dan relax. Jadi kami keluar pun lambat pagi tadi, walaupun kami pukul 5 lebih dah terbeliak biji mata sebab semalam tidur awal.


Aku biasalah, dengan kerja-kerja aku di laptop. Pukul 8 baru aku start prepare breakfast, kejut anak-anak suruh makan semua. Bersiap untuk keluar. Pagi ni pun salji masih turun, tebal juga salji atas bumbung kereta kami. Gebu je nampak, sebab salji fresh kan.


By the time kami ready nak keluar dah pukul 9.30. Anak-anak main salji lagi, jadi kami join untuk explore kawasan resort ni. Cantikla, sungguh. Memang ini yang kami harapkan pun. Cari tempat tinggal yang anak-anak buka pintu rumah je dah boleh main salji. Jadi tak payah nak bersusah drive ke mana-mana nak bagi diorang enjoy.

Puas diorang main sampai basah-basah seluar semua baru kami keluar. Lama juga belek map nak pikir mana nak pergi. Punyelah takde itinerary kami ni. Ikut suka hati je. Ramalan cuaca kata hari ni cerah, jadi seboleh mungkin aku nak buat semua aktiviti luar. Anak-anak pulak asyik dok mintak masuk indoor, macam Teddy Bear Museum, Toy Museum la. Jadi puas bincang, last-last kami pergi ke kaki Halla Mountain.

Dulu masa kami datang, Halla Mountain ni kami tak sampai sebab masa tu kena survive sendiri dengan public transport. On the way pergi sana tu salji makin tebal. Kalau awal tu dekat resort pun kami dah rasa cukup lawa, kali ni bertambah-tambah lawanya lagi. Hilang akal jap aku tengok pokok-pokok pain yang penuh salji. Jadi berhenti dekat sana, bergambar. Orang Korea ramai dekat situ, sebab situ salah satu tempat mula trek hiking/trekking. So kami bergambar sekejap sampai puas, iaitu sampai si Kakak start komplen sejuk. Lepas tu balik ke kereta dan bincang lagi nak pergi mana pulak.

Puas pikir dan pusing map, last-last aku suruh husband drive jelah suka hati. Ingat nak elak ke kawasan Seogwipo dulu, sebab esok memang kami akan pindah hotel ke area sana, tapi tersampai sana jugak. So kami pilih untuk ke O’sulloc Tea Museum. Memang dulu kami dah pernah pergi, tapi saja nak bawak budak-budak ke sana. Alang-alang nak lepak minum teh, makan aiskrim and dessert semua dulu.

Kami agak pelik sebab takde jumpa orang kita dekat sini walaupun ini antara attraction yang kerap disebut-sebut. Tapi okla. Lepak minum, anak-anak main kejar-kejar dekat luar. Lepas tu pergi bergambar dekat ladang teh dia. Sempat masuk Innisfree dan sambar seketul perfume, saja rasa nak membeli. Hihi.

By the time kami gerak dari sana dah pukul 3 lebih. So kalau sempat pun nak berjalan lagi, mungkin ke satu destinasi je lagi. So kami gerak ke arah Hyeopjae Beach. And then on the way tu kami detour ke Wind Farm, tempat kipas-kipas besar yang generate elektrik tu. Cantik pemandangan kat situ. Kami jalan kaki sampai ke rumah api dan bergambar dekat situ, sehinggalah Adik bikin gempar bila dia tetiba nak berak dan toilet di sana kunci. Potong stim btullah! Terpaksa gerak balik.

Sampai kat kereta, dia pun dah tak rasa nak berak lagi. Memang kau saja sabotaj kan? Haih.

So kami gerak balik. Dengan harapan on the way balik tu jumpalah mana-mana kedai jual ikan, boleh beli bawak balik masak dinner. Satu je mart yang kami jumpa, tapi ikan takde pulak. Babi seketul adala. Kuikuikui.


Maka kami pun pulang panaskan nasi lemak Brahims, dan anak-anak pilih untuk makan maggi sorang sepaket. By the time pukul 7 malam tu dah siap makan semua dah. Pakat berhimpit atas katil kami, tengok gambar siang tadi, pasang berita Korea kat TV pastu pakat nganga tak paham. Hihih. Nak keluar tengok bintang pun fikir 10 kali sebab sejuk dan kena pakai balik kasut but.

Jeju 2.0: Trip With Kids

Kembali lagi dengan episod seterusnya. Nak buat camane, kaki tak boleh duduk diam lama-lama di satu tempat.

Hujung bulan 12 hari tu sepupu husband aku post promo Final Call AirAsia. Jadi kami dengan sepantas kilat bertindak, sebab sejak sebulan dua lepas kami memang menunggu promo ni. Selari dengan namanya Final Call, tiket yang dibeli ni consider tiket-tiket last minit yang kita beli kira-kira sebulan sebelum fly. Dengan benefit member Big AirAsia tu dia dapat tiket murah dan dia offer dekat sapa nak. Kami beli tiket ke Jeju, Korea dengan harga RM630 seorang.

Misinya: mencari snow yang dah aku hutang dengan anak-anak sejak 2 tahun lepas. Pergi Europe asyik tak jumpa je. Sampai ke Iceland pergi pun takde rezeki. Jadi kali ni kita pegi dekat-dekat aje.
Walaupun Jeju ni aku dah pergi, tempat ni agak sentimental value dekat aku, sebab ini destinasi pertama kami jejak dulu, yang dibeli dengan duit sendiri, dirancang sendiri, dan survive sendiri bila benda yang dirancang tak menjadi.

Cabaran sebelum ke sini pun tak kurang hebatnya. Dengan tersalah book tarikh hotel sampai burn duit RM1000, lepas tu nama salah eja dalam tiket sampai kena pergi KLIA 3 hari sebelum tarikh fly untuk buat pembetulan. Tapi alhamdulillah, everything worked out fine.

Jadi hari ini, kami pun berangkat.

31 Januari 2018

Flight kami pada jam 5.30 pagi, jadi gigih sungguhlah pukul 1 pagi keluar rumah. Sampai KLIA2 pukul 2, selesai drop baggage semua dalam pukul 2.30. Lepas tu melengung la 2 jam lagi sementara nak boleh naik kapal. Anak-anak pun heretla sekali. Malang sekali, nak lepak makan-makan pun tak dapat sebab walaupun airport tak tutup, kedai-kedai dalam airport pakat tutup belaka.

Kami board flight pukul 4.45 tu, terus tutup mata tidur. Masa bila kapal terbang berlepas pun kami tak sedar. Disebabkan aku kedekut malas nak beli seat, kami duduk je apa yang AirAsia assignkan. Anak-anak dan ayahnya duduk bertiga, aku duduk row belakang. Nasib baiklah yang duduk sebelah-sebelah semuanya aweks. So aku nak berdengkur pun takdelah jatuh saham.

Boleh dikatakan sepanjang flight tu kami berempat tidur. At least aku dengan si adik bangun juga makan masa diorang hantar makanan. Yang ayah dan kakak langsung tak bangun. Makanan semua tak sentuh.

Sampai di Jeju Airport dalam pukul 12.15. Disebabkan airport dia kecik aje, benda pun setel cepat. Tapi disebabkan kami bawa turun makanan yang tak dimakan dalam flight tadi, dah jadi isu sikit dekat kastam. Rupanya banyak makanan mentah tak boleh dibawa masuk ke Korea. Ayam, daging, vegetable tak boleh belaka. Kalau dikenal pasti, makanan tu akan dirampas. Aku tak pasti pulak kalau Brahims semua tu boleh ke tak. Tapi benda yang kantoi semalam tu memang apa yang dipegang dekat tangan, tak cover langsung. Jadi redha jelah makanan tadi tu dicampak dalam tong sampah. Kuikui. Rugi je bayar makanan AirAsia yang mahal tu.

Anyway, seterusnya kami pergi ke kaunter untuk ambil wifi router. Router ni kami dah beli siap-siap guna website Klook.com. Dapat harga RM11 sehari, penggunaan unlimited untuk 3 device. Total kami ambil untuk 6 hari, RM66. Kira murahla tu untuk ketenangan jiwa, nak drive sendiri ni kalau takde internet haru jugak.

Selesai situ, pergi ke kaunter kereta sewa pulak. Ini pun kami dah book awal-awal guna syarikat HolidayAutos. Kami dapat kereta Hyundai Elantra, 5 hari sewa harga RM800 gitu. Murahlah kan? Kat Malaysia pun tak dapat harga tu. Walaupun aku agak nervous pasal sewa kereta, sebab dah ada kenangan tak begitu indah masa first time ke Jeju dulu kan, pasal kereta sewa ni. Nasib baik kali ni ok.

Kami diarahkan untuk naik bas shuttle ke bangunan syarikat penyedia kereta, dan urus pembayaran semua. Lancar ajela semua. Ada anak-anak pun takde disuruh pakai car seat ke apa. Diorang siap ajar cara guna GPS, camane nak cari address semua. Merasalah akhirnya drive sendiri dekat Jeju ni. Kata mamat kereta sewa tu, harga ni dah termasuk full insurance semua. “If got scratch or accident, don’t worry, all covered,” katanya semalam. Winter chain untuk tayar kereta pun ada disediakan dalam boot.

So keluar je dari situ kami terus menuju ke hotel kami. Kami pilih hotel dekat kawasan tengah pulau, dekat dengan Gunung Halla, supaya ada snow. Dan memang betul, keluar je dari kawasan Jeju-si, pusat bandar dia, terus salji penuh kiri kanan jalan. By the time sampai dekat hotel kami, Amber Resort Jeju, memang dah full on winter wonderland. Menjerit-jerit anak-anak dalam kereta. Aku pun syukur sangat-sangat dapat tunaikan janji yang satu ni. Diorang memang nak sangat-sangat main salji.

Sampai tu, sementara kami check in, kami biar diorang main salji dekat luar. Masa kami hantar beg dekat bilik pun kami biar diorang dekat luar. Ada satu family melayu Malaysia kita pun duduk sini juga, sempatlah bertegur-tegur.

Bilik kami di Amber Resort Jeju ni best. Dia rumah sebiji-sebiji sebenarnya, dan kami occupy tingkat bawah. Ada 2 bilik, 2 bilik air, dapur. TV ada sampai 3 biji, walaupun kami tak guna, sebab bila pegi holiday kami memang jarang buka TV. Kawasan resort ni dikelilingi hutan. Dekat laluan masuk tadi siap ada signboard rusa ke reindeer entahla, dan kami ada nampak seekor berlari-lari dalam hutan tadi. Bestnyaaaa. Kalau datang untuk enjoy nature, sini memang sangat sesuai. Keliling dia ada banyak kuda, halaman dia banyak arca untuk bergambar. Facilities bilik pun menarik, ada dryer untuk keringkan baju, bidet toilet yang canggih. Lantai dia ada pemanas jadi berjalan dalam bilik pun selesa. Sangat happy untuk harga sekitar RM400 untuk satu malam. Consider murah bagi aku.

Lepas simpan beg dan check bilik, kami terus keluar balik cari kedai untuk beli barang makanan. Orang hotel ni cadangkan kami patah balik ke Jeju-si, dalam 8km dari sini, untuk pergi supermarket besar. Jadi kami ikut aje GPS yang dia setkan tu.

Sampai di Emart dalam pukul 3.15, beli barang macam roti, susu, butter, telur, dan carrot sebijik sebab Adik nak buat jadi hidung Olaf. Layankan ajelah! Harga barang dekat sini, mahallah sikit dari Malaysia. Exchange rate kami tukar duit Korea hari tu KRW 1000 bersamaan RM 3.71.

Siap shopping terus balik semula ke hotel. Rezeki anak-anak lagi, sampai je sana salji tengah turun sepoi-sepoi bahasa gitu. Terus diorang start buat snowman. Aku yang nak start masak ni pun terus tergendala, sibuk nak bergambar. Tapi sempatlah letak nasi. Aku dan husband gilir-gilir solat dan melayan anak. Sampai dekat maghrib baru masuk. Goreng telur je untuk dinner malam ni, nak cepat, malas pikir.


Lepas tu memang bertapa dalam bilik je. Salji turun consistently sampai malam, nak keluar pun pikir dua tiga kali. Lagi pulak kami memang penat sebab tak tidur semalam. Yang paling awal belayar di lautan mimpi ialah encik Ayah!

Sunday, 26 November 2017

Iceland Post Trip & Tips

Baru-baru ni aku terserempak sorang kawan lama, yang tak rapat sangat tapi bila jumpa tu bersembang boleh bawak gelak la jugak. Dia tanya aku soalan yang agak di luar kotak berbanding orang lain yang aku jumpa selama ni. “Camane korang boleh terpikir nak pegi Iceland tu? Gila pelik!”

Camane boleh terpikir ek? Dari kecik aku tak penah terbayang nak pergi Iceland, tak pernah masuk senarai pun. Aku kenal nama Iceland pun sebab rajin beli pemadam bendera negara-negara masa kecik dulu. Bagi aku Iceland ni penuh ice, macam dekat antartica tu. Perkenalan pertama aku dengan keindahan Iceland ialah bila aku tengok filem The Secret Life of Walter Mitty, beberapa tahun lepas. Masa tu baru aku tahu Iceland ni cantik rupanya. Itu pun, movie tu tak banyak membantu promosikan negara tu sebab dia bayangkan negara tu sunyi, susah berkomunikasi, makanan dan orang dia pelik, dan ada scene letusan gunung berapi yang dah cukup untuk buat aku rasa, “Nope, I’m not putting my life in danger like that.”

Sampailah keluar video clip Gerua. Ha, itu baru kita boleh katakan satu promosi pelancongan yang berjaya untuk negara tu. Banyak kali aku pernah emphasize yang corak travel aku banyak digerakkan oleh filem-filem dan rancangan TV yang aku tengok, dan kali ni pun tak terkecuali. Negara cantik macam tu, landskap yang sangat-sangat berbeza daripada negara kita, ditambah lagi dengan potensi tengok aurora yang dah lama aku impikan. What’s not to like?

Even then, aku tak pernah terbayang akan jejak kaki ke Iceland dalam tahun-tahun terdekat ni. Terlalu eksotik bagi aku. Terlalu jauh, terlalu complicated. Kalau buka Skyscanner dan cari flight Kuala Lumpur ke Iceland, harga flight sahaja untuk seorang tak pernah lari daripada RM4000. Flight yang panjang, transit beberapa kali, mahal. So again, tak pernah berangan.

Tapi, macam yang aku pernah cerita jugak tahun lepas, cara aku pilih tempat nak travel tak sama dengan orang lain. Mana tempat harga tiket super-murah, kita beli je dulu. Lepas tu baru kita pikir itinerary; macam kes Amsterdam tahun lepas. Dan kebetulan tahun ni harga tiket paling murah yang aku jumpa masa tempoh promosi Kids Fly Free tu ialah ke London. Kisah hape aku pernah pergi London ke tak, kita beli je dulu. Pastu baru kita fikir nak tengok apa.

Lepas beli baru aku bincang dengan husband apa nak buat. Dari London banyak tempat boleh pergi. Kalau tak nak usaha keras, drive/naik bas/naik train ke Scotland boleh, Ireland boleh, Wales boleh. Nak rentas ke Europe through Paris boleh. Tapi bila bincang balik, kami decide untuk pilih tempat yang paling out of the box yang boleh kami fikirkan. Ditambah pula dengan niat aku nak ajak parents aku travel sekali. Parents aku ni tak suka travel ke bandar-bandar. Diorang sangat suka nature. That’s when I proposed to go to Iceland. Aku send video clip Gerua dekat diorang, antar dua-tiga artikel pasal Iceland siap dengan gambar-gambar landscape lawa-lawa, letak pulak write up pasal aurora di bulan Oktober. Ayah aku terus setel. Mak aku macam biasa, mengikut je semua, asalkan cuti sekolah.
So, the rest, as they say, is history. Itulah alkisah “Kenapa Iceland?”.

Sedikit sebanyak tentang Iceland:

  • Kos sara hidup dekat sana sangat tinggi. Walaupun aku pernah ke beberapa negara Europe lain, ke Qatar, Australia, malah Jepun sekalipun, tak boleh lawan mahalnya barang dekat Iceland. Pergi ke negara lain semua tu aku masih dapat bawak balik sehelai dua baju beli dekat sana, sebagai kenang-kenangan, tapi not in Iceland. Terlalu mahal. Baik makanan, minyak, transport, parking.
  • Disebabkan dekat sana sangat menitikberatkan keindahan alam sekitar, tak banyak bangunan dan pekan yang kita akan jumpa sepanjang perjalanan. Jangan diharapkan RnR setiap beberapa kilometer macam dekat Malaysia, sebab memang takde. Jadi setiap kali jumpa tempat ada toilet tu, aku sarankan pergi je membuang walaupun tak rasa sangat. Sebab kita tak tahu bila next nak jumpa toilet semula. Aku tak tipu, kami pun ada pengalaman membuang di tempat awam dekat sana sebab dah tak tahan sangat dan tak jumpa toilet. Yang penting simpan air banyak-banyak dalam kereta, dan kalau takut takde tempat nak sembunyi masa membuang tu, bawaklah apa-apa, baju hujan je, kain batik ke, payung ke buat penghadang gitu. Dekat sana pokok besar-besar pun jarang-jarang nak jumpa ye, jadi nak sembunyi belakang pokok sambil membuat pelaburan pun kira mustahil.
  • Pulau Iceland tu sendiri takdelah besar sangat sebenarnya. Kalau drive laju-laju, 4-5 hari boleh habis pusing satu pulau. Tapi pengangkutan awam tak ada. Jadi untuk bergerak dekat sana, sebaiknya kita sewa kereta dan drive sendiri. Ring Road dia, iaitu highway yang mengelilingi pulau ni, memang okay. Of course rupa dia taklah macam Highway Plus kita tu. Dia macam jalan kampung je sebenarnya, satu lane hala ke sana, satu lane hala ke sini. Tapi kereta tak banyak, dan drive tak rasa jemu sebab pemandangan cantik sepanjang masa.
  • Pemanduan dekat sana ialah di sebelah kiri, jadi untuk beberapa jam pertama start memandu tu memang janggal. Sepanjang kami dekat sana, kami cuma jumpa tol sekali saja, di bahagian barat pulau. Dari Reykjavik kalau kita terus bergerak ke arah barat pulau, iaitu ke kawasan Snaefellness, ada satu tol yang kita kena lalu dengan harga ISK1000 sekali lalu. Kalau tak ada cash, boleh guna kad kredit aje.
  • Nak menyewa kereta pun mencabar, sebab harga dia menyesakkan nafas. Jadi biar aku share company car rental yang kami guna hari tu, sebab masa kami cari tu, itu yang paling murah. Walaupun kereta sewa kami ada problem sikit hari tu pasal tayar tu, aku kira itu rezeki masing-masing. Bukanlah sebab kecuaian syarikat atau apa-apa. Dan diorang cukup bertanggungjawab untuk drive sampai ke pekan tempat kami tinggal untuk uruskan pembayaran repair tayar, lepas tu tunggu pulak kami dekat kedai tukar tayar di Reykjavik petang tu. In fact diorang boleh bertolak ansur untuk datang ambil kereta daripada kami di tempat tinggal terakhir kami sebelum bertolak ke airport, dan bayarkan tambang teksi ke airport esok pagi tu. Aku rasa company tu cukup bertanggungjawab. Boleh tengok website dia: www.fara.is atau email diorang di booking@fara.is
  • Iceland ni, kita pergi walau musim apa sekalipun, dia tetap ada keistimewaannya. Peak time dekat sini ialah musim panas, jadi harga penginapan, kereta sewa semua akan jadi lebih tinggi. Sebab apa orang suka pergi time summer, sebab dekat sana boleh dikatakan takkan malam. Jadi kita boleh berjalan selama mana yang kita nak, selagi tak rasa nak tidur. Dengan cara ini, lebih banyak tempat kita boleh cover dalam sehari, dan takde rasa terkejar-kejar nak sampai hotel sebelum Maghrib. Maklumlah, orang Melayu ni kan dari kecik dah terbiasa mak kata, “Maghrib mesti balik!” gitu! Masa summer dia tak panas sangat, dan pemandangan jadi lebih cantik sebab hijau semuanya. Banyak jalan-jalan pergunungan di tengah-tengah pulau Iceland tu yang hanya buka masa musim panas sebab masa tu ais dah cair, jadi lebih banyak tempat boleh kita tengok, especially kalau kita minat hiking dan trekking.
  • Kalau pergi musim luruh dan musim sejuk pun ada advantage dia. Yang terutama sekali ialah, lebih panjang waktu gelap dan lebih sejuk cuaca, lebih tinggi kebarangkalian untuk berpeluang tengok aurora/northern lights. Selain itu, ada juga aktiviti yang eksklusif untuk musim sejuk saja macam meneroka gua ais, yang takkan boleh buat masa musim panas sebab ais cair. Musim sejuk ni kira low season dekat sana jadi harga penginapan dan sewa kereta murah sikit.
  • Nak tengok aurora tu pulak satu misi tersendiri yang cukup mencabar, bagi aku. Pertamanya, obviously, dia keluar malam je. Lebih gelap malam tu, lebih besar kemungkinan. Jadi orang yang mengejar aurora ni biasa akan elak pergi masa bulan mengambang. Yang keduanya, langit malam tu mesti clear. Macam masa kami ke muzium aurora tu dia bagitahu, syarat pertama dan syarat utamanya ialah: Cloud = no aurora. Yang ketiganya, aurora ni tak boleh dijangka. Memang ada banyak apps yang boleh agak-agak malam tu akan ada aurora ke tak, tapi itu pun tak boleh nak beri apa-apa jaminan. Satu je caranya, mesti menunggu, di luar, dalam kesejukan malam tu, dan berjagalah anda sehingga nasib menyebelahi anda.
  • Dekat sana ada banyak aurora tour yang boleh kita join, yang katanya expert dalam mencari lokasi paling ideal tengok aurora. Harganya aku tak pernah survey, dan even then takde jaminan. Kalau ditakdirkan lepas bayar professional tour macam tu pun, takde rezeki nak tengok, agaknya burn ajelah duit kita. Ada pula yang akan keluar drive je sendiri malam-malam, merayau je mencari tempat yang langit cerah dan tawakal tunggu aurora. Ada yang lebih adventurous, akan buat hiking atau trekking trip malam-malam di kawasan yang terpencil dari pencemaran cahaya sambil menunggu aurora. Ada pulak yang kebetulan jenguk ke luar tingkap hotel dan ternampak aurora macam tu aje. Itulah namanye rezeki.
  • Macam kami hari tu, apa yang boleh aku simpulkan hanyalah tak ada rezeki. The nature of our trip pun tak memungkinkan kami dapat berjaga malam menunggu aurora. Siang ada itinerary yang panjang, banyak tempat nak melawat. Ditambah pula dengan drive sendiri seharian. Bila sampai bilik senja tu memang tak nampak lain, makanan dengan katil aje. Memang aku tak drive dan hanya co-pilot di sebelah. Aku boleh je nak tidur dalam kereta bila penat. Tapi hakikatnya, bila dah bayar beribu-ribu untuk sampai ke negara habis hujung dunia yang tak pernah kau bayang dapat pergi, ditambah pula dengan pemandangan dia yang tak puas-puas mata nak tengok, nak tidur pun rasa rugi. Bila sampai bilik, letak je beg tak sempat duduk lagi terus masak pulak. Lepas masak, makan, mandi, memang mata dah tak boleh paksa celik lagi untuk tunggu aurora. Sebab tu setiap hari pukul 8 dah tidur. Itupun usaha juga set alarm clock setiap beberapa jam untuk jenguk ke luar, manalah tau ada rezeki. Kami gilir-gilir set alarm untuk tunggu aurora, tapi masih tak ada rezeki. Jadi bukanlah kata tak usaha langsung. Tu maknanya Allah nak suruh pusing dunia lagi. Hehe.
  • Kalau tak nak pening kepala dan penat badan, keluarkan aje duit lebih sikit, cari Iceland tour yang setelkan semua benda untuk kita. Kereta diorang drivekan, sampai hotel makanan dah tersedia, dalam kereta/bas nak tidur sepanjang jalan pun suka hati, malam boleh berjaga sampai pagi tunggu aurora. Tepuk dada tanya selera. Company dari Malaysia pun banyak je yang buat Iceland tour sekarang ni. Bezanya aku dan family memang suka jalan sendiri.
  • Satu pengalaman yang aku rasa berharga dekat Iceland ni ialah mandi dekat kolam air panas semulajadi dia. Untuk kami, specifically ke Blue Lagoon la. Harga dia memang mahal, sepertimana semua benda di negara ni, tapi pengalaman dia tu bagi aku once in a lifetime. Untuk pakej paling murah yang kami beli hari tu, Standard Package, harganya seorang RM275 gitu.Yang dapat cuma tiket masuk dan penggunaan silica mud mask masa dalam kolam air panas. Bergantung pada pakej apa kita ambil, ada yang boleh dapat guna tuala, ada yang dapat sekali algae musk masa dalam kolam mandi, ada yang dapat free air. Semua tu obviously lagi mahal daripada Pakej Standard. Kanak-kanak bawah 14 tahun masuk free je, jadi kalau bawak anak kecil takdelah sakit sangat. Tapi dia ada had umur 2 tahun. Maknanya baby sampai umur 2 tahun tak boleh masuk.
  • Jangan menggelabah bila masuk ke changing room/shower room dia kalau nampak orang lain bertelanjang bulat ye. Mat-mat salleh ni memang rilek je. Dekat sini memang diorang wajibkan semua orang yang nak masuk dalam kolam Blue Lagoon tu untuk mandi bersih-bersih, sabun segala ceruk dulu, baru boleh masuk kolam. Untuk kebersihan sejagat. Toilet dia memang asingla, lelaki perempuan. Ada kawasan untuk shower begitu saja, di hadapan orang ramai, dan ada juga kawasan bilik mandi kecil-kecil untuk orang yang malu-malu seperti saya. So jangan risau sangat pasal kena berbogel di depan orang; tak perlu pun. Kalau ambil pakej standard macam kami, towel kena bawak sendiri (kami pinjam towel hotel) hihi. Barang-barang macam beg semua boleh masukkan dalam loker yang disediakan, yang akan link kepada gelang yang diorang sediakan kepada semua.
  • Air panas blue lagoon tu dikatakan sangat bagus untuk kesihatan kulit. Tapi kalau terkena rambut, rambut boleh jadi keras kejung lebih kronik daripada mandi air laut ataupun air klorin. Jadi nasihat yang kami dapat di sana ialah, sebelum masuk dalam air, ambil conditioner yang disediakan di tempat mandi tu dan lumur ke rambut penuh-penuh, baru masuk dalam kolam. Lepas selesai bila nak shower nanti, syampu rambut bersih-bersih dan guna conditioner tu banyak-banyak. Berkesan untuk aku, dan aku juga dah tengok sendiri kesan tidak memakai conditioner yang berlaku kepada anak daraku. Dia mandi sendiri, dan aku lupa double check dengan dia dah syampu semua ke tak. Lepas keluar, rambut dia macam dawai! Dan benda tu berlarutan untuk hampir seminggu ya, walaupun dah syampu dan guna conditioner hari-hari!
  • Kalau Instagram-worthy photos teramat penting untuk anda, aku nasihatkan pergilah masa siang. Suasana situ mesti cantik. Kami pula hari tu beli tiket malam (masa untuk kita pergi kita kena decide awal-awal masa nak beli tiket dan mesti ikut masa yang ditetapkan itu sahaja). Jadi bila pergi malam, gelap jela, ambil gambar tak cantik. Lampu situ malap-malap aje, mungkin tak nak bagi ada pencemaran cahaya so that kalau ada aurora kita masih boleh tengok.
  • Take advantage of barangan yang dia sediakan untuk kita guna for free dekat sana, macam sabun, conditioner, krim semua, sebab harga dia dekat kedai subhanallahhhhhhhh… Mahal nak mampus! Silica mud mask tu kita boleh pergi ambil dekat satu booth dalam kolam mandi tu jugak, jadi ambil jelah sesuka hati. Husband aku pergi ulang 2 kali, sekali boh kat muka, sekali lumur kat badan. Dalam toilet dia ada sediakan lotion/krim yang kita boleh guna lepas mandi, dia gantung dekat dinding je. Kalau rasa lebih kental, bawak botol krim lama, picit je masuk losyen tu dalam tu, buat buah tangan balik Malaysia. Hahaha. Aku tak buat sebab aku tak ingat.  
  • Untuk penginapan, kalau pergi ramai, aku sarankan guna Airbnb. Boleh dapat rumah sebijik, siap ada dapur untuk masak. Kalau ada ramai pun, insyallah orang dia boleh kawtim kalau setakat nak bentang toto dekat lantai. Sistem pemanas rumah diorang bagus, bila masuk rumah tu rasa selesa je. Kalau bernasib baik, mesin basuh dan pengering baju pun ada untuk senangkan kerja. Macam pengalaman kami sendiri, penginapan paling selesa yang kami duduk sepanjang trip tu ialah masa duduk di Airbnb. Masuk rumah memang rasa tak nak keluar balik! Dengan pemandangan cantik. Kebanyakan hos rumah pun boleh layan kita kalau kita nak pengalaman Iceland yang lebih authentic, macam nak minta dia bawa hiking ke, pergi memancing salmon ke, menunggang kuda ke. Kalau ada masa panjang, peluang macam tu jangan lepaskan!
  • Dari sudut flight pula, yang ni kena rajin sikit. Kalau taip mencari flight dari Kuala Lumpur ke Iceland, memang akan jumpa yang harga RM4000 ke ataslah, sebab dia akan bagi combination British Airways dan Icelandair contohnya. Yang paling mahal. Jadi cuba break up the journey. Cari flight dari Kuala Lumpur ke bandar-bandar utama macam Paris, Amsterdam, London. Dari sana nanti cari pula flight ke Iceland. Masa tu baru akan keluar airline bajet ala-ala AirAsia, macam Easyjet, WowAir dsbnya dengan tambang yang jauh jauh jauh lebih murah.
  • Tiket flight ke London kami beli Qatar Airways masa promotion, dapat harga RM1900++ seorang. Tiket ke Iceland pula kami beli Easyjet dengan harga RM450+ seorang, termasuk baggage. Jadi total harga flight untuk seorang tak tampai RM2500. Kalau orang yang biasa travel, dia mesti tahu yang harga tu cukup murah untuk sampai ke destinasi yang exotic macam Iceland.
  • Untuk makanan, bawaklah sebanyak yang mungkin dan cari penginapan yang boleh masak. Kami hari tu, 10kg barang makanan saja, termasuk beras, lauk-lauk instant macam Brahims, Milo, susu pekat, minyak, kicap, bawang-bawang segala, sambal kering, snek-snek macam biskut. Sebab apa, bila sampai sana nanti kalau rasa nak beli, memang tak terbeli aku rasa. Silap-silap kau puasa seminggu. Daripada holiday dalam kebuluran, baiklah beratkan aje beg sikit. Nak balik nanti makanan semua dah habis. Telur dan sayur takpela beli dekat sana. Pejam jela mata bayar walaupun telur 12 biji harganya RM20. Hehe.  


So, setakat ni je yang dapat aku pikir pasal Iceland. Kalau ada lain aku tambah.


1    

Thursday, 26 October 2017

Kids Take London - Day 9

22 October 2017

Last day here. Lepas Subuh terus berjaga, mengemas, kejutkan anak-anak. Turun breakfast pun dah dekat pukul 9. Hari kami sebenarnya masih panjang hari ni, sebab flight kami cuma pukul 21:55 malam. Nak check out lambat pun, waktu check out hotel ni ialah 10 pagi. Jadi lepas makan tu final packing, dan keluar. Beg-beg kami tinggal dulu dekat hotel.

Hari ni hari Ahad, jadi kalau nak sambung shopping pun, kebanyakan kedai akan mula buka pukul 11.30 je nanti, dan akan tutup pulak pukul 6 petang. Jadi pukul 10 pagi tu kami jalan kaki merayau ke Little Venice, tak jauh pun dari hotel kami. Beli coffee dan hot chocolate dengan Costa, feeling-feeling London kan. Pastu merayaula. Nyaman-nyaman je cuaca. Dekat Little Venice ni takde apa pun sebenarnya, tempat orang parking bot-bot sungai yang panjang tu.


Dari sana kami naik train ke Trafalgar Square, sebab memang dah takde arah tuju dah. Lagipun Trafalgar Square tu dalam 10 minit aje jalan kaki dari Oxford Street, tempat kami nak sambung shopping jap lagi. Tapi nak ambil gambar dalam square tu tak boleh pulak, sebab ada event Sea Cadets, macam penyerahan watikah gitulah agaknye. So ambil gambar dari luar je.

Adik masih tak puas hati, dok pujuk-pujuk kami nak tengok Big Ben lagi, kot-kot diorang dah siap repair katanya. Yelah, dah seminggu tinggal London kan. Tapi dari Trafalgar tu boleh nampak pun hujung Menara Big Ben tu, dan masih tengah repair. Kecewa dia. Sian.

So since masa tu dah pun pukul 11.30, kami menapak ke Oxford Street. Lalu kawasan arts diorang, banyak teater-teater kecik. Banyak kedai yang baru nak start bukak, dan bila aku ada nampak barang best-best dekat tingkap kedai untuk beli buat souvenir pun, takde rezeki sebab kedai belum buka lagi.
Sampai di Primark tu kami sambunglah perabih duit. Aku nak beli jaket baru untuk anak-anak sebab diorang makin membesar, kalau tahun depan pergi jalan lagi, kemungkinan jaket diorang dah terlalu kecik untuk diorang. So kali ni beli besar sikit, untuk kegunaan masa hadapan. Aku pun beli beberapa helai T-shirt lengan panjang untuk kegunaan harian sebab harga £2.30 je, dalam RM13 duit kita. 3 helai baru RM40. Pergi Brands Outlet pun 3 helai RM50 tahu!

Husband pun beli jaket, topi. Aku je tak sempat nak shopping banyak, sebab agak rushing jugaklah sikit. Encik ni nak pergi satu lagi stadium, Stadium Wembley. Takpelah. So dari sana kami naik train ke Wembley Stadium yang penuh dengan orang sebab hari ni ada game Tottenham Hotspurs vs Liverpool. Nak ambil gambar kemeriahan suasana aje, sambil-sambil dia dah janji nak belikan barang Spurs untuk kawan ofis dia, seorang mamat rare yang meminati team tersebut.

Sampai je dekat Wembley baru kami tahu yang dekat sebelah stadium tu betul-betul ada London Designer Outlet. Wah, rezeki terpijak. Ingatkan kali ni tak dapat jejak outlet langsung, sebab outlet yang kami tahu ialah Bicester Village berhampiran Oxford, dan Cheshire Oaks dekat Liverpool.

By the time kami masuk ke outlet tu dah pun pukul 2. Tak sempat nak tengok apa-apa kena layankan anak-anak masuk kedai toys dulu, sebab diorang ada lagi £5 upah behave hari ni kan? Sebenarnya kakak dah habis belanja duit dia dah dekat Primark tadi, sebab barang perempuan senang nak cari. Adik nila yang belum setel. Dahla jenis undecided gila-gila. Nak suruh dia pilih barang berejam. Sampai kena paksa-paksa beli. By the time selesai beli, dia cipta masalah lain pulak. Dia tak mau berjalan dah, sebab dia nak buka toys dia dan-dan tu jugak. Yang Kakak dah start lapar. Kami tanya cashier kedai toys tu, seorang perempuan bertudung, pasal halal food terdekat. Dia suggest pergi dekat dengan train station, but we are not going back yet and kids dah kelaparan. Dalam complex tu dia suggest pergi Pizza Express and pilih vegetarian options.


So pizza sounds good, especially to the kids, kami terus hala ke sana. Adik masih buat perangai, menangis meleleh-leleh air mata kata tak larat jalanlah bagai. Aku dah malas nak layan. Heret je masuk kedai. Elok pulak kedai tu ada bagi aktiviti sheet untuk kids siap ada stiker, colour pencil segala. Alhamdulillah, senyap sekejap semua orang. Dapatlah aku menenangkan fikiran. Kami order pizza marghareta, garlic bread, calamari rings dan cannelloni. In fact dia ada banyak vegetarian options, dan kedai dia ada ramai orang Islam dok makan. Food dia pun sedap!

Selesai makan dah pukul 4. Nak merayau shopping lagi pun macam suntuk sangat. Husband cuba masuk beberapa kedai kasut, sebab dah memang hobinya beli kasut, tapi saiz takdelah, tak berkenanlah. So akhirnya kami gerak balik ke hotel untuk ambil beg kami.

Sampai di hotel dah pukul 5 lebih. Kami mintak izin nak guna mana-mana bahagian dalam hotel tu untuk tumpang solat. Kebetulan yang tengah jaga kaunter masa tu receptionist yang paling kurang friendly yang kami jumpa sepanjang 2 hari dekat situ. Dia buat muka sikit, dan kata no, sorry takde. So aku cakap kat dia nak guan space tempat simpan beg, it’s right next to a toilet anyway. Dia agak tak happy, sebab dia kata itu tepi tangga dan nanti ada guest lain nak lalu-lalang terganggu. Aku just cakap takpe, we’ll make do with something, and it will only take 5 minutes. Kami uruskanlah sendiri. Sambil tu nak repack barang-barang yang baru shopping tadi, kena buka beg semua. In the end kami solat dekat teres dia, mungkin kawasan orang merokok. Macam balkoni gitu, kena keluar pintu dekat tepi tangga dia. Tak apalah, darurat. By the time kami siap solat semua, rupanya perempuan tu pun dah habis shift. Sekarang ni brader dari Bangladesh yang kami jumpa semalam, sangat friendly, so kami bye-bye dia, cakap thank you semua. Dan kami gerak.

Kali ni luggage dah ada 2, dan nak angkat naik turun tangga dekat subway station dia tu memang tak kelakar! Aku cuba-cuba juga tolong, tapi mostly husband yang buat. Kena tukar train sekali dekat Earls Court, lepas tu straight to Heathrow. Kami pergi ke Terminal 5. Bila sampai sana, check board cari flight kami takde pulak. Masa tu barulah terasa nak belek tiket, rupanya flight kami dekat Terminal 4. Adoiiihhh…. Nasib baiklah masa tu baru pukul 7, ada hampir 3 jam lagi. Jadi kami naik Heathrow Express ke Terminal 4 sebab travel between terminals are free.

Sampai sana barulah betul. Pergi drop baggage, terus lepas security kami pergi solat dekat multi faith prayer room dia, dekat dengan gate 3. Siap solat kami jalan ke gate 8. Terjumpa butik Cath Kidston, so aku singgah belikan beg untuk mak dan mak mertua aku.

Lepas tu barulah lepak di gate, menunggu flight. Aku duduk sederet dengan anak-anak, husband pulah terpisah dengan lorong. Untung pulak dia, deret dia tu takde orang, jadi dia siap tidur baring. Yang aku ni nak kena handle dua kanak-kanak sorang-sorang. Ewahhh…. Adik nangis-nangis dalam tidur sebab hidung dia sumbat. Aku pun tidur ala kadar ajelah.


Sampai di Doha dalam pukul 6.30 waktu Doha. Langit dah cerah macam pukul 8. Tapi kami pergi jela solat Subuh. Gate untuk next flight betul-betul sebelah surau. Transit dalam 2 jam aje.

Pukul 8.15 camtu kami dah board the next flight. Kami ni pun aku duduk sederet dengan anak-anak, husband terpisah dengan lorong. Kami tidur aje, anak-anak adalah tengok movie dan main game sikit.
Kami sampai di KL dalam pukul 9.45 malam. Singgah solat dulu sebab dah terlepas Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Adik pun masa tulah nak buat perangai, menangis, tak nak jalan segala. Trip kali ni kerap betul dia buat perangai. Ni yang aku rindu couple’s trip nih!


By the time ambil beg dan dapat call Uber, dah pun pukul 11. Maka berakhirlah trip kali ini.