2 Februari 2018
Bangun Subuh pukul 6 tu terus berjaga. Aku kerja
dulu sampai dalam pukul 8, start masa breakfast. Hari ni Ayah mintak French toast,
jadi bertungkus-lumuslah aku. Berperang dulu dengan kanak-kanak suruh makan
segala, sebab diorang tak menyempat nak keluar main snow. Last day nak main
snow la katakan. Bukan nak balik lagi, tapi sebab hari ni kami akan check out
dari hotel ni dan berpindah ke Seogwipo.
Siap makan, mula mengemas. Anak-anak kami
lepaskan aje kat luar, senang. Tapi hari ni snow tak gebu macam semalam dah. Sebab
semalam siang agak panas jadi salji dah mula cair, dan lepas kena suhu malam
yang sejuk, salji cair tu jadi keras. Tapi diorang enjoy aje.
Kami ready untuk keluar hotel dalam pukul 10. Sebelum
check out kami bergambar lagi dekat compound dia yang meriah tu. Masa check out
takde pun apa-apa kena bayar ke pape. Mamat tu siap bagi kitorg souvenir beberapa
uncang teh Jeju, sambil pesan suruh kami bagi review untuk diorang. Eh, harus
bagi. Memang happy gila dengan tempat ni.
Anyway, untuk gula-gulakan hati anak-anak, kami
decide untuk pergi Teseum. On the way tu lalulah dekat Mysterious Road , tempat
kereta boleh jalan sendiri naik bukit walaupun matikan enjin. Sebenarnya hari-hari
dok lalu dah, sebab memang nak ke hotel kami kena lalu situ. tapi hari ni baru
berkesempatan nak eksperimen. Excited budak-budak dalam kereta.
Anyway, sampai dekat Teseum. terus masuk beli
tiket, 2 dewasa 2 kanak-kanak harga KRW37,000. Masa tu baru aku perasan husband
jalan berlenggang je tak bawak kamera. Tanya dia mana kamera, dia kata aku yang
simpan. Nganga dua-dua orang kat situ. Check dalam kereta takde. Rupanya kami
tertinggal dekat tengah-tengah halaman Amber Resort tadi lepas ambil gambar
sebab ralit main snow. Ya rabbi! Pucat terus aku.
So kami decide untuk berpecah. Aku stay sini
temankan anak-anak masuk Teseum, husband rush patah balik ke sana. Itupun aku
punyelah gelisah memikirkan harta nan satu tu. Sejam kemudian baru husband
sampai balik ke Teseum. Alhamdulillah, selamat benda tu dekat sana. Nasiblah
hilang dekat dalam hutan belantara dekat Korea pulak tu. Kalau hilang kat
negaraku yang tercinta tu, sadaqallahulazim dah tu.
So sebab kami pun dah habis pusing dalam tu,
terus gerak aje. Elok matahari terik je dekat luar, jadi aku nak buat aktiviti
luar lagi. Anak-anak protes la jugak, sebab diorang mengharapkan something like
theme parks and activities. Aku ni pulak rasa sayang nak masuk muzium
bodoh-bodoh, especially bila cuaca cantik, langit biru camni. Bukan senang nak
jalan berjemur tengah panas camni. Kat KL memang tak dapekla. Berlecak ketiak
oi!
Sebab aku mak, aku pegang kuasa veto. Kami terus
ke Jungmun dan destinasi pertama ialah ke Cheonjeyeon Waterfalls. Jenuhla naik
turun tangga nak pegi ke air terjunnya tu. Sempat beli sebungkus buah limau
Jeju dan makan tepi air terjun. Sedap pulak! Manis!
Dari sana kami ke Seaes Resort, saja nak
mengimbau kenangan lalu. Husband aku yang teruja sangat. Anak-anak pun enjoy
dok mengumpul pine cone, main buaian besar. Dari sana kami ke Cheonjiyeon
Waterfall pulak. Adik punya mulut kemain bisingla, protes. Dia kata Kakak dah
dapat pilih satu aktiviti, ke Teseum tadi. Dia belum dapat pilih lagi. Hish! Aku
bagi serangan balas jugak. Aku kata dekat dia, hari tu kata datang Jeju sebab utama
ialah nak main snow. Dua hari dah Mama bagi main snow, siap duduk hotel
tengah-tengah snow. Pagi petang meredah snow. Apa nak komplen lagi? Senyapla
sekejap pastu.
Masuk Cheonjeyeon dan Cheonjiyeon ni both kena
bayar entrance fee, tapi takdelah mahal sangat. Satu family dalam KRW6,000 ke
KRW7,000 gitu. Dalam area Cheonjiyeon ni cantik jugak. Tapi by then kami dah
agak rushing sebab dah pukul 4. Kami belum solat. Memikir nak solat outdoors
dalam cuaca winter ni memang pikir 10 kali jugak, especially bab amik wuduk tu.
Jadi masuk area waterfall tu jalan laju-laju je, ambil gambar dan patah balik.
Dekat depan area tu ada Seogwipo Port, dan ada
jambatan Saeyoungyo menghubungkan ke Saeseom Island. Tak begitu popular, tapi cantik
kawasan dia. Kalau banyak masa, memang lepak je situ tunggu sunset. Lengang je,
sangat peaceful.
Lepas tu barulah kami decide untuk gerak ke
hotel baru, Jeju Eco Suites. On the way tu kami berhenti dekat kedai-kedai
kecil tepi jalan yang jual buah limau. Bukan membeli limau ye, tapi membeli
ikan. Haha. Diorang ada jual ikan-ikan frozen, jadi kami beli buat masa dinner.
Aku dah tepu menghadap telur. Kentut pun bau telur dah ni. Ikan dia mahal
jugak. Husband beli 2 paket, tapi sebenarnya seekor ikan je pun, sebab dia dah
belah tengah. Total harganya KRW10,000. Bersamaan RM37 duit kita. Besar dia
okayla. Tak kisahlah, asalkan makan ikan. Garam kunyit lada sulah semua aku dah
siap pack bawak sini. Hihi.
Sampai di Jeju Eco Suites, terus check in dah masuk
bilik. First sekali rush solat dulu sebab dah suntuk sangat. Lepas tu baru aku
mula memasak. Nasi putih, carrot (hidung Olaf hari tu) goreng kicap, dan ikan
goreng. Peh, begitu pun sudah kemain lazat. Kakak punya “Mom, this is delicious!
This fish is awesome!” macam ya-ya sangat. Adik pun berjaya habiskan nasi dia
semangkuk tu kira sedapla tu. Ataupun mungkin kelaparan sangat. Haha.
Lepas tu memang tak bergerak dahla. Cari spot panas,
duduk diam-diam. Anak-anak tidur pukul 8.30 lebih.
Jeju Eco Suites ni dapat 1 bedroom apartment. Anak-anak
dah disediakan 2 extra bed dekat ruang tamu, gantikan sofa. Ada meja makan, dapur
dengan kelengkapan asas. Toilet satu je. Tapi aku gatal pergi ambil bilik yang
ada outdoor Jacuzzi. Entah bilanya nak guna pun tak tahu. Even then, hati kami
masih menangkan Amber. Rumah sana lebih luas, facilities dia lebih banyak. Aku sangat
rindukan mesin clothes dryer/freshener yang ada dekat sana tu. Habis semua baju
kami masukkan bagi wangi balik.
No comments:
Post a Comment