2nd January 2026
Bangun pukul 6, Subuh dan prepare
breakfast. Hari ni simple aja. Semalam kami pergi Maharaja Mart tu kami jumpa
paratha frozen, so beli sepaket, dan panaskan lebihan kurma ayam semalam buat
cicah. Pukul 7 tu breakfast. Tapi Kakak macam tak berapa nak sihat pula hari
ini. Dia bangun dengan sakit kepala. So dia tak lalu makan, padahal malam
semalam dia yang tak bagi orang habiskan kurma ayam tu sebab dia nak menyicah
pagi ni. Bagi dia Panadol 2 biji, bagi dia masa untuk recover sikit. End up
dia makan cornflakes je, senang sikit nak hadam katanya.
Sambil-sambil tu kami bersiap slow-slow.
By the time kami nak ready tu, she’s feeling a bit better. Dia kata kalau jalan
kat luar nanti ok kot. So kami keluar dalam pukul 9.30. Lambat sikitlah hari
ni. Wroclaw pun takde banyak sangat benda nak tengok. Jalan kaki je ke tengah bandar,
tak jauh mana pun. Bergambar, cuci mata. Beli churroslah, beli frieslah. Duit
zloty baki haritu masih ada, so dok guna yang itu, tapi kami sebenarnya kena
tukar duit lagi untuk survive the next few days. Tak jumpa lagi currency
exchange yang ratenya sesuai.
Anyway, bila dah sejuk sangat,
kami masuk Caffe Nero untuk minum hot chocolate, pinjam heater dan pinjam
jamban as usual. Sembang-sembang, minum-minum. Then sambung berjalan, masuk kawasan
market dia, beli carrot je dengan bawang. Then sambung berjalan lagi,
sebenarnya menghala ke rumah but at the same time cuba mencari kedai kebab
halal untuk buat lunch. Dah aim satu kedai ni, tapi bila kami sampai, dia tutup
rupanya hari ini. Nasib baik anak-anak kata kita balik jelah, makan apa yang
ada kat rumah.
So kami sampai balik tu, ada yang
masak mi sedap dengan telur goreng, ada yang masak maggi asam laksa, ada yang
goreng scrambled eggs makan dengan roti. Selesailah lunch ala kadar. Then kami
solat dan sambung bersiap. Since dah habis sightseeing hari ini, kami nak masuk
mall.
Dalam pukul 3.50 kami keluar dan
menuju ke Wroclaw Fashion Outlet. Sampai sana parking banyak. Betul-betul depan
pintu kami parking. Masuk tu cuci-cuci mata, mostly masuk kedai sports sebab Adik
mencari barang sukan dia. Tiba-tiba yang terjebak bershopping ialah aku. Jumpa
kedai GAP dan jumpa pula sweater GAP yang harganya ok. zl119 je weh. Duit kita
dalam RM130. Ayah kata beli, kita belilah. Then masuk kedai Asics Adik pula
jumpa barang dia. Senyum sampai ke telinga. Sepanjang trip ni dia peram je duit
yang dia bawak tu, langsung tak terjebak membeli benda sia-sia, sebab dia dah
ada aim apa dia nak. Dia nak bawa balik kelengkapan sukan katanya. Memang dapat
kat dia running singlet sehelai dan running cap sehelai, zl 125. Habis terus
duit yang dia bawak.
Kawasan shopping tu besar, macam one whole kompleks dengan banyak-banyak bangunan shopping. Kami sambung jalan-jalan lagi dan
keluar dari sana kami pusing pula the whole area, masuk Rossmann dan masuk
Carrefour beli groceries untuk masak malam ni, esok dan untuk travel esok. Lamalah
juga, siap pilih coklatlah, cari cream tak jumpalah. Bila finally kami sampai
kereta, tengah happy-happy tu, tiba-tiba nampak ada kertas terselit kat wiper.
Aduh, kami kena saman!
Sumpah kami tak perasan langsung
pasal bayar parking masa masuk. Sebab takde palang, takde ambil tiket apa-apa.
Bila dah jadi macam tu barulah mata ternampak mesin bayar parking di sekitar,
dan signboard (dalam Bahasa Poland) pasal bayar parking. Yang lebih sakit hatinya,
parking sebenarnya free untuk 3 jam pertama, dengan syarat kita kena masukkan
plat number kita dekat mesin tu masa sampai. Dan masa kami sampai balik kereta
tu, kami baru berada dekat sana 2 jam, tapi kami disaman atas dasar “Tak key in
plate number di mesin”. Harga samannya zl190, bersamaan dalam RM230 macam tu.
Dahla nak pergi merayu ke apa pun, langsung tak nampak mana atendan dia, takde
pondok takde apa. Scan QR code untuk bayar pula, takde option credit card.
Semuanya bank-bank Poland sahaja. Eh pening jadinya.
Nak buat macam mana lagi, kami
bersurai jelah dari sana. Balik rumah dulu, masak dinner. Aku buat pasta cream
dengan pan fried chicken. Lepas tu buat sup sikit untuk Kakak makan dengan
lebihan nasi semalam. Ayah menolong aku masak hari ini. Selesai tu makan sama-sama.
Sedap! Tapi banyak sangat pastanya, sebab Kakak tak join kami makan. Adalah
leftover sikit lagi. Kemas-kemas semua, mandi, solat dan berehat.
Dah hujung-hujung ni dah mulalah
sampai perasaan tak best tu. Sebab dah dekat nak balik. Realiti semakin
menghampiri. Dah tu pagi-pagi tadi dapat pulak news tak best dari rumah; toilet
rumah kami bocor dan mengalir masuk rumah bawah. Nak kena panggil orang datang
repair. Of course, semua ni diuruskan oleh tuan rumah, tapi kami tetap
inconvenienced sebab orang nak datang rumah. Hal kena saman tadi pun menambah
rasa tak best. Haihh…
No comments:
Post a Comment