31st December 2025
Sebelum pukul 5 aku dah terjaga,
jadi terus bangun masak nasi lemak dan rebus telur. Dipadankan dengan dendeng Khairul Aming hari ini, yang kita rendam dalam air panas aje. Disebabkan rumah kali ini
open dalam satu ruang, katil, dapur semua tiada penghadang, aku elakkan untuk
masak bergoreng. Aku tak suka bau goreng tu melekat habis ke segala baju,
tempat tidur semua. So hari ini kita masak rebus-rebus aja.
Siap makan dan Subuh aku sempat
golek-golek dulu sementara menunggu yang lain siap solat dan ready untuk makan.
Kami breakfast, kemas-kemas dan bersiap. Ayah ajak keluar awal sikit hari ini,
nak dapat ambil gambar tempat-tempat yang sesak semalam dengan lebih tenang.
Pagi tak ramai orang.
Pukul 8.30 kami dah keluar naik
bas, kemudian train ke old town. Seperti yang dijangka, suasana masih lengang. Jalan
tenang-tenang, ada kedai-kedai souvenir dah buka dan kami jumpa magnet yang
lebih murah daripada semalam, jadi membeli serba-sedikit. Kalau diikutkan,
choice di Prague yang paling menarik dan paling murah antara semua city kami
pergi. Memang rambang mata.
Kami sampai semula ke kawasan attractions
semalam, bergambar, jalan santai-santai. Hari ini cuaca mendung dan sejuk. Puas
kami lepak di kawasan semalam, kami cross Charles Bridge dan mendaki ke Prague Castle.
Mencanaklah jugak. Semputlah jugak. Nasib baik sejuk jadi tidaklah ketibas.
Bergambar lagi, dan masuk dalam
castle dia. Dan sempat tengok upacara changing of guards, kebetulan kami sampai
benda tu baru nak start. Takdelah kami masuk ke dalam castlenya pun. Ambil gambar
di perkarangan sahaja. Selesai dekat sana kami berjalan turun slow-slow. Adalah
menyinggah beberapa kedai lagi.
By the time kami tengah cross semula Charles Bridge
ke the original side, salji mula turun. Memang layan feelinglah. Kami menuju ke
kedai chimney cake. Pilih kedai yang ada tempat duduk lepak. Beli sorang satu,
dengan coffee dan hot chocolate. Lepak santai, sembang-sembang, tenung snow
dekat luar tingkap dia. Sampai orang start ramai baru kami bersurai, bagi ruang
orang lain duduk.
Sebab dah kenyang, kami tak jadi
cari lunch. Instead kami ikut Ayah pergi masuk kedai macam Footlocker, New
Yorker, Half Price dan sebagainya. Window shopping sahaja. Kat luar snow makin
lebat. Tapi Ayah kata enjoy berjalan dalam suasana snow, jadi kami berjalan ke masjid/surau
dia. Tapi dekat sini agak kurang selesa sebab sesak, masa kami sampai ramai
orang. Toilet ada 1 saja, itulah toilet, itulah tempat wuduk, lelaki perempuan campur.
Dan takde ruang tertutup untuk muslimat jadi kalau aku nak buka tudung dan
berwuduk guna spray bottle yang aku bawa pun susah. Lama jugalah dekat sana,
menunggu turn nak masuk toilet dan sebagainya. Tapi bila dah selesai kewajipan
tu rasa lega.
Ayah sempat buat bertegur sapa
dengan seorang lelaki dari Tunisia, dia baru beberapa bulan lepas pergi Malaysia
katanya. Pergi Melaka. So masa kami nak bersurai tu dia suggest pergi makan
dekat 1 kedai arab berhampiran masjid ni. Yasmin nama kedainya. So kami lalu
untuk skodeng, memang nampak menarik. So kami end up makan dekat situ. Beli 1 shawarma
dengan nasi, 1 shawarma wrap, 1 baba ghanoush cicah dengan roti. Kenyanglah
kami berempat, alhamdulillah. Yang lebih alhamdulillah lagi balik kang aku tak
yah masak. Hahah.
Kami sambung merayau, beli barang
sikit untuk breakfast esok. Roti, susu, beli coklat-coklat sikit yang murah
sebab nak habiskan duit Czech. Barulah kami balik, naik train dan bas macam semalam
dan pagi tadi.
Sampai bilik tu mandi, solat dan
golek-golek atas katil. Adik pukul 7.30 dah lena. Kami masih baring-baring.
Tiba-tiba 8 lebih ada orang ketuk bilik. Cuak juga kejap. Ayah pergi buka,
rupanya jiran yang duduk apartmen yang sama datang bagi champagne sebotol, buat
celebrate new year katanya. Hahahaha. Ayah sambut ajelah, kata thank you. Malas
nak explain lebih-lebih. Baik betul hati mereka ya. Kami punya gelak lepas tu. Dalam
pukul 9 tu kami dah tutup lampu. Takdelah maknanya nak keluar balik celebrate
new year bagai. Tidur itu lebih indah.
No comments:
Post a Comment